Dalam keadaan berita mengenai saya, KeADILan dan segenap lapisan pimpinan parti alternatif lainnya digelapkan media arus perdana, dan dalam keadaan media alternatif termasuk laman-laman web dan blog dikecam pemerintah, liputan media antarabangsa memberikan liputan dan ruang yang agak baik buat saya dan KeADILan.
Disertakan di sini liputan media antarabangsa mengenai beberapa pendapat dan liputan aktiviti saya sebelum ini:
Channel News Asia
Former Malaysian DPM Anwar believes in close ties with Singapore
Today’s Zaman, Turkey
Gül ‘an inspiration for Muslim Democrats all over the world’
People’s Daily Online, China
Malaysian former deputy PM supports close ties with Singapore
Middle East Times
Malaysia’s Anwar hits out at Internet suppression
Today Singapore
Problem Isn’t Singapore
ANWAR IBRAHIM















Sungguh malang ahli2 keadilan yang ditipu hidup2 yang kononnya mereka mendapat kebebasn bersuara apabila DSAI memerintah. Komen yang saya hantar tidak dipaparkan kerana keadilan adalah satu parti yang takut dengan kebenaran dan tidak adil pada semua pihak.
Datuk Seri,
Saya agak hairan bagaimana orang kanan Datuk Seri sendiri iaitu Saifuddin Nasution tidak bersetuju dengan penglibatan Singapura dalam isu IDR di Johor.
Apa akan dikata orang? Apabila membaca berita yang berupaya menimbulkan bibit persetujuan Datuk Seri dengan tindakan Singapura di Johor?
Walaupun berita itu tiada kaitan atau tidak menyebut perkara yang berkait dengan IDR, tetapi saya rasakan ramai lagi rakyat mahukan penjelasan yang lebih mendalam dalam pendirian Datuk Seri serta beberapa pimpinan kanan Keadilan berkenaan hal Singapura dan IDR ini.
List of Prime Agenda:
1. Protect the Rakyat
2. Serve the Public Trust
3. Uphold the Justice
4. Support the resistance of Opposition and Heroic Reformist
5. Protect the Innocent
6. Eliminate Phantom Voters
Islah!
Hidup Agenda Ekonomi Baru!
Struggle for New Malaysia!
HApuskan Rasuah!
Basmi Kemiskin!
Bawa Perubahan!
Tentang Kezaliman!
Hapuskan ISA!
Turunkan Harga Minyak, Tol dan Barang2 Dapur!
Kuatkan Pertahanan!
Kembalikan kegemilangan Mahasiswa!
Heret mereka2 yang di atas yang terlibat dengan rasuah, curi duit kerajaan, curi duit rakyat ke muka pengadilan!
Kembalikan Hak Rakyat!
Hapuskan Kronisme!
Hapuskan Nepotisme!
We are against the law of the Junggle!
Barisan Alternatif!
Barisan Rakyat!
Barisan Perjuangan!
mullah kane
7.Lindungi alam sekitar,
Cuba kita lihat orang penan cuba melindungi alam semula jadi tapi pelik juga 50 tahun merdeka masih ada rakyat malaysia pakai selampit (cawat), dan hidup normad. kerajaan serawak ada kapal terbang sendiri untuk ketua menteri tetapi rakyat ada yang becawat sahaja satu perkara yang pelek. janganlah kita kekalkan mereka secara begitu demi pelancongan kita harus merubah cara hidup mereka dengan jalan terbaik jika orang barat kata orang malaysia tinggal kat pokok kita melenting habis. silap siapa ? kita harus bangunkan golongan ini bawa mereka ke arah kehidupan sebenar
Azmir Zakaria…
Abis di bawah pemerintahan kerajaan sekarang ni bebas bersuara ker? baru cakap sikit nak tangkap..ugut sana sini.. Abis Parti BEE’EN tu ADIL sangat ker? .Ni baru comment tak keluar dah melenting..bole beza orang duduk dalam kotak atau luar kotak…Akai ada ker..
wa tanya ajer tak nak jawap takper
Aku dah lali di tipu hidup-hidup.
Tapi aku tak rela ditipu hidup-hidup oleh UMNO laknatullah…..
Memang patut tidak paparkan komen-komen terutama dari sdr (mohd azmir)kalau merosakkan akhlak..
Kalau dipaparkan juga umpama mcm kes minat rempit kat you tube itu….
Elok bonar orang mcm sdr ini dikapan terus….
Komen sdr tak bertamadun…..tak da nilai….penuh hasad dengki…..
Tahniah Abdullah Gul …sebagai Presiden Turki yg ke 11,
Tahniah juga kepada Dato’ Seri…..akhirnya doa Dato’ Seri utk sahabat Dato’ Seri makbul dan diperkenankan Allah.
Mohon tentera Turki diberi taufik dan hidayah…..
Aslmkm Datuk Seri,
Saya utarakan pandangan saya untuk perhatian dan komen Datuk seri. Saya sebenarnya telah berikan pandangan ini dilaman blog Sdr Azmin tetapi tiada komen kerana blog itu tidak di”update” sejak March 2007.
________________________________________________________________
Saya percaya kerajaan yang ada sekarang boleh ditumbangkan. Pengundi sudah tidak senang hati dengan kerajaan yang ada tetapi masih sangsi untuk mengundi pembangkang. Kesangsian ini wujud kerana tiada jaminan bahawa pembangkang akan lebih bertanggung jawab dari kerajaan yang sedia ada.
Untuk menghilangkan kesangsian ini saya fikir PKR haruslah membuat satu ikatan yang jujur dengan parti pembangkang yang lain terutamanya DAP dan PAS. Persefahaman sementara ketika pilihanraya bukan lagi pilihan sekiranya ingin membentuk kerajaan baru. Semua isu berkaitannya harus dibincangkan dan dipersetujui oleh semua komponen pembangkang serta didokumenkan sejelas-jelasnya.
Saya berpendapat apa yang diinginkan oleh rakyat ialah satu jaminan (deklarasi bertulis) dari ikatan parti pembangkang yang ditandatangani oleh Pemimpin PKR, DAP & PAS yang menjamin bahawasanya :
1. Ikatan pembangkang akan menarik baik keputusan yang membebankan rakyat ( Contohnya kenaikan tol,minyak dan barangan kegunaan harian )
2. OSA , ISA dan semua akta yang boleh disalahgunakan akan dimansuhkan.
3. Sejajar dengan tafsiran asal DEB, pembasmian kemiskinan akan dilakukan tanpa mengira kaum.
4. Majlis raja-raja dan para sultan akan diberikan lebih kuasa dan peranan.
5. Semua jawatan ahli exco majlis daerah adalah berdasarkan pemilihan rakyat.
Banyak lagi perkara yang lebih “straight to the point” perlu ditambah.
Apa komen Datuk Sri?
Saudara Azmir,
Dari pengalaman saya blog ini cukup terbuka menerima komen malah kritikan terhadap DSAI sendiri. Adakah komen saudara memuatkan apa-apa yang kurang sesuai atau sopan?
Mohd Azmir Zakaria..
Tak payah la penat2 dedah kebenaran..
Tak payah la ezam penat2 dedah korupsi..
kami tetap sokong UMNO walaupun tunggul..
Ezam dedah korupsi dlm keadilan, org ckp dia gila nak jadi menteri,
Dia tubuh GERAK, kluar dari politik, org ckp ada niat lain..
Org ceramah ckp kasar skit jer tak bleh, menteri sapu abis semua, boleh…
Kita kene bersyukur, UMNO la segala-galanya…Org Melayu mmg begitu..
Berbeza ngn pemikiran org Cina dlm mengundi..
Time pilihanraya buat infrastruktur, jalan raya, etc:
Org Cina :-”Time pilihanraya baru buat? siap aa..nanti wa ajar sama dia”
Org Melayu :- “Alhamdulillah, akhirnya buat jugak, kita kene syukur, kene sokong mereka…”
LOL!!
tak setuju dengan gengis khan.
itu pilihan orang penan sendiri. itu cara hidup yang mereka pilih dan mereka gembira dengan cara hidup sedemikian.
apa yang menjadi isu ialah pilihan yang kerajaan dapat sediakan untuk mereka.
tidak adil bagi mereka kiranya kita memaksa mereka berubah. tidak adil juga juga kita tidak menunjukkan pilihan yang lebih baik bagi mereka. yang penting ialah kerajaan mesti menunaikan semua hak2 asasi mereka, pendidikan, makanan, dan khidmat kesihatan.yang selebihnya bergantung kepada diri mereka sendiri untuk memilih kerana bagi mereka memakai baju, memiliki kereta, dan rumah yang dibuat dari bata adalah amat asing dan bukan sebahagian dari hidup mereka.
sekiranya mereka memilih untuk kekal mengamalkan cara hidup penan, meakai cawat dan hidup berpindah randah, siapakah kita untuk melenting dan merendah rendah kan mereka. dengan cara idup moden pun ada dikalangan kita yang tidak bahagia.tidak ada arah tuju,dan tidak tahu mengamalkan hak yang mereka ada. sekiranya masyarakat penan memilih cara hidup tradisional dan mereka gembira dengan keadaan mereka kan itu sudah cukup bagus.
wah…Anwar Ibrahim ada umah besar?? wa tak terkejut…
Menteri lain ada umah besar lagi la wa tak terkejut…
bawak duit berjuta cash masuk australia..
Umah di Autralia, Swiss, dll….
Beli jet juta2…
Kalah main judi kat luar negara juta2…
Kalau betul Anwar Ibrahim korup, kita siasat/hukum dia…
tapi sebelum tu, kita siasat/hukum dulu menteri2 korup yg berkuasa sekarang…
Mereka memegang amanah rakyat, Anwar tidak…
Jadi kene siasat/hukum mereka dulu, lepas tu baru hukum anwar (tu pun kalau dia betul2 salah)
Setuju??
DS yg di hurmati,
Banyak pihak yg masih enggan mengakui hakikat bahawa DS adalah seorang tokoh yg di terima di peringkat internasional dan gigih memperjuangkan demokrasi sebenar.DS berkawan ,berdailog dan berbincang dgn semua pihak,namun mereka yg iri hati mewarwarkan bahawa DS adalah egen US dan Yahudi.Satu lagi,ramai juga musuh DS yg cuba menggambarkan bahawa DS adalah seorang yg cukup berhasrat utk menjadi PM negara,dan sanggup berbuat apa saja utk itu,hatta mengkhianati Bangsa Melayu kononya.
Bagi mereka yg rasional dan mampu berfikir secara waras dan terbuka,tomahan begitu tentulah tidak masuk akal dan ditolaknya begitu sahaja.Namun bagi mereka yg mempunyai fikiran jumud hasil didikan Umno selama puluhan tahun,perkara begitu mudah di terima oleh mereka.Jadi saya berpandangan elok juga kalau DS dapat mengupas matlamat perjuangan DS secara pribadi dan apa pula matlamat perjuangan Parti Keadilan Rakyat utk negara Malaysia ini.Supaya mereka memahami,bahawa tanpa Keadilan pun DS akan terus melalui liku-liku perjuangan DS dan tanpa DS pula,Keadilan juga akan terus melangkah utk membawa Malaysia kearah yg dihajati oleh Keadilan sebagai sebuah parti.
Dato’ Seri yg budiman….
Perpaduan antara PAS, keADILan dan DAP masih longgar lagi terutamanya di Wilayah Persekutuan. Masing-masing tiada inisiatif untuk memulakan hubungan silturrahim… setidak-tidaknya antara PAS dan keADILan.
Perkara ini penting. Walaupun nampak remeh….tanpa mengenal hati budi dan hubungan mesra…nak dapat keputusan yg adil untuk semua pihak… pasti buntu.
Pimpinan di Wilayah Persekutuan ini…
DAP terkenal sikap keras kepalanya….
PAS terkenal sombong dan bongkaknya…
keADILan pula umpama cerdik tak boleh nak ikut…bodoh tak boleh nak diajar..
Saya minta sangat satu majlis ramah mesra dan muhasabah diri perlu diadakan waktu terdekat ini..terutama PAS dan keADILan.
Sdr. Saifudin Nasution, Anuar Tahir dan Dr. Mohd Nur Manuty boleh dipanggil sebagai moderator kerana mereka disegani oleh kedua-dua pihak.
Dahulu… sdr Anuar Tahir mempunyai hubungan istimewa dgn keADIlan BTR. Insyaalah.
Kalau Anuar Tahir nak bertanding tiket keADILan di Bandar Tun Razak saya rasa semua pihak mesti setuju…. kalau tak percaya tanya sdr. Azman, Ketua Bahagian PKR.
Thaqif,
Matlamat Keadilan jelas:
Parti Keadilan Rakyat adalah sebuah parti politik yang berjuang membentuk sebuah masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa ataupun agama.
Matlamat dan asas perjuangan politik kami termaktub di dalam 17 perkara di bawah :
1. Membentuk masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu;
2. Menyemai rasa hormat untuk sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen dan menyokong hak dan kuasa rakyat, serentak dengan usaha berterusan untuk meningkatkan rangka politik negara sesuai dengan harapan dan kepentingan rakyat;
3. Mengasaskan dan menyemai kedaulatan undang-undang, media dan kehakiman yang bebas serta institusi keselamatan yang mendaulatkan prinsip-pinsip professionalisme;
4. Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan untuk semua;
5. Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk meperkembangkan peranan agama dan nilai-nila sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhak, kemanusiaan dan kemuliaan insan;
6. Menjamin Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, sambil menjamin hak semua warganegara mengguna, mempelajari dan dididik dalam bahasa-bahasa lain; dan menyemai pembangunan kebudayaan dan kesenian Islam berasaskan unsur-unsur penting warisan kebudayaan yang ada di negara ini;
7. Memperkembangkan sistem Persekutuan yang adil, bertanggungjawab dan demokratik yang mengimbangi kepentingan negeri-negeri dengan kuasa kerajaan Persekutuan;
8. Memperkasakan kemuliaan insan, nilai-nilai keinsanan dan budaya penyayang, mendaulatkan hak asasi manusia, dengan komitmen teguh terhadap prinsip kewibawaan dan akauntabiliti dalam bidang-bidang ekonomi, politik dan pentadbiran;
9. Membentuk ekonomi yang adil dan dinamik, yang mementingkan pertumbuhan dan juga pengagihan yang saksama, yang bebas daripada ketidakadilan, yang tidak bertepatan dan pembaziran, sambil mengatasi kemiskinan dan mencegah kekayaan tertumpu pada satu-satu pihak;
10. Menjamin, berasaskan prinsip keadilan, kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak digunakan semata-mata untuk meningkatkan status sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terpinggir, dan keperluan yang saksama dibuat untuk golongan miskin dan terpinggir bukan Melayu dan bukan Bumiputera, ke arah mencapai keadilan untuk perpaduan nasional;
11. Memberikan kemudahan sosial seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, dan kenderaan awam pada kos berpatutan sesuai dengan tanggungjawab sosial kerajaan, terutamanya buat kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana;
12. Memperkembangkan dan melindungi hak bekerja, gaji yang saksama, keselamatan di tempat kerja dan kualiti kehidupan untuk semua;
13. Memperkukuhkan kedudukan wanita dalam masyarakat, menyemai dan melindungi hak-hak dan kepentingan mereka dan menjamin yang mereka dapat menikmati status sama rata dan tidak menjadi mangsa diskriminasi dan eksploitasi;
14. Menyemai hak belia dan pembangunan penuh potensi mereka dan menjamin penglibatan bermakna belia dalam segala lapangan kehidupan;
15. Membaiki mutu kehidupan Orang Asal sambil menghormati adat resam mereka, melaksanakan program pembangunan yang sesuai menerusi perundingan dengan mereka, dan melindungi hak mereka ke atas Tanah Adat mereka;
16. Melindungi alam sekitar daripada kerosakan, mengelakkan pencemaran sambil meningkatkan kualiti alam sekitar dan memastikan pembangunan bersifat lestari;
17. Menggalakkan sistem antarabangsa yang saksama dan demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas dan beretika, membina persekitaran yang sesuai untuk masyarakat bermaklumat yang boleh menghadapi cabaran globalisasi sambil menolak unsur-unsur proses globalisasi yang mengancam kepentingan rakyat, negara dan umat manusia, dan melindungi ekonomi, politik dan keselamatan negara daripada dikiblatkan kepada kepentingan kuasa-kuasa besar dunia.
Untuk perhatian “Dulu UMNO Kini Keadilan” :
Saya sangat bersetuju dengan 17 perkara yang disebutkan diatas. Tetapi untuk memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan baru memerlukan kerjasama yang jujur dan jitu daripada parti pembangkang lain terutamanya PAS dan DAP.
PAS, DAP & Keadilan mestilah mempunyai matlamat perjuangan yang sama dan dipersetujui BERSAMA. Mengeluarkan manifesto bersama hanya semasa pilihanraya lebih nampak seperti “wayang kulit” sementara. Ikatan pembangkang mesti wujud sebelum dan selepas pilihanraya dan bukan hanya semasa pilihanraya. Kerjasama kekal akan nampak lebih “credible”….
pengundi2 bukannya cendekiawan2 seperti DSAI.pengundi2 adalah rakyat malaysia yang malas membaca dan sukar memahami sesuatu yang terlalu sukar seperti ekonomi.
apa yang penting ialah slogan untuk memenangi pilihanraya.manifesto yang disampaikan kepada umum tidak perlu panjang berjela2.cukuplah yang ringkas dan bisa membuka mata. kiranya dalam bentuk risalah pon, tulisan hendaklah besar dan mudah dibaca. memenangi undi ibarat menjual produk.
produk yang memiliki bungkusan paling menarik akan mendapat lebih ramai pembeli.
memang benar ikatan pembangkang terlalu lemah. masing2 dengan ideologi masing2.penyokong2 juga lebih bersikap partisan daripada mendukung perjuangan perikatan yang telah disepakati pemimpin parti.kadang2 pimpinan pembangkang terlalu degil dan berpegang pada prinsip individu. sungguhpun prinsip itu penting, prinsip kekal sebagai prinsip sekiranya perikatan pembangkang tewas lagi PRU ini.ini hanya menunjukkan kepimpinan yang lemah.berjuang dan berkorban untuk parti bukan sekadar harta, masa dan tenaga, tetapi juga matlamat dan tujuan individu juga mesti diketepikan untuk kemenangan yang lebih besar.
yo m.amir zakardia…dalam malaysia dah banyak sangat beruk bloger,bukan saya kata.itu k.j kata.k.j bukan maksud kuasa jahat,kaki jahit,kambing jelmaan,kurang (A) ‘jar atau apa-apa le yang ada kene mengena denga huruf k.j termasuk ketua jururawat.engkau kalau nak sangat kolum ko keluar tak payah nak hasut-hasut orang,bukan marah tapi nasihat.macamnilah……….ko masuk penjara dulu…? buatlah apa-apa yang boleh memenjarakan ko ,lepas keluar and then baru kita bincang pasal keadilan ,bebas bersuara apa-apale pasal yang adil-adilni.