23
Sep
07

Azizah Kunjungi Keluarga Nurin

azizah
Pagi tadi Azizah menziarah keluarga Nurin di Wangsa Maju. Selain menyampaikan takziah bagi pihak keluarga kami dan KeADILan, beliau melahirkan simpati dan mohon kesabaran keluarga atas uijian yang menimpa mereka.

Ayahnya Jazimin menyampaikan salam dan menyampaikan hajat untuk menemui saya. InshaAllah.

ANWAR IBRAHIM


17 Responses to “Azizah Kunjungi Keluarga Nurin”


  1. 1 zuhairy Sep 23rd, 2007 at 7:52 pm

    adakah malaysia dah tak selamat untuk kanak2 bebas bermain?
    biarlah bapak menteri dan bapak polisi yang menjawab. jangan tau tembak orang tak bersalah saja!

  2. 2 Gengis khan Sep 23rd, 2007 at 9:48 pm

    Semoga lawatan Presiden, sedikit sebanyak meringankan beban ibu nurin. sesetegah pihak megangap isu ini isu terpencil, tetapi juka dilihat dari sudut kes bunuh negara ianya amatlah menbinbangkan seolah olah kita berada di era darurat pra kermerdekaan, atau di tengah New York atau di colombia dimana ditempat ini kematian disebabkan bunuh saban hari nanpaknya kita juga sebaris dengan tempat tersebut, maka jika keadaan ini jika tidak dibendung kita akan jadi serpeti Afrika Selatan yang mana setiap pembeli rumah dimasukan kos alam sestem dan CCTV mahukah kita tingal didalam penjara yang kita bina sendiri rumah umpama penjara

    PM kata kita kena ada kejiranan yang baik supaya kes serpeti nurin tidak terjadi lagi, maaf saya katakan disini nak mengembalikan nilai timur kedalam jiwa masyarakat malaysia umpama punguk menharapkan bulan jatuh keriba, sebab pihak pemerintah kita terlalu menbudayakan cara hidup rakyat ala barat dan telah menjadi satu kejutan pada rakyat yang tak manpu pun terikut rikut orang dari ulu mana pun sampai KL terus pangil mama dan papa, TV pula 24 jam hiburan sahaja. kalau cerita pula kebanyakan menbabitkan kes bunuh sahaja, ada saya lihat kanak kanak meniru gusti WWF.ini semua menberi kesan atau sedikit sebanyak impak kepada minda oleh itu berharat pihak berkuasa dapat kurangkan cerita TV berbentuk jenayah. sejak masuknya TV berbayar kedalam negara kadar jenayah kian meruncing TV berbayar memasuki negara pada tahun 1997 dan semenjak itu kadar jenayah mula terjadi yang pelik pelik, berlaku.

  3. 3 matrempit KL Sep 23rd, 2007 at 10:00 pm

    Dato seri.
    Apa yang berlaku,kita bukan sahaja turut simpati tetapi berasa impati terhadap kaum keluarga Nurin..Tahniah atas keperihatinan Datin Azizah..Polis kita diuar-uarkan antara yang paling cekap di dunia tapi dalam aspek apa?? Mungkin untuk $$$$$ sahaja cekap..Beberapa isu masih tak terjawab Ayah Pin,Bom C4,Norita,Nurin,Kapal Selam,Jet Pejuang,Peluru Hidup Batu Buruk,terkini Clip Video dan banyak lagi…Saya terdengar tadi si PM yang bodoh tu kata tak perlu tubuh suhanjaya bebas sebab clip video belum disahkan ketulenannya.Sebab belum disahkan ketulenannyalah perlu ditubuhkan suruhanjaya bebas..Kalau dah sah,buat apa tubuhkan suruhanjaya bebas..Tangkap sahaja lah yang bersalah..Lepas tu,kata menteri di Jabatan PM, saya dah hubungi hakim berkenaan,hakim tu berkata bukan suara dia..Menteri pun berkata,clip video ini tidak benar..Bodohnya menteri kita,macam tu sahaja siasat..Kalau macam tu,semua banduan dalam penjara patut dilepaskan kerana semua mereka akan kata kami tak buat jenayah..jadi kata menteri,lepas lah mereka..Keh,keh,keh..Aku orang kampung pun boleh jadi menteri kalau macam tu…Sekarang ini datuk nenek saya yang tak bersekolah pun tengah ketawa..

  4. 4 tokbahaman Sep 23rd, 2007 at 10:21 pm

    Tugas menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini adalah terletak di atas bahu PDRM. Jika mereka tidak mampu berbuat demikian, kemungkinan lebeh baik di bubarkan sahaja PDRM. Masing masing jaga keluarga masing-masing sebagai di sarankan oleh KPN dan Nazri. Jenayah berat semakin menjadi jadi. PDRM telah menjadi hanya pengiring kereta VIP. Teringat pula alkesah Blackwater di Iraq.

  5. 5 najwan halimi Sep 23rd, 2007 at 11:01 pm

    Nurul Izzah Anwar telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan petang tadi.

    Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kehadiran cucu sulung sempena Ramadhan yang mulia ini!

  6. 6 Kamarulzaman cash management guy Sep 23rd, 2007 at 11:34 pm

    Saya juga terlihat kadang-kadang ibu bapa ada juga membiarkan anak-anak perempuan mereka yang berumur 3-4 tahun bermain di jalan-jalan raya. Di tempat saya di Segambut Tengah, kadang-kadang saya yang kena mengelak dari mereka yang bermain di tengah jalan. Harap ibu bapa mereka mengambil iktibar dari kejadian yang menimpa Nurin.Mencegah lebih baik dari……………..

  7. 7 monsterball Sep 24th, 2007 at 12:18 am

    What more to talk about this very sad case and what a sicko can do that to a child.
    The parents must hold some responsibilities for this sad incident too. How on earth can such a small child be let loose on her own… beats me….but like I said…it’s over and done with…and now is waiting for justices from the police investigations leading to arrests of the culprits.
    Then if found guilty…nothing less than a death sentence will justify it’s conclusion.
    Having said this…I want to tell Anwar..that the public is not trusting him…simply because he said he have boxes of evidences on corruptions by TDM…so far…non proven any guilt to anyone….except right now on the juricial matter. He has to get back the trusts…especially from the malays and chinese.

  8. 8 crepe_0712 Sep 24th, 2007 at 12:38 am

    SALAM PERJUANGAN…KESEDIHAN RAKYAT MERATAPI KEJADIAN YG BERLAKU KEATAS ADIK NURIN SUKAR DILUPAKAN..KESAN YG MENDALAM LEBIH DIRASAKAN OLIH IBUBAPA SERTA KELUARGA ADIK NURIN..INILAH HARGA PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN YANG KITA TERIMA HASIL DARI KERAKUSAN PENGUASA YANG TIDAK BERAKAL..PEMBANGUNAN YG DIDIRIKAN DENGAN PENUH PENIPUAN TANPA MEMIKIRKAN KESEIMBANGAN MORAL DAN AKHLAK RAKYAT HARUS DAN MESTI DIBANGUNKAN DAHULU AGAR TIDAK ADA BUDAYA YG MENGERIKAN APABILA BERDEPAN DGN PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN YG DIBANGGA2KAN ITU..APABILA PEMBANGUNAN INSAN TIDAK MENJADI KEUTAMAAN MAKA BERBAGAI2 GEJALA YG TAK DIINGINI BERLAKU..MODAL INSAN YG DILAUNG2KAN HANYA MEMBERATI PADA ILMU2 DUNIA..MAKA AKAN LAHIRLAH INSAN YG BIJAK TAPI TAK BERAKHLAK..BILA TERJADI SESUATU PERKARA BURUK SEPERTI KEHILANGAN KANAK2 MAKA DIUJUDKAN AKTA UNTUK MENGHUKUM PENJAGA KANAK2 KRN CUAI..SEHINGGA BERLAKU SEPERTI ADIK NURIN DIBUNUH DAN DIDERA DGN KEJAM,IBUBAPANYA YG DLM KESEDIHAN AKAN TURUT DIHUKUM JUGA..SEOLAH2 DLM KEMAJUAN INI KEUTAMAAN HUKUMAN HANYA PADA IBUBAPA..PEHAK BERKUASA SEOLAH2 INGIN MEMUDAHKAN TUGAS LALU MELETAKAN KESALAHAN PD IBUBAPA…NEGARA INI SEOLAH2 SUDAH TIDAK AMAN UNTUK ANAK2 BERGERAK..NANTI JGN KITA TERKEJUT JIKA KENDERAAN ATAU APA JUA BARANGAN RAKYAT HILANG PEMILIKNYA AKAN DIHUKUM KERANA CUAI..JIKA KENA RAGUT ORANG YG KENA RAGUT YG AKAN DIHUKUM KRN CUAI..MUNGKIN NANTI KITA TAK PERLU LAGI PEHAK BERKUASA UNTUK MENJAGA KESELAMATAN KITA DAN ANAK2 KERANA SEMUANYA ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEMUA DAN KITA SENDIRI YANG AKAN MENYELESAIKANYA..

  9. 9 ari Sep 24th, 2007 at 1:59 am

    Kesian ibu-bapa Nurin nanti. Kalau dia didakwa dihukum RM…..ribu dan penjara lagi dan kalau dibuangkerja pulak disebabkan oleh tidak hadir bertugas kerana dipenjara, maka alangkah sedihnya saya Dato’ Seri. Sudah jatuh ditimpa tangga ibu-bapa Nurin ini. Tinggallah anak mereka yang lain yg masih hidup itu sebagai yatim piatu selama ibu-bapanya dipenjara.Anak itu akan tambah tertekan bila melihat ibu-bapanya pula digari dan dipenjarakan. Kepada TS Musa IGP, adakah TS tak doakan untuk ahli keluarga Allahyarham Nurin mohon mereka bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah ini? Ramai pihak berdoa mohon supaya ahli keluarga Allahyarham diberi ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian besar daripada Allah.

  10. 10 aminasri Sep 24th, 2007 at 11:08 am

    (Datuk) Anuar dan Semua

    Kita kena perlu lebih berhati2 sekarang.. kerana jika berlaku apa2 kepada keluarga kita, polis sentiasa bersedia menyaman kita kerana kecuaian.. contohnya jika berlaku kejadian anak diculik dirumah (auzibillah).. polis mungkin boleh siasat misalnya kerana sebelum ini kita pernah buat rumah terbuka, jamuan hari raya dan sebagainya. Dgn itu, di kalangan tetamu yang dijemput mungkin telah merancang untuk melakukan jenayah tersebut. Oleh itu telah berlaku kecuaian kita sendiri yang menyebabkan kejadian, maka kita boleh didakwa… logik Kan?

    Maka tugas polis tentulah untuk mencari alasan bagi mendakwa pihak2 yang cuai.. bukan lagi tugas untuk mencegah jenayah. Trend sekarang sudah hampir menjurus ke arah itu,misalnya ibubapa mat rempit perlu di dakwa (saya setuju), pelajar ponteng sekolah; guru dan ibubapa perlu didakwa (setuju kot), dan yang paling baik.. polis yang cuai di kawasan yang diamanahkan perlu di bawa kemuka pengadilan (sangggaaaaaattt setujuuuuu!!!!!!!!!). Terima kasih.

  11. 11 pondok tanjong Sep 24th, 2007 at 11:55 am

    kita nak cabar ketua polis kalau berani dakwa segera mak bapak nurin.tangkap dan penjara mereka segera..itu semua nak tutup kelemahan polis benteras jenayah

  12. 12 tok moh Sep 24th, 2007 at 2:47 pm

    Salam Talziah buat keluarga Nurin.
    Dan Tahniah buat Dato Seri, keran mendapat cucu.
    Teruskan perjuangan anda. Kami sentiasa bersama mu.

  13. 13 degawan Sep 24th, 2007 at 10:50 pm

    jgn cepat melatah ape yg d perkata kan oleh k.polis negara…itu hanya la pandangan beliau saje….walaubagaimana pun ucapan takziah utk keluarga nurin….al-fatihah…

  14. 14 crepe_0712 Sep 25th, 2007 at 4:36 pm

    BUKAN MELATAH LA SAHABAT…INI KENYATAAN..SAMADA SAUDARA TENGOK ATAU TIDAK KENYATAAN YG DIBUAT OLIH MUSA ANAK HASAN ASHARI ITU..DIA MEMBERI KENYATAAN BUKAN PANDANGAN..KALAU SEKADAR PANDANGAN RAKYAT TAK BISINGLA SANGAT SAHABAT..CUBA BEZAKAN ANTARA PANDANGAN,KENYATAAN DAN PENGUMUMAN.

  15. 15 degawan Sep 25th, 2007 at 10:26 pm

    tenang sahabat ku….itu kan gimik politik je…biasa la…buat statment untuk penuh kan muka suratkabar je….

  16. 16 kereng Sep 26th, 2007 at 12:48 pm

    Anak diculik, diseksa dan meninggal,
    mak bapa didakwa.

    Kalau mcmtu ramai lg ler yg akan masuk penjara ni.
    Anak2 merempit, tangkap.
    dan bawak mak bapak diorg sekali sbb cuai dan xkawal anak.

    Tangkap penagih,
    tangkap mak bapak sekali sbb diorg cuai jaga anak dari kecil sampai bole jadi penagih.

    tangkap pelacur,
    sumbat mak bapa dia sekali sbb cuai dan biarkan anak2 berzina.

    Tangkap pencuri,
    heret mak bapa dalam penjara sekali sbb kerana didikan mereka gagal.
    Mereka telah cuai.

    Bila berlaku rasuah di satu2 kementerian,
    tgkap dan siasat menteri sekali sbb cuai dan tak pandai jaga org bawah.

    Ada kes penculikan yg mmbawa kepada kematian,
    dakwa polis kawasan tu sbb tak sempat menyelamatkan dan cuai.

    Apa lagi o?
    Banyak lagi kan.
    Huhu matila kita mcmni.
    Abisla kita masuk penjara.

    Oh ya,kalau pegawai kanan kita terlibat dalam kes bunuh atau bom,
    kita boleh dianggap cuai x?

  17. 17 aho Oct 2nd, 2007 at 4:18 pm

    alo kereng…..bukan suma polis tu hampas..awak bagus sgt try la masuk jd POLIS dalam ini negara….cakap banyak tak guna… Untuk pengetahuan Dato Seri skali..jika dato seri rasakan rakyat ramai tetindas dek kerana bahana kerajaan yang korup…saya rasa ada ramai lagi yang teraniaya dek kerana peristiwa pemecatan Dato Seri dari kabinet dan isu ‘lebam mata’…. bapa saya seorang anggota polis berpangkat koperal..seorang yang mulia..tepat waktu solatnya… jujur dengan kerja…TETAPI dek kerana peristiwa 1999 tersebut…kami sekeluarga menerima tempiasnya…guru2 di sekolah secara senang hati menyatakan polis merupakan ANJING KERAJAAN… terang-terangan hak saya untuk memperoleh biasiswa dinafikan kerana bapa saya seorang POLIS…. bukan untuk menuduh perjuangan Dato Sri tidak tulus…tapi sekadar melempiaskan rasa hati saya..Bapa saya juga pernah cdera akibat balingan batu oleh penyokong2 Dato Seri, hanya kerana ingin meleraikan perhimpunan tanpa permit di suatu tempat di utara Selangor…. saya cuma mahu penjelasan…. adakah semua Polis itu JAHAT…atau KORUP…jika hanya segelintir sahaja yang sedemikian..adakah semua orang-orang UMNo itu jahil dan dangkal hanya kerana pemimpinnya sahaja yang sedemikian..dan adakah semua pengikut2 Dato benar2 setia dengan perjuangan Dato……..?????….. apabila kes di Batu Buruk timbul…bermacam2 tohmahan dan tuduhan yang dilempar kepada polis….tapi tidfakkah kita tahu bahwa mereka (FRU) hanya menjalankan tugas….lagi tuduhan mengatakan POLIS ZALIM…POLIS ANJING KERAJAAN kedengaran… dan apabila kes Nurin timbul…sacara terus-menerus POLIS dipersalahkan…kenapa tidak dilihat dan dipersoal dari perspektif lain…kenapa tidak ditanya bapa nurin mengapa membiar anaknya berseorangan di pasar…tidakkah kita sedar betapa lambakan pekerja asing di negara ini penyebab kenaikan kadar jenayah..dan tidakkah kita sedar bahawa tahap keprihatinan sesama rakyat negara ini semakin berkurang….mengapa POLIS juga yang dipersalahkan…..

Leave a Reply




Sumbangan Kempen Permatang Pauh

Galeri Flickr

Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia     

Poster Kempen

Get the Flash Player to see the slideshow.

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

September 2007
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930