Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Peguam Negara yang meneruskan perarakan menuntut keadilan untuk mendesak penubuhan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat perkara ini.
Hanya sebuah Suruhanjaya DiRaja yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dapat memulihkan keyakinan orang ramai terhadap Sistem Kehakiman negara.
Video yang kami dedahkan minggu lepas sepatutnya menjangkau keprihatinan parti politik tetapi semua rakyat Malaysia yang pedulikan masa hadapan negara.
ANWAR IBRAHIM



















Tahniah Majlis Peguam Negara!
Jaga Maruah anda…
jangan biar Majlis Peguam Negara dipalit dengan najis dan air kotor
Suruhanjaya Diraja saja yg dapat memulihkan keyakinan rakyat…bukat Panel bebas !
FRU tak berani lak bantai peguam peguam tu..tak berani lak sembur dorang ngan air…polis tak berani pulak tembak peguam peguam yg berarak tu…..cuba buat tgk kalau nak tahu langit tu tinggi ke rendah…
Ini lah buat julung julung kalinya, majlis peguam megadakan satu perarakan yang begitu berani dalam sejarah majlis peguam. Ini satu petanda yang mana badan kehakiman telah tidak lagi dihormati oleh majlis peguam dan orang ramai, oleh itu satu campur tangan Queen Consul dari UK amat perlu supaya satu tindakan yang tulus perlu diadakan dan Badan Kehakiman perlu diletakan di bawah majlis raja raja dan perliment bukan di bawah kuasa menteri in satu perkara yang amat bercangah dengan tatasusila perundangan oleh itu pembubaran badan kehakiman perlu diadakan dengan segera supaya ianya di pindahkan ke kuasa majlis raja raja satu badan yang bebas dari politik negara,
kepada majlis raja raja patek selaku pacal yang hina selaku rakyat yang bereda dibawah jajahan taluk sumua tuanku memohon supaya badan kehakiman berada dibawah kuasa majlis raja raja .. ampun tuanku beribu ampun sembah patik harap diampun.
daulat tuanku!……………….
Tahniah tahniah..
walaupun panas hari agenda ini tetap berjalan lacar seperti diharapkan tanpa sebarang perilaku yang tak diingini.
Dato Seri yang baru jadi Atok.
Saya juga menturuti Dato Seri mengucapkan tahniah kepada Majlis Peguam atas tindakan mereka. Walau bagaibagaimanapun saya berpendapat Majlis Peguam bukan sesuatu badan yang gagah didalam tuntutan seperti ini. Tindakan Majlis Peguam amat’superficial’dan pada pendapat saya hanya melepas batok di tangga, tidak akan membuahkan sesuatu .Ini di buktikan dengan berlakunaya pemecatan Tun Saleh Abas dalam tahun 1980 han (betulkan saya), dahulu.Bukankah badan kehakiman itu sendiri juga terdiri daripada bekas peguam?
Saya benar benar berpendapat bahawasanya hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission) boleh memberi siatan yang adil untuk mendapat kebenaran.Walau pun benar, kerakusan seperti yang dilakukan sebagai mana video perbualan Lingam, tidak adan dapat dihapuskan selagi mana negara tercinta ini diperintah oleh Barisan Nasional yang diterajui UMNO. Kepincangan terlalu menular didalam kerajaan dan pentadbiran, pada pendapat saya tidak boleh dibendong lagi. Hanya sesuatu yang ‘drastic’, seperti peralihan kerajaan, memungkinkan perubahan yang di hajatkan oleh rakyat, yang berakal.
Hanya pendapat saya dari apa yang saya perhatikan dan dari pengalaman saya.
DSAI,
Tahniah kepada Majlis Peguam.Saya rasa berbangga dengan komitmen tak berbelah bagi dan prinsip yang dipertahankan.Apa lagi yang boleh diharapkan kalau tidak ada kebebasan kehakiman dan ketelusan dalam sistem perundangan.Sepatutnya ’separation of power’yang dinyatakan dalam Perlembagaan dipertingkatkan lagi.Bukan dipandang sepi.
Tahniah juga pada DSAI atas pendedahan ini.Dan kepada warga prihatin yang memberi maklumat kepada DSAI juga.Saya tabik pada keberanian kamu semua dan kita simpan rahsia identitinya sampai bila-bila atau sampai diperlukan nanti.Biar jadi macam Deep Throat dengan ‘Watergate Scandal’ yang dapat mengegar Presiden Amerika satu masa dulu.Ini baru betul semangat Malaysia Boleh.
Kepada Majlis Peguam,
Teruskan dan tingkatkan usaha kita.Ini baru permulaan.Jangan biar penyangak tidur lena…Jangan termakan dengan fitnah merapu menteri yang menyamakan anda dengan pembangkang dan memperbodohkan pembangkang.Apakah pembangkang dungu dan tidak berpelajaran macam dia?
Lawan tetap lawan.
Petang tadi (perarakan peguam di putrajaya) adalah permulaan sebuah episod yg lebih besar utk negara kita. Keberanian majlis peguam amat mengkagumkan.
JIKA DI MYANMAR 2 HARI LEPAS PERARAKAN RAKYAT DIKETUAI OLEH SAMI2 BUDDHA, KINI DI MALAYSIA DIKETUAI OLEH PARA PEGUAM.
Apa yang menarik…skandal klip video dan perarakan peguam ini mendapat liputan yang meluas di seluruh dunia. BIAR PM MALU DI PBB NEW YORK.
Amat pelik di Malaysia..Ketua Hakim negara boleh berbisik kpd menteri di jabatan perdana menteri untuk menafikan penglibatannya dlm klip video itu. Nampaknya Nazri Aziz berkedudukan lebih tinggi dari CJ.
dato seri,
IPCMC tu bukankah dihasilkan dari Suruhanjaya DiRaja jugakan?
dalam alam haiwan dan binatang ni, dokumen itupun dibakul sampahkan
Yang pasti keadilan dan kebenaran makin terpancar di bumi malaysia.Apa yg berlaku hari ini hanya mukaddimah.Tunggu,kerana banyak lagi yang akan mengejutkan konspirator daripada tidur.Syabas majlis peguam negara,langkah berani kalian menambah lagi bisa kita.
Apabila sesaorang pemimpin itu sendiri tiada berkemampuan lagi memimpin maka akan berlaku lah porak puranda segala macam pentadbiran …..
bermakna, saorang pemimpin itu hilang pedoman dan hilang pertimbangan untuk benar2 yakin [dari pengetahuannya atau pun dengan kaca matanya] untuk memilih dan melantik orang2 lain menjaga pentadbiran negara …..
juga, apabila sesaorang itu masih mencari2 akan contoh seperti as-shafii atau al ghazalli dan masih tidak berjumpa atau tiada penentuan ….. ia akan menjadi gelabah dan bercelarulah pemimikirannya …..
masih berjalan dalam gelap gelita, cuma ketika adanya kilat chahaya untuk dapat seketika …namum di tutpkannya akan telinga, mata dan mulut …
anyway what the heck are you looking for this as-shafii or al ghazalli …. your God should be the one your are looking for …
what a stupid old man !
Salam DSAI
Perarakan ini adalah momentum keberkesanan agenda DSAI, tanpa DSAI tiada siapa yang menduga perkara sebegini telah terjadi. Semoga DSAI mempunyai langkah selanjutnya untuk mengalahkan mereka yang telah merosakkan negara Malaysia yang tercinta.
Azikrie Reply:
September 7th, 2008 at 3:14 pm
Rosak??? Saya tak nampak Malaysia ni rosak. Saya senang ke tempat kerja, makan, minum dan mangamalkan keagamaan.
Tak ada pun yang rosak…. Sahabat, Perarakan ini yang merosakkan saya. Kalau ada perarakan atau demontrasi, pasti saya sukar nak melaksanakan urusan saya. Macam sampah dalam sungai… kan susah kita nak mendayung…..
Dato Seri,
Nampaknya the silent majority sudah bangkit dan kata enough is enough ! Semoga prinsip keadilan dapat ditegakkan semula
teruskan perjuangan..Takbir!!! Reformasi…!!! Bilakah agaknya kita nak Demo kt Kl plak..jumpa YDP Agung..
TAHNIAH buat semua peguam2, moga anda semua terus komited dalam membersihkan sistem kehakiman negara kita. ayuh pakcik2, makcik2, doktor, jurutera, guru2, para ustaz, petani, nelayan, pekerja kilang, saudara mahasiswa2, adik2, atelit2, artis2….. semuanya ayuh kita lakukan perubahan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! terus maju, dengan izin Allah kemenangan menanti kita.
Dia dah pening dah…..lepas satu-satu kena bongkar yang pelik tu ada yang tak pecaya juga semua ni…dok pertahankan mambang biru tu la jugak..kalau dah benak tu benak jugak..anyway never surrender…!!!!!!!!!
kita tiada pilihan lain. YDP Agunglah tempat kita mengadu. Benar..aturkan segera perarakan aman seluruh pelusuk negara. contohilah apa yg berlaku di Myanmar sekarang. kepala hotak PM kita sama jer dgn junta tentera myanmar
Azikrie Reply:
September 7th, 2008 at 3:16 pm
Ini adalah baik. Tapi biar dengan cara yang betul. Patutmya lantik dua atau empat orang sbg wakil membawa memorandum kepada YDPA. Tak perlulah ramai2 sangat sampai rosak keadaan.
TAHNIAH KEPADA MAJLIS PEGUAM!….Berita Astro Bernama ada menyiarkan kenyataan drpa Majlis Peguam ini….Saya rase bersyukur sekurang-kurangnya Astra Bernama masih menyiarkan berita-berita yg benar dan tidak menyebelahi mane2 pihak….TERIMA KASIH ASTRO BERNAMA…harap2 usaha Astro ini tidak diganggu oleh mane2 kuasa POLITIK yg ingin menutup KEADILAN di tanah air tercinta Malaysia ini…..dan Astro juga ada menyiarkan Ibu Dr wan Azizah melawat keluarga malang Jazimin…
“Tabit spring” kepada semua peguam
Bagus.. suatu cadangan yang baik namun tidak perlulah buat sebegitu… demontrasi.
Ada cara lain yang lebih baik…. Sidang media dan sebagainya…
Demontrasi ni biasanya menyukarkan keadaan orang lain.
1. Sukar bagi pengguna jalan raya kerana jalan sesak: Bagi saya, orang yang menyukarkan pekerjaan dan urusan orang lain ni adalah perbuatan tidak baik. Kalau marah kat Badan Kehakiman atau Eksekutif atau kerajaan…. jangan lah sampai menyusahkan orang lain…
2. Semak Mata Memandang: Inilah yang paling sesuai kerana saya paling tak suka melihat orang ramai2 berkumpul sambil jerit2 dan buat sesak. Saya lebih suka kepada kedamaian dan saujana mata memandang…. Saya berapa minat melihat keadaan yang semak dengan manusia.
3. Tak kerja ke? Saya sebagai rakyat…. mengharap kerajaan memberi perkhidmatan yang baik kepada orang ramai. Sepatutnya mereka peguam dalam kerajaan atau swasta melaksanakan tugas bukan dok jalan buat demontrasi. Buat rugi jerk. Sebagai seorang business… kita tidak mahu rugi dengan pekerja seperti ini yang tak ada motivasi dalam kerja.
4.
Ralat:
No.3 “…. Saya tak berapa minat melihat keadaan yang ’semak’ ngan manusia.
Mudahan Datuk Anwar dapat beri komen skit… cara mana yang lebih sesuai..
Datuk Anwar suruh lah mereka bincang cara terbaik ok. Dalam Dewan Negara atau parlimen ker. Tak pun kalau susah sangat change keadaan sistem kerjaan demokrasi:
Tiga badan kuasa berasingan ni pisahkan dengan sebenarnya:
Eksekutif - pure member
Perundangan - Pure member
Kehakiman - Pure member
Thanks.