Dr Syed Husin Ali mengirim sms awal pagi mengenai sdr Abdul Razak Ahmad, ketua KeADILan negeri Johor yang dikejarkan ke hospital sekitar 4 pagi. Saya sedang bersiap untuk acara di johor bersama sdr William Leong. Kami memutuskan untuk terus ke hospital menziarahi sdr Abdul Razak. Tatkala dalam perjalanan kami diberitahu mengenai pemergian allahyarham Abdul Razak ke rahmatullah.
Saya menziarah Allahyarham sabelum dikapan dan menyampaikan ucapan takziah bagi Azizah dan pimpinan KeADILan. Isteri Allahyarham, Kintan dengan hiba memberitahu saya betapa komited Allayarham dengan perjuangan hinggakan dalam keadaan tenat beliau masih menanyakan mengenai acara lawatan saya ke Johor serta keperluan menghadhiri majlis perkahwinan sahabat beliau di Johor Bharu.
Saya hadhir di majlis tersebut menunaikan hajatnya. Kemudian saya mulakan majlis dialog kebanyakannya dgn masyarakat Cina di Tropical Inn. Saya meninggalkan majlis awal untuk menziarahi jenazah di rumah dan ke surau utk solat jenazah.
Kita malah rakyat kehilangan pejuang rakyat, pembela nasib rakyat tertindas. Mudah-mudahan Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan solihin..
ANWAR IBRAHIM









Mudah-mudahan Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan solihin..
Ameen Ya Rabb’l ‘alaameen…….
Reply
Khairy Jamaluddin di melaka baru-baru ini mencabar sdr untuk bertanding di mana-mana parlimen di dalam Wilayah Persekutuan untuk membuktikan kebenaran bahawa sdr adalah pejuang rakyat.
Dia mencabar sdr sbg usaha untuk menafikan populariti sdr sebagai pemimpin rakyat terbanyak apatah lagi di wilayah persekutuan yg mana lahirnya gerakan R.E.F.O.R.M.A.S.I
tetapi… saya rasakan adakalanya tindakan dan akal pemikiran Khairy melampaui tahap bangang.
Dia mencabar sdr ketika sdr terikat dgn undang-undang yang menghalang sdr dari bertanding pilihanraya. Saya mohon AMK menyahut kelantangan KJ dengan mengembalikan CABARAN AMK KEPADA KHAIRY JAMALUDDIN UNTUK MENASIHATI BAPA MERTUANYA AGAR PILIHANRAYA DIBUAT SELEPAS APRIL 2008. Jangan berani baling batu sembunyi tangan di belakang.
Dalam majlis yang sama, kedua tetamu iaitu KJ dan Norza saling ampu-mengampu satu sama lain. Rakyat tahu keakraban mereka, hanya putera umno yg menyertai program itu sahaja menepuk tanpa sebab manakala yg lain semua sudah membaca drama ampu sana-ampu sini pada hari itu.
Norza mengumumkan bahawa Khairy bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia seraya dibalas Khairy bahawa Norza bakal ahli MKT yang dipilih (jwtn skrg MKT lantikan presiden).
Riak mereka berdua pada pagi itu seolah-olah UMNO milik mereka berdua.
Dalam pada itu, KJ juga menyelar sikap bloggers, saya cuba memahami bahawa komentar Khairy ekoran tidak ada undang-undang khusus untuk menyekat kumpulan ini maka sebab para bloggers bebas bersuara berbaur fitnah.
Cuma agak lucu bila khairy menyebut “undang-undang siber berasaskan law of the jungle atau undang-undang rimba”. hhhmmm… law of the jungle???…ayat sinonim yg sdr biasa gunakan. Khairy..khairy…kerap sgt menonton vcd ceramah anwar sehingga terbawa-bawa stail anwar…
Saya juga berharap agar sdr anwar tidak lg mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap khairy jamaluddin, silap jawapan maka populariti KJ akan naik mencanak. Serahkan saja panji-panji perjuangan itu kepada AMK, biar saja anak muda berentap sesama anak muda. Jangan sesekali merendahkan martabat sdr melayan budak hingusan itu.
Wasallam
-putra umno-
C.c – Blog shamsul iskandar
Reply
putra umno,
saya sokong saranan sdra. saya sangat berharap DSAI lebih menumpukan agenda perubahan dan terangkan pada rakyat imbuhan2 (bukan RM atau PROJEK)yang mereka dapat sekiranya menang dalam PRU12. rakyat ingin tahu apa kelebihan yang ada pada keADILan.
Reply
Majlis Memori ABDUL RAZAK AHMAD (ARAh) telah di jayakan oleh keADILan JOHOR baru baru ini
Reply
alfatihah kepada ayah kesayangan ku almarhum abdul razak ahmad semoga roh beliau di rahmati Allah SWT dan di letak kan di kalangan orang-orang yang salihin
Reply