Archive for August 14th, 2007

14 August 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Merujuk teguran Unit Amal mengenai majlis ceramah di Gombak. Saya secara peribadi telah memohon maaf kepada Ustaz Abdul Hadi sebaik tiba dan memberikan penghormatan tinggi kepadanya dalam ucapan. Dan semasa minum teh sesudah majlis saya menyebut hal tersebut di hadapan Sdr Azmin dan Dr Hatta Ramli.

Saya sendiri pernah mengalami layanan sedemikian tetapi menganggapnya sebagai kesilapan yang tidak disengajakan oleh petugas PAS di peringkat bawah.

Merujuk isu PTPTN yang banyak dibangkitkan perlu saya jelaskan bahawa dasar sekarang lebih membebankan pelajar miskin terutamanya bumiputra sendiri. Selama sekian lama pelajar miskin diberikan biasiswa, kini diganti dengan pinjaman. Saya mencadangkan agar pelajar miskin yang layak ke IPT dibantu melalui biasiswa kerajaan. Mungkin juga disalurkan melalui dana keuntungan Petronas.

ANWAR IBRAHIM

14 August 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Jamuan dgn masyarakat Cina di Kuching – saya menyentuh cara pemimpin BN memunggah kekayaan negara. Mereka bukan sekadar menyapu, tetapi lebih canggih dan berkesan sekarang. Mereka menggunakan vacuum cleaner, menyedut habis semua peluang, besar, keci dan habuk juga.

Di Kampung Haji Baki saya menyampaikan ceramah di perkarangan rumah Sdr marzuki. Saya menekankan soal kemiskinan dan jurang yang kian melebar di antara kelompok kecil dikalangan pemimpin BN, keluarga dan kroni mereka. Walhasil, majoriti rakyat miskin, kebanyakan mereka terdiri di kalangan bumiputera masih terpinggir.

Pagi tadi saya ke Kota Samarahan melawat projek rumah kos rendah yang saya lancarkan pada tahun 1997. Malangnya tidak ada lagi rumah kos rendah di sana melainkan rumah mewah dan kos sederhana. Nah, siapa bilang BN menjaga kebajikan rakyat?

ANWAR IBRAHIM

14 August 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Dasar perumahan kerajaan telah membelakangi masalah perumahan rakyat termiskin.

Ketika lawatan saya ke Rumah Pangsa Taman Keramat pada Sabtu 11 Ogos lepas, penduduk flat berjumlah 799 unit tersebut ditawarkan untuk peluang untuk membeli unit-unit yang kebanyakannya satu bilik tersebut untuk RM90,000. Rumah Pangsa tersebut dibina pada 1974 pada kos RM25,000 dan jumlah bayaran sewanya telah mencapai RM45,000.

Tindakan mengenakan bayaran tambahan RM90,000 untuk mereka memiliki flat tersebut membuktikan dakwaan kerajaan memandang serius kemelut rakyat termiskin hanyalah janji palsu semata-mata.
(more…)

14 August 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Kritikan berhubung nyanyian Negaraku oleh Wee Meng Chee di Internet menggambarkan hipokrasi pimpinan BN.

Bezakan kritikan keras yang disuarakan berhubung isu ini, dengan sikap tidak peduli yang diambil berhubung isu-isu yang lebih asas dan besar.

Dengan mengambil sikap jumud, ia akan mengekang kreativiti rakyat. Ruang mesti diberikan untuk rakyat bersikap kreatif dan bebas bersuara.
(more…)