Manakala diberitahu mengenai panel hakim yang akan mendengar rayuan permohonan, saya tambah curiga.Saya tidak menaruh keyakinan terhadap badan kehakiman secara keseluruhan meskipun terdapat beberapa hakim berwibawa.
Dan kes ini melibatkan tafsiran perlembagaan mengenai kuasa Yang Dipertuan Agong, dan rayuan saya adalah mempertikai penyingkiran pada 2 September 1998 yang tidak sah. Hakim seharusnya menilai fakta dan undang-undang bukannya pendirian penguasa politik.
Maka saya bersetuju dengan cadangan peguam memohon penangguhan kes, dengan alasan peguam Karpal Singh terlibat dengan kes lain di Mahkamah Persekutuan pada waktu yang sama.
Arakian, tunggulah sehingga keadilan tertegak jua.InshaAllah.
Dalam masa yang sama, saya gembira kerana kedua-dua anak saya, Nuha dan Ilham menyertai perhimpunan menentang penaklukan amerika di Iraq semalam. Perhimpunan besar tersebut diadakan di Washington DC.
Tegakkan keadilan di mana saja.
ANWAR IBRAHIM
















