22
Sep
07

Aktiviti di Manila

Acara sehari suntuk di Manila. Selain ucaputama di Sidang Demokrasi Asia, saya menjadi tamu makan malam oleh bekas Presiden Filipina Cory Aquino.

Saya sempat menalipon bekas presiden Estrada yang masih di penjara (tahanan rumah)

Beberapa pertemuan dengan senator kanan diadakan termasuk Ed Angara, Plamintel, Dick Gordon.

Saya juga banyak memberikan temuramah dengan TV dan akhbar Filipina selain perbincangan panjang dengan aktivis NGO Asia dan Filipina.

Tian Chua dan Irene Fernandez turut menyertai sidang sementara Nik Nazmi mengiringi saya.

ANWAR IBRAHIM


2 Responses to “Aktiviti di Manila”


  1. 1 cokelat Sep 23rd, 2007 at 12:05 am

    Dato’ Seri yang dikasihi…

    Malam tadi program sarasehan (diskusi) Pak Husin Umar. Kelihatan tetamu yang hadir antaranya Ahmad Azam, Hj Anuar Salleh, Ust Dahlan, Dato’ Idris Jauzi (totok UMNO) dll.

    Anaknya Emir Husin yg baru sampai dari Jakarta dan adiknya turut hadir. Ringkasnya ada pesanan dari Pak Husin Umar untuk Dato’ Seri….yang saya fikir penting….mungkin kekawan Dato’ Seri boleh membantu ataupun Dato’Seri dah pun tau.

    Tak silap saya antaranya jangan tersilap langkah mcm Amien Rais…?!

    Reply

  2. 2 MUSTAFA BIN SAREH Sep 9th, 2008 at 4:27 am

    salam kepada rakyat malaysia,

    kita boleh lihat bagaimana pejuang bangsa melayu dato ahmad akan disisih oleh PM dan DPM.

    PM dan DPM tak sayang lan lagi bangsa Melayu, UMNO bukan pejuang bangsa kita mELAYU.

    mari lah kita ramai-ramai jangan sokong UMNO lagi. masuklah mana-mana parti asal jangan UMNO.

    thanks

    MUSTAFA BIN SAREH

    Reply

Leave a Reply