23
Sep
07

Takziah Buat Keluarga Nurin, Ketua Polis Negara Harus Bertanggungjawab

Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada ayahanda dan bonda kepada Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin di atas pemergian anak comel ini pulang Rahmatullah. Didoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada sdr Azimin Abdul Jalil dan isterinya Norazian Bistaman serta sanak saudara lainnya.

Dalam masa yang sama, kelihatan sudah menjadi satu budaya untuk ‘cuci tangan’ dan tidak menggalas tanggungjawab di pelbagai lapisan kerajaan.

Mangsa yang telah dirogol, dibunuh, diragut dikatakan cuai akan keselamatan masing-masing.

Dalam konteks jenayah, kelihatan seolah-olah penjenayah dan polis adalah ’suci’ dan tidak bersalah sama sekali.

Kini, pegawai polis yang satu ketika dahulu menjalankan penyiasatan ke atas pemecatan saya menuduh ibu bapa Nurin cuai dalam melaksanakan tanggungjawab sehingga membawa kepada kematian Nurin!

Apalah dosa ibu bapa Nurin? Mereka tidak pinta segalanya terjadi. Keduanya telah melalui trauma dan tekanan yang begitu hebat dalam tempoh hampir sebulan yang lepas.

Berbanding melihat keperluan mendesak untuk polis memperkemaskan sistem kerja mereka untuk melindungi rakyat daripada jenayah, Ketua Polis Negara lebih suka mencadangkan agar kedua ibu bapa Nurin didakwa atas kecuaian menjaga anak.

Seolah-olah beliau ingin menyatakan Nurin pergi meninggalkan kita kerana ibu bapa Nurin tidak menyayangi Nurin sepenuhnya.

Adalah sesuatu yang di luar batas kemanusiaan untuk mengalihkan kemarahan masyarakat daripada ditujukan kepada polis yang bertungkus lumus mengekori saya, ahli dan aktivis parti pembangkang sehinggalah sanggup menembak orang awam di Terengganu.

Dalam keadaan sistem kehakiman kita berada di dalam keadaan parah, dan penguatkuasaan undang-undang sudah ‘putus harapan’ untuk dipulihkan, kita kesuntukan masa untuk menyuntik perubahan demi kemaslahatan masyarakat dan negara.

ANWAR IBRAHIM


35 Responses to “Takziah Buat Keluarga Nurin, Ketua Polis Negara Harus Bertanggungjawab”


  1. 1 Pangeran Sep 22nd, 2007 at 8:38 pm

    Dalam keadaan sistem kehakiman kita berada di dalam keadaan parah, dan penguatkuasaan undang-undang sudah ‘putus harapan’ untuk dipulihkan, kita kesuntukan masa untuk menyuntik perubahan demi *kemaslahatanmasyarakat dan negara.(*pembetulan keselamatan masyarakat dan negara)

    ANWAR IBRAHIM

    Salah satu negara islam yg tak pakai hukum islam(hudud).nak harap hukum pak lelap abis la…dok tak abis siasat la…camna nak abis polis pakat dok pi dengaq ceramah…mana ada masa nak kawal masyarakat.

    Di Singapura bole kata setiap hari polis akan meronda flat flat dan juga di tempat tempat berjalan kaki.Ini kerana Polis Singapura menjalankan amanah untuk menjaga rakyat Singapura.bukan dok pi cari salah orang.

    Kepada keluarga adik Nurin.salam takziah.sesungguhnya kelahiran dan kematian (Syahid) Adik Nurin dicipta untuk memenuhi Syurga Allah yg abadi..

  2. 2 bumilangit Sep 22nd, 2007 at 9:00 pm

    mana hilang manusia dalam masyarakat kini. si penjenayah dah bagai binatang, si penguatkuasa undang-undang pula nak cari jalan senang.

    Mungkin Tuhan mulai bosan, Melihat tingkah kita Yang selalu salah dan bangga
    dengan dosa-dosa…….

  3. 3 jang Sep 22nd, 2007 at 9:47 pm

    A’kum DSAI ……..
    Saya rasa skrang nie pengusaha minyak dah naikkan harga minyak walaupun kerajaan kata tak akan naikkan ………
    Buktinya apabila saya isi minyak di ESSO dahulunya saya selalu isi RM5 dalam 3.191 liter tapi dalam waktu terdekat nie RM5 dah pergi 2.654 liter
    Kalau mcm ni tak dinafikan lagi bahawa harga barang akan melambung tinggi dalam waktu yg terdekat nie mungkin slps pilihanraya…………

    Yang prihatin

  4. 4 kuan Sep 22nd, 2007 at 9:52 pm

    Harga minyak naik…. rakyat kena bijak merancang perjalanan, harga barang naik… pengguna kena bijak, harga ayam naik… pengguna kena bijak , pencemaran alam sekitar… rakyat kena lapor , Jenayah meningkat …. masyarakat kena blablablabla ????? Umpama hidup di negara yang tak bernegara. Apa nak jadi kalau semua pemimpin dan pegawai hanya duduk atas kerusi empuk menunggu laporan tanpa melaksanakan tugasan??? Yang akhirnya semua permasalahan kembali kepada rakyat tanpa penyelesaian ( penyelesaian air liur ja )

  5. 5 kublai khan Sep 22nd, 2007 at 10:33 pm

    Ha ha…. lucu betul kerajaan malaysia, polis cadangkan ibu bapa didakwa cuai menjaga anak dah lah anak meningal lepas tu ibu bapa pula nak didakwa apa punya law kita pakai ini yang dikata kan undang undang hutan,dalam kes alantuya kenapa najib tak didakwa kerana cuai menjaga alantuya sehinga alantuya dibom.dalam kes eric chia kenapa TUN Drm tak didakwa kerana cuai menjaga wang negara.

    Tun Drm yang paling banyak pecah amanah wang negara dalam kes didalam kes setesen TV berbayar ASTRO Tun kita telah mengarakkan Permodalan Nasional Berhad dan kuncu kuncunya Pan wang untuk tolong TAK Ananda Krisnan mulakan setup stesen itu dan kasi pula tax insintif semua barangan eletronik yang diinport untuk setesen itu tidak dikenakan cukai dengan cara menberi setatus MSC sedangkan ASTRO bukan berada didalam kawasan ciber jaya lagipun teknologi nya hanya sekadar sebuah stesen TV bukan teknologi secangih syarikat di silicon valley.ini semua nak tolong keroni lah namanya DR Tun dah lakukan kes pecah amanah dalam kes ini kenapa dia tak di dakwa kerana cuai menjaga wang amanah.

    Didalam kes monorail pula tun kita sumbangkan kat keroni dia Tan Sri Vinsent Tan sebanyak 900 juta wang kerajaan kepada monorail sdn bhd pada masa itu sekarang dah berhad dan tempoh bayaran pula setelah sepuluh tahun ber operasi baru mula bayar ini yang dinamakan tun kita bukan along cuma tun nak tolong. sebenarnya nak tolong keroni tak pula dia didakwa cuai serta salah guna kuasa tak ikut polisi kerajaan.

    (Dalam kes Tan Sri dari serawak)banyak lagi kes yang Tun kita cuai dalam kes Bakun,kes panjangkan landasan lapangan terbang mat sirat Langkawi pun tun kita pecah amanah panjangkan tak berapa ratus meter tapi harga nya tak masuk akal. kalau tak pecaya tanya pengarah JKR masa itu.kalau saya nak cerita kisah kecuaian tun kita seribu satu malam pun tak habis. Tapi kenapa kerajaan kita tak dakwa tun kita tapi bapa Nurin dalam kes ini mereka nak dakwa dia. kalau P.Ramlee masih hidup dia akan buat filem kat luar negeri kisah tun. salam hormat

  6. 6 thaqif Sep 22nd, 2007 at 10:44 pm

    Pangeran.

    Anda mungkin org muda,sebab itu tidak biasa dgn perkatan’kemaslahatan’,ini adalah perkataan dlm B.melayu yg betul,sila rujuk kamus DBP.

  7. 7 cokelat Sep 22nd, 2007 at 11:24 pm

    Dato’ seri….

    Budak Musa Hasan ini tak nak ambil iktibar ke Tun Madir yang sakit tenat tu….

    Hati dan mata Musa Hasan dah buta ke….

    Kamu seronoklah terlepas dari tuduhan rasuah kerana Budak gani setahil ni kawan kamu….

    Kamu seronoklah musuh kamu dalam PDRM kena sisatan BPR……

    Insaflah cepat…..taubatlah cepat……

    Pi tanya Rahim Noor penderitaan yang dihadapi selama ni…..

    Cepat kembali ke pangkal jalan….saya rasa umur kamu ni pendek….

    cepat…cepat…taubat…cepat….

  8. 8 Shahrizan Sep 23rd, 2007 at 12:50 am

    Tuan,

    Saya bersetuju 100% dengan DSAI.Kenapa keluarga Nurin hendak ditambah penderitaan ini lagi.Sudahlah kehilangan ank yang dikasihi.Sekarang ni ada kemungkinan untuk didakwa pula..Apa nak jadi dengan negara kita ni..Sudah ke hujung zaman agaknya..
    Mereka tak nak anak mereka jadi begitu..tapi mehnah yang datang harus ditempuh dengan tabah..

    Kepada keluarga Allahyarhamah, takziah dan tabahlah dengan ujian ini..Dia menanti di pintu syurga..Yang hidup harus terus beramal salih supaya dapat bersamnya nanti..

    Pihak berkuasa harus mengambil tanggunjawap atas tindakan yang lambat diambil. Memang segalnya takdir,tapi yang berkuasa sepatutnya mampu membuat sesuatu.Bukannya
    menyalahkan keluarganya..

    Al-Fatihah untuk Allahyarhamah..Tuhan sangat sayang padamu..Pergilah dengan airmata dan doa kami semua.

  9. 9 lakshy Sep 23rd, 2007 at 7:18 am

    Dato’Seri,

    I was wondering why the remark was made by IGP about parents negligence?

    Why cant the same IGP apply those standards to the recent Auditor General’s report and find the various Ministers and Sec Gen’s guilty of Negligence in carrying out the duties they were given? Isn’t it breach of trust to mismanage rakyat’s money?

    Isn’t it negligent on IGP’s part not to do anything about this “crime” too?

    So what he does is tepis dulu!

  10. 10 org kuat umno(berakar dalam umno) Sep 23rd, 2007 at 12:07 pm

    hemm kelakar kan camana org macam badawi leh jadi perdana menteri…kesian tengok dia..memalukan negara je…i x mengakula perdana menteri macam tu…teruk sangat…
    tapi u perhatikan
    mokhtar abdullah dah kena
    zainah anwar dah kena
    rahim noor dah kena sekarang ni
    dr mahathir..
    pass ni sapa lak..

  11. 11 sam75 Sep 23rd, 2007 at 12:23 pm

    Saya amat terguris hati bila mendengar kenyataan Musa Hassan yg langsung tidak mempunyai hati berperikemanusiaan ingin mendakwa ibu bapa Nurin atas alasan kecuaian.Kepada rakyat Malaysia mungkin ada sebahagian kamu yg tiada rasa simpati dan ada juga dikalangan kamu yg bersetuju dgn si Musa. Tapi ingatlah, kita juga punyai anak.Ketentuan Allah boleh menjadikan kita senasib dengan ibu bapa Nurin. Dan anda juga boleh didakwa cuai!!!!!! Renungkanlah.

  12. 12 mongolian Sep 23rd, 2007 at 1:01 pm

    Jenayah tinggi adalah kesilapan mereka yang menerima mandat pada hari ini acuan mereka tak baik sebab itu kini kita melahirkan masyarakat yang sakit jiwa dan mantal sehingga melahirkan terlalu banyak masalah pada hari ini ini,lah kesannya apa bila kita tidak meracang dengan betul hala tuju rakyat dan negara mereka rakus megejar kemewahan sehingga rakyat dilupakan rakyat kemajuan semata mata akan tetapi mahukan satu masyarakat yang amat harmoni ia itu masyarakat madani yan mana melahirkan suatu masyarakat dari rumah ia itu sistem kekeluargaan yang baik dari situ baru kita dapat satu masyarakat yang baik untuk masa depan negara.

    Berita utusan meloya today melapokan pengerusi pilihan raya bangsa melayu lah yang palin ramai tidak mendaftar sebagai pengundi ini ada kesilapan besar UMNO dan barisan nasional yang mana sering megemba gemburkan pembangkang itu ganas,pemusnah dan sebagainya ini satu didikanatau budaya salah kepada gologan muda mereka takut dengan budaya ini menjadi satu fobia kepad gologan muda melayu bahawa politik itu kejam dan sering bergaduh jika budaya ini diteruskan juga saya pecaya masa hadapan lebih ramai gologan muda melayu menjauhkan diri dari politik sebab acuan kita salah dalam arina politik negara, saya sendiri telah turun padan cuba menilai atas sifat sayankan negara ini maka saya pergi di komplaks pertama dan menanyakan anak muda melayu sama ada mereka telah mendaftar mengundi lalu mereka menjawab (buat apa mengundi bang pilitik tu tak main la asik gaduh aja) jika inilah dalam pemikiran mereka maka jelas lah mereka benci politik sebabnya UMNO dan BM hari hari sering paparkan yang politik itu buruk sahaja cuba , oleh itu jika ramai gologan muda melayu tidak mendaftar sebagai pengundi saya hala kan jari saya kepada umno dan barisan nasional kerana acuan mereka tempang dalam politik negara ini adalah kesan cara kita bermain politik sehinga menakutkan gologan muda negara terutama bangsa melayu. jalan terbaik semua pihak perlu duduk semeja mencari jalan terbaik demi kesinanbungan politik negara terutama untuk bangsa melayu kadang kala kita perlu meletakan kepentingan parti dan diri demi untuk genarasi masa hadapan negara tidak ada jika cara kita berpolitik salah saya percaya genarasi hadapan akan punah, ini terbukti dalam acuan kita untuk masyarakat malaysia yang salah 50 tahuh dahulu kesan nya pada hari ini jenayah tinggi, begitu juga dalam politik kesan nya telah nanpak dan saya jangkakan 50 tahun lagi orang melayu takut nak berpolitik mereka akan teruma, jika budaya politik kita tidak diperbetulkan sekarang. wassalam

  13. 13 kublai khan Sep 23rd, 2007 at 1:34 pm

    Saudara DSAI,

    Saya sokong 110% keatas tulisan saudara mongolian, cara berpolitik malaysia telah rosak disebabkan pihak pemerentah kita telah menberi satu gambaran bahawa politik itu ganas dan sebagainya ini menbuat gologan muda melayu menjauhkan diri dari mendaftar sebagai pengundi walau bagaimana pin saya ucapkan terima kasih kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia kerana menbuat laporan ini terima kasih sekali lagi Yop.. ini satu langkah sejarah Yop lepas pencen nanti saya belanja makan dengan gulai tempoyak kat kuala ye..harapan saya semoga yop lebih tulus dalam tugas you yop, rakyat harapkan pilihan raya yang tulus dan bersih sebab kita bukan takutkan dunui ni yop kita takutkan akhirat nanti.

  14. 14 crepe_0712 Sep 23rd, 2007 at 1:52 pm

    SALAM PERJUANGAN….TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MENGUCAPKAN SALAM TAKHZIAH BUAT KELUARGA ADEK NURIN..PEMERGIAN ADIK NURIN AMAT MENGHIRIS HATI RAKYAT..NAMUN IBUBAPA DAN KELUARGANYA LEBIH MERASAKANNYA..DALAM KEPILUAN DAN KESEDIHAN YANG AMAT DALAM MENCENGKAM JIWA IBUBAPA ADIK NURIN MUSA HASAN DENGAN RASA TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN TELAH MENGUMUMKAN AKAN MENGHUKUM IBUBAPA ADIK NURIN DGN AKTA YG TELAH SEDIA KERANA CUAI MENJAGA ANAK..BETAPA SENGALNYA MUSA ANAK USTAD NI..PENJENAYAH TERSENYUM MELIHAT BEBALNYA PEHAK BERKUASA..BARU NAK SEBUK TUBUHKAN PASUKAN SIASATAN KHAS MENCARI PEMBUNUH ADIK NURIN KENAPA DALAM MASA KEHILANGANYA TAK DITUBUHKAN PASUKAN SIASATAN KHAS ITU..BILA DAH MATI BARU NAK TUBUHKAN..SAYA TELAH MASUK DALAM SATU CHANEL ASTRO DAN BETAPA RAMAINYA CHATERS MEMBERI RESPON SERTA MENGUTUK KERAS PEHAK BERKUASA DALAM KELEMAHANYA MENJALANKAN TUGAS UNTUK MEMBENTERAS PENJENAYAH YANG KEJAM..DALAM ARUS KEMAJUAN YANG DIBANGGAKAN SANG PENGUASA PENJENAYAH TIDAK KETINGGALAN SAMA UNTUK TERUS MAJU DAN MENINGGALKAN PEHAK BERKUASA DALAM KELEMAHAN SEHINGGA PENJENAYAH SEAKAN BERANI MENCABAR PEHAK BERKUASA DENGAN MELETAKAN BEG BERISI MAYAT ADIK NURIN DIDEPAN KEDAI TIDAK DIMUSNAHKANYA SAJA UNTUK MELENYAPKAN BUKTI SEPERTI KES ALTANTUYA..RAMAI CHATERS RASA KURANG SENANG DENGAN KESELAMATAN MEREKA DAN ANAK2 BILA TINGGAL DIBUMI YANG DIKATAKAN MERDEKA INI..RAMAI JUGA IBU2 KHUATIR UNTUK MEMBAWA ANAK2 UNTUK MEMBELI BELAH SEMPENA HARI RAYA INI KERANA MEREKA AKAN DIHUKUM JIKA ANAK2 MEREKA HILANG..MALAYSIA OH MALAYSIA..CEMERLANG GEMILANG SEMUANYA PENUH DENGAN TEMBERANG..ADA JUGA KETUA POLIS BAHAGIAN JENAYAH BERKATA KES INI TERLALU KECIL..PERATUSANYA AMAT KECIL TAPI KAMU TAHU KE KESAN NYA AMAT BESAR DAN TERLALU BESAR..KAMU MACAM MERESTUI PULAK..APA PUNYA ORANG KAMU NI..KALAU ANAK KAMU YANG KENA MUNGKIN RAKYAT AKAN DIAM KERANA PERATUS KES INI KECIL DAN KALAU ANAK MUSA RAKYAT SENDIRI AKAN HUKUM DIA KERANA CUAI…

  15. 15 Pangeran Sep 23rd, 2007 at 6:09 pm

    Thaqif

    terima kasih atas teguran anda,mungkin saya kurang membaca.

    Dato Seri,

    Maaf atas kesilapan saya,sesungguhnya anak muda ini kurang ilmu,

  16. 16 parasite Sep 23rd, 2007 at 6:31 pm

    Naik gaji,tetapi tak mahu kerja lebih. Motto PDRM baru. MALAYSIA BOLEH.

  17. 17 matrempit KL Sep 23rd, 2007 at 9:17 pm

    Satu keputusan yang mengambarkan sikap dan sifat serta akhlak ketua polis negara yang sangat rendah..Tidak wajar keselamatan negara ini diletakkan di bahunya lagi..Semua anggota polis yang lain perlu juga sedar bahawa mereka bakal di dakwa jika anak mereka terjatuh,hilang atau kemalangan jalan raya..Ini adalah kecuaian ibu bapa katanya..Saya ingat, kalau begini lah caranya MENJAGA KESELAMATAN NEGARA,semua rakyat Malaysia akan berada dalam penjara..RIMBA,RIMBA

  18. 18 degawan Sep 23rd, 2007 at 10:00 pm

    slm takziah kerluarga nurin……x tahu ape nak jd dunia hari ini..khusus nya malaysia darul aman….dah la kematian anak..pastu nak dakwa plak….pelik betul..

  19. 19 Yusof Sep 24th, 2007 at 9:04 am

    Masyarakat pincang?

    Bunyinya macam tajuk sebuah filem Melayu pada zaman sebelum merdeka atau semasa negara di ambang kemerdekaan. Pada ketika itu pun pencipta seni sudah pun dapat memperbesarkan kepincangan sebuah masayarakt di dalam layar perak dan sepatutnya dijadikan pedoman untuk membuat perkiraan di dalam proses pembanguna negara. Kepincangan masyarakat boleh terjadi apabila pembangunan berlaku secara kurang perkiraan, kerana dasar keselamatan sosial dan dasar keselamatan dalam negeri dengan segala peruntukan lebih tertumpu kepada ancaman politik di satu sudut dan peruntukan yang besar hanya untuk mengemilangkan kepimpinan negara. Tenguk sahaja pada hari ini, motosikal pengiring pembesar-pembesar negara pun mesti dari model yang mewah dan latihan yang lebih kemas hanya untuk anggota polis bagi memudahkan para pelancung. Jadi apa jenis keselamatan yang diberikan kepada rakyat biasa yang tinggal di kawasan sesak seperti di rumah-rumah murah kerana mereka ini tidak menjadi pembayar cukai pendapatan yang tinggi seperti yang disumbangkan oleh taukeh-taukeh industri. Apabila berlaku trajidi ke atas adik Nurin Jazlin, maka kumpulan yang lemah sukar untuk memikurkan bagaiamana perkara ini boleh berlaku, tapi mereka juga akan dipersalahkan.

  20. 20 aminasri Sep 24th, 2007 at 10:54 am

    Polis patut di saman kerana cuai!!! Namakan Ketua Polis Negara sebagai org yang bertanggungjawap. Apakah tugas polis yang sebenarnya?.. Kejadian yang berlaku kepd Allayarham Nurin adalah kerana kegagalan polis menjaga keselamatan negara. Sudahlah gagal menjaga keselamatan awam, sesudah menerima report pun masih juga gagal mengesan dan mengambil tindakan mencari dan menyelamat yang berkesan, sehinggalah kecelakaan menimpa Nurin. Penjenayah masih gagal dikesan, tiba2 timbul pula isu kecuaian penjaga????.. sungguh memalukan. Serahkan saja lah kepada Jabatan Peguam untuk mendakwa kalau ia benar pun.. tetapi kerja kamuuuu ialah cari penjenayah itu!!!!! cegaahhh dari ianya berulang lagii!!!!!!.. Inilah akibatnya apabila akal budi menjadi dungu.. kenaikan pangkat mengikut pukat.. sungguh sadiss..

  21. 21 Ong Tai Kim Sep 24th, 2007 at 11:23 am

    Inilah akibatnya apabila tampuk pemerintahan disandang oleh mereka-mereka yang tak berkelayakan, dan semestinya rakyat(khususnya bangsa Melayu) harus dipersalahkan kerana ini adalah pilihan mereka sendiri semasa pilihanraya lalu.

    Asyik tuduh pemimpin sahaja yang tak betul KITA BETUL SANGAT KE?.

  22. 22 atmanagara Sep 24th, 2007 at 2:06 pm

    takziah buat keluarga allahyarham nurin

    bukan hendak merendahkan sesiapa, sekira yang menjadi polis itu golongoan cerdik pandai, mahu kah mereka menjadi anggota polis malaysia?

    sebab itu agaknye nampak jelas tindakan anggota polis tak ubah seperti badut yang memalukan diri sendiri kecuali mereka yang sedar dan ikhlas dengan tanggung jawab.

  23. 23 Yusof Sep 24th, 2007 at 2:11 pm

    Ibubapa arwah Nurin Jazlin bukalah dari golongan berada, tapi mereka tetap berhak untuk mendapatkan kawasan kediaman yang selamat di persekirtaran rumah mereka, walau pun melibatkan aktiviti dagang seperti pasar malam, untuk membolehkan mereka merasa selamat untuk anak-anak belajar sedikit tentang kehidupan, contohnya pergi ke kedai yang berdekatan untuk membeli barang keperluan.
    Kejadian yang menimpa arwah Nurin Jazlin itu membuktikan kecuaian pihak berkuasa untuk menyediakan kawasan yang seperti ini. Keadaan yang berlaku ke atas arwah Nurin menunjukkan berlaku kecuaian pihak penguasa yang membenarkan aktiviti pasar malam di jalankan di dalam kawasan kediaman atau yang berdekatan dengannya, kerana mereka juga yang memungut sewanya, tapi tiada langkah keselamatan yang sekucupnya diberikan kepada penduduk-penduduk setempat. Saya rasa ibubapa awrah Nurin Jazlin berhak menyaman pihak berkuasa tempatan di atas kejadian yang telah menimpa keluarga mereka.

  24. 24 degawan Sep 24th, 2007 at 10:57 pm

    untuk ibubapa nurin…bnyk2 bersabar..ape yg berlaku kententuan ilahi…kita hanya umat yg lemah serba-serbi…ape yg d perkata kan oleh k.polis negara….itu hanya la pandangan beliau saje…

  25. 25 mintan putih Sep 25th, 2007 at 12:02 pm

    Aku masih ingat zaman aku kecik2 dulu membesar di Kg. Pasir. JB. Bapak aku menyewa di kampung tu, kami berpindah dari Singapura tahun ‘76. Kat situlah aku kenal apa itu mat gian, mat pet dan macam2 mat yang tak senonoh lagi. Kemudian zaman remaja aku membesar di Kg Tunku sempadan Sungai Way, awal ‘80an.
    Tujuan aku cerita sikit latarbelakang nie bukan apa, cuma nak ajak sapa2 yang masih ingat lagi zaman kita dari kanak-kanak sampailah masuk kealam dewasa…..bila masanya kita takut nak keluar rumah sebab ada “orang gila” diluar sana nak buat tak baik (walaupun duduk dalam kawasan “black area”)? Habis takut pun kat mak pak, tupun sebab kantol campur dengan budak-budak tepi simpang main gitar sampai larut malam!
    Tapi hari ini, aku dah hampir sampai tahap “paranoid” with our childrens safety!!! Nak suruh pi kedai makcik temah yg tak samapai 100m tu pun kena cek2 dulu, kot line clear ke tidak, most of the time, budak2 tu main dalam rumah aje. Nak pergi playground pun ibu atau ayah mesti teman sampai balik!!! Ada pernah anak2 aku luahkan perasaan betapa diorang cemburunya pada cerita2 ‘adventure’ aku masa zaman anak2 dulu (yalah sebab bebas dari ancaman binatang bertopeng manusia). Kesian diorang…
    Apa yang berlaku pada arwah adik Nurin dan mangsa2 yg sebelum nie adalah suatu MIMPI NGERI IBUBAPA HARI INI….igauan yang sentiasa menghantui dan menghambat kita saban masa, sebab dengan apa yang sedang berlaku hari ini, hampir terjamin kejahatan2 ini tak mustahil boleh berlaku pada sesiapa juga…..YA ALLAH, SELAMATKANLAH ANAK2 KAMI.

  26. 26 hisham Sep 25th, 2007 at 1:27 pm

    polis saja nak tutup salah dia. lebih sebulan adik nurin hilang tak buat apa pun ni bila dah meninggal dibunuh & berlakunya penderaan seks polis senang2 je nak tuduh ibubapa nurin cuai. polis yang cuai tak buat keja asik nak cari salah org je. itulah pemerintahan era pak lah islam hadari yang ada hari je. sibuk kumpul kekayaan setakat keluar tv ucap takziah buat apa…..

  27. 27 Yusof Sep 25th, 2007 at 5:00 pm

    Wahai mintan putih, saya orang yang lahir di Kg. Pasir JB, sebelum keluaraga awak dan orang-orang lain datang ke kampung saya, keadaan di adalah sebuah kampung yang lebih aman, boleh katakan hampir semua orang hampir mengenali satu sama lain. Kalau ada orang luar yang membuat kacau pemuda-pemuda di situ yang terdiri dari baba-baba saudara dan kawan-kawannya menjadi pengawal. Semasa keluaraga mintan putih berpidah ke situ, keadan kampung itu sudah pun teruk. Ada satu lagi kampung di Sungai Melayu yang sekarang sudah lenyap dari muka bumi, bukan kerana gempa bumi, tapi “di halau oleh proses pembangunan” kerana ia dihuni oleh penduduk yang tidak sehaluan dengan pemerintah. Apa yang ingin saya ceritakan ialah kampung ini yang dihuni oleh satu masyarakat Melayu yang boleh menjadi contoh semasa UMNO baru memperkenalkan DEB, sama seperti masyarakat koperatif di England pada kurun ke 19, berdikari tidak bergantung pada dasar kerajaan, tapi rata-rata orang dewasa di situ adalah menjadi penyokong satu parti pembangkang ( bukan PAS atau DAP ) yang sekarang sudah menjadi sebahagian dari PKR. Tiada siapa yang membantu mereka apabila kerajaan mengambil-alih tanah nmereka untuk dibangunkan sebagai pusat komersial. Itulah cara UMNO menindas penentang.

  28. 28 alif Sep 25th, 2007 at 10:20 pm

    pertam-tamnay kepada keluarga aidik nurin bersabar.kpepada pembunuh sebenar adik nurin pergi mampus kau

  29. 29 X emosi Sep 26th, 2007 at 5:31 pm

    Sedara ong tai kim, anda mmg betul. Rakyat kita mmg selalu komplen. Sy rasa msykt kita ni paling kuat komplen. Dr politician, pegawai2 kerajaan, sampai la ke rakyat marhaen semua sama. Komplen 3x. Kita mmg dah terdidik sbg bangsa yg suka cari salah org lain. Mcm kita je yg betul. Kdg2 sy rasa kasihan dgn anggota polis ni. Bukan senang jadi polis ni. Kita suka bila dipaparkan citer polis2 makan rasuah, pukul org, buli org. Tp x penah atau jarang sekali kita dgr org appreciate keje yg polis buat. Polis dah jadik mcm ‘punching bag’ pd suma org. Yg peliknya interpol boleh rate polis kita one of the best in the world. Sy bukan nak championing the police cause. Tp anda sedar x dlm masa yg sama dgn polis yg sama la anda berharap dr sebesar2 kes bunuh sampaila hilang barang. Mcm dlm kes adik Nurin ni xkan sampai tahap polis nak cegah sblm kes berlaku? Sbg contoh kata la sy nak rogol org skrg, anda expect polis boleh tau ke niat sy sebelum kejadian? Maaf tp sy rate org yg bg komen ni sbg bodoh. Polis mcm kita juga, manusia. Bg sy kalau betul kita x nampak apa yg polis buat jgn ckp byk. Kalau kita nak komplen, then be part of the solution. Mainkan peranan kita. Apa yg kita dah buat utk mskt keliling kita? Pernahke kita terpikir nak gotong royong sekitar kejiranan rumah kita? Pernah ke kita bertegur sapa dgn jiran sebelah2? Bila msykt dah mula amal hidup cara ‘kau, kau, aku, aku’ mmg akan timbul byk kejahatan. Sbb suma org dah x peduli, nasihat-menasihati dan saling melindungi satu sama lain. Akan jadila kita mcm bandaraya kat US tu bila mlm je dah x selamat nak kluar bukan je utk budak2 bahkan org dewasa sekalipun. Jadi jgn la tuding jari pd polis dan kjaan semata2 sedangkan anda, khususnya yg dok bandar, yg pilih idup mcm tu. Kan anda2 suma yg nak mengejar kebendaan dan cara hidup yg individualistik? Skrg anda salahkan polis pula sbb lambat cari penculik dan pembunuh Nurin. Di Malaysia ni ada 22 juta org bukan senang nak cari penjenayah dlm populasi byk tu. Ok sy mmg agak bengkek jugak statement Musa Hassan yg nak dakwa mak bapak Nurin tp pokoknya mak bapak n msykt perlu cari jln supaya smgt kejiranan kita mekar mcm zaman2 dulu. Pd sy bila msykt kuat, penjenayah akan takut. Bagilah smgt n kerjasama pd polis nak jlnkan tjawab mereka.

    p/s : sy bukan polis atau ada apa2 kaitan dgn polis. sy cuma prihatin dgn keadaan semasa. kalau tuan/puan mahu kutuk sy teruskan. tp sy jenis berpegang pd prinsip selesaikan masalah bukan biarkan masalah pd org lain. semoga pembunuh nurin tertangkap dan diadili seadil2nya. alfatihah…

  30. 30 zul Oct 2nd, 2007 at 6:17 pm

    salam semua,
    pembunuh nurin yang berhati binatang perlu di cari secepat mungkin, polis yang suka menjaga keamanan kononnya perlu berjaga siang malam cari siapa yang bertanggungjawab bukan sekadar tahu nak siasat benda2 yang merapu, anda yang bergelar polis perlu malu dengan diri sendiri dahle menembak orang suka2 hati pastu buat kerja ala-ala kadar jee…

  31. 31 aho_onn Oct 2nd, 2007 at 8:02 pm

    isu Arwah Nurin pun hendak dipolitikkan…buka mata sikit..salah polis ke bila hal camni berlaku…. kenapa tak salahkan mak ayah nurin yang biar anak die sorang2 kat pasar…kenapa polis gak yang dipersalahkan..terus dikaitkan dengan zalimnya polis(kes Batu Buruk)… emmmm….kalau pandai sangat suruh orang2 yang kerjanya menuduh tak tentu pasal yang jadi POLIS…. memang kes Nurin amat tragis…aku pon bengang dan sakit hati kat pembunuh sial tu…tapi biala Polis siasat…”Encik dan Puan mana tahu…Encik dan Puan bukan POLIS…”"”…… betul tak…. ibaratkan sahaja orang yang dangkal pasal agama hendak pertikai ilmu dan fungsi para ustaz dan uztazah…para alim ulama’….tepuk dada tanya hati….

  32. 32 Zaki Nov 14th, 2007 at 4:58 pm

    Saya bukanlah nak sokong atau pun mengutuk polis dan kerajaan.Tetapi musa hasan tak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang sedemikian.Kenyataan itu seolah-olah dari org tidak berpelajaran.Mcm nak cakap ikut sedap mulut aje.Pikirlah sikit.

  33. 33 hello kitty Feb 13th, 2008 at 5:16 pm

    saya bukanlah nak sokong atau pun mengutuk polis tetapi terpaksa meluahkan jgk apa yang tidak puashati dengan pihak polis malaysia…. kerja x teruk mana berbanding dengan tentera lain dalam malaysia pun, banyak polis malaysia ni makan rasuah dah tu bila dapat duit ‘pau’ abiskan kat pusat-pusat hiburan seperti karaoke dan dangdut yang ada perempuan melayu janda-janda yang jadi gro…. bila operasi mereka jugak yang datang buat serbuan…. bila buat operasi dapat barang2 rampasan mcm pil estacy mereka jgk yang bawak keluar bagi anak melayu makan…. macam mana rakyat nak hormat pada polis?????

  34. 34 rania Feb 22nd, 2008 at 1:43 pm

    saya bersimpati di atas apa yang terjadi.

  1. 1 Nurin, Damailah Engkau Di Sana… « Dengan Izin… Pingback on Sep 22nd, 2007 at 11:16 pm

Leave a Reply




Sumbangan Kempen Permatang Pauh

Galeri Flickr

Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia     

Poster Kempen

Get the Flash Player to see the slideshow.

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

September 2007
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930