Kini Benar-Benar Datuk!

24 September 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Syukur kerana Izzah selamat melahirkan anak perempuan petang tadi. Saya sempat menziarahnya di Hospital Universiti PJ sebelum berlepas ke Permatang Pauh jam 2 ptg tadi. Shahrir dan Azizah menemaninya.

Tak sabar nampaknya untuk menimang cucu. Berat hati hendak meninggalkan hospital tadi. Tetapi saya sudah berjanji menemui 50 pemimpin masyarakat Cina di peringkat akar umbi Kedah di Cherok to’ kun jam 6 ptg.

Kemudiannya saya iftar di Masjid Mengkuang, Isyak dan tarawikh di Masjid Berapit sabelum berceramah di perkarangan Masjid Batu Kampung Permatang Pauh.

Jazakumullah kepada yang turut mendoakan keselamatan mereka dan yang mengucapkan tahniah.

Kini, benar-benar datuk!

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda