Pengunjung terus menghujani pertanyaan reaksi saya dari fitnah BTN bahawa saya adalah agen Yahudi dan Amerika. Sekiranya mereka benar, bukti akan dikemukakan. Yang dipapar adalah gambar lawatan saya. Permaidani merah dibentang dalam semua lawatan rasmi – Arab, India, China, Amerika.
Yang tidak disentuh BTN adalah fakta bersabit bayaran pemimpin umno-bn kepada pelobi yahudi dan tauke judi Jack Abramoff!
Isu kedua ialah penyebaran video pengakuan Sukma yang dipaksa polis. Sila rujuk keterangan bersumpah Sukma dan dlm produksi ABC “Sham Trial of Anwar”.
Sudahlah dia dipukul dan diseksa, kemudian dipenjara (selepas itu tuduhan ditarik balik) – beliau masih terus difitnah. Hai akhlak Umno – mirip……..
ANWAR IBRAHIM
















