Archive for August, 2007

31
Aug

Polis Pukul Juri Karate, Kerajaan Wajar Mohon Maaf

Mahasiswa Malaysia di indonesia merayu agar kita turut mendesak pihak polis dan kerajaan BN segera memohon maaf kerana keganasan yang dilakukan polis terhadap rakyat Indonesia. Mereka bimbang bahawa kemarahan rakyat Indonesia meluap. Mungkin akan menjejaskan keselamatan mereka.

Difahamkan, pihak polis telah mengemukakan permohonan maaf secara bertulis. Saya bersetuju supaya kerajaan bertindak memohon maaf setelah penyiasatan teliti beberapa kes tersebut menunjukkan adanya keganasan pihak polis. Lagi pun hukuman ke atas pekeja asing yang dikenakan di Malaysia termasuk reman yang panjang, merotan atau kesesakan di tahanan imigresen dikira terlalu berat.

Mengurus kedudukan pekerja asing dan menghadkan jumlah kemasukan adalah hak kerajaan Malaysia. Namun kaedah yang dipakai harus selaras dengan hubungan kejiranan, perikemanusiaan dan undang-undang adil.

Kita tidak harus membenarkan penderaan rasuah dan penganiayaan.

ANWAR IBRAHIM

31
Aug

Aca he!

ht

Saya berada di Delhi sehari untuk menyampaikan ucaptama dlm sidang antarabangsa mengenai Ekonomi Islam anjuran Institute of Policy Studies. Sebaik tiba di lapangan terbang saya terus ke perbatasan Haryana menyampaikan pidato khas mengenai etika pengurusan kepada 60 eksekutif kanan industri di sana.

Saya akan berlepas pulang esok sebaik selesai menyampaikan ucapan. InshaAllah.

Kunjungan saya ke India mendapat liputan media di sana, termasuklah Hindustan Times dengan tajuk yang ringkas tetapi bermakna, ‘Time for Malaysia to Change’.

Semalam saya di Mumbai atas undangan dewan perniagaan, pengusaha dan industri teknologi maklumat. Malangnya tidak sempat ke bollywood … Haha.

Walaubagaipun saya ada menerima hadiah buku mengenai tokoh filem Raj Kapoor! Aca he….

ANWAR IBRAHIM

30
Aug

Video: Rasuah Dalam Rombongan TPM Ke Las Vegas

30
Aug

Ceramah Perdana Kemerdekaan Pahang

6 September (Khamis)

Tempat: Air Putih Parlimen Indera Mahkota, Kuantan, Pahang

Masa: 11 pm

30
Aug

Lawatan Kerja Ke Kuala Lumpur

9 September (Ahad)

1.Ceramah Perdana Kemerdekaan, Parlimen Batu
Tempat: Parlimen Batu
Masa: 9.30pm

2. Ceramah Perdana Kemerdekaan, Wangsa Maju
Tempat: Parlimen Wangsa Maju
Masa: 11 pm

30
Aug

Himpunan Perdana BA, Perak

8 September (Sabtu)

Tempat: Markaz Pas Bagan Serai
Masa: 9 pm

30
Aug

Ceramah Perdana Kemerdekaan Terengganu

6 September (Khamis)

Tempat: Bandar Chukai Kemaman, Terengganu

Masa: 9.30pm

30
Aug

Lawatan Kerja Ke Pulau Pinang

2 September (Ahad)

1.Jamuan Mesra Bersama Rakyat (DUN Penanti)
Tempat: Sungai Semambu
Masa: 4.30 pm

2. Sepetang Bersama DSAI (DUN Pmtg Pasir)
Tempat: Pekan Permatang Pauh
Masa: 6.00pm

3. Solat Magrib & Tazkirah (DUN Pmtg Pasir)
Tempat: Mesjid Samagagah
Masa: 7.30pm

4. Ceramah Merdeka DAP
Tempat: Chang Hua Kor Moral Uplifting Society, Bukit Mertajam, P.Pinang
Masa: 8.00 malam

30
Aug

SKANDAL PKFZ MENDEDAHKAN REALITI SEBENAR PERKONGSIAN BN

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM4.6 bilion telah mendedahkan kisah sebenar dibelakang konsep perkongsian kuasa BN.

Watak utama kontroversi ini ialah Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang membelitanah tersebut daripada Koperasi Kemajuan Pulau Lumut pada harga RM95 juta pada tahun 1999 dan kemudian menjualnya ke Lembaga Pelabuhan Klang pada RM1.1 bilion pada tahun 2003, meskipun wujud tentangan di dalam kerajaan terhadap pembelian pada harga tersebut. Kerajaan boleh mengambilalih tanah tersebut di bawah Kanun Tanah Negara pada harga RM10 sekaki persegi, tetapi memilih untuk membelinya pada RM23 sekaki persegi. Kuala Dimensi kemudian dilantik kontraktor untuk projek tersebut, dan telah melaporkan pertambahan kos sehingga RM3.3 bilion.

Projek ini yang kononnya hendak meniru kejayaan Jebel Ali Free Zone Authority (Jafza) di Dubai, telah mendedahkan kisah sebenar dibelakang konsep perkongsian kuasa BN memandangkan pimpinan pusat dan tempatan UMNO, seorang ahli Parlimen SPDP dan bekas Setiausaha Parlimen MCA terlibat di dalam salah satu peringkat projek ini. Maka kerajaan tak sepatutnya terkejut dengan keputusan Jafza, yang mengurus PKFZ sebelum ini, untuk menarik diri pada Julai 2007 di atas sebab campurtangan politik dan birokrasi.

Sekali lagi, Perdana Menteri telah gagal menunjukkan ketegasan politik apabila beliau bersetuju dengan permintaan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy untuk pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion untuk projek tersebut. Ini merupakan satu ‘bailout’. Tambahan lagi, usul Pembangkang untuk membahaskan perkara tersebut di Parlimen ditolak. Kedua-dua insiden ini menggambarkan bagaimana niat kerajaan yang kononnya hendak melakukan yang terbaik untuk negara tidak dapat mengatasi risiko yang mereka hadapi untuk menyelesaikan perkara ini.

Adakah insiden ini akan memberi keyakinan kepada pelabur asing yang kerajaan mahu tarik ke koridor-koridor pertumbuhan yang baru dilancarkan? Lebih dasyat lagi, Kuala Dimensi mengaut keuntungan yang berlipatkali ganda dari penjualan tanah sedangkan Koperasi Kemajuan Pulau Lumut. Dalam erti kata lain, pihak-pihak berkepentingan telah mendapat untung tetapi nelayan-nelayan Melayu yang menganggotai Koperasi tersebut terus terpinggir.

Kenyataan dari bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr. Ling Liong Sik bahawa projek ini merupakan “idea yang baik” tidak sekali-kali boleh digunakan untuk menutup korupsi, kronisme dan rompakan yang timbul di dalam projek ini. Daripada membuang masanya cuba mempertahankan projek ini, Liong Sik sepatutnya disoal di atas peranan asal dan kelemahan pengurusan yang mencetuskan peristiwa mengaibkan ini.

Sekali lagi saya menuntut kerajaan untuk memenuhi tuntutan awal kami untuk sebuah suruhanjaya bebas menyiasat dan mendedahkan siapa yang bertanggungjawab untuk skandal besar ini.

ANWAR IBRAHIM

28
Aug

Liputan Media Antarabangsa

Dalam keadaan berita mengenai saya, KeADILan dan segenap lapisan pimpinan parti alternatif lainnya digelapkan media arus perdana, dan dalam keadaan media alternatif termasuk laman-laman web dan blog dikecam pemerintah, liputan media antarabangsa memberikan liputan dan ruang yang agak baik buat saya dan KeADILan.

Disertakan di sini liputan media antarabangsa mengenai beberapa pendapat dan liputan aktiviti saya sebelum ini:

Channel News Asia
Former Malaysian DPM Anwar believes in close ties with Singapore

Today’s Zaman, Turkey
Gül ‘an inspiration for Muslim Democrats all over the world’

People’s Daily Online, China
Malaysian former deputy PM supports close ties with Singapore

Middle East Times
Malaysia’s Anwar hits out at Internet suppression

Today Singapore
Problem Isn’t Singapore

ANWAR IBRAHIM

28
Aug

Sambutan Kemerdekaan KeADILan
Dewan Pay Fong, Melaka

1 September (Sabtu)

Aturcara:
12.30 tgh - Pameran dan Galeri dibuka.

2.00 ptg - Pertandingan dilangsungkan:

i. Pidato Kemerdekaan Remaja

ii. Pertandingan Melukis dan Mewarna

4.00 ptg - Pelepasan Konvoi Jejak Merdeka oleh SUA Parti Keadilan Rakyat

4.30 ptg - Majlis Penyampaian Hadiah untuk pertandingan Melukis dan Mewarna

8.00 mlm - Persembahan Kebudayaan dan Deklemasi Puisi

- Ketibaan tetamu khas dan jemputan

8.15 mlm - Ketibaan DSAI

8.30 mlm - Ketibaan Konvoi Jejak Merdeka dan tokoh-tokoh Pejuang Kemerdekaan

9.00 mlm - Penyampaian Hadiah Pidato Remaja dan Penyampaian Pidato oleh pemenang

9.30 mlm - Pidato Kemerdekaan Oleh DSAI

27
Aug

Penggantungan Makkal Osai Bermotifkan Politik dan Memecahbelahkan Masyarakat Malaysia

Motif politik yang jelas wujud disebalik penggantungan akhbar Tamil Makkal Osai.

Sememangnya penerbitan gambar Nabi Isa a.s. tersebut sememangnya tidak sesuai dan tidak patutnya berlaku, namun wujud beberapa perkara yang mencurigakan disebalik penggantungan akhbar tersebut oleh akhbar Makkal Osai.

Paling penting sekali, meskipun akhbar Tamil Nesan yang mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Seri Samy Vellu menerbitkan gambar yang sama di dalam versi yang lebih besar, tiada tindakan diambil ke atas mereka.

Ini jelas sekali menggambarkan kerajaan mengambil pendekatan berat sebelah, kerana apabila Sarawak Tribune menerbitkan semula kartun Nabi Muahmmad s.a.w., mereka digantung dan akhirnya ditutup terus.

Apabila mengambil kira laporan mendalam Makkal Osai terhadap skandal Maika dan pembunuhan Sujatha, jelas sekali wujud motif politik disebalik penggantungan mereka.

Kerajaan hanyalah mengambil peluang ini untuk menutup media yang bebas dan adil yang bersungguh-sungguh mendedahkan rasuah dan skandal yang membelenggu Malaysia, khususnya isu-isu berkaitan masyarakat India Malaysia yang dipinggirkan kerajaan BN selama ini.

Penggantungan ini bukan berkaitan dengan gambar yang kontroversi tersebut, tetapi lebih berbentuk balasan terhadap Makkal Osai untuk mendedahkan kesemua penipuan, salahtadbir dan pembohongan berkaitan Maika Holdings dan pembunuhan Sujatha.

Ini satu-satunya penjelasan mengapa kerajaan menggantung Makkal Osai meskipun Majlis Perundingan Budha, Kristian, Hindu dan Sikh Malaysia telah menerima keputusan akhbar tersebut meminta maaf dan kesal di atas penggantungannya.

Saya menyeru kerajaan untuk menarik balik penggantungan Makkal Osai serta-merta dan tidak lagi berpura-pura menjadi penjaga masyarakat Malaysia yang majmuk tetapi pada masa yang sama cuba memecahbelahkan pelbagai bangsa dan agama yang ada di negara kita.

ANWAR IBRAHIM




Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

DSAI Menerangkan Dasar Harga Petrol Alternatif

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

August 2007
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031