Beberapa aktiviti diatur oleh Perhubungan KeADILan Negeri Sembilan dan Melaka 2 hari lepas. Semalam di Ampangan dan sebentar tadi di Tangga Batu Melaka, saya menyeru rakyat supaya cerdik dan berani memperatahankan hak mereka daripada dicabuli perasuah. Saya ulangi keyakinan kemenangan rakyat sekiranya mereka tidak bersedia diperbodoh oleh pemimpin Umno-BN.
Al Gore mengundang saya untuk sarapan di Singapura semalam. Saya mempelawa beberapa teman dekat serantau termasuk senator kanan Filipina Ed Andara, pengusaha TransTV Indonesia Chairul Tandjung dan Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid.
Saya merujuk kepada buku beliau yang baru dilancarkan, “An Assault On Reason” mendedahkan kepincangan pentadbiran Bush dan media Amerika.
Serangan terhadap dasar Bush keras sekali dan Al Gore mewakili suara menentang penaklukan Iraq. Pendirian tegas beliau dalam isu-isu sejagat termasuklah isu penaklukan Iraq ini dan isu alam sekitar menarik perhatian dunia.
Perbincangan segar menyentuh isu pemanasan global, Asean dan demokrasi.
ANWAR IBRAHIM
















