Archive for July, 2007

22 July 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya transit di Lapangan Terbang Kota Kinabalu sementara menunggu jadual penerbangan MAS (terlewat lagi) ke Tawau.

Ruang dimanfaatkan untuk membelek respons blog. Ada yang mengungkit kisah purba kononnya saya tidak menghurmati syura Abim, nasihat teman
tatkala memilih menyertai Umno (1981). Perkara ini telah diulas sebelum ini. Pimpinan Abim berbincang dan kemudian dibahas di peringkat kebangsaan. Saya menyebut perbincangan dgn Almarhum Ismail al-Faruqi, Kamel Abu Majid dan lain-lain. Kemudian saya berbincang berdua dgn almarhum Ustaz Fadzil Nor sehari suntuk di rumah. Beliau berat memberikan restu tetapi mengulangi kebimbangan bahawa saya “akan dikhianati” nanti.

ANWAR IBRAHIM

21 July 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Anak saya menyorot dari Harry Potter mengenai Minister of Magic, Cornelius Fudge. Beliau mendapat jabatan tersebut setelah tokoh lain menolak. Hebatnya Cornelius tidak mahu mendengar apa saja berita “dark side” – yakni in denial. Maka media akan menyelar Harry Potter kerana cuba menjelaskan ada “dark side”.

Haha! Minister of Magic mengingatkan kita kepada siapa ya?

ANWAR IBRAHIM

21 July 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

aw2 Saya menulis catatan ini tatkala di atas pentas di Dewan Perhimpunan Cina, KL bersama Ustaz Abd Hadi Awang, Sdr Lim Guan Eng, Sdr Syed Shahir (MTUC) dan lain-lain wakil NGO dalam Konvensyen Khas mengenai pilihanraya bebas dan adil anjuran BERSIH.

aw1Wakil-wakil berbicara ringkas mengenai prinsip asas perlembagaan yang menjanjikan pilihanraya bebas. Ada muafakat antara parti, NGO yang mewakili rakyat untut memperkuat tekad menyedarkan rakyat dan menhentikan kezaliman dan penipuan.

Saya akan mengajak hadhirin yang penuh sesak membanjiri dewan yang melimpah agar sama-sama bertindak sebarkan maklumat, berkempen untuk melakukan perubahan.
(more…)

21 July 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

22hb Julai (Ahad)

1. Sampoerna – Ceramah Perdana dan Menerima Kemasukan Ahli di Kg Perigi
Tempat: Rumah Ketua Bahagian Sempoerna
Masa: 3.15 pm

2. Perasmian Pejabat DUN KUNAK dan kemasukkan ahli
Tempat: Kunak
Masa: 5.15 pm

3. Silam – Temu Rapat Muhibah bersama Rakyat
tempat: SRJK Chee Vun, Jalan Dam, Lahad Datu
Masa: 7 pm

23hb Julai (Isnin):

4. Sidang Akhbar
Tempat: Lapangan Terbang Tawau
Masa: 7.30 am (pagi)

Penganjur: Parti Keadilan Negeri Sabah

20 July 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya kini dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani. Acara ketat memang meletihkan tetapi sambutan hangat rakyat Kedah dan Perlis amat memberansangkan. Ini berbeda besar dengan gambaran media Umno-BN dan karenah beberapa ahli.

Saya, sdr Johari Abdul, Dr Mansor dan Zamri, Pengerusi Perhubungan KeADILan Kedah tiba di Padang Perahu, Jerlun jam 3 petang hari khamis semalam. Ada teman lama sejak zaman ABIM dan penggerak utama Sabiullah yang hadhir. Penduduk menjamu durian, pulut dan buah-buahan tempatan.
(more…)

19 July 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Pengumuman terbaru Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Malaysia merupakan sebuah Negara Islam menggambarkan kejahilannya tentang erti sebenar istilah tersebut. Di dalam usaha untuk tunduk kepada sentimen agama dan perkauman, Najib telah memilih untuk menolak peruntukan Perlembagaan yang mana mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan tetapi pada yang sama memelihara hak mengamalkan agama lain tanpa meminggirkan satu agama dengan agama yang lain.
(more…)

19 July 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

19 Julai 2007

1. Pertemuan dengan Masyarakat DUN Kota Siputeh
Tempat: Padang Perahu, Parlimen Jerlun
Masa: 2.30 petang

2. Program ‘Sepetang Bersama DSAI’
Tempat:Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Kampung Darat, Beseri
Masa: 4.00 petang
(more…)

19 July 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Dalam pertemuan dengan pimpinan mahasiswa minggu lalu saya diminta menjelaskan mengenai disiplin membaca terutama dengan jadual sibuk. Saya akui bahawa jadual ketat, masa menjawab email dan blog menghad waktu membaca. Namun saya tidak dapat menerima alasan remeh sesetengah pihak yang
mendakwa tidak punyai waktu membaca.

Maka selain akhbar pilihan, jurnal, laporan penting seperti dari International Crisis Group, saya tetap menelaah buku. Dan paling banyak waktu adalah tatkala dalam perjalanan atau di atas pesawat.
(more…)

18 July 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter Nuri berhampiran Genting Sempah.

Pada masa yang sama saya merakamkan ucapan penghargaan usaha pasukan mencari dan menyelamat yang bertungkus-lumus berusaha mencari helikopter tersebut.

Saya menggesa agar pihak berkuasa menghentikan perkhidmatan helikopter Nuri sehinggalah laporan mengenainya siap sebulan lagi. Punca sebenar nahas tersebut mestilah dikenalpasti, dan pihak berkuasa mestilah menunjukkan keazaman politik untuk mengatasinya dengan sebaik mungkin demi melindungi perajurit-perajurit kita.

ANWAR IBRAHIM

18 July 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Pemuda Umno dikerah mempertahankan DEB dan menghukum pengkritiknya sebagai pengkhianat. RTM meneruskan dengan wacana propaganda kerana dipaksa terikat dengan tempurung pemikiran DEB lama.

DEB bukan dasar ekonomi keramat. Ia dianggap mendesak dalam konteks dan zaman berbeda. Kesan positifnya dirasakan jika dilihat dari mobiliti sosial, penyediaan prasarana pendidikan dan kesempatan baik buat bumiputera.
(more…)

18 July 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

17 July 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Pagi tadi sahabat saya Dorojatun, sarjana ekonomi terkenal dan profesor ekonomi Universitas Indonesia, Jakarta bertandang ke rumah. Beliau pernah menjadi tahanan politik oleh regim Soeharto, kemudian dilantik sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat dan kemudiannya Menteri Ekonomi di era reformasi.

Kami ngobrol panjang soal globalisasi dan kekangannya. Beliau kuat melahirkan kebimbangan mengenai pembangunan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat terbanyak. Saya imbas kupasan Soedjatmoko mengenai dimensi manusia dalam pembangunan dan hujah Fernando De Soto bahawa kesejagatan meninggalkan majoriti manusia.
(more…)