Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM4.6 bilion telah mendedahkan kisah sebenar dibelakang konsep perkongsian kuasa BN.
Watak utama kontroversi ini ialah Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang membelitanah tersebut daripada Koperasi Kemajuan Pulau Lumut pada harga RM95 juta pada tahun 1999 dan kemudian menjualnya ke Lembaga Pelabuhan Klang pada RM1.1 bilion pada tahun 2003, meskipun wujud tentangan di dalam kerajaan terhadap pembelian pada harga tersebut. Kerajaan boleh mengambilalih tanah tersebut di bawah Kanun Tanah Negara pada harga RM10 sekaki persegi, tetapi memilih untuk membelinya pada RM23 sekaki persegi. Kuala Dimensi kemudian dilantik kontraktor untuk projek tersebut, dan telah melaporkan pertambahan kos sehingga RM3.3 bilion.
Projek ini yang kononnya hendak meniru kejayaan Jebel Ali Free Zone Authority (Jafza) di Dubai, telah mendedahkan kisah sebenar dibelakang konsep perkongsian kuasa BN memandangkan pimpinan pusat dan tempatan UMNO, seorang ahli Parlimen SPDP dan bekas Setiausaha Parlimen MCA terlibat di dalam salah satu peringkat projek ini. Maka kerajaan tak sepatutnya terkejut dengan keputusan Jafza, yang mengurus PKFZ sebelum ini, untuk menarik diri pada Julai 2007 di atas sebab campurtangan politik dan birokrasi.
Sekali lagi, Perdana Menteri telah gagal menunjukkan ketegasan politik apabila beliau bersetuju dengan permintaan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy untuk pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion untuk projek tersebut. Ini merupakan satu ‘bailout’. Tambahan lagi, usul Pembangkang untuk membahaskan perkara tersebut di Parlimen ditolak. Kedua-dua insiden ini menggambarkan bagaimana niat kerajaan yang kononnya hendak melakukan yang terbaik untuk negara tidak dapat mengatasi risiko yang mereka hadapi untuk menyelesaikan perkara ini.
Adakah insiden ini akan memberi keyakinan kepada pelabur asing yang kerajaan mahu tarik ke koridor-koridor pertumbuhan yang baru dilancarkan? Lebih dasyat lagi, Kuala Dimensi mengaut keuntungan yang berlipatkali ganda dari penjualan tanah sedangkan Koperasi Kemajuan Pulau Lumut. Dalam erti kata lain, pihak-pihak berkepentingan telah mendapat untung tetapi nelayan-nelayan Melayu yang menganggotai Koperasi tersebut terus terpinggir.
Kenyataan dari bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr. Ling Liong Sik bahawa projek ini merupakan “idea yang baik” tidak sekali-kali boleh digunakan untuk menutup korupsi, kronisme dan rompakan yang timbul di dalam projek ini. Daripada membuang masanya cuba mempertahankan projek ini, Liong Sik sepatutnya disoal di atas peranan asal dan kelemahan pengurusan yang mencetuskan peristiwa mengaibkan ini.
Sekali lagi saya menuntut kerajaan untuk memenuhi tuntutan awal kami untuk sebuah suruhanjaya bebas menyiasat dan mendedahkan siapa yang bertanggungjawab untuk skandal besar ini.
ANWAR IBRAHIM
















Dato Seri,
Thank you for exposing this scandal. Sekali lagi kerajaan akan cetak wang untuk ubati gejala ini. Tak kira samada ia adalah satu rasuah atau kebodohan jentera kerajaan sendiri, kalau nak berlaku adil, semua kena didedahkan. Kalau tidak, mana ada transperansi? Unfortunately, pakatan BN cukup ‘mantap’ dalam mengaburi mata rakyat dan menutup kelemahan/kejahilan mereka.
Smalam saya tengok cerita lord of the ring 2, sampai la pukul 2 pagi…
then lepas habis cerita tu, melepak lagi depan tv…tiba2 keluar cerita psl Anwar Ibrahim…
terkejut gak saya (org lain tak terkejut kot)…
cerita yg sibuk menghentam Anwar Ibrahim, menunjukkan anwar berjoget bersama perempuan ketika muda..kemudian menunjukkan kepimpinan Najib yg baik, memujinya dan mengatakan pembangkang sibuk mengaitkan najib dengan isu altantuya…
menunjukkan tunjuk perasan reformasi dahulu dan mengatakan ia ganas..dam mcm2 lagi lah…
So kesimpulannya,
Jangan haraplah kerajaan akan mendedahkan isu PKFZ nih..or apa2 isu berkaitan pun…
mereka sibuk mendedahkan benda2 yg boleh menjatuhkan pembangkang saja..
inikan Islam Hadhari & demokrasi tulen UMNO eh..??? Anwar di tuduh kononnya menyerang peribadi Najib dan ia tidak patut, tapi dlm tv terang2 dia memburukkan peribadi Anwar juga…Islam Hadhari eh??
Dengan adanya blog ini..barulah mata kita terbuka tentang segala kepincangan dan salah urus kerajaan sekarang…Syabas Dato Seri….
So marilah kita undi UMNO walaupun ia parti tunggul, menteri kaya, rakyat binasa…
If it involves MCA , UMNO will close both eyes; one for MCA and one for themselves.
If it involves UMNO, MCA will close both eyes; one for UMNO and the other for MCA.
When, both eyes are closed; the ACA, and the whole lot of the Government machinery will too close at least one eyes.
So, the Minister of Higher Education will now start new courses in the Elite Universities …. ie. courses in Optometry, Opthomology and presumably, in the Physics of Light ala Sir Isaac Newton rather than ala Ibn Haytham …..
And Malaysians will now use prism to see the myriad colours of corruption, cronism and all the dirty unethical ways their leaders conduct themselves and their businesses.
Indeed, Malaysians will more “rainbows” as the wet seasons come into the cycle …..
Datu Seri, you are not wearing “graded mutli-focal” high-density lenses for your eyes; are you ?
DS,
Tepat sekali saranan DS,bahawa utk memacu pembangunan dan pertumbuhan yg mampan ,negara perlu terlebih dahulu menerap prinsip ketelusan dan kebertangungjawaban dlm pentadbirannya,kalau tidak inilah jadinya.Bayangkan ribuan juta wang rakyat dihulurkan secara mudah kepada beberapa kerat kroni parti pemerentah,tanpa sebarang susah payah.Cukup mudah mereka beniaga,kalu memperoleh keuntungan,keuntungan itu adalah utk mereka sahaja tapi kalau menghadapai masaalah,pd bila-bila masa mereka boleh menerima bantuan mudah dari kantong rakyat,pendek kata rugi bukan hak mereka sebagai peniaga.
Rakyat Malaysia perlu bersikap tegas dalam soal ini kalau tidak,kes sebegini akan terus berulang lagi.Undilah untuk Keadilan.
salam Dato seri saya sedih sudah dua hari saya menantikan berita tentang kerisauan kami di Indonsia ini. Tolong, buat pengetahuan semua kami pelajar2 di indonesia ini sedang ketakutan untuk keluar rumah, kerana adanya ancaman uutuk menghalau semua or malaysia jika kerajaan Malaysia tidak mahu meminta maaf.Hal ini berkenaan kes 4 ORG ANGGOTA POLIS MALAYSIA MEMUKUL JURULATIH KARATE INDONESIA DI SEREMBAN BARU2 INI. tolong saya meraya agar kerajaan meminta maaf dan berusaha utk menjernihkan keadaaan ini. tolong datuk seri, timbulkan isu ini kerana media malaysia menutup terus kes ini. kami lbh kurang 4000 pelajar diseluruh indonesia ini sedih dengan keadaan yg berlaku. . hal ini sangat mengganggu kami dan boleh dikatakan mengancam keselamatan kami. terus terang ada diantara kami yg telah menjadi mangsa gertakan org indonesia yg tidak berpuas hati ttg kes ini. malah mereka mengungut utk menghalau rakyat malaysia disini dan memberi tempoh sehingga 32 Ogos utk kerajaan meminta maaf. moga Allah melindungi kami.
Salam,
Minta semua sebarkan pendedahan terbaru ini melalui email dan msg kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Sebarkan seluas mungkin! Terima Kasih.
kami simpati apa yg berlaku disana….
tapi yg menghairankan UMNO Laknatullah dan kuncu-kuncunya sedang berpesta sakan malam ini.
Dengan Pesta Bunga Api besar-besaran selama seminggu di Putrajaya dan anak-anak muda riang gembira di dataran Merdeka.
Kami yg dok baca Yasin malam Jumaat ni amat sedih…..sedih….
Tak tau apa bala…..yg datang….
Inilah lambang kemerdekaan negara pimpinan pakatan bn yang diterajui oleh umno.Merdeka dlm ertikata bebas menggunakan harta khazanah negara yang kuncinya ditangan mereka hanya untuk membesarkan tempolok mereka.Kemana hilangnya suara2 yang bagaikan gegak gempita melaungkan semangat patriotik,sayangkan negara hanya nak merembat hasil negara..bila ada kes korup semua bisu..keris pun menyorok takut..apa yang diperjuangkan hanya retorik nak melunakan telinga rakyat..merdeka lah kamu membaham hasil negara sepuas2nya sebelom kamu kena baham.
maaf dato seri anwar…saya masih ada kekaguman pada karisma dato seri…ucapan2 dato seri masih jelas ditelinga saya…tapi ada persoalan yg masih membelenggu saya..apa dato seri yakin dengan pakatan pembangkang sekarang? atau perlu ada lebih sokongan dari mereka yg lebih faham dengan ape maksud sebuah kerajaan ?terlalu banyak isu yg pembangkang sendiri belum mampu selesaikan…saya doakan agar dato seri lebih sihat..dan mampu memimpin parti pembangkang…usahakan sesuatu perubahan dalam malaysia…
dato seri yg saya lihat…kerajaan sekarang bukan semuanye rosak..cuma segelintir manusia yg gila kuasa dan tamak yg sebabkan keadaan bercelaru…ape dato seri yakin masalah ini takkan berlaku jika dengan izin allah suatu hari nanti dato seri akan memimpin malaysia?
gust, saya bersetuju dengan awak……..DSAI, im a big fan of you but recently the way you potray yorself was a bit ‘desprate for power’…………..saya yakin, semasa DSAI menjadi TPM mesti ada juga rakan yang diperkenalkan kepada sesiapa samada korporat mahupun Kerajaan samada melibatkan duit atau tidak………….’kuasa’, sesiapa akan menggunakan position yang ada tetapi persoalannya adakah ianya Ikhlas atau mempunyai personal agenda………..
dalam konteks Malaysia sebagai entiti negara, dengan kapasiti PKR dan DSAI sendiri saya yakin DSAI tidak dapat membentuk Kerajaan dengan parti komponen yang lain iaitu DAP dan PAS………………kerana masing2 mempunyai agenda tersendiri dan DSAI takde kapasiti untuk mengatakan tidak atau ya pada Lim Kit Siang mahupun Hj Hadi Awang………..sebab sebenarnya semua parti ini yang ingin mengetuai negara…tidak begitu?????
bukan kah politik yang baik adalah berasaskan ingin melihat Negara maju dari pelbagai aspek samada DSAI mahupun orang lain memimpin……..kenapa perlu merebut kuasa dan yang lebih menyedihkan adalah politik sempet BN dan DSAI…………………..kerana rakyat tahu mane yang baik dan buruk…………….tidak perlu menjaja nama ke sana sini
TQ