Archive for October, 2007

31
Oct

Hubungan Malaysia - Indonesia

Dalam pidato di Habibie Center saya menyingkap lembaran sejarah: Asia Tenggara, khususnya kepulauan Melayu yang terpisah akibat garis yang ditentukan penjajah Inggeris dan Belanda.

Kita mengenal hikayat Hang Tuah, Babad Tanah Jawa, kisah Melaka, Majapahit, Riau dan Damak sebagi warisan yang sama.Warisan ulama - Hamzah Fansuri, Nuruddin Arraniri, Shamsuddin, Daud Fatani - semuannya dianggap ulama jawi!

Perjuangan kebangsaan, asas gerakan Islam, dialog kebudayaan, pengarus Angkatan 45 dan Balai Pustaka - tanpa kecuali punyai rangkaian dgn Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.

Sejak pertengahan 70an puluhan ribu sarjana, doktor, jurutera, guru sains dan matematik Indonesia diminta datang untuk membantu kita. Kemudian tatkala ekonomi Malaysia melonjak, ratusan ribu pekerja mahir dan buruh kasar diundang.

Terdapat juga jejak muram seperti “Ganyang Malaysia” sebelumnya.

Demikianlah kenyataan sejarah yang tidak mungkin dinafikan. Ambillah pendekatan positif dan tingkatkan ikhtiar membangun negara dan membela nasib rakyat.

Mengapa dibiarkan karenah agensi pekerja yang mengambil untung berlebihan dari derita pekerja daif? Penderaan, penipuan, jenayah oleh siapa saja tidak harus dibiarkan.

Keangkuhan kuasa di kalangan kita yang mendabik dada sebagai penghuni negara kaya sebenarnya menjadi punca kekusutan hubungan dua negara jiran.

ANWAR IBRAHIM

31
Oct

Lawatan Ke Jakarta: Laporan Media Indonesia

07dsc_4471.jpg


01dsc_4463.jpg

08dsc_4472.jpg

dsai-tempo-2.JPGdsai-tempo.JPG

30
Oct

Majlis Raja-Raja Dimohon Pertimbang Usaha Reformasi Kehakiman Malaysia

Minggu ini Majlis Raja-Raja akan memutuskan samada khidmat Ketua Hakim Ahmad Fairuz akan dilanjutkan atau tidak.

Gesaan reformasi kehakiman yang dibuat oleh Bekas Ketua Hakim Negara, Sultan Azlan Shah semalam sewaktu merasmikan Konferensi Undang-UNdang Malaysia ke-14 semalam adalah begitu sesuai dan tepat pada masanya. Kredibiliti kehakiman Malaysia sudah berada di tahap yang paling rendah dalam sejarah 50 kemerdekaan negara. Fakta yang didedahkan di dalam perbualan VK Lingam - Fairuz jelas membuktikan penyelewengan dan korupsi di mana peguam, ahli perniagaan dan ahli politik mempengaruhi perlantikan hakim di peringkat tertinggi di dalam negara ini.

Reformasi kehakiman menyeluruh adalah sesuai dengan memulakan satu Suruhanjaya Bebas Kehakiman untuk memantau perlantikan hakim.

Saya menggesa Majlis Raja-Raja dan Yang DiPertuan Agong, yang dijadualkan akan bersidang pada 30 dan 31 Oktober ini, memastikan bahawa kedudukan Tun Ahmad Fairuz sebagai Ketua Hakim Negara tidak akan disambung selepas bulan ini. Permintaan Perdana Menteri Abdullah kepada Yang DiPertuan Agong untuk melanjutkan perkhidmatan Fairuz menunjukkan kelemahan pemahaman beliau ke atas nilai integriti kepimpinan sebuah negara, lantas ini perlu diubah demi kepentingan negara dan sistem kehakiman itu sendiri.

ANWAR IBRAHIM

30
Oct

Kita Jangan Bersikap Angkuh

mohd mansur menanyakan:

Assalamualikum.

Dulu semasa saya belajar… saya sangat kagumi ketokohan dato seri… malah semasa era Mahathir saya sangat membenci Mahathir dan menyokong anda.

Tapi kini… saya rasa dato seri sangat menghina bangsa Malaysia… sentimen terhadap kerajaan berkaitan dengan isu dato seri mungkin betul.. tetapi apabila dato seri sanggup menjatuhkan maruah bangsa Malaysia di negara lain… maka saya hilang hormat kepada dato seri.

Dato seri tak taukah atau pura-pura tidak tau tentang negara Jiran yang sentiasa menyalahkan kita sedangkan rakyatnya disini adalah warga yang sering melakukan jenayah… banyak perbelanjaan kita tanggung akibat PTI… pelacuran… semua ini dilakukan oleh warga jiran kita… namun yang dapat nama buruknya adalah negara kita… dato seri kena tengok sikit… dan jangan membuta tuli menyokong… I Feel SHAME on you Dato Seri…

Saya terlalu fanatik dengan Dato Seri…. tapi sekarang saya merasa sangat terhinanya saya kerana ada feel untuk Dato Seri….

Kenapa Dato seri tak laungkan kebejatan warga jiran di Malaysia… dari merompak, merogol, membuli, pelacur semua ini Dato seri utarakan ke? Di Sabah, ramai warga jiran kita diberi kewarganegaraan… tapi apa kesudahannya? takkan Dato Seri tak tau? Kita dah banyak berbuat baik.. namun apa yang kita dapat? cacian dari warganya… hinaan… malah Melayu dikatakan sebagai bangsa yang tidak punya Moral… Apakah hinaan seperti ini Dato Seri terima?

Sebenarnya saya ini Indian Muslim…tapi saya rasa saya juga turut terhina apabila bangsa lain menuduh macam-macam tentang bangsa Malaysia.

Begitu hinakah kita Dato Seri? Tolonglah Dato Seri… jangan lagi ulas yang buruk tentang Bangsa Malaysia jika Dato seri masih kurang fakta… JANGAN HINA MALAYSIA…

Sdr mohd mansur,

Terima kasih sdr kerana memberikan respons dengan jujur. KeADILan tidak memilih kaum, atau negara. Penjenayah Malaysia atau Indonesia mesti dihadap ke mahkamah. Jakarta Post hari ini melaporkan kenyataan saya : criminal acts by malaysians or indonesians must be dealt with without fear or favour.

Kompas di muka hadapan menekankan anjuran saya agar dua negara sahabat kembali memulihkan hubungan akrab. Elit politik malaysia jangan angkuh.

Apa salahnya mengakui lagu Rasa Sayang Eh berasal dari Indonesia tetapi kita menerimanya sebagai warisan bersama!

ANWAR IBRAHIM

30
Oct

Tamu Bekas Presiden Habibie di Jakarta

Saya dan Azizah diundang ke Jakarta oleh bekas Presiden Habibie and Ainum. Sebaik tiba tengahari semalam saya terus ke Habibie Center menyampaikan pidato mengenai hubungan Malaysia-Indonesia, dalam rangka globalisasi dan keadilan.

Saya himbau dari sudut sejarah, TKI, ekonomi dan budaya (sila lihat liputan akhbar Kompas) dan Azizah menemui pimpinan Wanita Aisyah (Muhammadiyah)

Pada malamnya kami mengadakan pertemuan keluarga dengan Habibie dan Ainum diikuti jamuan yang diserta speaker MPR Agung Laksana, Ketua Golkar Mulyadi, Dr Watik dari Habibie Center dan lain-lain.

Kami kini dalam perjalanan pulang ke KL.

ANWAR IBRAHIM

30
Oct

Judicial Rot - Wall Street Journal op-ed

Wall Street Journal
October 22, 2007

The rot in Malaysia’s judicial system is pervasive and extends to the highest offices of power, both past and present. And now there is a videotape that many Malaysians — including many in the local bar — believe to be proof.

Last month, I released a videotaped recording showing a prominent local attorney, V.K. Lingam, discussing the appointment of top judges to the federal court. The person on the other end of the line appeared to be none other than Malaysia’s top judge, Ahmed Fairuz. The substance of the conversation leaves little doubt that what transpired was influence peddling and fixing of judicial appointments.

Since its posting on my Web site, the recording has been viewed hundreds of thousands of times and has sparked public rallies throughout Malaysia. I have not disclosed how I received this tape in the interest of protecting the witness’s personal safety. (Interested readers can view the video at http://www.anwaribrahim.com.) I vouch for its authenticity.

Continue reading ‘Judicial Rot - Wall Street Journal op-ed’

28
Oct

Program Ceramah Perdana Parlimen Pandan

img_2924.jpg

img_2901.jpgimg_2914.jpgimg_2922.jpg
img_2886.jpgimg_2891.jpg

*kredit buat sdr Kiki Gridawangsa

Catitan Perjalanan Program oleh Sdr Din Merican [dipetik daripada Laman M@rhaen]

5000 orang penduduk Kawasan Parlimen Pandan yang berkumpul di Padang Cheras Indah telah memberikan Dato Seri Anwar Ibrahim satu sambutan meriah ketika dia tiba pada 9 malam 26 Oktober, 2007 untuk memberikan ceramah di Malam Solidariti dan Ceramah Perdana.

Mereka telah berada di sana sejak 8 pm mendengar Tan Sri Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Dato Hassan Ali daripada PAS dan YB Teng Chan Kim, ADUN Selangor daripada DAP.

Setelah bersalaman dengan ramai penduduk di sana, Dato Seri Anwar telah duduk di satu tempat yang dikhaskan kepadanya di atas pentas. Para hadirin telah dihiburkan dengan satu pita video rakaman bertajuk “Correct, Correct, Correct’ yang memaparkan seorang peguam bernama VK Lingam. Beliau dilihat sedang bercakap dengan Ahmad Fairuz yang kini masih menjadi Ketua Hakim Malaysia. Perbualan ini berlaku pada satu ketika dalam 2002 . Jelas ia menunjukkan betapa mereka terlibat dengan Tunku Adnan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan tauke judi Vincent Tan dalam satu muslihat untuk menentukan siapa yang patut naik menjadi hakim supaya mudah mereka pengaruhi dalam menentukan keputusan pengadilan mahkamah.
Continue reading ‘Program Ceramah Perdana Parlimen Pandan’

28
Oct

Sekitar Program Di Gurun, Kedah

Program Sambutan Eidulfitri Silat Seni Gayong Malaysia
dsc00857.JPG

dsc00833.JPGdsc00842.JPGdsc00856.JPG

Program Temu Rapat KeADILan Negeri Kedah
dsc00813.JPGdsc00820.JPG

27
Oct

Permohonan Untuk Menepikan Perintah BPR Seksyen 22 - Kenyataan dan Affidavit Penuh

(See also English Version)

Sekitar jam 3.30 petang tadi, peguam saya T/n William Leong & Co telah memfailkan satu permohonan di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk satu perintah untuk mengenepikan perintah di bawah seksyen 22 Akta Mencegah Rasuah 1997 yang diserahkan pada saya pada 22hb Oktober untuk menyerahkan pada BPR nashkah asal 14 minit rakaman video.

Saya ambil pendirian bahawa perintah ini adalah tidak sah, tidak munasabah dan tidak rasional. Ianya juga berniat jahat (mala fide) kerana saya telahpun memberikan keterangan kepada BPR bahawa naskah asal rakaman video tersebut adalah dalam simpanan pemberi maklumat berkenaan.

Saya ingin menegaskan bahawa saya bersedia menyerahkan naskah sahih rakaman yang boleh digunakan untuk memastikan kesahihannya dan meneruskan dengan siasatan. Malangnya, mereka gagal untuk hadir semalam seperti yang dijanjikan dan berkata mereka akan menghubungi saya segera.
Continue reading ‘Permohonan Untuk Menepikan Perintah BPR Seksyen 22 - Kenyataan dan Affidavit Penuh’

27
Oct

Motion to Set Aside ACA Section 22 Order - Statement and Full Affidavit

This afternoon at about 3.30 pm, my solicitors, M/s William Leong & Co., filed an application in the Criminal Division of the High Court of Kuala Lumpur to set aside the section 22 order issued by the ACA against me on Monday 22nd October 2007 asking me to deliver up to them the full 14 minute original video recording.

I take the view that this order is illegal, unreasonable and irrational. It asks me to do something that is physically impossible. It is also mala fide because I had already given a statement to the ACA that the original full version was with the source who brought it to me.

I reiterate that I was prepared to give to the ACA a proper copy of the recording which they can use to authenticate it and proceed with their investigation. Unfortunately they failed to turn up as promised yesterday and said they will be contacting me soon.

I urge the ACA to stay focused on the real issue – the issue of corruption disclosed in the video recording. A Royal Commission is the only way forward to investigate this matter thoroughly and effectively.

ANWAR IBRAHIM

Full Affidavit:

Enclosure

Affirmation Date: 26.10.2007

Filing Date: 26.10.2007

Hearing Date:

IN THE MATTER OF THE HIGH COURT OF MALAYA AT KUALA LUMPUR

(CRIMINAL DIVISION)
MISCELLANOUS CRIMINAL APPLICATION NO. OF 2007

In the matter under Section 22(1)(b) of the Anti-Corruption Act, 1997

AND

In the matter under Section 29(c) of the Anti-Corruption Act, 1997

AND

In the matter of the inherent jurisdiction of the Court

Affidavit

I, DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM (NRIC No. ***), a Malaysian citizen of full age and having an address at No. 17, Jalan 16/2, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan do hereby solemnly and sincerely affirm as follows: -

1. I am a Consultant in governance and economy.

2. I am able to depose to the truth of the matters stated in this affidavit from my personal knowledge.

3. I make this Affidavit in support of my Notice of Motion filed herein.

4. On 5.10.2007, 2 officers from the Respondent, the Badan Pencegah Rasuah (“BPR”) came to my office at No. 17, Jalan 16/2, 46000 Petaling Jaya by prior appointment, Selangor Darul Ehsan to interview me on a report lodged by Mr Sivarasa Rasiah on 20.10.2007 with regard to suspected corrupt practice involving the fixing of judicial appointments, including that of Tun Ahmad Fairuz bin Sheikh Abdul Halim as the President of the Court of Appeal. I was interviewed in the presence of my solicitor, Mr. Willam Leong.

5. This report was based on the contents of a video recording showing a lawyer, Dato V.K. Lingam speaking to Tun Fairuz. I had received a 8 minute copy of the said video recording from sources I am unable to name at the moment and released it to the media through a press conference on 19.9.07. Although I had initially viewed a 14 minute version of the recording, I was only given a copy by the said sources of the first 8 minutes of the video recording.

6. On Monday 22nd October 2007, three officers of the BPR came to my office again by prior appointment. A further statement was recorded from me in the presence of my lawyers Mr. William Leong, Mr. Sankaran Nair and Mr. Sivarasa Rasiah. The BPR officers were En. Sazali Saldi, Director Special Investigations Section, En. Wan Rahman Senior Investigator and En. Harris Mohd, Senior Investigator.

7. I was asked if I had in my possession the original recording of the full 14 minute version. I informed the officers that I was not in possession of the original recording. I also informed them that I would be able to provide them with an authentic copy of the 8 minute version in a thumb-drive which they would be able to then authenticate technically and suggested that I do that on Thursday 25th October 2007 at my office. This was agreed to by the officers.

8. After the recording of the statement was completed, the officers left the room to make the telephone calls. They returned and then requested me to accept service of a order under section 22(1)(b) of the Anti-Corruption Act 1997 requesting me to deliver up on or before Thursday 25th October 2007 the original 14 minute video recording described as follows “Klip video asal rakaman penuh perbualan telefon (selama lebih kurang 14 minit) yang dikatakan antara V.K. Lingam dan seorang hakim kanan pada tahun 2002”. A true copy of the said order is now produced and shown to me and marked as Exhibit “AI-1”.

9. I then asked the officers why they were issuing me this order, which was obviously pre-prepared, when I had just told them that I was not in possession of the original. They informed me that they were instructed to do so.

10. On Thursday, 25th October 2007, En. Sazali called me about 9.30 a.m. to inquire as to when they could see me. I suggested between 11.00 a.m. to 11.30 a.m. He said he would call to confirm.

11. At about 10.45 a.m., he called again to ask if I would see them at my office or my home. I said that I was at my office. He said there was a crowd there. I then informed him there were about 150 persons present including about 50 media persons and gave him a personal assurance that the process of handing over the thumb-drive would not take longer than 10 minutes.

12. At about 11.05 a.m., he called again and said that our meeting was cancelled using the words “terpaksa dibatalkan”. He said he would call again to discuss an appropriate time to meet to collect the thumb-drive.

13. I am advised by my solicitors and therefore verily believe that the said section 22 order issued to me is bad in law and a nullity and ought to be set aside for the following reasons:

1. Its issuance is irrational and unreasonable as no factual foundation exists for the demand that is made therein. I cannot deliver something which I do not have.

2. The manner of its issuance by the Respondent knowing full well that I had just confirmed that I did not have the original recording being demanded shows mala fides on its part.

3. Its issuance is an abuse of the powers available to the Respondent under Part IV of the Act and in particular section 22. As the then Chairman of the Cabinet Committee of Government Management entrusted with the drafting of the Act and who subsequently tabled it in Parliament, I am conversant that the purpose and objective of the section is to grant the investigating officers the powers to extract evidence, information and relevant documents from persons suspected of corruption offences. However, in this instance, contrary to the intention of Parliament and the Act, such powers are being abused here in an attempt to harass and intimidate me as a person who had voluntarily disclosed the alleged corruption offences as part of my public duties.

14. I am also advised and verily believe that non-compliance with the said order constitutes a criminal offence under section 29 of the Act read with sections 57 and 58 which is punishable with imprisonment up to two years and/or a fine not exceeding ten thousand ringgit.

15. Clearly, the issuance of this order is a direct threat to my personal freedom and a violation of my constitutional rights. Since the order has no legal basis for its issuance, I believe that it is politically motivated.

16. On the above premises, I pray for an order in terms of my application herein.

Affirmed by DATO’ SERI ANWAR )

BIN IBRAHIM on 26th day of October 2007)
at Kuala Lumpur (No interpretation required) Before me

Commissioner for Oaths

This Affidavit is affirmed on 26.10.2007 and filed on 26.10.2007 by Messrs William Leong & Co, Solicitors for the Applicant abovenamed.

Ref: WL/Yus/LT-03/DSAI/076/07

26
Oct

InsyaAllah Saya Akan Hadir!

bersih

Bertubi-tubi soalan samada saya akan hadhir bersama dalam Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) pada 10 November nanti.

InshaAllah saya akan muncul.

Penipuan Umno-BN melalui SPR terlalu ketara dan rakyat perlu menuntut perubahan.

Ayuh kita gembleng massa turun menyatakan sokongan!

ANWAR IBRAHIM

26
Oct

MALAM SOLIDARITI DENGAN DSAI
dan Ceramah Perdana, Padang Cheras Indah, Pandan

Sila datang ramai-ramai untuk menyokong DSAI yang mungkin akan didakwa oleh BPR dalam hari-hari ini.

Tempat: Padang Cheras Indah, Parlimen Pandan.
Masa: 9 pm, 26 Oktober
Penceramah: Tan Sri Khalid, YB Teng Chang Kim, Dr. Hassan Ali, Anwar Ibrahim
Hubungi: En. Nik 012 697 0367

Pasukan Pengendalian Blog DSAI




Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

DSAI Menerangkan Dasar Harga Petrol Alternatif

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

October 2007
M T W T F S S
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031