Video & Drama Tamil

27 September 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Sdr Sivarasa, naib presiden KeADILan diundang ke BPR hari ini dalam rangka siatan kes video. Sementara itu panel khas menyiasat video berkaitan akan segera bersidang. Menarik agaknya, kerana melibatkan pemimpin negara, badan kehakiman, taukeh judi bukan sekadar jutawan tetapi billionwan, dan Menteri Umno!

Bagaimana pula dengan keputusan dan penghakiman kes terdahulu yang melibatkan VK Lingam dan hakim berkenaan, termasuk saya, Wee Chee Keong, mendiang MGG Pillai, kes Ayer Molek dan lain-lain? apa kesudahannya?

Tunggulah episod drama Tamil berikutnya terbitan RTM. Seperti juga filem hindi Altantuya…..episod awal semua akan memihak kepada perasuah dan orang zalim.

Mudah-mudahan pilihanraya umum akan memberi kesempatan baru dengan penutup episod drama ke arah kebenaran dan keadilan, inshaAllah.

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda