18
Sep
07

Sama-sama Kita Doakan…

mahkManakala diberitahu mengenai panel hakim yang akan mendengar rayuan permohonan, saya tambah curiga.Saya tidak menaruh keyakinan terhadap badan kehakiman secara keseluruhan meskipun terdapat beberapa hakim berwibawa.

Dan kes ini melibatkan tafsiran perlembagaan mengenai kuasa Yang Dipertuan Agong, dan rayuan saya adalah mempertikai penyingkiran pada 2 September 1998 yang tidak sah. Hakim seharusnya menilai fakta dan undang-undang bukannya pendirian penguasa politik.

Maka saya bersetuju dengan cadangan peguam memohon penangguhan kes, dengan alasan peguam Karpal Singh terlibat dengan kes lain di Mahkamah Persekutuan pada waktu yang sama.

Arakian, tunggulah sehingga keadilan tertegak jua.InshaAllah.

Dalam masa yang sama, saya gembira kerana kedua-dua anak saya, Nuha dan Ilham menyertai perhimpunan menentang penaklukan amerika di Iraq semalam. Perhimpunan besar tersebut diadakan di Washington DC.

Tegakkan keadilan di mana saja.

ANWAR IBRAHIM


18 Responses to “Sama-sama Kita Doakan…”


  1. 1 M.K Sep 18th, 2007 at 1:10 am

    hopefully jugde tu x same mcm augustine hacks tu.. Gudluck DSAI, anda pemimpin sejati Malaysia..

    tO ALL rakan2 seperjuangan, Do not pray for an easy life, pray for the strength to endure a difficult one. To hell with circumstances, we must create opportunities. becoz In the middle of difficulty lies opportunity. If We tell them we are good, they would probably think we are boasting, If we tell them we are no good, they know we are lying.

    The future looks extremely bright indeed, with lots of possibilities ahead — big possibilities. Like the song says, “We’ve just begun.”

    Knowing is not enough, we must apply; willing is not enough, we must do…

    M.K

  2. 2 ladymariah Sep 18th, 2007 at 2:55 am

    yes. tegakkan keadilan di mana sahaja. kita doa bersama. Tuhan memberkati.

  3. 3 Zulnizam Sep 18th, 2007 at 9:02 am

    Salam DSAI

    InsyAllah, keadilan ada di mana-mana sahaja. Sesungguhnya yang maha Esa lagi maha mengetahui atas apa kita lakukan. Mari kita semua berdoa supaya perjuangan kita di berkati….

  4. 4 Putra Amno Sep 18th, 2007 at 9:18 am

    Hmmm…

    Niat asal sdr utk menunaikan umrah sempena ramadhan terpaksa ditangguhkan kerana nak menghadiri kes rayuan sdr yg akhirnya juga ditangguh. Hmm…. bila sudah terdetik niat di hati untuk menziarahi kota suci…teruskan sahaja wahai laksamana. Tinggalkan sahaja seketika dunia ini dan tawakkal kepada Nya.

    Ilham dan Nurul Nuha…??? ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, bgmana dengan Iman dan Hana?

    Walau bgmanapun, saya khuatif..jentera pemuda (AMK) nampak lemah, tidak ada ’sengat’, tidak nampak berani, jauh bedanya dgn jentera ketika zaman reformasi 1998. Tatkala itu, semangat anak-anak muda begitu kuat dengan reformasi, mereka tahu apa itu politik, mereka tahu apa itu perjuangan, mereka tidak gentar untuk turun berdemonstrasi malah mereka sanggup dihentak dan dirotan.

    Namun, hari ini kalau tidak ada lagi jentera yg kuat untuk menarik minat (atau undi) anak-anak muda hari ini, maka tidak mustahil andainya mereka mudah dipikat oleh Putera dan Puteri UMNO.

    Sekian pandangan saya, bangunlah segera hulubalang-hulubalang pemuda, bantu segera Laksamana kita kalau benar kita ingin menjadikannya Bendahara.

  5. 5 Spotlight Sep 18th, 2007 at 10:18 am

    Seganas-ganas presiden Bush, ganas lagi pemimpin M’sia dlm mendepani perhimpunan besar.

    CIA analyst: West losing in Iraq
    Mon, 17 Sep 2007 04:44:21
    Source: Xinhua

    A former CIA analyst says the West is losing the wars in Iraq and Afghanistan because it does not understand the true motives of terrorists.

    The reason for Bin Laden to fight the West is not because of their different values, or because they hate freedom, democracy or gender equality, but rather lies in Western countries’ policies in the Middle East, Michael Scheuer, a retired CIA veteran said in an interview with the Canadian Television.

    American and the West’s unqualified support for Israel, support for tyrannical regimes in the Middle East, and dependence on the oil of the region are the real factors behind the terrorist acts, he pointed out.

    Western countries have so far not realized or acknowledged these true reasons for terrorism, and so “we’re fighting an enemy that doesn’t exist,” he said.

    He warned the United States that it should have never entered Iraq and it is on the verge of losing the war in that country.

    He said Western countries like Canada are pursuing wrong strategies in Afghanistan and may also face losses there.

    Canada and its allies have too many agendas in Afghanistan and yet have deployed too few soldiers to carry out those tasks, he concluded.

    AGB/KB

  6. 6 wan pdg serai Sep 18th, 2007 at 11:25 am

    semoga kita d limpahirahmat oleh yg maha esa,memberi kekuatan untk menegakkn keadilan d tanah air kiya yg trcinta ini…..kerana sygkn negara inilah kita d parti keadilan tak putus asa walaupun dgn pelbagai tohmahan dr pihak g terdesakuntk mencr sokongan,,,,,,,wassalam

  7. 7 Shahrizan Sep 18th, 2007 at 1:39 pm

    Kepada Putera Amno,

    Niat asal untuk pergi umrah atau haji sekalipun boleh ditangguh jika ada keperluan yang mendesak…Bukankah ada priority yang perlu kita dulukan dan ada yang boleh ditangguhkan?
    Tidakkah Putera Amno pernah mendengar cerita seorang yang tidak pergi haji kerana duit simpanan untuk haji dibelanjakan pada jirannya yang papa dan kelaparan.Dan Allah membalas pahalanya dengan haji yang mabrur?

    Terkadang kita terlalu cepat menghukum tanpa meneliti sebaik mungkin.

    Untuk DSAI,teruskan perjuangan dalam segala lapangan.Kami nampak diam tetapi terbakar di dalam.Semangat lebih membara tapi diluahkan cara yang berbeza..

  8. 8 zahir Sep 18th, 2007 at 3:21 pm

    Kita sama-sama doakan agar keadilan akan dilaksanakan. Saya juga amat curiga terhadap badan kehakiman. Walaubagaimanapun, kita sama tunggu keputusannya nanti.

  9. 9 Azadruce Sep 18th, 2007 at 4:25 pm

    MELAWAN ARUS (sebahagian lirik)

    “Kata orang jangan kau cuba melawan arus
    Pecah bahtera kau kecundang karam terjerumus
    Tapi jika terpaksa pergi kau mesti pergi
    Di balik gunung di kaki pelangi engkau cari
    Mimpi perangsang hidup dan kau di beri tawaran
    Tak bisa ditolak…

    Minta bebas
    Bebas dari sangkar maya ini
    Minta terbang
    Lepas dari sarang buana ini

    Kata orang ada racun dalam kecantikan
    Itu terang membuat engkau mabuk cendawan
    Tapi jika terpaksa milik kau mesti milik
    Biar di cerca dihina dan engkau diherdik
    Kerna dia engkau menjadi lelaki
    Diberi pilihan antara hidup dan mati”

    LAGU: M.NASIR
    LIRIK: M.NASIR

    Nota: Sekadar renungan bersama

  10. 10 R.baginda Sep 18th, 2007 at 7:06 pm

    Makamah malaysia tak betul dari tender bina makamah, sampai lah jatuh hukum.
    sebab tender bena bagi pada keroni - yang jadi hakim pun keroni abih tu macam mana jawab nya malaysia boleh….. semua boleh.

  11. 11 pondok tanjong Sep 18th, 2007 at 8:21 pm

    boleh mencuba..tetapi amat tipis untuk dato seri menang kes ini. mahkamah masih tidak bebas.

  12. 12 gust Sep 18th, 2007 at 10:07 pm

    assalamualaikum dato seri …selamat menyambut ramadhan al mubarak…semoga dilimpahkan rahmat dan keberkatan dari allah swt…..celakalah dengan sistem kehakiman malaysia..celaka jugalah kepada hakim-hakim yg beragama islam kerana sanggup mempermainkan tanggungjawab mereka sedangkan mereka telah bersumpah untuk berlaku adil di hadapan al quran…berbagai petanda dan petunjuk diturunkan oleh allah swt…adakah kita semua masih lagi tidak sedar ?nauzubillah…doa saya sentiasa bersama dengan orang2 yg adik dan bertanggungjawab…semoga dato seri akan diberi kemenangan…

  13. 13 bumilangit Sep 18th, 2007 at 10:17 pm

    putera amno;

    amk lemah kerana cara pikir anak muda sekarang lemah. dan kenapa pula putera amno kuat? kerana mereka terdiri dari mereka yang tak berfikir. sang oxford pulang bukan dengan niat nak mendidik tetapi mempergunakan tenaga yang mindanya kelat muda ini untuk kepentingan diri. ditaburnya sentimen, apikan perasaan. memanglah senang.

    kutip saja mat rempit di tepi jalan, bukan untuk dididik, tetapi untuk mengisi borang amno.

    saya terpaksa rela AMK ‘lemah’ dari dipenuhi golongan otak longlai.

    Tuhan lagi tau

  14. 14 Medan Tempur Sep 19th, 2007 at 12:34 am

    Dari dulu sampai kini mahkamah kita dah tak dapat lari dengan campur tangan badigol samdol….harap-harap janganlah sampai selamanya….

  15. 15 cokelat Sep 19th, 2007 at 12:54 am

    Dato’ Seri yang budiman…

    Berunding dengan DAP dan PAS perlu bijaksana kerana kedua-dua mereka karekternya keras. DAP cukup keras kepala dan pandai ambil kesempatan. Segala isu dan insiden yg berlaku.. mereka cekap dan cepat ke depan. Mereka tak akan berunding dengan pimpinan CINA keADILan. Mereka kata hitam.. HITAM lah….putih…PUTIH lah. Mereka tak akan berganjak seinci pun…dan tak mengaku mereka buat kesilapan. Mereka pandai ‘test market’. Saya cukup terguris apabila Dr Lee Boon Chye sepatutnya bertanding di Ipoh Timur. Lim Kit Siang mengungkit katanya keADILan tak kenang jasa DAP memperjuangkan nasib Dato’ Seri.

    Mereka lupa Dato’ Seri juga memperjuangkan nasib Lim Guang Eng. Dan perunding kita kaku dan tak mampu menangkis hujah Lim Kit Siang. Dan ini kena pesan dgn Dato’ Zahrain.

    PAS pula mereka guna hukum logik dgn alasan jenteranya yang ramai. Tapi mereka lupa DAP setiap kawasan Parlimen ahlinya boleh dikira dgn jari….tapi mempunyai penyokong yang ramai..!

  16. 16 cokelat Sep 19th, 2007 at 12:34 pm

    Oleh kerana BN dan RTM dah mula guna slogan “INI BUKAN BUDAYA KITA” dalam kes baling batu.

    Maka semua banner, ceramah dan tak kira apa bentuk…. kita guna slogan yang sama.

    Contoh…..polis pukul orang…..”INI BUKAN BUDAYA KITA”
    …..Rompak dan Rasuah….. “INI BUKAN BUDAYA KITA”
    …..harga screwdriver 30sen (kes audit Negara)…”INI BUKAN BUDAYA KITA”

    Teringat 1998 di Masjid Negara….Dato’ Seri guna slogan hari Merdeka …”NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA”…

  17. 17 Reza Sep 19th, 2007 at 5:54 pm

    Pendedahan penglibatan Tun oleh Keadilan boleh diibaratkan “Doing a right things at a wrong time” tak guna menyerang nakhoda yang sudah tenggelam.Sekarang ini yang perlu diserang ialah PaK Lelah , kerana pilihanraya yang akan datang akan dikemudikan olehnya . Mahathir is out of the ring.

  18. 18 cokelat Sep 21st, 2007 at 11:41 pm

    Dato Seri…

    Kawan Dato’ Seri…..Datuk Halik Zaman dah cipta ubat kuat…cuba baca tulisan beliau..

    Nama penuh saya Datuk Haji Halik Zaman kad pengenalan saya No 410907-12-5269. Saya merupakan salah seorang pengusaha sarang burung layang-layang di Sabah. Saya ingin berkongsi pengalaman dan pandangan dari anda semua disini. Beberapa minggu yang lepas, saya ada mengambil dalam lebih kurang ½ kg sarang burung layang-layang yang berwarna putih untuk makan sendiri. Rancangan awal mahu buat sup sarang burung. Akan tetapi saya terfikir seperkara lain yang mungkin lebih efektif untuk tujuan kesihatan.

    Lalu orang orang gaji saya bersihkan sarang-sarang burung tersebut, rendamkan ia sehingga ia betul-betul lembut seolah-olah macam suhun. Setelah dibersihkan segala bulu-bulu halus dan kotoran lain. Apabila sudah saya yakin benar-benar bersih, saya masukkan kedalam oven dengan suhu kepanasan yang paling rendah untuk mengeringkan kembali. Ini juga bertujuan untuk membunuh kuman-kuman atau bacteria didalam sarang burung tersebut.

    Setelah kering dan rapuh semacam kritsal tapi rapuh, saya blender sehingga ianya menjadi seperti serbuk halus macam tepung. Kemudian saya masukkan kedalam kapsul. Untuk ½ kg sarang burung saya dapat sebanyak 130 biji kapsul. Saya jadikan amalan saya memakannya 2 kali sehari.

    seterusnya klik…
    http://www.tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=6513#198389

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

September 2007
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930