Harga Membongkar Konspirasi

24 September 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Dalam perjalanan ke Permatang Pauh, saya terkenangkan peringatan sahabat bahawa pendedahan di video mengaitkan nama-nama besar, peguam kaya dan berpengaruh, tauke judi dengan dana berbilion ringgit, menteri Umno yang juga seorang rakan sekutu tauke berkenaan dan tentunya ketua hakim negara!

Belum terpapar lagi nama peguam negara dan ketua polis negara.Saya mencelah, inshaAllah kita akan terus waspada namun perlu bangkit di kalangan kita kalangan yang bersedia menegak kebenaran dan keadilan.

Kita perhatikan saja bagaimana penguasa bertindak berikutnya – apakah alah drama filem hindi atau lahu senyap dan sunyi..

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda

Switch to our mobile site