Polemik Pekida

11 September 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya akan cuba melayani pertanyaan dan komen, tetapi sukar sekali untuk kesemuanya.

Isu Pekida banyak dibangkitkan dalam pelbagai majlis dan oleh pengunjung terutama setelah Pilihanraya Kecil DUN Ijok yang penuh penyelewengan.

Pekida dan gerakan sebelumnya diasaskan sebagai wadah membela bangsa dan agama. Saya pernah berbincang panjang dengan tokoh-tokoh besar terdahulu. Saya masih mempertahankan kemurnian hasrat dan idealisme Pekida.

Namun begitu saya juga sedia maklum bahawa gerakan tersebut diresapi beberapa gerombolan berkepentingan yang lebih asyik dengan kontrak, upah dan lain-lain ganjaran dari Umno khususnya Pemuda. Mereka sanggup bersekongkol dengan perasuah yang mengkhianati amanah bangsa, merompak khazanah negara.

Saya ada sampaikan keprihatinan saya kepada pimpinan Pekida dan ada yang memberikan jaminan bahawa mereka tidak bersedia diperalatkan untuk mendera pejuang bangsa dan agama.

Mengulas sedikit isu di Batu Buruk, sdr/i jelas resah dgn kebiadaban penguasa sepertimana yang berlaku di Terengganu. Sudahlah rakyat ditembak, fitnah dan penipuan berterusan.

Sekali lagi saya menyeru sdr/i, bangun, sampaikan maklumat, berjuang dalam wadah secara berencana. 2007 sekadar ulang tayang kisah 1998.

Membujur lalu melintang patah!

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda

Switch to our mobile site