Pagi ini saya telah mengadakan kunjungan menemui Speaker House of Representative Filipina, Jose de Venecia Jr di rumah beliau.
Antara lain kami membincangkan beberapa isu berkenaan mekanisme untuk meningkatkan ketelusan, dan menghapuskan rasuah dalam sistem politik.
Kami turut membincangkan soal dialog antara agama antara Kristian-Islam, Buddha-Islam dan sebagainya. de Venecia dikenali di Filipina sebagai pendukung kuat dialog antara agama.

Petang ini saya dijadualkan memberi ucaptama dalam 2nd Biennial Conference of World Forum on Democracy in Asia (WFDA), bertempat di Sofitel Plaza Manila Pasay City, bertajuk “Democracy & Challenges in Asia’. Konferensi ini bakal dihadiri 80 peserta antarabangsa termasuklah dari kalangan aktivis NGO dan politikus di Filipina (senator, ahli kongres dll).
WFDA ini pertama kalinya diadakan di Istanbul 2 tahun lepas,di mana saya juga turut hadhir. Ia diadakan bertujuan untuk membincangkan strategi untuk memperkasakan demokrasi, hak asasi manusia dan kebebasan di rantau Asia.
ANWAR IBRAHIM









SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KE-9 PERHIMPUNAN RAKSASA DARI MASJID NEGARA KE DATARAN MERDEKA!!!
20 September 1998 Dalam Kenangan…
(Hmm.. this is probably the first time I’m using the same username twice in this blog.)
Reply
Tahniah dato seri usaha dato amat saya hormati dato seorang peminpin yang tidak kenal sempadan demi kebaikan sejagat jasa mu dikenang,
Reply
http://detik.daily.tripod.com/sept/b23septf.htm
Reply
Saya sengaja membelek kembali tulisan-tulisan lama Dato’ Seri dalam blog ni.. dan tiba2 terhenti pada blog post bertarikh 20 September 2007 ini.. ketika saya gunakan nickname “Kenalan Izzah”..
Blog post ini hanya mendapat 3 komen, jauh berbeza dengan your blog posts sekarang (setelah PRU12 berakhir).. Hanya 6 bulan sejak tarikh 20 September 2007, tetapi para pembaca makin berani menyatakan sokongan mereka, malah dgn cukup ketara sekali!
Alhamdulillah.. banyak telah berlaku dalam 6 bulan yang lalu.. 6 bulan yang hampir-hampir menenggelamkan 10 tahun yang penuh dengan fitnah dan tohmahan.. namun kita tak boleh sesekali lupa diri.. masih banyak yang perlu dilaksanakan..
Semoga semangat perjuangan RE-FOR-MA-SI berterusan..
Semoga para penyokong benar2 ikhlas..
Reply
Hanya Allah sahaja yang tahu isi hati hang wahai Anwar.Dah macam-macam hang buat tapi masih lagi tak berjaya.itu mungkin ada sesuatu yang tak kena kot.Allah masih sayangkan malaysia.
Reply