Khalayak di Hotel Corus, Ampang kebanyakannya terdiri dari muka baru, bukan melayu, profesional dan aktivis masyarakat.
Lim Chee Wee, Setiausaha Majlis Peguammenyingkap kemelut badan kehakiman sejak penyingkiran Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas sejak 1988 sehingga sambutan hangat perarakan Peguam di Putrajaya minggu lalu.
Tunku Abdul Aziz,bekas Pengerusi Transparency INternational menyelar sistem kehakiman yang rosak akibat campurtangan politik dan rasuah. Beliau memperluas saranan selain kehakiman wibawa dan bebas, media dan SPR juga harus bebas.
Peguam Param Chumaraswamy, bekas pemantau PBB mengenai kebebasan hakim dan pernah didakwa oleh pemerintah mendedahkan pengalaman tatkala menemui Tun Hamid Omar, Ketua Hakim Negara ketika itu, di mana Hamid menyebut seandainya beliau tegas apakah mungkin Majlis Peguam menyara hidupnya?
Saya mulakan bicara dengan Shakespeare (king lear), menyingkap kenyataan Tun Suffian dan Sultan Azlan Shah, kedua-duanya bekas hakim mengenai kepincangan sistem kehakiman negara. Sesudah menjelaskan mengenai video, saya mengajak khalayak supaya berani menuntut perubahan terhadap sistem pincang dan rasuah Umno-BN.
ANWAR IBRAHIM
















A true leader has the confidence to stand alone, the courage to make tough decisions, and the compassion to listen to the needs of others. He does not set out to be a leader, but becomes one by the equality of his actions and the integrity of his intent
Douglas McCarther
As’kum..Slmt berpuasa dan slmt ari raye…n smoga sntiasa tabah mghadapi segala dugaan yg mendtg..
sy amat berbangga dengan semangat Dato seri…saya pun berharap sy boleh menjadi shebat Dato seri..
harap download majlis itu dlm blog ataupun dlm youtube secepat mungkin. ramai yg mahu tgk. terima kasih
And I was there to listen to the Bar Council Secretary and I told him that the Bar Council is making a very big mistake by quickly accepting the 3-men Panel, extremely poor strategy!
Param revelation about the Lord President who replaced Tun Salleh Abbas clearly shows the timidity of people who has no high principles, character and integrity.
And ex-Bukit Bintang MP case as a really shocker and he was there to see his own name been mentioned!
Anyway, you did sort of manage to placate the audience following the question from one Gopal ..
anyway, good to see you again and seeing you are in good health and the little bit of conversation we have in the front.
One thing is clear, the Malay judges and politicians can be bought for cheap !
Saya setuju setengah dari mereka adalah muka baru tetapi mampukah mereka berkempen dan turun padang? Saya rasa mereka tak mampu kerana muka baru ini adalah kelas pertengahan sepertimana penduduk Bangsar dan Damansara…..majoritinya tidak pernah mengundi dan tidak pernah berdaftar sebagai pengundi.
Mereka ini golongan yang ambil kesempatan dan ruang untuk faedah diri masing-masing. Contohnya Dato’ khalid bekas bos MRCB yang hadir semata-mata hadir untuk berkongsi pengalaman anak beliau nyaris-nyaris maut apabila perompak memasuki rumah mereka.
Dato’ Seri….program semalam bagus dan patut diadakan diseluruh tanahair khususnya golongan koporat yang suka dengar ceramah dalam bilik hawa dingin. Dan bawa sekali Sdr. Wee Chee Keong yang tampil semalam dan mengakui namanya juga disebut dalam video berkenaan.
Sekurang-kurangnya semalam Dato’ Seri telah menyuntik semangat kepada mereka dok mimpi disiang hari.
sambungan…
4 ekor SB turut tumpang semangkuk. 3 orang muda dan seorang sudah berumur.
assalamualaikum dato seri….amat tertarik saya dengan isu vk linggam dan kerapuhan sistem kehakiman negara…saya melihat isu ini sudah hampir ke kemuncaknya…dan saya amat2 berharap ia akan selesai dengan segera…jika rakyat sudah muak dengan kebodohon sistem kehakiman …saya rasa(ini dari isi hati saya,bukan bertujuan menghasut)kita sudah boleh mengambil jalan sendiri dalam menyelesaikan undang2…biar bacul2 di putrajaya tu faham yg ini adalah suara rakyat…malaysia perlukan perubahan ……
Dato seri seorang yg tabah
KADANGKALA MANUSIA RELA DIPERALATKAN KERANA NILAI HARGA DIRI ATAU MARUAH TIDAK SEPENTING DENGAN HARTA KEKAYAAN HINGGA MEMBIARKAN DIRI DIKADAMKAN TANPA MEMIKIRKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB YG DIPIKUL ADALAH ANUGERAH ALLAH AZZAWAJALLA UNTUK MELINDUNGI KESEJAHTERAAN RAKYAT BUKAN UNTUK KEPENTINGAN PEMIMPIN2 ATAU ORANG2 TERTENTU..HAKIM2 ADALAH ORANG YG DIPERCAYAI AKAN KEBENARANNYA,KEWIBAWAANYA,BERPRINSIP DAN BERPEGANG TEGUH PADA KEADILAN SERTA BERAKHLAK DEMI UNTUK RAKYAT DAN NEGARA…PADA SHAHRIR..MAJLIS BKN DIPERALATKAN SEPERTI MANA KAMU..MEREKA PUNYA PRINSIP SENDIRI TAHAP KESEDARAN MEREKA LEBIH TINGGI DARI KAMU TAK PAYAH KAMU NAK AJAR MEREKA..LAKSANAKAN TUGAS KAMU DENGAN JUJUR JANGAN JADI BAHAN KETAWA RAKYAT..BERKOKOK BAGAI AYAM JANTAN LEPAS TU MENIKUS BAGAI TIKUS MONDOK…MAJLIS PEGUAM PUNYA PRINSIP UNTUK MENGEMBALIKAN MARUAH KEHAKIMAN NEGARA..AKAL MEREKA BKN BEKU MCM PENCACAI2 UMNO..
Berhubung dengan statement Encik Cokelat, sebenarnya saya fikir dalam mana2 ceramah politik pun kita seharusnya mengingatkan diri bahawa yang datang tidak semestinya yang menyokong kita. Ertinya, walaupun ramai yang hadir sekalipun, tidak semestinya mereka menyokong perjuangan kita. Mereka mungkin sekadar datang untuk mendengar “apa sebenarnya yang dibising2kan oleh parti alternatif” atau melihat/mendengar Dato’ Seri kita yang telah lama dipenjarakan dan tidak diberi ruang oleh media arus perdana.
Cadangan saya, dalam apa sahaja ceramah UMUM parti alternatif, si penceramah perlu pastikan kandungan ceramahnya boleh disasarkan kepada mereka yang langsung tak mengikuti media alternatif ataupun mereka yang menyokong status quo (sama ada barisan nasional atau berada di atas pagar). Tak perlu preach to the converted, sebab nanti takut2 dilabelkan ekstrimis oleh golongan yang masih “undecided” ni. Malah, bila bangkitkan sesuatu isu, biar ada sedikit “beginner’s guide” kepada isu yang dibangkitkan tu, melainkan kita betul2 tahu para audience sudah advanced.
Barangkali cabaran yang paling besar adalah untuk membuatkan SB-SB yang datang pun faham dan nampak betapa pentingnya isu2 yang dibangkitkan untuk masa depan negara dan anak2 mereka.. serta betapa pentingnya “check & balance” kot ye pun diorang nak UMNO berkuasa selama-lamanya..
Bukan senang nak bagi SB-SB pun insaf!!!
Jangan pandang remeh terhadap kewibawaan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam gelanggang politik Malaysia. Namanya terkenal bukan saja diMalaysia bahkan diseluruh dunia Barat pun menghormati dan menyeganinya.
Tetapi perlu diambil kira juga terhadap parti lawan kita UMNO. UMNO bukan bersendirian dalam PRU Malaysia nanti. UMNO mempunyai gandingan yang mantap daripada kaum Cina, kaum India, Iban, Dayak dan Kadazan Dusun. Mereka bersatu dalam sebuah lagi Badan yang digelar BN.
Ahli-Ahli UMNO termasuk kompenan BN telah berpecah dan tergugat sedikit bila lahirnya PKR. Walaupun belum cukup kuat dalam PRU yang sudah-sudah. Anjakan yang begitu ketara bila Dato Seri Anwar Ibrahim sudah keluar dari penjara, lagi kuat bila Dato Seri Anwar Ibrahim sudah lepas “pantang” baru diadakan PRU iaitu selepas April 2008. Masalahnya “berani kah” UMNO/BN mengadakan PRU selepas Dato Seri Anwar lepas “pantang?”.
Dato Seri Anwar Ibrahim tahu untuk mencabar UMNO/BN dalam PRU akan datang, kalau parti-parti pembangkang melawan BN dalam 4 penjuru adalah satu perkara yang tidak mustahil ketiga-tiga parti pembangkang ini akan kecundang sekali lagi.
Maka itu lah sebabnya pemimpin-pemimpin ketiga-tiga buah parti pembangkang diajak oleh Dato Seri Anwar Ibrahim supaya berunding untuk memperkuatkan BA. Kepenting kepartian harus diketepikan dan kepentingan BA mesti diutamakan.
Kalau BA bersatu hati, kukuh dan SEDAR bahawa tidak mau selama-lamanya jadi “Mandur Parlimen saja” untuk jaga orang buat salah maka tidak ada cara lain lagi mesti kepentingan BA diutamakan.
DH:-Tau tau BA bisa buat kejutan
Dari pandangan kaca mata saya, Kerajaan UNMO/BN hari ini menjadi serba salah untuk mengadakan PRU pada bulan Nov. tahun ini disebabkan:- Malu dengan rakyat kerana takutkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Kalau tidak dapat diadakan PRU tahun ini takut pula tahun 2008 April Dato Seri Anwar bebas pula dari syarat untuk bertanding dalam PRU akan datang.
Kalau tunggu tamat tempuh Kerajaan UMNO/BN selama 5 tahun iaitu tahun 2009 April maka Kerajaan UMNO/BN tidak dapat menangani krisis kenaikan petrol dan gas serta melambungnya harga kos hidup rakyat. Ini akan memberi masa yang lama kepada Dato Seri Anwar Ibrahim yang dapat peluang keemasan untuk memperkukuhkan dan memperkasakan kekuatan BA.
Kalau UMNO/BN mengadakan PRU Malaysia bulan Nov. tahun 2007 maka kenaikan petrol dan gas akan dilakukan sekali lagi pada 2hb. Januari tahun 2008. serba salah sebegini menjadikan UMNO/BN “buang mati bapa telan mati emak”.( )
DH:-Tau tau BA bisa nyampei duluan.( )
DH:-Tau tau DSAI bisa buat kejutan