Jaguh melayu Umno kesepian. Bagaimana mungkin mereka ikhlas berdepan dengan kenyataan bahawa badan kehakiman negara dan pastinya jabatan penting lainnya ditentukan oleh taukeh judi dan gerombolan mereka.
Dua minggu berlalu, pelakon utama drama tamil ini, VK Lingam masih kelu seribu bahasa. Hanya Dato Seri Najib yang berbicara bagi pihak panel yang kurang bermaya.
Apa kesudahannya?
Jika diserah kepada penguasa yang ada, penyelesainnya ala kes Altantuya. Pembesar dan saudagar kaya terlepas semua. Benarlah madah VK Lingam. “For the country” dan “110 percent loyalty”.
Doa dipohon. Bangunlah wahai bangsaku dari tidur. Mimpi kian ngeri.
Hadapilah kenyataan dengan berani.
ANWAR IBRAHIM
















