Tahniah kpd jentera praya parti – sdr Azmin, Saifuddin, Mustafa Kamil bersama Fauziah, Tan Sri Khalid, Boon Chye, Siva, Tian Chua, Shamsul Iskandar,
Zuraidah dan lain-lain yang telah meningkatkan tempo pergerakan. Masing-masing memenuhi acara menjelajah ke seluruh negara.
Beberapa hari ini saja kelihatan Azizah di Klang dan Pulau Pinang, Syed Husin Ali di Klang dan JB, Azmin di Perak, Fuziah di Pahang, Tan Sri Khalid di Terengganu, dan lain-lain.
Mungkin ada baiknya dipapar acara mereka ringkas dalam blog untuk menunjukkan kerancakan kegiatan parti seluruh negara. Bagi pimpinan yang berblog, jangan biarkan blog anda lesu. Bagi yang tidak berblog, boleh dipertimbangkan secara serius..
ANWAR IBRAHIM

Salam, teruskan usaha…. jangan jemu, jangan harapkan apa2 utk kepentigan peribadi. selagi kita ikhlas insyaAllah hasilnya di penghujung jalan. kepada semua pemimpin2 parti teruskan usaha anda. jangan pandang belakang lagi, jangan merajuk, jgn memujuk, jgn putus asa. LAWAN TETAP LAWAN. Doa saya moga anda semua di bimbing oleh Allah dalam berjuang.
Reply
assalamualaikum dato’. teruskan perjuangan. mdh²an ada sinar baru untuk kita….salam buat keluarga dato’……..
Reply
hati-hati ketika mengadakan ceramah or gerak kerja. nanti polis tembak lagi mcm yang berlaku di batu buruk KT.
Reply
Dato’ Seri,
Saya pasti yang lain pun ingin tahu perkembangan Kes Rayuan Sdr Azmin ALi pada 7hb lepas.Tertangguh lagi ker?
APapun, saya panjat doa agar dengan wujudnya Barisan BA boleh membawa perubahan kepada sistem pengadilan di Malaysia yang kian hari semakin azab cara pengendaliannya.
Assalamualaikum.
Reply
Jika benar ceramah PKR dan Pas di batu buruk kuala terenganu di hujani peluru hidup ini satu kesilapan besar yang dilakukan pihak berkuasa peluru dibeli dari wang rakyat dihujani pada rakyat ini satu tempahan petaka pada rakyat. semua pihak kena tahu batas undang undang. jangan burauk kan lagi keadaan, negara ada pelembagaan jangan happy teriger.semua orang makan nasi. kita tidak mahu ada pelestin asia.dunia dah cukup dengan berbagai masalah.jangan tinbulkan masalah lagi.wasalam
Reply
salam dato seri….mungkin ape yg saya hendak nyatakan disini tidak ade kena mengena dengan tajuk di atas…cuma sedikit rasa simpati saya pada mereka yg terlibat dengan rusuhan di kuala terengganu semalam….dan ape yg lebih membuatkan saya sedih ialah kenyataan beberapa pemimpin umno dalam isu rusuhan tersebut…tetapi yg betul2 membuatkan saya jelik ialah komen TPM…dengan nada bodoh dan cuba sedaya upaya membodohkan rakyat..dengan tegas dia mengatakan polis akan bertindak adil kepada semua pemimpin politik tidak kira dari pemerintah atau pembangkang…saya tertanya juga ape sebenarnya yg cuba disampaikan oleh najib ni…kalau betul polis kita ni adil dan tidak dikawal oleh mana2 pihak..saya rasa sudah lama najib ni akan dipanggil memberi keterangan….dan ramai juga saya rasa pemimpin umno wajib tampil untuk memberi keterangan dalam bermacam-macam tuduhan ….jadi ape signifikannya kenyataan najib ni…dia rasa dia pandai dengan keluarkan kenyataan begitu …tapi tak semua orang pun bodoh macam dia…untuk terima bulat-bulat…
Reply
dan jawapan yang agak tertonjol nya kebodohan itu di sambut oleh ketua polis tganu, yang mengatakan ‘perusuh menjadi ganas, dan kenapa nak buat ceramah masa ini, ini bukan masa pilihanraya’…hmmm…lidah ular jugak dia nie, sbb apa, apa yg saya notice lah selama ini, bila mana-mana parti tak kira lah BN ke BA ke, bila nak buat ceramaha masa pilihanraya, ada gak suara sumbang yang mencelah ‘Tu ha, pilihanraya baru nak dekat dgn rakyat, terhegeh hegeh’ haaa…ini lah masa nya piliharaya ke tak ke, hari raya ke, puasa ke, misi untuk dekat ke hati rakyat tidak perlu mengira masa, krn Nawaitu untuk membawa perubahan tekad untuk rakyat sudah mengalir kencang di sanubari…niat puteh mesti ada.
Reply
Dato’ seri…
Permuafakatan dan hubungan silaturrahim antara pimpinan bahagian disetiap negeri perlu ditingkatkan…. Kursus sehari pemantapan ikatan hubungan diantara mereka boleh diusahakan di bulan Ramadhan ini… Naib Presiden Sdr Mustafa Kamil boleh membantu dan mulakan dengan negeri Melaka.
Reply
Mantan Ahli Parlimen Kuala Kedah menegaskan, PAS bukan musuh BN sebaliknya ialah Keadilan. Jelas tindakan mempersulit pemberian permit oleh pihak polis adalah di antara langkah menghalang penceramah Keadilan atau siapa saja yang dijenamakan sebagai pembangkang adalah bertujuan menyekat mesej sebenar disampaikan kepada umum. Jika dilihat kandungan Bajet 2008, ada perkara yang sinis kerana terdapat perkara ‘double standard’ berkaitan dengan pembinaan modal insan berkualiti. Pada beberapa tahun kebelakangan ini tiada lagi biasiswa. Kalangan calon mahasiswa dipaksa mengambil pinjaman PTPTN dan diminta menjelaskannya ketika mahasiswa berkenaan masih belum menamatkan pengajian di IPT. Tindakan undang-undang akan diambil jika penjelasan tidak dibuat. Inikah langkah-langkah pembinaan insan? PM yang juga adalah Menteri Kewangan Pertama wajar menghalusi hal ini!
Reply
blog lesu……..
ingat kepada yg ber blog update blog anda………
Reply
blog saper lesu?
info byk aper..
Reply
Dato’ Seri…..
Pemerhatian saya dalam keberkesanan gerakan pilihanraya akan datang untuk keADILan, seorang pengarah baru jentera pilihanraya pusat perlu dilantik. Maksudnya dengan darah baru, pengalaman yg baru lagi mantap sekurang-kurangnya dapat meringankan beban-beban tugas sdr. Azmin Ali.
Sdr. Azmin yang luas lagi berpengalaman boleh diletakkan sebagai penasihat atau tugas-tugas yang lebih mencabar lagi.
Reply