29
Jul
07

Pandangan Ikhlas Seorang Sahabat Lama

Pagi Ahad tadi saya sempat berbincang panjang dengan sahabat lama, seorang sarjana, aktivis dan pendukung reformasi. Beliau menggariskan kaedah menjana kemenangan serta keprihatinan yang dilahirkan oleh sebahagian pemerhati politik kota.

Dirumuskan secara ringkas pandangan beliau:

1. Tumpuan sepenuhnya kepada agenda pembaharuan, mengukuh jentera parti KeADILan serta menjalin hubungan akrab dgn pimpinan PAS & DAP.
2. Usahakan memenuhi tuntutan dan perhatian, kawan-kawan lama (individu dan pertubuhan) yang mudah tersinggung kerana merasakan pengorbanan mereka kurang diiktiraf.
3. Betulkan persepsi yang dijaja oleh media Umno-BN bahawa Anwar dan KeADILan kian ditinggalkan kawan dan penyokong. Dan kononnya Anwar merasa tawar hati kerana dukungan hambar!
4. Perluaskan jaringan kerja, menarik tokoh lama dan profesional dalam saf kepimpinan. Peruntukan masa mendengar keluhan dan pandangan kelompok yang lebih ramai.
5. Strategi Umno-BN lebih untuk menyerang saya secara peribadi dan terhadap KeADILan. Berbanding lain parti pembangkang, KeADILan diketahui mampu menembusi kawasan atau kubu Umno.

Demikian menurut sahabat saya, luahan pandangan ramai.

“Lantas bagaimana pendapat sdr?” Saya menggesa beliau mengulas. Maka dengan yakin beliau mengusulkan:

a. Layan semua pandangan sekadarnya. Ada yang ikhlas, ada pula yang menunggu habuan dana dan projek. Tekanan Umno-BN lebih ganas dan upah juga meningkat. Malah laman web pun mendapat tajaan taukeh dan pemimpin kaya, ujarnya. Kelompok kecil kota pandai berteori tetapi kurang terdaya untuk terjun langsung dalam gerakan.

b. Saya harus terjun sepenuhnya ke gelanggang mengharung kota dan desa, menemui kelompok kecil dan ceramah umum. Seiring dengan ini, puluhan pimpinan lain perlu menjalar ke wilayah dalam acara latihan dan kursus, mesyuarat dan ceramah.

c. Ratusan ribu risalah mesti di edar secara berkala ke seluruh negara.

Teman saya ini kelihatan lebih realistik kerana tidak terganggu dengan teori ilmiah atau percambahan idea termasuk nada sinis dan negatif yang sering didengar.

Saya hargai keikhlasan beliau, dan menyatakan bahawa sebagai contoh, hujung minggu ini sahaja setakat yang saya ketahui, pimpinan giat di peringkat akar umbi: Saya di Terengganu, Kelantan & Selangor; Azizah di Sarawak; Tan Sri Khalid di Sabah dan Selangor; Dr Syed Husin di Pahang; Azmin di Wilayah Persekutuan dan Pahang; Dr Lee Boon Chye di Perak; Mustafa Kamil di Terengganu dan Perak; Shamsul Iskandar Di Pulau Pinang dan Perak; dan Tian Chua di KL dan Melaka.

Mudah-mudahan kita teruskan program memperkukuh jentera parti dan bersama rakyat.

ANWAR IBRAHIM


27 Responses to “Pandangan Ikhlas Seorang Sahabat Lama”


  1. 1 najwan halimi Jul 29th, 2007 at 11:30 pm

    Saya dengan penuh sedar dan insaf berikrar akan turut menyumbangkan tenaga serta apa jua yg termampu saya lakukan dalam usaha membantu perjuangan ke arah pembaikan Malaysia.

    Buat teman-teman mahasiswa di luar sana, ayuh gerakkan diri kita untuk sama-sama membantu dalam menegakkan agenda pembaharuan ini.

    Usah jadi lembu yang selamanya tetap meragut rumput. Andai AUKU mengongkong pergerakan kita, bersabarlah. Apa yg penting, jgn biarkan akta itu mengongkong naluri kesedaran dan semangat kita utk berjuang.

    Semoga Allah permudahkan semuanya.

  2. 2 alina hasan Jul 29th, 2007 at 11:52 pm

    cadangan saya agar warna tulisan (font colour) di blog ini di tukar kepada warna hitam. mudah dibaca. amat kurang jelas font berwarna kelabu dengan backround putih seperti ini. lebih-lebih lagi membaca tulisan yang panjang begini. sakit mata

  3. 3 cokelat Jul 30th, 2007 at 8:22 am

    Baguslah mempunyai sahabat lama yg sudi memberi pandangan ikhlas. Tapi ada sahabat lama malah boleh dikatakan teman seperjuangan kalau memberi pandangan dan teguran itu seolah-olah mengugut.

    Dalam keADILan yg berlatarbelakang berbilang kaum, agama dan ideologi…..saya rasa Anwar Ibrahim bukan tuli…..Bukan semua pendapat perlu dituruti…..bukan semua pandangan perlu dipenuhi…..

    Saya harap Anwar Ibrahim buatlah yg terbaik untuk rakyat Malaysia…..sempena meraikan 50 tahun kemerdekaan, marilah kita sama-sama berdoa agar Malaysia Aman dan Makmur.

    Seluruh Rakyat Malaysia diberi hidayah dan cukuplah 50 tahun pemikiran kita dijajah oleh UMNo.

  4. 4 RevolusiPemikiran Jul 30th, 2007 at 9:49 am

    “Kelompok kecil kota pandai berteori tetapi kurang terdaya untuk terjun langsung dalam gerakan.”

    ————————————————–

    Saya setuju benar dgn pendapat ini. Tetapi soalan saya utk Dato Seri…

    Apakah makna/maksud terjun dalam pergerakan??

    Menyertai reformasi? menghadiri ceramah? melibatkan diri dalam tenaga kerja ketika ceramah? mengibarkan bendera? menyerang kubu UMNO? (bagaimana tu?), berdebat/berhujah dgn pengundi UMNO? mendaftar sebagai pengundi & mengundi keadilan/pas? (itu sudah pasti saya lakukan)

    Dato Seri sentiasa menyeru supaya menguatkan jentera parti, tetapi saya sendiri agak kabur apakah usaha yang boleh SAYA lakukan utk menguatkannya? Adakah seperti di atas?

    Walaubagaimana pun, pendapat saya yg kurang pintar ini, kita tetap bergantung pada undi di pilihanraya akan dtg nanti, dgn melakukan sedikit revolusi di pemikiran mereka (kesedaran), maka undi mungkin boleh berubah? cuma…bagaimana org seperti saya boleh melakukan atau membantu ke arah itu???

  5. 5 ijat Jul 30th, 2007 at 9:55 am

    PKR tak ada saluran media massa spt UMNO/BN untuk menyampaikan maklumat. Setakat ceramah, OK juga tapi penat kerjanya. Why not buat CD yang dimuatkan dgn kupasan isu-isu semasa, cetak banyak2 dan edarkan. Juga, make sure ceramah2 dirakamkan dan dicetak dlm bentuk CD dan kaset dan dijual dgn harga murah (tapi jgn sampai rugi). Also, guna kemudahan teknologi, spt LCD semasa menyampai ceramah2 yang dimuatkan dgn gambar2 menarik spt bangunan runtuh, bocor dll

  6. 6 Libra Jul 30th, 2007 at 10:17 am

    Besides strengthening one army, you must also weaken the enemy. Win over the dis enchanted UMNO leaders into your camp. Better still if they are Ministers.

  7. 7 Libra Jul 30th, 2007 at 10:17 am

    Besides strengthening one’s army, you must also weaken the enemy. Win over the disenchanted UMNO leaders into your camp. Better still if they are Ministers.

  8. 8 niknazmi Jul 30th, 2007 at 10:29 am

    Sdr / sdri Revolusi Pemikiran,

    Ada pelbagai cara menyumbang. Ada pelbagai cara untuk menguatkan jentera parti. Sdr/sdri dah jadi ahli?

  9. 9 cokelat Jul 30th, 2007 at 10:34 am

    kalau keberatan jadi ahli…..

    daftar sbg poling agent dan counting agent dah memadai..

  10. 10 mal Jul 30th, 2007 at 10:46 am

    salam buat semua, dlm keghairahan utk mencari kemenangan jangan lupa segala pengharapan wajib didahulukan kepada Allah SWT. kerana setiap hati2 rakyat di malaysia ini berada ditanganNya, bila2 masa sahaja Dia boleh membolak balikkan hati itu. So dekatkan diri sebanyak mungkin kepada Allah, usaha sungguh2. Bangun malam utk bertahajud pohon kekuatan drp Allah. Doa sgh2 adalah senjata yg jgn dipandang enteng. InsyaAllah wahai perjuang2 keadilan sekalian. kebenaran akan tetap muncul, cuma perlu dibuktikan dengan keikhlasan. moga Allah mengubah hati2 hambanya untuk melihat jalan yg benar. Amin

  11. 11 najwan halimi Jul 30th, 2007 at 12:23 pm
  12. 12 citarasa Jul 30th, 2007 at 1:33 pm

    Apa yg dicadangkan bukan perkara baru. Sesungguhnya ianya cadangan yg baik. Justeru sdr Anwar seharusnya melaksanakan tugas-tugas yg perlu untuk menarik keyakinan rakyat bahawa Keadilan bersungguh-sungguh hendak mencapai kejayaan. Perbalahan pemimpin/ahli mesti ditangani secepat mungkin kerana selama 9 tahun parti Keadilan tidak menunjukkan pendirian yang tegas mengatasinya. Sering berlaku tindakan yg perlu tidak berlaku. Parti bersikap masalah akan lenyap begitu sahaja. Ketegasan adalah satu asas parti yg kuat dan berprinsip. Dalang di mana-mana, mau pun dalam parti. Maka wajib di atasi supaya parti lebih mantap dan tersususn. KALAU TAKUT PADA RISIKO JANGAN CAKAP SOAL PERJUANGAN!!

  13. 13 faris Jul 30th, 2007 at 7:48 pm

    saya rasa tak perlu la sdgr anwar nak menyeru org menyertai perjuangan keadilan yang tidak jelas ni. kalau orang yang setia pun di pinggirkan…, kalau orang yang kuat bekerja untuk beliau pun tidak dimahukan, mengapa nak rakyat ikut beliau, untuk diperah keringat??
    Sdr Ezam, Anuar Shaari, Sd Johari orang2 yang terpelanting dan tidak dimahukan oleh anwar setelah mereka berjuang untuk parti dengan penuh ikhlas.

  14. 14 umnoinsaf Jul 30th, 2007 at 8:15 pm

    setuju pandangan sdr. Faris,

    Anwar tak pernah ajak saya. Pun tak kenal saya. Saya sokong pandangan beliau untuk melakukan perubahan.

    Saya di UMNO Bhg bertungkus lumus mengajak orang Melayu bersatu dan melakukan perubahan. Tapi hampas. Bertahun berjuang akhirnya saya terpelanting dan dituduh pengkhianat. Sedangkan orang kampung tahu keikhlasan saya tapi apabila menegak kebenaran akhirnya saya dipinggirkan oleh Ketua Bahagian.

    Saya berpendapat kalau sudah tak sealiran eloklah keluar drp barisan. Fikirkan betul. Bulatkan hati. Niat nak keluar mesti ikhlas. Saya rasa Ezam boleh lakukan perubahan. Saya rasa orang lain tak perlu campur. Ezam pun bersama PAS. Anwar pun bersama PAS.

    Ezam pun kata dia tak menghasut keluar drp keADILan.

    Jadi sdr. Faris tak perlulah jadi BATU API.

  15. 15 mat ronggeng Jul 30th, 2007 at 9:54 pm

    Betul kata UMNOINSAF tu. Buat apa la kita nk sangat serang Ezam tu. Yg penting Agenda perubahan. Perselisihan pendapat ni biasa laaa. beb. kita kan da matang.Sasaran kita untuk tumbang kan UMNO keparat tu.Bagi bekas rakan2 kita yg nak keluar di persilakan. Kita tk boleh tahan mereka.Bagi geng2 yg pernah hadir di Masjid negara, dataran merdeka, depan istana, sogo, kg baru tpi masih lagi setia dgn perjuang teman ucapkan syabas kerana punyai daya kental dan semangat perubahan. Merdeka…merdeka..merdeka…

  16. 16 cokelat Jul 30th, 2007 at 10:07 pm

    setuju bonar mat ronggeng…..rupe-rupenya kita ini sekapal…..

    kehadiranku di Masjid Negara tak kan ku lupakan,
    Dataran Merdeka dan Istana Negara jadi kenangan;
    SOGO dan Masjid Kg Baru pencetus perubahan,
    Ayuh mat ronggeng….!!! Apa lagi….Laksanakan Agenda Perubahan.

  17. 17 jonjejakajambu Jul 30th, 2007 at 10:52 pm

    saya berkongsi pendapat yg sama dengan rakan lama DSAI.

    saya juga condong utk percaya pampleting ialah medium paling efisien, bukan saja utk kita, malah kpd penerima atau target kita.

    kita tak perlu tunggu anwar utk mulakan, insyaAllah projek pampleting ini akan dimulakan ASAP. masalahnya cuma dana. hahahah

  18. 18 podong Jul 31st, 2007 at 12:36 am

    CARA KUATKAN PARTI:

    KEPADA PENCINTA KEADILAN.

    1. Jgn bermusuh dgn lawan
    2. buat kerja dari akar umbi. jgn mau kerja kerana publisiti.
    3. anwar buat ceremah besar2ran yg lain. buat ceramah kelompok
    4. setiap bahagian buat kerja. Jgn dekat pilihanraya. kerja kebajikan paling utama.
    5. tolong apa2 yg patut disetiap kawasan masing2
    6. jgn membuat kenyataan yg menyinggung mana kaum atau agama
    7. daftarkan kepada yg layak mengundi. di setiap kawasan tidak mengira sesiapa. tetapi yg bersetuju tanpa paksaan
    8. berceramah biar professional. terutamanya jgn melukai sesuatu agama dan kaum. biar realistik didalam negara yang pelbagai golongan.
    9. jgn membuat kenyataan yg agak merepu2 dan longgar dan kurang penting.
    10. dalam setiap ceramah fokuskan kp isu2 yang penting terutamanya agenda dalam pembangunan negara. dlm segi ekonomi, sosial, perundangan, kehakiman, kebajikan, infrastruktur, kemiskinan dll
    11. memberitahu kp rakyat hasil usaha parti bukan yg memerintah dalam menentukan dasar dan pentadbiran kerajaan. sebagai contoh: pembangunan melimpah ruah ditempat BN lemah, hilangnya toll di Terengganu bila PAS ambil alih dll
    12. jawap dgn cadangan yg bernas setiap/sesuatu dasar kerajaan yg kurang tepat/tidak betul. Didalam ceramah atau dalam akhbar masing2
    13. buka kaunter untuk menjadi ahli disetiap ceramah yg diadakan.
    14. membuka sesi soal jawab diakhir setiap ceramah. tidak lama walaupun sekejap.
    15. edar VCD/DVD dan risalah diseluruh negara. tetapi biarlah dalam format yg sama. atau mesti mendapat kelulusan dari parti pusat.
    16. jgn terlalu mengecam media. tetapi huraikan peranan media didlm sesebuah negara dan msyarakat. dan impaknya kepada negara dan masyarakat. terutamanya media dlm bahasa malysia. Masyarakat mana yg rugi? ia bukan didlm tahun 50/60an dulu.
    17. penceramah perlu menyediakan persediaan sebelum bercakap. melakukan kajian ilmiah dan sebagainya.
    18. Hebahkan website dan kemaskini video ceramah/dialog didalam website.
    19. banyak kawasan yg bermasalah dlm pelbagai di Malaysia ini. contoh: tidak ada/gangguan air, jln rosak, masalah perumahan, pendidikan dll. Tindakan: bantu/tolong tulis surat/jumpa dgn pihak yg betul dan bertanggung jawap. Agensi yg terlibat. disamping mengecam wakil rakyat yg tak buat kerja utk rakyat.
    20. yakin dan percaya dgn apa yg kita lakukan.

    BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH MAU SUSAH
    TAPI LAWAN….TETAP LAWAN….

  19. 19 zali gombak Jul 31st, 2007 at 1:26 am

    0166855354:Sdr pernah buat kenyataan bahawa yakin hanya abdullah akan benteras rasuah.Apakah gani patail bertindak dollah taktau?
    0173685005:Kita bawa kes bukan krn yakin..krn nak buktikan pd rakyat mrk tak akan berlaku adil..semoga rakyat sedar.
    0166855354:Bagaimana keyakinan saudara dgn Dolah setelah semua kes rasuah` tiada kes`?Bukan saudara bawa kes zulkifli?Yakin lagi..
    0173685005:Sdr patut tanya pemimpim parti yg tak pernah buat laporan terhdp pm.. mungkin mrk ada deal or yakin pd pm.. saya dan gerak dah buat laporan polis terhdp pm dan anak dia..
    0166855354:Suadara buat pelbagai pendedahan sebagai pemimpim parti.Apakah semua itu atas nama parti atau peribadi?Atau sdr ledoh besar dpd parti?Kenapa saudara tidak dedahkan deal jika ada?Jgn buat tuduhan kosong.Beri bukti agar rakyat selamat dgn tinggalkan parti jika pemimpim buat deal
    0173685005:Tak perlu bukti.. kalau kita waras boleh fikir sendiri.. dr awal reformasi kita lawan habis habisan no 1.. pm.. masa tu mahathir.. mengapa sekrg kita tak lawan langsung no 1.. pm sekrg.. dollah? guna akal.. jgn jadi bangsa taksub..
    0166855354: Sdr yg hadap sangat nak jumpa pm apa cita!!Maknanya sdr percaya gan pm..Now laporan ke mana.. bila sdr nak serang pm?Lagi satu sdr dimanakah statement apabila su anwar nat dan rpk ditahan?
    0173685005:Sy dah serang pm byk kali dalam laporan bpr n polis.. dan akan serang lagi tak lama lagi..pkrshj belum serang pun.. cuba tanya mrk bila nak serang?selamat berjuang utk negara.bukan utk diri sendiri.wslm.
    Ini sms saya dan ezam.. saya harap yg baca sila fikirkan sapa ezam.. dendam peribadi kesumat dalam diri dia.
    Sms ini berlaku selepas bpr lepaskan kpn dar x pengarah bpr

  20. 20 zali gombak Jul 31st, 2007 at 1:26 am

    0166855354:Sdr pernah buat kenyataan bahawa yakin hanya abdullah akan benteras rasuah.Apakah gani patail bertindak dollah taktau?
    0173685005:Kita bawa kes bukan krn yakin..krn nak buktikan pd rakyat mrk tak akan berlaku adil..semoga rakyat sedar.
    0166855354:Bagaimana keyakinan saudara dgn Dolah setelah semua kes rasuah` tiada kes`?Bukan saudara bawa kes zulkifli?Yakin lagi..
    0173685005:Sdr patut tanya pemimpim parti yg tak pernah buat laporan terhdp pm.. mungkin mrk ada deal or yakin pd pm.. saya dan gerak dah buat laporan polis terhdp pm dan anak dia..
    0166855354:Suadara buat pelbagai pendedahan sebagai pemimpim parti.Apakah semua itu atas nama parti atau peribadi?Atau sdr ledoh besar dpd parti?Kenapa saudara tidak dedahkan deal jika ada?Jgn buat tuduhan kosong.Beri bukti agar rakyat selamat dgn tinggalkan parti jika pemimpim buat deal
    0173685005:Tak perlu bukti.. kalau kita waras boleh fikir sendiri.. dr awal reformasi kita lawan habis habisan no 1.. pm.. masa tu mahathir.. mengapa sekrg kita tak lawan langsung no 1.. pm sekrg.. dollah? guna akal.. jgn jadi bangsa taksub..
    0166855354: Sdr yg hadap sangat nak jumpa pm apa cita!!Maknanya sdr percaya gan pm..Now laporan ke mana.. bila sdr nak serang pm?Lagi satu sdr dimanakah statement apabila su anwar nat dan rpk ditahan?
    0173685005:Sy dah serang pm byk kali dalam laporan bpr n polis.. dan akan serang lagi tak lama lagi..pkrshj belum serang pun.. cuba tanya mrk bila nak serang?selamat berjuang utk negara.bukan utk diri sendiri.wslm.
    Ini sms saya dan ezam.. saya harap yg baca sila fikirkan sapa ezam.. dendam peribadi kesumat dalam diri dia.
    Sms ini berlaku selepas bpr lepaskan kpn dar x pengarah bpr

  21. 21 cokelat Jul 31st, 2007 at 8:05 am

    Kenapa perlu jadi juara siapa yg serang PM dulu ?
    Perlukah dicatit dlm Malaysian Guinness Book of Records laporan BPR ?
    Apakah menyerang dan membongkar rasuah agenda No.1 parti?
    Memenangi Pilihanraya, Kemaskini jentera pilihanraya, membasmi kemiskinan, berlaku adil dan lain-lain bukan agenda no.1 parti ?
    Bukankah statement Anwar terutama dlm Blog ni menggambarkan betapa teruknya Pak Lah dan kepimpinannya?
    Siapa yg deal dulu? Apakah niat beliau? Kenapa tak selesai lagi ? Anwar bersama PAS sedangkan beliau pun nak bersama PAS, tidak berlaku konflik kah Anwar dan PAS?

    Nak berperang organisasi mestilah tersusun dari atas sampai ke bawah. Cara Ezam ini tak kemana. Sekadar ceramah dan laporan BPR kesannya dlm pilihanraya hanya 15% sahaja.

    Saya rasa yang sudah….sudahlah. Saya bosan asyik menyalahkan orang lain.

    Musuh adalah satu. Pandanglah ke depan. Akhlak begini melambangkan kerdilnya seseorang itu yg sepatutnya berjiwa besar.

  22. 22 aput83 Jul 31st, 2007 at 11:39 am

    You have wise advice there, Datuk Seri.

    However, may I add another note?

    You need to establish your 4th estate. Not just the printed media, but audio and visual media as well. You need to write more books to promote your ideas.

    No politician in the Opposition can gain followers without having some form of media to send out his message to the masses. And considering the fact that the Malaysian youth is now very iT-savvy, Youtube and blogs such as this is definitely the way to go.

    However, consider the population of the rural areas and those who have aged. Online electronic media is definitely not enough to win their votes. The only thing getting to them would be radio or television, and I have no idea how you’re going to get them to listen to you otherwise.

  23. 23 MJ Aug 1st, 2007 at 12:06 am

    THE PEOPLE ARE LOSING IT! SEIZE THIS MOMENT AND MOUNT AN ASSAULT ON UMNO! BN WILL DEFINITELY FALL!

  24. 24 c-tea Aug 1st, 2007 at 12:29 am

    saya selalu menyokong penuh tindakan DSAI. walaupun jauh tetapi saya tetap pantau perjalanan politik tanahair.

    Moga Allah sentiasa memberkati perjuangan saudara, insyaAllah.

  25. 25 tuliptree Aug 1st, 2007 at 12:19 pm

    Salam saudara

    Saya berharap sangat saudara dapat menghantar mesej saudara sehingga ke peringkat yang paling bawah agar mereka sedar dan tahu visi dan misi saudara dan barisan alternatif.

    Apa yang saya lihat pada masa ini tidak semua yang menyedari mesej yang saudara cuba sampaikan.

    Jangan malu sekali pun menghantar mesej di kawasan pihak lawan.

    Tawanilah hati lawan dengan sifat-sifat yang baik.

    InsyaAllah.

  26. 26 crepe_0712 Aug 2nd, 2007 at 12:07 am

    BILApada yg ingin sama2 memperjuangkan matlamat utk membantu membena kembali negara dari kegawatan dan kepincangan yang semakin membarah cukup lah hanya sekadar mencari seberapa banyk maklumat2 yang sahih akan kebenaranya dan gunakan kreativiti serta penuh hemah jujur dan ikhlas sampaikan dan jelaskan pada masyaarkat.jika tak mampu cukup lah hanya sekadar pada keluarga,saudara mara,teman2 yg rapat atau jiran2dan terangkan dengan jelas tentang tujuan dan matlamat perjuangan keadilan.insaallah jika niat kita jujur dan ikhlas pasti mereka akan turut menyokong dan semoga mereka juga akan sampaikan pada teman2 dan keluarga mereka yang lain..jika ini pun tak mampu cukup lah dengan membenci pada kemungkaran yang berlaku dan bantu lah pada orang2 yang ingin berjuang demi membena kembali maruah negara untuk masa depan anak cucu kita semua agar kita tidak dipersalahkan dan dihina serta dikeji kerana hanya menjadi bacul dan tidak bertanggung jawab serta pengecut.. BILA BERJALAN KEDEPAN JANGAN LUPA PANDANG BELAKANG..BAGI AKU..AKU BUKAN SAJA PANDANG BELAKANG MALAH KADANGKALA TERPAKSA UNDUR KEBELAKANG UTK SISA SISA REZEKI YG TERCICIR KERANA AKU KELAPARAN….LAIN LAH PADA ORANG2 YANG DAH KENYANG JALAN TAK AKAN PANDANG BELAKANG..

  27. 27 akma Aug 3rd, 2007 at 1:32 pm

    Salam Perjuangan, semoga Allah terus memelihara kesihatan fizikal dan mental Dato Seri dalam meneruskan perjuangan ini.
    Saya ingin bertanya mana pergi Keadilan Melaka dalam memeperjuangkan nasib orang Melayu di Masjid Tanah berkaitan isu Babi. jangan jadi macam umno takut sangat dengan undi Cina tapi sanggup melihat orang melayu terus teraniaya.

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

July 2007
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031