05
Sep
07

Umno Bankrap Moral!

Pengunjung terus menghujani pertanyaan reaksi saya dari fitnah BTN bahawa saya adalah agen Yahudi dan Amerika. Sekiranya mereka benar, bukti akan dikemukakan. Yang dipapar adalah gambar lawatan saya. Permaidani merah dibentang dalam semua lawatan rasmi - Arab, India, China, Amerika.

Yang tidak disentuh BTN adalah fakta bersabit bayaran pemimpin umno-bn kepada pelobi yahudi dan tauke judi Jack Abramoff!

Isu kedua ialah penyebaran video pengakuan Sukma yang dipaksa polis. Sila rujuk keterangan bersumpah Sukma dan dlm produksi ABC “Sham Trial of Anwar”.

Sudahlah dia dipukul dan diseksa, kemudian dipenjara (selepas itu tuduhan ditarik balik) - beliau masih terus difitnah. Hai akhlak Umno - mirip……..

ANWAR IBRAHIM


53 Responses to “Umno Bankrap Moral!”


  1. 1 Titi Hayun Yan Sep 5th, 2007 at 8:51 pm

    Semoga team perang saraf BA dapat berkhidmat memberikan PENERANGAN dan PENJELASAN yg pantas ke DASAR KEPALA OTAK ahli UMNO yg karat biru tuu..

    Bukan apa mereka sebenarnya kehausan informasi….just dengat RTM & TV3 jaa….

  2. 2 te0ri Sep 5th, 2007 at 9:30 pm

    mirip……………
    yahudi.

  3. 3 cokelat Sep 5th, 2007 at 9:39 pm

    UMNO sebenarnya telah pun dikuburkan oleh Tun Madir pd 1988. Keris di kain bendera pun tinggal satu selepas dihidupkan dgn ditambah perkataan UMNO (Baru).

    Rais anak Yatim yg bakar jambatan, Tg Razaleigh, Pak Lah, Tun Hussein Onn, Tengku Abd Rahman dan Radzi sheikh Ahmad pun keluar parti UMNO.

    Rekod pemimpin UMNO yg rasuah, bunuh dan dibunuh telah direkodkan di mahkamah. Kalau laporan Polis tu dah bertimbun.

    Moral dalam kamus UMNO dah tiada…. Pemimpin UMNO kebal undang-undang di dunia. Kalau solat pun tanpa wuduk. Jadi seolah-olah Allah pun boleh di tipu ! Masyaalllah!!!!

    Imam-imam UMNO mcm Hamid Othman, Hamid Zainal Abidin, Firdaus, Ahli Sufi Yusof Nor dan Dr Mashitah….buta ke…lepas pandang ke…tak jumpa ayat Quran ke….seolah-olah mcm tak kisah…!

    Dato’ Seri yang budiman,

    Marilah kita semua sama-sama berdoa agar semua pendokong kebenaran dan keadilan diberi kekuatan berterusan untuk menentang segala kezaliman dan mohon diberi petunjuk kepada mereka khususnya ahli-ahli UMNO supaya segera bertaubat dan balik kepangkal jalan.

  4. 4 mahasiswa Sep 5th, 2007 at 11:09 pm

    salam Datuk seri, tak perlu pening melayani tuduhan yg tak berasas. fokus pada AEN. teruskan penerangan.biar mereka yg menjawab di hadapan Allah nanti. setiap kali mereka tuduh, Datuk seri beruntung kerana tergolong dlm org yg dizalimi, jgn lupa doa org dizalimi dimakbulkan Allah. ayuh teruskan berjuang kemenangan pasti dipenghujung.

  5. 5 Cavalera Sep 6th, 2007 at 1:12 am

    …betul tu, toksah layan depa lg…buang karen je… baik kita teruskan saja semua rencana yg telah kita susun, puak2 depa nie kalu dilayan makin meroyan…

  6. 6 Cavalera Sep 6th, 2007 at 1:15 am

    Dato’ Seri, jgn lupa ye…kot2la datang ke UK jgn pergi landen saje…singah2la ke North East (Newcastle/Durham)

  7. 7 mongolian Sep 6th, 2007 at 1:18 am

    saya tegelak besar bila kita lihat isu ternakan kinzir di melaka bila pihak berkuasa sudah tidak berkuasa sewaktu diijok semuanya tunjuk kuasa tetapi di melaka semuanya masuk kedalam.alahai ini lah yang dikatakan berani kerana benar takut kerana salah. sebab kandang di melaka itu telah berusia 50 tahun sejak laungan merdeka lagi,kerana takutkan rais yatin marah kerena kandang itu telah berusia 50 boleh di letakan salah satu bangunan bersejarah negara maka semua pihak menbisu. harap rais yatim perlu beri penjelasan sepenuhnya setatus kandang tersebut seupaya memudahkan pihak berkuasa menjelankan kerja selagi kekwa tak beri sebarang penjelasan isu kinzir di melaka tidak akan selesai kesian dengan penduduk melaka ini kerana melaka ada lah negeri bersejarah maka jika kandang ini diroboh maka melaka akan kehilangan satu lagi bahan bersejarah melaka. rasa amat dukacita kerana tiada lagi darah jebat di melaka untuk pertahankan kandang bersejarah ini, ini kerana jebat telah di bunuh yang ada hanya darah tuah yang pengampu sepanjang hayat. kalau bangunan zaman vasco da gama boleh kita pelihara kenapa bangunan sejarah kandang tidak dapat kita pertahankan harap jangan gangu kehidupan dalam kandang dan kandang itu kerana bangunan itu telah berusia 50 tahun laungan merdeka sebaya dengan kandang tersebut saya letakan isu ini sebagai isu bukit pelanduk part II. nanpaknya negeri sembilan dan melaka senasib, negeri masak lomak cili padi sedap jika kena dengan daging salai atau masak asam pedas melaka dengan daging. tapi masalahnya daging inport india telah naik harga kita kena makan daging tempatan harap harga daging tempatan dapat diturunkan. MOA kena lahirkan lebih banyak penternak tempatan. banyak tanah terbiar terutama di melaka dan negeri 9 serta negeri negeri lain. salam muhibah untuk semua.

  8. 8 thales Sep 6th, 2007 at 7:48 am

    DSAI,

    you must accept the fact that you are being perceived to be “too friendly” with the Leaders of the Western world which naturally are made of Jews and Christians, capitalists, neo-Conservatives and these people are the “cause” of Malays & Islam, being what they are today !.

    as far as the “orang kampung” makcik and pakcik and some layabout men in their 20s -30s; they believe what the Government [read UMNO] is saying ….

    even the ordinary Civil Servants, Policemen, JPJ, Immigration and Armed Forces perhaps, whose livelihood and well-being are very much dependent on the Government {read UMNO] and hoping for perks after perks and bonus after bonus; naturally, believe or have to believe that you are too close to the Jews and Christians and the likes of anti-Islam forces for comfort !

    you must realize that thinking Malays, which may not be even among the academics in the universities, are few in numbers … and even so, they may not support your goodself…

    do you not agree, that nobody has really studied the Malays [read javanese, minangs, bugis, rawa, pattanis, kelantanese, terengganuese, banjaris, mixed etc ] who love , on one hand, everything about clothes, technology, music, cars, cities and even universities; yet on the other hand, they don’t like their being Jews and Christians; for which you are so friendly about …

    the Malays, would accept businessmen who go about doing businesses with Jews and Christians, as they can bring home many goodies , that Western Civilisation has developed and invented … clothes, cars, technology, jet figthers, submarines, and even education …

    being cosy to Jews and Chrisitians is very very suspicious ….. cannot bring them for dinner !

  9. 9 sam Sep 6th, 2007 at 8:21 am

    KOPIVOSIAN Datuk Seri,
    kita tak hairan dengan tipu muslihat UMNO ini, memang bukan setakat ini yang sanggup pemimpin AMNO nak buat kat Pembangkang kalau boleh lebih dari itu, tapi kita sedar bahawa semua ini ialah cabaran dan dugaan serta lumrah dalam langkah perjuangan apatah lagi jika perjuangaan kita itu tulus ikhlas dan demi untuk menegakkan KEADILAN kepada rakyat negara Malaysia yang kita cintai.
    Kita hadapi semua ini dengan tabah dan sabar serta jangan melatah sematkan kekentalan perjuangan dalam jiwa dan raga setiap pendokong Keadilan dan teruskan perjuangan sehingga ke titisan keringat yang terakhir tiada siapa yang mampu menghalang kita dari terus berjuang demi keadilan kecuali Tuhan ingatlah Datuk Seri bahawa jutaan rakyat Malaysia sedang berjuang bersama-sama dengan kita semua sebab itu kita kena teruskan perjuangan ini tanpa mempedulikan cemuhan, dan berbagai fitnah serta tipu muslihat pihak lawan.

    Berjuang terus berjuang ingat “LAWAN TETAP LAWAN”

  10. 10 Badruzamani Azmi Sep 6th, 2007 at 11:15 am

    Cuba pergi kat Daftar SPR. Kemudian masukkan 1203758 dalam ruangan tu dan klik butang SEMAK.

    8 tahun dah boleh mengundi ka?

    Cuba masuk kat YouTube, cuba cari keyword ‘penipu’.

  11. 11 Shahrizan Sep 6th, 2007 at 12:37 pm

    Assalamualaikum DSAI,

    Pada pandangan saya,pembangkang sudah ada peluang yang paling besar untuk mengambil alih kerajaan atau setidaknya,mendapat banyak kerusi pada PU selepas DS ditahan dan dipukul dahulu..selepas tu dah berkurangan sedikit..
    Tapi peluang sebegitu datang lagi kali ini apabila kita dibawah pemerintahan PakLah sekarang ini yang ’serba tak tahu’ dalam segala hal..dan pelbagai isu-isu panas.
    Perlukah kita lepaskan peluang ini sekali lagi?
    Saya rasa peluang sebegini sukar untuk datang kembali…
    Dan seperti yang kita semua tahu,BN akan menggunakan segala jentera yang ada untuk meraih kemenangan dan yg paling penting,senjata sulit disaat akhir yang akan digunakan sebelum mengundi…Sukar untuk saya lupakan clip ucapan Datok Khalid sebelum pengundian di Ijok dan gambar Tengku Razaleigh memakai tengkolok…
    Adakah kita semua sudah bersedia untuk melihat aksi mereka yang seterusnya….

  12. 12 Zulnizam Sep 6th, 2007 at 2:20 pm

    Salam DSAI

    Sememangnya senjata parti lawan adalah sebegini. Fitnah DSAI dalam BTN adalah ruang yang kecil untuk rakyat mempercayai. Kerana berjuta-juta rakyat Malaysia kini mencari info di dunia tanpa sempadan. Yang penting pimpinan PKR jaga tingkah laku supaya hal seperti di IJOK tidak berulang. (Ucapan Tan Sri Khalid dan DSAI menari)

    Bagi saya, yang turut berada di tempat kejadian (Ladang Tuan Mee - IJOK) saya tahu apa yang terjadi. Bagi mereka di luar sana pasti akan mempercayai apa yang di ceritakan di TV.

  13. 13 aminasri Sep 6th, 2007 at 2:48 pm

    DSAI,

    Saya tertarik dgn status daftar pemilih SPR yang ternyata ada unsur yang meragukan di dalam senarai yang ada sekarang. Dengan bukit yang diperolehi dari semakan bagi no 990518610029 (contoh). p/s Sila segera simpan dan printkan untuk tindakan. Saya mengesyorkan supaya Barisan Alternatif segera membuat satu saman rasmi secepat mungkin bagi mendapatkan satu arahan mahkamah agar daftar pemilih disemak semula. Satu senarai penuh yang lengkap perlu dibentang dan disemak oleh wakil2 parti yang bertanding. Setelah itu, Mahkamah akan mengeluarkan satu injunsi mengesahkan senarai yang boleh diguna pakai dalam pilihanraya akan datang.

    Perkara yang akan diberi keutamaan antara lain ialah:-
    1. Jumlah maksimum pengundi yang layak dlm sesuatu kawasan DUN atau Parlimen.
    2. Jumlah undi pos.
    3. Semakan tarikh lahir dan umur yang ternyata karuk marukkkk ada di dalam senarai. Mereka yang bertanggungjawap memasukkan nama itu perlu diseret kemuka pengadilan.

    Kita perlu bertindak segera.. berjaya atau tidak.. ia adalah soal kewibawaan SPR.
    UMNO dan BN, terdesak untuk mengadakan pilihanraya awal bagi mengelakkan DSAI bertanding.. kita cuba lengahkan mereka.. ayuhhhhhh!!!!

  14. 14 anak merdeka Sep 6th, 2007 at 5:09 pm

    Assalamualaikum… Dato Seri,

    Saya dah menyampah dengan umno ni. Kalau nak masuk pun kirim salam saya halau je muka-muka rasuah, pembodek atau perjuang yang nak duit saja. Itulah hakikat umno mereka ahli umno telah merosakan budaya umno hanya pentingkan kroni mereka saja cuba kita lihat contohnya apa tak dak orang lain ke nak jadi ketua pemuda dan timbalan ketua pemuda. Tengoklah khairy tu macam budak hingusan nak tunjuk terrer nak berpolitik dalam umno walhal dia tu saja nak ngorat anak pak lah nak duit saje…. setakat ada keris buat apa …biarlah ada keadilan barulah hidup ini bermaruah….semoga parti BN terkubur dan allah akan membalas dan menghumbankan mereka ke neraka…..Amin.

  15. 15 arifabdull Sep 6th, 2007 at 11:04 pm

    encik anwar ibrahim,
    perlu advokasi kepada rakyat Malaysia bahawa persoalan samada encik ‘heteroseksual’ atau ‘homoseksual’ adalah hal peribadi yang tidak akan menjejaskan harga runcit ayam, beras dan sayur di pasar.

    kalau memang encik mampu dan berkemahuan (willingness & ability) untuk perjuangan rakyat dan masa depan Malaysia yang progresif, persoalan bagaimana bentuk pilihan sek (seks preference) langsung tiada kaitan dengan gaya pemerintahan encik sebagai Perdana Menteri kelak.
    bolehkah pula saya katakan bahawa Perdana Menteri sekarang korup, jahat, menindas rakyat, lembab dan suka tidur kerana beliau adalah seorang pengamal sek ‘hetero’?

    rakyat biasa sebenarnya tidak perlu bimbang samada benar atau tidak bahawa encik adalah seorang homoseksual. percayalah!

    saya berpendapat, andai saja semuanya benar, itu adalah hak peribadi encik yang perlu dihormati oleh semua. saya tidak berminat dan tidak ada masa untuk mengetahui rahsia dalam kelambu encik (kalau masih pakai kelambulah).

    setelah encik berusaha mencuci najis dari dalam tong tahi itu, saya fikir encik pasti bersetuju dengan saya bahawa hakikatnya barisan nasional/united malay national organisation memang akan tetap jahat sampai bila-bilapun. kalau, ya! biarkan saja.

    kejahatan mereka itu memang sudah semestinya adalah natijah daripada asas perjuangan semulajadi barisan nasional/united malay national organisation sebagai salah satu komponen Barisan Kapitalis (BK, satu pakatan menindas rakyat oleh para taukeh dan pemilik modal).

    yang penting sekarang bagaimana untuk kita semua mampu mengumpulkan kekuatan kuasa rakyat sejati suapaya dapat mengajar dan menghapuskan penjarah-penjarah (mereka warisi daripada penjajah) itu.

    tentu saja encik tahu dan faham bagaimana sejarah perjuangan rakyat Malaya melalui tindakan ‘Hartal’ sepuluh tahun sebelum merdeka itu!?

  16. 16 arifabdull Sep 6th, 2007 at 11:33 pm
  17. 17 quan Sep 7th, 2007 at 10:44 am

    pemimpin umno ni bukan saja sanggup melobi dan membayar si yahudi… yang nyata segala sifat kotor yahudi dibawa ke malaysia cth. bom orang , ancam sana sini , hiburan melampau , rasuah , pembohong ( memperguna spr,pdrm,bpr dan mungkin gang 4′tahil).Mari bersama-sama kita halang usaha kemasukan sifat yahudi ke negara ini dan lawan terus lawan

  18. 18 Penduduk sabah Sep 7th, 2007 at 5:28 pm

    UMNO memang tidak bermoral. main kotor dan politik wang. Contohnya pada pilihan raya umun tahun 1999 untuk N39 Sugut ( dalam parlimen beluran), Orang UMNO telah mengugut serta memberi rasuah kepada Calon pembangkang(PASOK) untuk menarik diri. Rasuah yang diberikan ialah RM500,000.00 setengah juta tu.

  19. 19 DIDI KOTA BELUD Sep 7th, 2007 at 10:55 pm

    Malam rabu 6hb sept jam 1-2 am.tidurlah lewat sikit,tengok tv ra.t.em,alih-alih nampak datuk seri Anwar Ibrahim menari dekat Ijok (koman dah) tup-tup ra.t.em siar pula datuk seri Anwar Ibrahim tengah dancing mambo dengan satu aweks dengan gambar terbagi dua. sebelahnya pula datuk seri dengan bersongkok tengah gengam penumbuk.dah keluar pula althanthuya oopss silap…..zain zanai alamak silap lagi…kata-kata menepis daripada mahaguru glokal……untuk perhatian…aku ni takat SPM je….pesan aku pada ra.t.em…aku cadangkan korang upah steven spilberg.atau jerry brukumaier ntah apa ke nama sebenar yahudi tu….buat satu plan yang betul-betul brutal untuk jatuh kan datuk seri…..aleh-aleh sampai kat rakyat.barulah boleh rakyat jawap ……..’ KENAPA……..TAK PECAYA KE ?..’ alahai ra-t-em,,,,,,,,ra-t-em….udah-udahlah.aku tak halal duit aku yang korang gunakantu.!!!

  20. 20 Anak Melayu Mar 24th, 2008 at 1:14 pm

    bagi saya BN-UMNO dan parti pembangkang sama sahaja. Fitnah memfitnah untuk kepentingan masing-masing. Pembangkan pun fitnah, BN pun fitnah. Bagus lagi Parti Keadilan Pas dan Umno bergabung untuk kepentingan orang melayu tubuh parti baru….dalam PRU lepas banyak kemenangan pembangkan berpihak kepada DAP…. termasuk d sabah. Ternyata kaum China dah bersatu.Kaum melayu dah berpecah….

  21. 21 pendukung keadilan Mar 24th, 2008 at 6:40 pm

    Datuk Seri, banyakkan berdoa. Allah memakbulkan doa orang yg dizalimi. Orang yg edit website nih tolong sampaikan pada datuk seri ya. sekian time kasih

  22. 22 jalak_lenteng Mar 24th, 2008 at 9:58 pm

    sebenarnya saya masih lagi macam tak caya…pembangkang dah tawan 5 negeri…nasib baik wP kl tak ada DUN kalau tdk tinggal habuk lah BN.Namum fitnah yang Bn tabur…memang hebat,Anwar guna duit amerika RM100 juta begitu juga kat kelantan duit RM60juta masuk dr singapura…dapat kat sapa..mestilah kat kerajaan Pas yang memperjuangkan Islam…macam2 fitnah yang Bn buat..memang diaorang ni dari dulu sampai sekarang asyik dok tipu rakyat je….saya kakitangan kerajaan dah kena ugut jika undi PAS akan dihantar kehulu Gua Musang….Saya undi juga PAS..nah skrg PAS sudah menang…apa dah jadi dengan BN kaki ugut..Buat orang BN yang kaki ugut tunggulah sampai masa Allah taala balas.Sehingga komentar ini ditulis nama saya sudahpun tersenarai untuk Kehulu kelantan..Tahniah BN kerana itulah kerja jahat kalian.Buat DSAI teruskan memperjuangkan nasib anak malaysia….Buat tok guru kami sayangkan anda…dulu dan kini,,,,ini suara rakyat DUN tawang.

  23. 23 Kevin Mar 25th, 2008 at 1:07 am

    This shows how stupid the idiots really are. They cant even think up something original.

  24. 24 tulangikang Mar 26th, 2008 at 4:34 pm

    Assalamualaikum DSAI………

    selamatkanlah rakyat terengganu…
    halau mereka yang hina sultan kami….
    daulat tuanku..3x

  25. 25 mohammad omar bin muharam Mar 28th, 2008 at 2:48 pm

    Hidup DSAI!

  26. 26 ameer Mar 29th, 2008 at 6:36 pm

    Assalamualaikum wbt DSAI…

    Terima kasih DS…pepatah Melayu ade menyebut…’Berani kerana benar’…’lawan tetap lawan’…bawalah harapan baru untuk rakyat Malaysia dan Insyalah akan menjadi kenyataan…REFORMASI!

  27. 27 japari kcg.puri Mar 29th, 2008 at 9:57 pm

    teruskan perjuangan anda(DSI)- asalamualaikum

  28. 28 enrekan Mar 30th, 2008 at 6:34 pm

    assalamualaikum wbt DSAI….

    DSAI tolong lah pulih kan anak bangsa melayu yang dah terlalau terpesong, lupa apa itu MELAYU, lupa apa itu ISLAM.

    Ketiadaan DSAI selama ini memboleh kan mereka UMNO( konon pembela agama ) mengiakan perkara ini….

    Tolong lah DSAI tegakkan ISLAM dan jagalah rakyat malaysia seperti mana DSAI memimpin ABIM dahulu…

    Hanya DSAI yang hanaya mampu melakukanya..

    MELAYU CINA INDIA N = MALAYSIA….

  29. 29 wansal Mar 30th, 2008 at 9:52 pm

    Assalamualaikum semua,

    Ingatlah selain dari kita ialah orang, dan tak ada orang seperti malaikat, jangan anggap kita semua perfect…hanya mahkamah Allah s.w.t sahaja yang akan menentukan nanti baik buruk kita semua…

  30. 30 reform Mar 30th, 2008 at 10:58 pm

    Assalamualaikum….

    Selama ni saya amat meminati ceramah dan kupasan yang DSAI kemukakan. Namum belum pernah saya melihat sebarang tindakan terhadap bukti yang DSAI nyatakan samada dalam membawa kes ke mahkamah atau mengikut jalan perundangan. Jikalau sudah ada bukti dalam kotak simpanan jangan disimpan lama2 keluarkan sebagai bukti kalau benar apa yang disebut.

  31. 31 derhakanyajebat Mar 31st, 2008 at 11:34 am

    Assalamualaikum

    GRED ‘A’ KEPUJIAN BAGI DSAI

    Setakat ini saya telah menganalisis tindakan yang akan lakukan selepas setiap ucapan ceramah DSAI. Lidah pemimpin adalah senjata paling ampuh setakat ini di Malaysia yanh mana membawa beribu masej dan erti kepada semua penyokong, pembangkang dan rakyat khususnya. Selepas pilhanraya ini saya melihat setiap ucapan kata-kata dalam ceramah DSAI cuba direalisasikan. Dan beberapa perkara selapas pilihanraya yang saya jangkakan akan keluar dari bibir DSAI telah pun menjadi nyata. Setakat ini juga kata-kata dan jawapan yang diharapkan dari DSAI mengikut analisis dibuat melalui pelbagai pertimbangan iaitu..agama, bangsa, negara dan moral khususnya menepati kehendak semua pihak. Saya ingin jelaskan juga bahawa setiap tindakan pemimpin yang telus dapat dilihat daripada kata-kata dan juga perlu dinilai berdasarkan ketetapan harapan rakyat kepada pemimpin. Allhamdulillah ..gred DSAI adalah ‘ A kepujian ‘ setelah dinilai prestasi semasa. Insyallah saya berharap setiap perincian atau kriteria yang perlu ada pada seorang pemimpin ini sentiasa ditepati oleh DSAI dan menjadikan gred yang diberikan kepada DSAI ini kekal sehingga ke akhir hayat.

    MELALUI TILIKAN ILMIAH. 12 MAC 2008

  32. 32 thanaif Mar 31st, 2008 at 3:59 pm

    Keuniversalan corak kepimpinan dan pemikiran dicirikan oleh sejauh mana dan hingga sempadan mana upaya ia dikongsikan untuk dijana kebenaran selain keadilan.

    Pemimpin turut dibina ketokohannya berdasarkan sikap sederhana yang jujur dan mengimani setiap amanah akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.

    Akan terkubur niat-niat yang hanya untuk memelihara kepentingan dan mengekalkan kepimpinan yang tidak upaya memanafaatkan masa yang dimiliki untuk faedah agama dan kesejahteraan marhaen seluruhnya.

  33. 33 Putra Islam Apr 1st, 2008 at 12:38 pm

    Assalamualaikum DSAI….

    Tahniahlah kepada DSAI kerana berjaya memecahbelahkan Masyarakat Melayu Islam yang memang sudah lama terpecah 2 dan sekarang menjadi 3 iaitu PKR, PAS dan UMNO, dan menyatu padukan Masyarakat India dan Cina. Untuk makluman DSAI..kami/saya memang mengaku undi BA pada PRU12 untuk memberi kesedaran kepada pemimpin UMNO-BN agar lebih telus dan bijak dalam mentadbir negara. Oleh yang demikin undian tersebut bukanlah mandat secara solid kepada PKR,DAP dan PAS untuk menghapuskan DEB/DPN. Kalau kalian berkeras juga dengan dasar hapus DEB-DPN…PRU13..kami tak akan teragak untuk menolak BA secara total dari hidup kami.

    Ingatlah bahawa masih banyak anak2 bumiputra yang perlu pembelaan menerusi DEB khususnya kaum bumiputra di Sabah & Sarawak. Masih jauh ketinggalan untuk bersaing dengan kaum Cina dan India di bandar2 besar. Sedangkan pemilikan hartanah setelah diskaun 15% and 7% masih jauh berbanding kaum lain, inikan pulak stelah DEB-DPN dihapuskan….

    Ingatlah bila dah berjaya terbang ke awan biru ingat-ingatlah rumput di bumi.

  34. 34 Putra Islam Apr 1st, 2008 at 1:12 pm

    Tolonglah DSAI, cukuplah kemenangan yang diperolehi dengan memerintah 5 negeri. Saya tak mahu anak bangsa saya makin bercelaru dan berpecah belah. Bayangkanlah DSAI, organisasi sekecil khariah masjid dan suraupun dah mula berpecah belah akibat fahaman politik yang berbeza. Ada sesetengah tempat sudah mula tidak mahu ke masjid dan surau kerana diimami oleh orang yang tidak sealiran fahaman politik. Adakah situasi ini yang DSAI inginkan berlaku di Bumi Kita Yang Tercinta ini. Adahkah kerana memperjuangkan politik aliran DSAI orang Melayu Islam di kampung2 tradisonal yang dulu hidup aman dan makmur tiba2 perlu jadi bercelaru dan berpecah belah akibat fahaman politik yang berbeza walhal menganut agama dan mazhab yang sama.

    Saya hormati perjuangan politik DSAI tetapi biarlah kemenangan tersebut dikecapi dengan kempen, nekad dan kesungguhan DSAI untuk mentadbir negara dengan bersih, telus, aman dan makmur bukan dari fitnah dan cercaan yang menyentuh peribadi individu tertentu. Sesungguhnya Allahswt maha mengetahui tangan2 hambanya yang telah membawa kerosakan atas muka bumi ini. Saya lebih selesa kalau DSAI menarik perhatian untuk mendapat sokongan rakyat dengan lebih berhemah, bercakap secara positif, menjelaskan manifesto, membentangkan satu perancangan sistem pentadbiran dan pemerintahan negara yang Ideal ciptaan dan gagasan DSAI….bukan cercaan terhadap individu tertentu.

    Berjuta rakyat masih sayangkan DSAI dan dalam masa yang sama masih sayangkan BN-UMNO khususnya orang2 Melayu. Hari ini berjuta orang2 Melayu tersepit antara dilema memilih DSAI atau BN-UMNO….mereka menyokong dasar perjuangan DSAI tapi dalam masa yang sama masih setia pada BN-UMNO..umpama dibuang mati mak dan ditelan mati bapak.

    Saya menulis dengan tulus & ikhlas dari hati demi survival Melayu Islam.
    Saya berdoa semoga Allahswt membuka pintu hati DSAI untuk membaca tulisan saya ini…

  35. 35 Putra Islam Apr 1st, 2008 at 1:49 pm

    Tolonglah DSAI, jangan memperjudikan nasib orang-orang Melayu untuk mendapat sokongan kaum2 lain. Saya sedih kerana semacam ada kecelaruan dalam pemikiran orang-orang Melayu hari ini. Saya tahu pasti ramai peyokong PKR & PAS yang akan menghentam saya sebab kenyataan ini. Tapi kita kena lebih rialistik….Politik ni melibatkan segala aspek kehidupan..bukan sekadar beretorik semata. Tak semua pengundi BA 100% menyokong tindak tanduk BA..begitu juga pengundi BN…tidak semua pengundi BN membenci 100% tindak tanduk BA…..

    Kesimpulannya, kemenangan luar biasa BA pada PRU12 bukanlah mandat secara solid daripada rakyat untuk Pemimpin BA mengeluarkan kenyataan sesuka hati secara membuta tuli sehingga mengguris hati orang2 Melayu Islam khususnya dan bumiputra amnya.

    DSAI perlu ingat bahawa rakyat sentiasa memerhati gerak giri dan setiap tutur kata pemimpin BA. Sekarang inipun dah ada suara2 rakyat dari akar umbi yang mula pertikai kenyataan2 pemimpin2 negeri di bawah naungan BA.

    Ok Wasalam.

  36. 36 Hanya memberi pendapat Apr 1st, 2008 at 4:20 pm

    Entah kenapa sejak akhir-akhir ini DSAI sering dipersalahkan sebagai pemecah belah kaum Melayu? Mintak maaf saya katakan, kenapa kita perlu taksub terhadap BANGSA kita? Tidakkah kita sedar bahawa disisi ALLAH, semua bangsa adalah sama. Tidak ada lebih atau kurangnya sesuatu bangsa itu disisi ALLAH kecuali IMAN seseorang itu. Jadi, untuk kita memperjuangkan BANGSA amatlah TIDAK RELEVEN pada pandangan saya. Mulia sangatkah MELAYU, atau hina sangatkah BANGSA LAIN selain Melayu? Janganlah kita berterusan menilai manusia berdasarkan bangsa mereka. ISLAM tidak pernah mengajar kita begitu. Buat Putra Islam, dalamilah ISLAM, hayatilah ISLAM, semoga anda mendapat petunjuk dari-NYA.

  37. 37 Ketua Pemuda PKR Apr 1st, 2008 at 5:58 pm

    Its no surprise reading comments here.The bigger the lies the more spicy it gets.And most Malay(sians) like it that way.It stem roots from the seeds planted by TDM.One thing I cant accept is the provoking and bad propaganda done to such holly ‘Islam Hadhari’. Malay as the majority moeslims supposedly support this movement.Its not a new mazhab, its such a Reincarnation movement (analogous) to what happen in the Europe after the medieval years.The concept and the idea is larger then life,but most rakyats are blinded by the PAS propaganda,actually we should not burn the kelambu because of hates towards the mosquito.We must, with all our might -study and embrace Islam Hadhari.If we Malay dont use our thoughts and instead follow the flow of the low class ,emotion filled agendas,we will be finished ASAP. I literally annoyed that most malaysian play along with the resonance started by Tun Mamakthir ,the playmaker ,the firestater of all these nonsense.cant you guys see it thru?It was all planned when he stepped down. Why he attacked Pak Lah, the society even dont give a damn to really know Khairy.Is he truly what the TDM put him as? We do not know?wasnt he the one who pursuade Pak Lah to release Anwar our beloved soon to be PM? What is the game now?Are we the victim of such a carefully scripted drama?

  38. 38 arizal Apr 2nd, 2008 at 12:16 am

    Ybhg Dato’ Seri,

    Pertama sekali, saya berharap agar pandangan saya ini dapat diterima dengan hati yang terbuka. Tentang pertuduhan pihak UMNO terhadap Dato Seri itu, saya melihatnya dari dua sudut yang berbeza.

    Pertama, saya melihat tuduhan tersebut dari aspek yang beranggapan ia hanyalah retorik semata-mata, suatu usaha ke arah mencari sensasi dan populariti. Jika dilihat melalui kacamata ini, semestinya, tuduhan itu hendaklah ditolak sama sekali.

    Kedua, saya melihat tuduhan tersebut melalui aspek yang beranggapan ia berasas tetapi kurangnya bukti yang boleh mensabitkan dato’ seri. Sudut kedua inilah yang amat membimbangkan saya sekiranya tuduhan tersebut adalah benar. Ada kebarangkalian tuduhan tidak dapat disertakan dengan bukti-bukti apabila memikirkan natijah yang bakal dihadapi.

    Sesungguhnya, hanya dato’ seri yang tahu akan perkara sebenar selain Allah yang Maha Mengetahui segala perkara di langit, bumi dan sekalian alam.

    Sekali lagi, bukanlah niat saya untuk menghina atau merendah-rendahkan sesiapa, tidak sama sekali. Hanya sekadar berkongsi pandangan.

    Sebelum mengakhiri kata, tahniah sekali lagi atas kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU12. Cuma saya agak kecewa, apabila sesetengah YB-YB dari Pakatan Rakyat yang dilantik menjadi ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri (sebagai contoh di Selangor) mula bersikap “demanding” akan benda-benda remeh (i.e. jumlah dan jenis komputer riba yang akan diberi)yang saya fikir tidak menyumbang ke arah memahami kemaslahatan rakyat. Juga, sikap PA (personal assistant) kepada YB-YB ini yang “lebih sudu daripada kuah” juga amat dikesali. Diharap pihak Pakatan Rakyat dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

    Akhir kata, maaf sekali lagi dan selamat maju jaya kepada Pakatan Rakyat.

  39. 39 baroah Apr 2nd, 2008 at 1:53 pm

    salam…
    dato seri,sy juga sebagai seorg pelajar penim dengan fitnah y tersebar ke ats DSAI tentang IMF..
    ada juga,di tempat sy belajar,para pelajar y mengambil kos dakwah juga disajikan video2 klip ttg gambr lwtn DSAI sebagai agen Yahudi dan Amerika….
    malah,DSAI juga dikaitkan sbg dalang IFC ketika para pelajar membuat research ttg agama kristian….dan semua fitnah n video klip tue adalah disajikan oleh lecturer sendiri sebagai contoh kepada para pelajar dalam memahami pembelajaran agama2 y terdapat di malaysia….
    jd,apakah y patut sy buat sebagai seorg pelajar sebb sy bukanlah org y menerima bulat2x bukti y ditunjukkan oleh lecturer…??

  40. 40 Muhammad Apr 4th, 2008 at 3:19 pm

    Assalammualaikum DSAI…

    Saya layari blog ini untuk mendapatkan informasi tentang tuduhan2 ttg penglibatan DSAI dengan Amerika khususnya dan negara barat amnya.. Tetapi, instead of answering the allegations, DSAI cuba untuk menepis allegations tersebut kepada UMNO…

    Saya rasa kebanyakan rakyat Malaysia sudah tahu how corrupted UMNO is, thanks to you and tokoh2 yang bangun menentang kezaliman. Back to my questions, I have read a few articles yang menceritakan tentang dasar kepimpinan DSAI dan how comfortable you are with USA (write, read ISRAEL). This have got me thinking for quite sometimes now. Here are some of the articles that I read:

    http://mindacergas.wordpress.com/2007/05/21/reasons-to-doubt-anwar-ibrahim/
    http://www.muslimedia.com/ARCHIVES/special05/my-anwarwest.htm

    I also read this

    http://www.iht.com/articles/ap/2007/05/22/asia/AS-GEN-Malaysia-Anwar-Wolfowitz.php
    http://www.limkitsiang.com/archive/2000/sept00/lks0492.htm

    Eventhough such allegations nampak mcm rapuh, tetapi benda2 mcm ini boleh menimbulak syak wasangka rakyat terhadap Dato Seri. Contohnye saya sendiri. Saya terfikir ketika Tun Dr Mahatahir meletakkan jawatan beliau, Pak Lah dilihat sebagai calon yg amat sesuai, kuat dari segi agama dan bersih dari korupsi, tetapi belang beliau hanya terlihat selepas mendapat kuasa.

    Saya sangat berharap jika pihak Dato’ memberikan sedikit penjelasan tentang isu2 ini as also highleghted by arizal and baroah di atas, terima kasih.

  41. 41 springmat Apr 4th, 2008 at 7:57 pm

    syukurlah kerana saya dapat membezakan antara yang baik dan tidak… politik UMNO/BN penuh dengan kekotoran, setiap kebenaran tetap akan terserlah

  42. 42 Hamba Allah Apr 4th, 2008 at 9:32 pm

    Jika benar DSAI tidak pernah menyalahgunakan kuasa atau berlaku hubungan diluar tabii (homseks) sila bua tpenafian secara terbuka.. Selama ini tidak pernah terdengar penafian secara terbuka…

    Walillahi Wabillahi Watallahi saya bukan seorang pengamal homoseks seperti yang didakwa.. Jika sumpah pengakuan saya adalah tidak benar maka saya rela Allah menurunkan bala ke atas sya dengan serta-merta

    Buat penafian dikhalayak ramai dengan menggunakan medium yang sedia ada, tak kira medium itu dari pihak Kerajan, pihak Media Prima, pihak PAS atau pihak PKR sekali pun, agar timbul yang benar, dan musnah yang batil…

  43. 43 abah Rafique Apr 4th, 2008 at 11:33 pm

    bagi hamba , yahudi dan nasara adalah musuh yang nyata ( sekadar merujuk Quran ), mereka tidak akan reda selagi kita ikut mereka. jangan terperangkap dengan taktik licik mereka kerana bila kita berjaya memerintah, adakah mereka akan restu dengan idea untuk memperkasakan agama Islam di negara ini?Minta DSAI fikir sedalam-dalamnya pakatan itu kerana yang rugi nanti Islam itu sendiri ( DSAI lebih maklum akan perkara demikian )

  44. 44 Dinamika iman Apr 5th, 2008 at 10:58 pm

    Asalamualaikum dan salam sejastera…

    Ada beberapa ungkapan yg luahkan dgn tidak mengamil kira sentimen dn kepentingan dri..itu amat menarik hati saya.Kita sesungguhnya berfikiran terbatas..kebijaksanaan manusia itu sdri manusia juga yg dpt menilainya dgn prtolongan Allah yg maha kuasa.Kita manusia hanya mampu menilai dgn fikiran dlm makamah dunia..namun ada juga manusia2 yg tidak bersalah dikurung dlm penjara dn yg paling menyanyat hati sekali dihukum mati sdgkan manusia itu langsung tdk bersalah,setelah mati makamah Allah tetap meletakkan manusia spt ini ditempat yg dijanjikan yg beroleh keberuntungan diakhirat..sebaliknya manusia yg jahat itu berluasan dibumi Allah yg terlepas hukuman dunia,yg sepatutnya menerima hukuman spt diatas tadi…Segala masaalah ini hanya iman didada saja dpt mengatasinya….

    Ada yg dituduh kita memang tak buat…ada yg tdak dituduh tetapi kita memang buat..kebijaksanaan sdkit Allah bgi pada manusia sdah cukup membuatkan sesetengah manusia itu sanggup menerima azab ketika mengadap Allah nanti…jika pn didunia ini ia terlepas ,amin…

  45. 45 Dinamika iman Apr 5th, 2008 at 11:43 pm

    DiMalaysia mojoriti bangsa melayu itu ISLAM..bangsa boleh membangkitkan semangat kekuatan semangat itu pastinya bergantung pada iman.Baik mana2 parti politik diMalaysia semuanya memperjuangkan bangsa.Sebab itulh org2 melayu diMalaysia lebih berfanatik berbanding dgn bangsa2 lain yg ada sebab kekuatan memperjuangkan nasib bangsa itu dituruti dgn kekuatan iman yg ada pada dri masing2..

    Kebijaksanaan mengisi ruang dlm kontak mencari pengaruh utk menentukan corak pimpinan dlm negara begitu mencuit hati org2 islam dimalaysia.Tahap pemikiran sdah tentunya berbeza2..tk kira diperingkat pemimpinan atasan atau diperingkat bawahan bersabit dgn status keimanan ini/Diri sdri dan Allah saja yg maha megentahui.Paling teruja sdikit Allah memberi kelebihan ilmu pada sesaorang manusia didunia ini sdgkan ilmu yg ada itu disalah gunakan utk kepentingan dri utk mengejar sesuatu yg diidamkan tanpa mengambil kira dosa dan pahla diakhirat nanti…yg menjadi mangsa adalah manusia yg tak tahu apa2 tetapi “betul sendol” hanya tau asas2 atau rukun iman dan rukun islam yang dianuti berzaman..setelah mencampuri urusan politik {sebab semangat bangsa itu sdri}yang berkepentingan tadi sdah mulai rusak.Soalnya kenapa mereka2 ini harus terjerumus sdgkan
    mereka2 ini perlu perhatian dan perlu bimbingan ilmu islam yg sebenar2nya…

    Jika situasi ini berterusan sekadar bangsa melayu akan lenyap dimuka bumi ini tidak terlalu sdih lagi,yg menyedihkan islam itu lama akan terhakis dek perebutan kuasa,rakus .. bertopengkan sesuatu yg boleh memecahbelahkan islam dan bangsa itu sendiri.Oleh itu sama2lh kita fikir2kan…

  46. 46 Hazim Apr 7th, 2008 at 2:09 pm

    Askm Dato Seri Anwar, minta maaf disini saya ingin meminta penjelasan dato seri dengan tuduhan yang mengatakan Dato seri merupakan ejen yahudi,minta maaf lah dato seri kalau saya menyusahkan dato seri,kerjasama dato seri amat saya hargai, sekian terima kasih.

  47. 47 ammar Apr 10th, 2008 at 11:28 am

    Assalamualaikum DSAI, saya ingin menyeru agar DSAI menjawab segala tuduhan yang mengatakan DSAI agen Yahudi & Amerika secara total.
    Setakat ini penerangan DSAI masih tidak menyakinkan semua pihak, dan lambat-laun DSAI mesti menghadapinya. Keterangan mereka ada asasnya dan ini yang perlu DSAI ambil perhatian. Isu ini amat sensitif kerana rakyat Malaysia tidak mahu polisi negara kelak diubah untuk kepentingan Amerika dan Israel serta sekutu2nye.

  48. 48 nora Apr 10th, 2008 at 11:36 am

    sy sememangnya tak suka pada anwar dari mula lagi dia masuk dalam umno sekarang dia menag besar kenapa tak bila orang islam kenapa nak buat project babi besar2 apa tak ada bendalain nak buatke kenapa kaum lain lebih hebat dari islam ke awak agama apa berpijak alam nyata jgn dok beragan nakkan kuasa jadi PM

  49. 49 ataspagartengoklangit Apr 10th, 2008 at 3:51 pm

    Assalamualaikum Datuk seri,

    Baru2 ini kawan saya yang baru pulang dari kursus BTN telah memberitahu beberapa perkara yang diperolehi daripada Fasilitator2 BTN iaitu:

    1. Anwar Ibrahim akan menjadi PM dengan membeli AP BN. Dananya diperolehi daripada pihak2 yang berkait rapat dengan Israel/Zionis. Dengan terlantiknya DSAI sbg PM, maka tercapailah hasrat Israel untuk melihat negri kita huru-hara.

    2. Dikatakan bahawa Tuanku sultan Perak memperkenankan supaya PAS bergabung dengan UMNO demi kepentingan orang melayu dan juga dikatakan perkara ini dipersetujui oleh pimpinan atasan PAS tetapi dibantah oleh MB Perak sekarang (Ir. Nizar). Adakah ia benar?

    saya amat berharap DSAI dapat memberi jawapan yang memuaskan hati saya supaya saya dapat mematahkan hujah2 ini yang nampaknya serba sedikt dapat menggoyah ideologi kawan2 saya daripada pembangkang kepada pro-BN….

  50. 50 AdukaJebat May 18th, 2008 at 10:47 pm

    A’kum saudara-saudara semua.

    PRU baru2 ni dah membukatikan DSAI berjaya memecahkan melayu jadi 3 dari 2 (UMNO & PAS). Kerja sape dan apa tujuannya hanya Allah saja yaang tahu. Penahkah saudara-saudara terfikir knp PAS hanya bertanding pd kerusi yg akhirnya tak kan mampu jumlahnya untuk membentuk sebuah kerajaan apatahlagi negara Islam. Tp knp PAS masih tetapbersungguh2 utk menang. Jwpnnya mudah. Semudah dgn apa yg pemimpin UMNO fikir pd tika diaorang berkuasa. Semuanya psl kepentingan peribadi. yg susah akhirnya rakyat jelata juga terutama yg fnatik pd DSAI mcm org2 dlm Adil.
    Sy antara org yg terlibat dgn hal ehwal perisikan negara. Pnahkah saudara-saudari dlm Adil terfikir brp byk kemudahan yg kerajaan US bg pd DSAI terutama dlm sokongan kewangan n moral selepas beliau dibebaskan. pnahkah saudara-saudari seklian terfikir knp dlm byk2 pemimpim yg ada kt malaysia ni sejak merdeka nama DSAI juga yg disebut2 sbg bakal PM. pnahkah saudara-saudari terfikir knp dlm byk2 pmimpin malaysia yg berkaliber dlm menarik pelabur dari US dtg ke malaysia tp akhir sekali DSAI juga yg menjadi sahabat karib n sejati kpd wolzwitz tu. Pnah ke saudara-saudari yg menghantam Dr M mbuta tuli terfikir walaupun beliua pnah minta btn sorg pelobi yahudi utk bertemu dgn gorge bush tp bliau jugalah satu-satunya pemimpin melayu islam yg berani bercakap psl usha jahat yahudi dlam perhimpunan terbuka (perhimpunan agung UMNO) sampai beliau dilabelkan sbg anti semitik. Utk pngetahuan saudara=saudari Dr M adalah merupakan salah seorang tokoh pengkaji sejarah yahudi yg terkenal kt dunia ni. mesti korg x tau kan. tp DSAI dgn mudahnya dipromosikan sbg bakal PM tanpa cacat cela dlm akhbar zionis. dan yg paling mudah kalau korg nk tau pendokong sebenar disebalik gerakan agrsif HINDRAFF adalah ….. fikir2lah parti mana yg dpt undi kaum india yg paling byk dlm PRU yg lepas. moga Allah selamatkan bangsa dan agama islam yg tercinta ini dr org2 yg sepertinya.

  1. 1 Fitnah Desperado Umno: Semoga Mereka Insaf! at Anwar Ibrahim Pingback on Mar 23rd, 2008 at 10:40 pm
  2. 2 ANWAR IBRAHIM « KeADILan Kuala Selangor Pingback on Apr 8th, 2008 at 7:57 am
  3. 3 KERAJAAN RAKYAT » Blog Archive » “Anwar kembali sertai UMNO” Pingback on Sep 26th, 2008 at 11:15 pm

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

September 2007
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930