Ada yang masyghul kerana sukar menghadham bacaan dan gagal menghabiskan buku. Andainya begitu mulai dengan buku nipis dan ceritera yang menarik minat. Jadikan membaca dan iqra’ sebagai budaya.
Adakalanya saya membaca beberapa judul silih berganti. Kadangkala mengambil masa lama. Ada juga judul yang terbantut sekerat jalan kerana membosankan. Umpamanya karya Umberto Eco, The Name of The Rose memukau sekali. Tetapi karya berikut dari pengarang yang sama, seorang Profesor Semiotics dari Universiti Bologna berjudul Faucaults Pendulum amat membosankan.
Pengarang agak keterlaluan mempamer ilmu mengenai alam magis dan supernatural. Saya berhenti membaca separuh jalan. Maka, bacalah sdr. Terlalu ramai yang ingin menjadi jaguh tetapi malas membaca dan menimba ilmu.
Ada aktivis yang belum membaca agenda perubahan. Tak hairanlah jika mereka mudah gelabah dan terpesong.
ANWAR IBRAHIM
















Sorry on a different subject. Will you stand for RPK and Malaysia Today.
Wah…bernas saranan Dato Seri…
Ini yg saya nak dengar..idea/nasihat yg hikmah dan membina..
Terima Kasih Dato Seri…
ya benar..kita digesa mencari ilmu supaya boleh kita membezakan yang mana benar dan yang mana salah..
ya adakalanya kebenaran agak lambat untuk didapati tetapi percayalah jika kita jujur mencari ilmu dan kebenaran pasti ianya akan tiba..
saya mengambil contoh Malik El-Shabaaz a/k/a Malcolm X..
pada mulanya beliau merupakan insan yang percaya Islam hanya untuk orang kulit hitam. tetapi setelah beliau mencari dan menggali ilmu dan menjalan ibadah haji di Makkah akhirnya beliau mendapat kebenaran bahwa Islam itu untuk semua kaum dan mengamalkan kasih sayang sesama saudara muslimnya..
saranan DSAI untuk kita banyak membaca agar kita tidak mudah digoyang..
Dato Seri
Buat yang tak tau umno Pasir Salak menangguhkan mesyuarat 22.7.07
Kenapa???
Datuk Ketua Bahagian telah masuk hospital yang dijual kepada syarikat Singapura
Mungkin sebabnya??
Pada Malam persidangan pemuda Pasir Salak,Dato Seri dituduh menipu sakit tulang belakang dan hari ini Datuk Tajudin mungkin menipu UMNO Pasir Salak.
Mungkin dah keluar Hospital atau tidak Dato Seri boleh lah siasat Jiran di Bukit Damansara(semoga Datuk Tajuddin pergi jerman amin atau akan ada pilihanraya kecil)
Assalam wrt. Datuk Seri,
saya ingin untuk belajar bahasa melayu dan bahasa inggeris dari Datuk Seri
Jumpa di neraka Muhamad anak Muhamad:-
Nampaknya ada seorang bekas Menteri Besar yang telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya. Bekas Menteri Besar ini yang namanya ada dua Muhamad, tidak punya separuh daripada keperibadian Nabi Muhamad (saw), apa lagi dua kali ganda keperibadian Baginda walaupun namanya mengandungi dua Muhamad.
Inilah Muhamad yang memulakan kehidupannya sebagai seorang guru tetapi tidak boleh bercakap sepatah bahasa Inggeris. Apabila dia ditahan kerana membawa bersamanya berjuta-juta wang yang todak diketahui sumbernya ke dalam Australia, dia merayu atas alasan tidak faham bahasa Inggeris dan telah dibebaskan oleh mahkamah Australia daripada jenayah menyeludup wang. Apa yang ramai mungkin tidak sedar ialah ketika dia letak jawatan sebagai guru untuk bertanding dalam pilihan raya umum, Kerajaan membuat tuntutan sebanyak RM80,000 terhadapnya kerana dia masih dalam kontrak berkhidmat dengan kerajaan, dia perlu membayar kembali apa yang dipinjam.
Ya, Malaysia ada sistem yang unik dalam memberi pinjaman melanjutkan pelajaran, kepada Melayu yang tidak berkemampuan. Mereka terpaksa berkhidmat dengan kerajaan untuk tempoh tertentu selepas lulus dan jika mereka enggan berbuat demikian atau letak jawatan sebelum tamat tempoh kontrak, mereka perlu bayar semula kerajaan jumlah pinjaman yang telah diambil. Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad, dengan itu berhutang dengan kerajaan sebanyak RM80,000 dan jika dia tidak menjelaskannya, dia telah menafikan Melayu lain manfaat wang tersebut dan dengan itu menafikan Melayu lain untuk mendapat pendidikan peringkat tinggi.
Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad, kemudian merayu kepada Menteri Pelajaran pada ketika itu, iaitu Anwar Ibrahim, bagi dikecualikan daripada membayar kepada kerajaan RM80,000 yang dihutang dan Anwar, sebagai seorang politikus yang bijak pada ketika itu (atau mungkin masih bijak kini, saya tidak pasti tentang itu), membatalkan peraturan tersebut supaya bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad tidak perlu bayar RM80,000 kepada kerajaan yang dengannya boleh diberikan kepada Melayu lain yang kurang bernasib baik yang perlu bantuan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran mereka.
Apa yang mengelirukan ialah bagaimana bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini, tiba-tiba memiliki berjuta dalam koceknya dan kerana itu telah ditahan sebaik saja dia memasuki Australia sedangkan beberapa tahun sebelum itu dia tidak mampu membayar semula RM80,000 kepada kerajaan pinjaman yang diambil dan terpaksa meminta Anwar Ibrahim mengecualikan peraturan pembayaran semula.
Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan mengatakan saya menghina Agong dan Islam, dan bahawa saya membangkitkan sentimen perkauman yang boleh mengakibatkan konflik perkauman dalam Malaysia. Dia sebenarnya bertindak bagi pihak Umno dan mewakili Umno sebagai Ketua Penerangan.
Ia sungguh pelik bahawa bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini menuduh saya menghina Agong yang juga adalah Sultan Terengganu ketika itu Agong adalah kawan baik saya. Apabila Agong, yang juga adalah Sultan Terengganu, baru Raja Muda Terengganu, saya biasa menunggang kuda bersamanya di pantai Kuala Terengganu. Saya juga telah pergi ke London beberapa kali untuk berjumpa dengan Agong yang juga Sultan Terengganu, yang pada ketika itu Raja Muda Terengganu dan seorang pelajar di London.
Raja Muda Terengganu pada ketika itu, kini adalah Agong yang ada, dan saya akan bawanya keliling kota London menaiki Ferrarinya dan bersama kakak-kakak dan isteri saya, kami akan berkunjung ke night-spots terkenal di London seperti Longfellows. Bila dia balik ke Kuala Lumpur saya akan membawanya ke Tin Mine di mana kami akan duduk-duduk dan berbual kerana dia bukan penari disco tetapi lebih suka menikmati muzik di situ dan berbual.
Adakah saya menghina kawan lama saya yang kini adalah Agong, bila saya sembah dan cium tangannya dan baginda akan menarik tangannya enggan membenarkan saya cium kerana menganggap saya sebagai kawan lama dan bukan sebagai rakyat? Hal ini, bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad tidak sedar bila dia membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya.
Saya akan cuba mengadap Agong yang merupakan kawan lama saya sejak dia masih Raja Muda Terengganu dan jika Yang Maha Mulia Agong berpendapat saya telah menghina beliau, saya akan menyerahkan diri saya kepada apa jua bentuk hukuman yang wajar bagi kesalahan menghina Agong. Hukuman bagi kesalahan menghina Agong termasuk hukuman mati, dan saya akan serahkan kepala saya untuk dipisahkan dari jasad seperti seorang rakyat yang ada maruah diri dan tunduk kepada Agong. Seorang Anak Raja Bugis taat setia kepada Agong dan Anak Raja Bugis sejati akan mengadap mati dengan penuh harga diri sebagai seorang Anak Raja Bugis. Bukan sia-sia saya daripada keturunan Upu Tenribong Daeng Rilaka, saya tidak akan mencemar nama nenek moyang saya dengan mengelak hukuman kerana menghina Agong. Yang DiPertuan Agong ialah salah seorang daripada Raja-Raja Melayu dan saya bukan sebarang Anak Raja Melayu; Saya adalah Anak Raja Bugis.
Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini, menuduh saya menghina Agong sedangkan dia sendiri telah menghina Almarhum Agong yang sebelum ini, yang merupakan Sultan Selangor dan bapa saudara saya. Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad telah kahwin lari dengan anak Sultan yang juga adalah sepupu saya, dan berkahwin dengannya secara rahsia di Thailand.
Apabila Almarhum Agong dan Sultan Selangor, bapa saudara saya bertanya bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini, sama ada dia (bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad) sudah berkahwin dengan anak perempuannya (Almarhum Agong dan Sultan Selangor), bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad menafikannya. Berkahwin secara rahsia di Thailand ialah jenayah dan seorang boleh dihukum kerananya. Tambahan pula, mengahwini seorang wanita tanpa izin bapanya melanggar tatasusila agama Islam dan adab Melayu, tambahan pula dilakukan oleh seorang Menteri Besar, ini adalah kesalahan yang lebih berat. Lagipun, seorang Menteri Besar bukan lelaki di jalanan tetapi ketua kerajaan sebuah negeri. Tetapi bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad menafikan dia telah berkahwin secara rahsia dengan anak perempuan Sultan di Thailand dan bersumpah dengan nama Allah bahawa tuduhan tersebut adalah palsu.
Akhirnya, bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad menceraikan anak Sultan Selangor, sepupu saya, dan membayar sebanyak RM12 juta sebagai bayaran menyelesaikan perceraian. Hal ini telah mendukacitakan Almarhum Agong dan Sultan Selangor, bapa saudara saya, yang telah membuat salinan cek RM12 juta tersebut. Almarhum Agong dan Sultan Selangor, bapa saudara saya bukan dukacita sebab Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad telah menceraikan anak baginda, iaitu sepupu saya. Baginda tidak kisahkan itu. Almarhum Agong dan Sultan Selangor dukacita kerana Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad telah membayar anak perempuan baginda RM12 juta sebagai bayaran menyelesaikan perceraian. Almarhum Agong dan Sultan Selangor kemudian membuat salinan cek tersebut dan menunjukkannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan menuntut diberitahu bagaimana seorang Menteri Besar mampu membayar RM12 juta sebagai bayaran menyelesaikan perceraian anak perempuannya, sepupu saya. Ini membuktikan bahawa Selangor mempunyai Menteri Besar yang korup, kata Almarhum Agong dan Sultan Selangor, bapa saudara saya.
Dan bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya. Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini, seorang yang korup, penipu, yang telah berkahwin dengan anak perempuan Almarhum Agong dan Sultan Selangor dan menafikannya, dan telah menghina Melayu dan Islam dengan berkahwin secara rahsia di Negara lain tanpa kebenaran bapa perempuan.
Tetapi lelaki ini bukan sebarang lelaki di tepi jalan. Lelaki ini ialah pada masa itu Menteri Besar. Dan lelaki ini yang namanya ada dua Muhamad. Dan wanita tersebut bukan sebarang wanita tetapi adalah anak perempuan Almarhum Agong dan Sultan Selangor. Dengan itu, jenayah bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad sepuluh kali ganda lebih dahsyat. Dan sekiranya ada lelaki lain yang melakukan kesalahan tersebut, pastinya akan ditangkap dan dihukum kerana kesalahan mengahwini seorang wanita secara rahsia di Thailand. Tetapi bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini, tidak ditangkap dan dibicarakan. Dia juga tidak ditahan dan dibicarakan apabila dia membayar RM12 juta sebagai pampasan perceraian dan tidak boleh jelaskan dari mana dia mampu peroleh wang begitu banyak dengan gajinya sebagai seorang Menteri Besar.
Saya faham bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Ini merupakan kenyataan mahkamah Australia dan dengan itu mahkamah melepaskan Muhamad daripada jenayah menyeludup wang masuk Australia. Ini bermakna dia juga tidak boleh membaca dalam bahasa Inggeris. Bagaimana bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad boleh tahu apa yang saya tulis dan penghinaan yang dibuat terhadap Agong, amat menghairankan kerana saya menulis dalam bahasa Inggeris bukan bahasa Melayu. Umno sepatutnya memilih orang lain yang boleh berbahasa Inggeris untuk membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya.
Ramai orang dari media menalifon saya hari ini bertanya mengenai komen saya tentang laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya. Inilah respon saya kepada laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya. Saya mahu beritahu: pergi jahanam Muhamad anak Muhamad. Awak memalukan nama Muhamad. Awak Muhamad anak Muhamad: awak patut bersyukur ini tahun 2007 dan bukan tahun 1907. Jika ia tahun 1907 dan bukan 2007 saya akan cabar awak untuk bertarung. Ia pertarungan lelaki dengan lelaki, satu lawan satu. Pertarungan dengan keris sehingga mati.
Tidak, saya tidak fikir awak akan terima cabaran saya untuk bertarung dengan keris. Awak mungkin ada dua Muhamad pada nama awak, tetapi awak tiada kelas. Awak kahwin lari dengan anak Almarhum Agong dan Sultan Selangor dan secara rahsia melakukannya di Thailand. Kemudian awak nafikannya apabila Almarhum Agong dan Sultan Selangor bertanya awak mengenainya. Hanya seorang yang dayus akan lakukan demikian. Lelaki sejati tidak akan nafikannya. Dengan itu, tidak mungkin awak akan terima cabaran saya untk bertarung dengan keris.
Saya juga tahu bahawa apabila Almarhum Agong dan Sultan Selangor, bapa saudara saya, mendapati awak sebenarnya telah berkahwin dengan anak perempuannya, sepupu saya, dan awak telah berbohong mengenainya, awak mengarahkan Pemuda Umno mengadakan demonstrasi anti-Sultan. Almarhum Agong dan Sultan Selangor sangat terluka dengan perbuatan awak dan membatalkan sambutan hari jadinya pada tahun itu. Jadi, pada tahun itu, tiada anugerah datuk diberi dan awak terpaksa memulangkan wang yang telah diambil daripada mereka yang telah membayar untuk mendapatkan anugerah datuk.
Perbuatan awak, Muhamad anak Muhamad, satu pengkhianatan. Jika hari ini ialah tahun 1907 dan bukan 2007, pasti awak akan dihukm bunuh. Dan awak menuduh saya menghina Agong? Awak pengkhianat. Awak boleh masukkan saya dalam penjara tetapi awak sebenarnya akan dihukum bunuh jika di tahun 1907 dan bukan 2007.
Tetapi saya tahu mengapa laporan polis itu dibuat terhadap Malaysia Today dan saya, Muhamad anak Muhamad. Awak mahu muncul semula dalam arena politik. Awak mahu bertanding kerusi parlimen dalam pilihan raya akan datang. Dan mahu dilantik menjadi menteri pusat bila menang kerusi parlimen itu nanti. Awak berharap Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak, akan jatuh dan awak mengambilalih tempatnya. Itulah sebabnya, laporan polis dibuat terhadap Malaysia Today dan saya, Muhamad anak Muhamad.
Muhamad anak Muhamad, jumpa di neraka. Kalau saya ke sana dulu, saya akan tunggu di pintu neraka untuk menyambut kedatangan awak, Muhamad anak Muhamad. Ini Anak Raja Bugis bercakap, yang mati dengan keris di dalam tangan.
RPK
Bekas Bos saya (Tun M) berkata hari ini di PWTC…
Asked if Malaysia Today webmaster Raja Petra Raja Kamaruddin had ‘stuck to the facts’, the former premier replied: “If he did not, people would not read it.â€Â
In another development, Mahathir said he did not accept the nominations to contest for a delegate’s seat in the Umno general assembly because he was “certain†that some parties would ensure that he was defeated.
“Why did I decline? Because I know I will lose. They will pay money to the delegates not to vote for me. The last time, they spent more than RM80,000… paying RM200 (per person)… when these people reported, the disciplinary committee said ‘there was no bribery’.
“In my constituency (Kubang Pasu in Kedah), everybody knows that there was bribery. There is bribery promoted by the ruling party. This is something that has never happened before,†he added.
“They sell their votes for RM200 for (a) party election. For (the) general election, it’s RM1,000. At the Ijok (by-election) recently, people were paid RM1,000, sewing machines were given, all kinds of things happened,†he said.
RPK..
teruskan berentap..
anak keturunan raja Acheh akan turut membantu..
Datuk Seri,
1)Apa komen tuan tentang kemenangan Parti AKP pimpinan Recep T. Erdogan?
2) (Soalan ini mungkin bunyinya agak bodoh): Sejauh mana boleh dibuat perbandingan sistem demokrasi antara sebuah negara “ISLAM” seperti Malaysia (saya merujuk definisi Najib Razak) dengan sebuah negara sekular seperti Turki?
3)Apakah dengan kemenangan bergaya AKP ini (yang umum ketahui berakarkan Islamis), harapan Turki untuk diterima sebagai salah sebuah negara anggota EU menjadi semakin sukar?
teruskan usaha DS kami bangsa melayu yg sedar akan terus menyokong penuh usaha DS bg menjamin keadilan semua bangsa di Malaysia. hapuskan UMNO laknatullah..
Keep saying something long enough and people will believe it. That’s my personal stance on anything written and said without proof.
America did it with Iraq, Israel did it with the Palestinians, so it’s not surprising that there are actually people out there who believe Dr. M when he simply acknowledged that you, Datuk Seri, were guilty of sodomy.
Sick as he was in doing so.
I really love the message of encouraging people to read because I personally think people spend way too much time in front of the idiot box. Personally, I’ll just open news.google.com, type in “malaysia” and read what the rest of the world is saying about us, since our press isn’t exactly the most reliable.
dato sri…
dlm perjuangan kita berpegang pd prinsip..prinsip itu lah yg menjana n menyemarakan semangat.pegangan prinsip yg teguh akan menambahkan lg kekuatan semangat utk terus berjuang..sebaliknya jika prinsip goyah n lemah maka bila ditegur,semangatnya jadi lemah n prinsipnya jadi pudar n luntur..akhirnya semangat yg berkobar2 menjadi beku n terpaksa lari dari perjuangan krn tak mampu berdepan dgn kenyataan lalu menghambur kata2 nista utk meyakinkan pd khalayak yg dirinya adalah benar biarpun amat menjijikan..inilah harga maruah diri yg akhirnya tak bernilai lg..lalu,menjadi barangan yg mudah dijual beli hatta hanya dgn harga janji2 manis serta secangkir kopi…ingatlah jiwa2 yg murni..prinsip yg dipegang kukuh hari ini akan disemai n disanjung oleh generasi mendatang dgn lebih bersemangat utk menjunjung kedaulatan negara sebagai anak bangsa yg bermaruah…lawan tetap lawan.
Saya terbaca komen anak muda di klpos. Beliau hentam Anwar Ibrahim macam nak runtuh langit. Disini saya lihat lidah dia lembut sangat memuji Anwar Ibrahim.
Kami sudah menyesal didalam UMNO. Marilah kita bersatu dalam menegakkan kebenaran.
GO ANWAR GO! AS YOU CAN SEE YOU HAVE THE PEOPLES SUPPORT.
KEPADA SAUDARA ‘BEKASAHLI UMNO’ ANAK MUDA DISINI XDA KENA MENGENA DGN ANAK MUDA DI KLPOS. SECARA KEBETULAN SAMA NAMA. SAYA TDK BERAPA SUKA DIKATAKAN LIDAH SAYA LEMBUT SGT MEMUJI DS. SAYA HANYA MENYOKONG KEBENARAN DAN KEADILAN. AGENDA KEADILAN MENJADI KEUTAMAAN SAYA.
saya mohon maaf sdrku anak muda
DEMI MENEGAKKAN YG MAKRUF DAN MELENYAPKAN YG MUNGKAR SAYA MAAFKAN.. MARILAH SAMA2 SAUDARAKU ‘BEKASAHLI UMNO’ DAN YG LAIN KITA BERJUANG HINNGA DAPAT MEMBINA KEMBALI SEBUAH NEGARA MALAYSIA YG BERMARUAH.DEMI AGAMA DAN NEGARA!
Apa pendapat sdr berkenaan harga buku di pasaran yang mahal yang saya rasa boleh menghalang budaya membaca daripada menjadi amalan orang Malaysia kita.
Tambah lagi budaya membaca sewajarnya dimulakan sejak dari kecil. Kadang-kadang ibu bapa teragak-agak untuk membelikan buku-buku yang berkualiti untuk menjadi bahan bacaan anak-anak.
Bagaimana rasanya sdr kaedah terbaik untuk memupuk budaya membaca di kalangan orang dewasa yang belum lagi timbul minat? Adakah persoalan harga juga boleh menjadi batu penghalang?
Komen saya berada di sini;-
http://sebolku.blogspot.com/2007/07/masyghul-kerana-sukar-menghadham-bacaan.html
Dato Seri.
Saya amat hargai dgn niat murni dato seri membuka blog ini untuk umum dan di komen oleh setiap pembaca.
Cuma apa saya kesali terdapat segelintir pembaca blog yg memberi komen secara emosional, berbau perkauman dan lebih kepada merosakkan imej blog ini.
Saya amat berbesar hati dato seri berkongsi info/idea/nasihat di dalam blog ini bersama-sama rakyat. Tetapi adalah lebih baik dato seri berbuat sesuatu terhadap komen2 yg tidak membina (menapis atau melarang komen yg dilakukan).
Bukannya isu takut kepada amaran najib disini (http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Mukadepan/20070724232625/Article/) Tetapi lebih kepada menjaga nama baik blog ini supaya dpt terus menjadi ‘platform’ kami mendapat nasihat/info/idea dari dato seri.
Amatlah mendukacitakan jika blog ini tidak dapat diteruskan kerana dirosakkan oleh orang2 seperti ini.
Wsslm…
.salam perjuangan utk semua wira keadilan yg bersemangat waja…ingat la n sematkan didalam jiwa n minda bahawa kita berjuang bukan utk anwar bukan utk kentingan peribadi kita tapi perjuangan kita adalah kerana tanggungjawab n kewajiban yg perlu digalas n dipikul demi utk semua rakyat n negara yg meletakan setinggi harapan yg amat besar yg mengimpikan perubahan untuk dinikmati oleh generasi sekarang khususnya anak cucu kita yg akan dtg..dan ingat lah..kita berjuang bkn utk anwar tp kita akan terus berjuang bersama2 dgn anwar..semangat anwar akan mengalir dlm jiwa kita..jika anwar sanggup mara kita juga mst sanggup menjadi perisainya..kiranya anwar tewas kita lah warisan yg akan terus mara hingga kejayaan menyinari harapan..amin.
Pendulum, hebat sekali DS sehinga buku begini dibaca, ini dalam pengajian saya, dalam Perubatan Elektronik yang mana jika kita fahami dengan teori sains Fizik, Kita boleh mengubati apa juga sakit kecuali mati, boleh juga mengubati HIV, Kanser dan sakit kronik yang tidak boleh di ubati dengan alopati. 2004 setelah Seorang prof menerangkan hasil kajian di Selamat Pagi Malaysia, tidak lama kemudian ada seorang dalam pertubuhan HIV datang untuk membuat perbincangan, tetapi gagal. Apa yang kami dapat selepas itu ialah KEPUNGAN FRU atas sebab keselamatan dalam negeri. Selepas kejadian itu pihak pentakbiran membawa teknologi ini ke kementerian kesihatan, tetapi gagal atas sebab bukan didalam Alopati. Dasar kerajaan yang tertutup, merugikan Malaysia kita memberi tempoh sehingga 2008 !!!. jika tidak teknologi ini kita majukan di luar negara, Iran sedang menunggu kehadiran teknologi ini dan berjanji akan menyediakan keperluan dan memajukan. Saya masih ingat pada NOV 06 semasa kumpulan kami berankat ke sri langka untuk membentangkan tesis EM , Bertemu DS di train dan saya memperkenalkan sebagai salah seorang SU Bahagian.
Kami Akan Terus Berjuang !!!!!!
TQ
Berjumpa kembali
Isu Bonus Masalah Pula Pada Kakitangan Awam Atau Bonus Pada Anak Kroni BN
Anak Merdeka ini nak tergelak ada juga kakitangan awam yang sujud dan tunduk pada mereka yang merompak negara untuk bonus kroninya. Negara ada untung apasal tak leh nak bagi bonus sedangkan staff syarikat besar-besar mahupun syarikat glc pun dapat ekstra bonus lebih 4 bulan. Cuba kita fikir kemanakah aliran wang untung kita setakat nak bagi pendidikan dan bantuan percuma buku teks sepatutnya dari dulu lagi. barulah anak bangsa jadi glokal tetapi sejak akhir-akhir ini bukan nak jadi visi glokal tapi dah jadi hero nakal.Apa kerajaan tak pandai urus duit ke? Atau bajet pilihanraya BN 2008. Kalau tak leh nak kasi bonus tukar je atau pangkah je parti pembangkang. Biar KEADILAN menentukannya.
go ,seri dato anwar ibrahim u know not only u get support in malaysia u have my support in usa
too,i with a groups of malaysian residining at usa will support u until one day be prime minister of malaysia