Saya ke Pantai Bachok, Kelantan pagi tadi menutup kursus anjuran KeADILan negeri Kelantan untuk pekerja pilihanraya. Saya mengulangi penegasan Saidina Ali Abi Talib bahawa perjuangan yang hak mungkin ditumpaskan kelompok bathil seandainya strategi dan jentera lemah.
Maka saya ucapkan tahniah kepada KeADILan Kelantan kerana berjaya mengumpulkan tenaga lama dan baru termasuk anak-anak muda. Sebelum itu saya menghadhiri perjumpaan dengan pimpinan negeri.
KeADILan Selangor menghimpunkan 136 pimpinan bahagian dalam rangka persiapan pilihanraya. Azizah merasmikan sidang di sebelah pagi sementara Azmin Ali, Tan Sri Khalid, Saifudin Nasution dan Dato’ Dr Zainal mengisi program selanjutnya.
Di sebelah petang saya menemui mereka dan memesan supaya gerakkerja ditingkatkan dengan memberikan tumpuan yang lebih ke kawasan yang belum dapat ditembusi. Saya tegaskan bahawa Umno menyerang keras KeADILan lantaran kejayaan kita menembusi kubu Umno.
Saya bercadang untuk berbual sejenak dengan keluarga terutama Nurul Nuha yang pulang bercuti dari Washington pagi tadi. Malam nanti ada majlis akad nikah keluarga sahabat.
ANWAR IBRAHIM
















