27
Jul
07

Junjung Semangat Merdeka,Rakyat Perlu Lebih Berani

Tatkala di Jakarta saya sempat juga berbincang dengan Bekas Presiden Abdurrahman Wahid. Pada sebelah malamnya, saya telah diminta menghimbau permasalahan yang menimpa umat dengan wakil gerakan Islam dan sarjana. Dialog dipengerusikan tokoh islama Adi Sasono dan dihadhiri di antara lain oleh Dr Siddiq (Dewan Daawah Islamiyah), Bekas menteri Sugianto dan lain-lain. Tan Sri Khalid, Azmin Ali, Mustafa Kamil Ayub dan Ketua AMK Shamsul Iskandar turut serta.

Malam tadi saya maghrib berjemaah bersama tok ayah Sheikh Mahmud di pondok Batu 10. Program di Sungai Chuah adalah bersama DAP. Selesai berucap saya menuju ke Dusun Tua, Hulu Langat menghadhiri program bersama PAS. Dato Dr Zainal menekankan isu bahasa dan pendidikan. Dato Dr Hassan Ali menganggap perhimpunan tersebut yang terbesar di Hulu Langat. Beliau banyak membicaran kelemahan dasar dan pentadbiran di Selangor.

Saya mengajak rakyat menghayati semangat merdeka dan jangan dijajah pemikiran oleh media yang dikuasai kelompok perasuah. Hanya dengan
kebijaksanaan rakyat, muslihat pemimpin menggunakan nama bangsa dan agama dapat didedahkan.

Saya sempat menalipon Raja Petra menyakan khabar dan melahirkan simpati. Namun sepertimana yang beliau luahkan dalam coretan di Malaysia-Today, semangatnya tetap kental malah lebih ghairah bertarung.

Kita kian yakin bahawa menjelang pilihanraya, Umno-BN akan bertambah angkuh dan ganas. Pemimpin Umno tidak mampu menjawab tuduhan, maka mereka akan peralatkan polis. Seandainya lebih ramai aktivis dan rakyat berani dan pintar, tindakan polis akan menjadi sia-sia malah memperkukuh tekad berjuang.

ANWAR IBRAHIM


2 Responses to “Junjung Semangat Merdeka,Rakyat Perlu Lebih Berani”


  1. 1 akureform Jul 27th, 2007 at 3:58 pm

    salam buat Dato’ Seri,

    saya tertarik menonton filem BATMAN BEGIN kerana ianya bukan sekadar hebat disegi fantasi tetapi ada agenda pengajaran behind the screen. kisah seorang pemuda pada asalnya hilang semangat akhirnya bangkit melawan kebobrokan pentadbir yang bercita2 untuk merampas serta menghancurkan negara.

    beliau bukan berdendam tetapi terpaksa menghancurkan niat yang ingin mengorbankan banyak nyawa dan harta benda serta mencipta elemen2 jahat untuk terus bertahta dan berkuasa. akhirnya perjuangannya berjaya dengan kerjasama seorang PEGAWAI POLIS yang hampir hilang keyakinan untuk memulihkan keadaan.

    dalam filem tersebut, bukan sahaja sudah tentunya hebat pada siHERO mahupun siPOLISnya tetapi lebih kepada penonjolan kehancuran sistem PENTADBIRAN dan PERUNDANGAN demi kerana sifat TAMAK, RASUAH dan PENYELEWENGAN. saya percaya, sekiranya dinegara ini lahir seorang PEGAWAI POLIS yang BERANI, BERSIH dan AMANAH nescaya dato’akan menang dalam PERJUANGAN. insyaallah, RAKYAT ada dibelakang dato’

    ‘KALAU TAKUT PADA KERUNTUHAN MANA MUNGKIN ADA PEMBANGUNAN’ (sebahagian kata2 falsafah dalam filem tersebut)

  2. 2 lakshy Jul 28th, 2007 at 7:27 am

    Given the circumstances, probably the best thing would be for all rakyat to stay away from all the Merdeka celebrations arranged by BN. That should give BN the deserved feedback of the rakyat’s disgust in their handling of this nation.

Leave a Reply




Rumah Terbuka

Get the Flash Player to see the slideshow.

Galeri Flickr

Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 8 Oct 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 8 Oct 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 8 Oct 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 8 Oct 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 8 Oct 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 8 Oct 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 8 Oct 08 Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta - 8 Oct 08 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

July 2007
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031