Saya baru kembali setelah dua malam di Jakarta menyertai panel bersama Sdr Amien Rais mengenai pemuda dan peradaban. Amien mengulangi seruan menghayati agenda reformasi indonesia dengan menolak rasuah (korupsi), monopoli dan penjualan aset strategik negara kepada pedagang asing. Sdr Fuad Bawazier, bekas Menteri Kewangan menggariskan prinsip pokok dalam menjayakan globalisasi tanpa mengorbankan kepentingan nasional.
Saya menyeru agar generasi muda menggilap idealisme perjuangan, dengan pendekatan inklusif, menceduk pengalaman tokoh besar bangsa seperti Muhammad Natsir. Harus ada keberanian moral mengungkap masalah yang menghimpit rakyat seperti kemiskinan akibat kebijakan politik dan ekonomi yang lemah serta permissive terhadap isu moral dan rasuah.
Persatuan Pelajar-Mahasiswa Islam Asia Tenggara kemudian memilih saf pimpinan baru dengan Sdr Zaid selaku Setiausaha Agung yang baru. Dan saya turut memberikan pidato menutup kongres tersebut.
nota: gambar di atas adalah gambar daripada akhbar Republika 25 Julai 2007
ANWAR IBRAHIM
















Beza 3 PM dulu dengan 2 PM selepas itu….
Tiga orang perdana menteri Malaysia walaupun berasal-usul daripada golongan ningrat, mati tanpa banyak kekayaannya. Tengku mempunyai sebuah rumah di PulauPinang, tetapi dua perdana menteri selepasnya tidak pun memmpunyai rumah sendiri. Balu mereka masih lagi menetap di rumah kerajaan. Tetapi, nasib yang sama tidak pula akan ditiru oleh orang yang akan mengekori kematian mereka bertiga. Tidak juga oleh meneri kabinet yang ada, keraa semua akaun dalam bank yang ada memang penuh sampai ke bibirnya. Ini membayangkan betapa rakusnya mereka ketika masih berjawatan sehingga mampu memilikki kereta mewah yang tidak setara dengan pendapatan gaji dan elaun ketika berkhidmat kepada rakyatnya.
Walau bagaimana pun, Tun Razak adalah laksana seorang gergasi di kalangan manusia biasa. Ketika dia jatuh sakit pada 1976, dia dihantar ke London tanpa diiringi isterinya kerna dia tidak membenarkannya. Perbendaharaan negara terlalu daif ketika itu dan dia sendiri tidka mampu membayar tiket isterinya. Kalau ingatan saya tidak silap, ketika itu ketua eksekutif Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengeluarkan belanja untuk membolehkan isterinya pergi ke London untuk berada di sisinya. Dia melepaskan nafas terakhir di London. Jenazahnya dibawa pulang untuk disemadikan di makam pahlawan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Selama lima tahun Tun menjadi perdana menteri, dia telah menukar ketokohan negara Malaysia. Dia merupakan seorang mahaguru strategi yang tidak dapat ditandingi oleh orang Cina ataupun orang India. Yang membantunya ketika itu ialah tindakan MCA untuk menarik diri daripada menyertai pemerintah selepas pemilu 1969. Keputusan yang silap itu telah menghantui parti itu sehingga hari ini. Inilah yang menjdi bahan kutukan bersama oleh UMNO dan jua masyarakat Cina yang dilaungkan sebagai diwakili oleh MCA itu.
-MGG Pillai-
17 Jan 2001
Dato’ Onn, Tunku dan Tun Hussein tak pernah melaungkan slogan “Umno..dulu,kini,selamanya..”!
Assalamualaikum pa anwar. Dari Indonesia, kami doakan kesuksesan pak Anwar sembari selalu berharap pak Anwar selalu menyokong kami di PEPIAT.
Yudi
Sekjend PII
Sudah saatnya kita melakukan kerja-kerja brilian-orisinal-Asia.
Jangan selalu mengimpor sampah-sampah ide dari Amerika atau limbah-limbah gagasan Eropa.
Jadilah Asia yang bangkit dan bergerak……
Bangun…bangun pemuda indonesia…..
Salam,
DaRu indriYo
http://www.pemudaindonesia.multiply.com
indonesiapemuda@yahoo.com