19
Jul
07

Disiplin Pembacaan

Dalam pertemuan dengan pimpinan mahasiswa minggu lalu saya diminta menjelaskan mengenai disiplin membaca terutama dengan jadual sibuk. Saya akui bahawa jadual ketat, masa menjawab email dan blog menghad waktu membaca. Namun saya tidak dapat menerima alasan remeh sesetengah pihak yang
mendakwa tidak punyai waktu membaca.

Maka selain akhbar pilihan, jurnal, laporan penting seperti dari International Crisis Group, saya tetap menelaah buku. Dan paling banyak waktu adalah tatkala dalam perjalanan atau di atas pesawat.

Umpamanya sepanjang bulan lalu saya membaca buku-buku berikut; Aristophanes Four Comedies – Lysistrata, The Acharnians, The Congresswomen, The Frog.

Lysistrata dipersembahkan di Athens dalam tahun 411 sebelum Masihi – drama yang agak berani (lucah!) tetapi membedakan di antara cinta dan seks. Gabungan ungkapan Spartan dan penduduk Athens! Eros (seks) dan sophia (kebijaksanaan) menjadikannya panduan peradaban.

The Acharnians dikarang ketika perang Peloponnesian, mengenai kejaguhan dan derita tetapi saranan utamanya adalah perdamaian.

The Congresswomen mungkin karya awal dunia membicara hak wanita, permasalahan demokrasi untuk memperolihi korum dan kelucuan bila mana diminta
seluruh pentadbiran negara diserah kepada wanita.

Teman Angkatan Muda menyampaikan buku karya Jim Collins, Good To Great. Saya sebenarnya kurang membaca buku-buku pengurusan selain karya terdahulu oleh Peter Drucker, Stephen Covey dan lain-lain. Tesis Jim Collins adalah membina potensi manusia tidak sekadar ke tahap baik atau memuaskan tetapi memanfaatkan potensi dan melonjak hingga menjadi hebat dan gagah.

Al Gore mengirim buku terbarunya The Assault On Reason. Seperti yang tertera dalam judul, buku tersebut merupakan kritik tajam dan keras terhadap masyarakat Amerika yang tidak lagi mendorong wacana terbuka. Hujah tersbeut diperkukuh dengan kritikan mengenai kegagalan Presiden Bush dan media di Iraq, keengganan memberikan pertimbangan yang dikemukakan oleh masyarakat dunia, masalah pelampau agama Islam, Kristian, Hindu dan Yahudi; isu persekitaran alam. Namun serangan paling keras ialah terhadap Presiden Bush dan Naib Presiden Dick Cheney.

Sekarang saya sedang cuba menghabiskan buku mengenai sejarah turki setebal 500 halaman, Osman’s Dream.

ANWAR IBRAHIM


10 Responses to “Disiplin Pembacaan”


  1. 1 salman al-farisi Jul 19th, 2007 at 12:18 am

    Assalamu’alaikum, Wr. Wb.
    Salam perjuangan wahai kaka anwar ibrahim….
    bangkit selalu di tengah rakyat yang merindukan kepemimpinanmu…..
    tindas dan lawan segala macam keburukan yang di hadapanmu…karena itu adalah fitnah jauh……

    laa…..islaama illa biljamaa’ah
    laa…..jamaa’ata illa bil imaamah
    laa…..imaamata illa bi tthoo’ah.

    sehat selalu kaka anwar ibrahim..
    perjuangan tidak ada kata henti…..terus maju, melaju….kalau kita mundur kita hancur akan kejhaliman……

    salam salman al-farisi.

    Reply

  2. 2 anak malaysia Jul 19th, 2007 at 2:55 am

    kakanda anwar,
    baru sahaja membaca sejarah mu, terkenang kembali saat-saat kegemilangan mu dahulu.

    Kami rindukan pimpinan mu..

    Reply

  3. 3 Hasbullah Pit Jul 19th, 2007 at 3:17 am

    Saya sering mempunyai maslaah apabila membaca buku, kebiasaannya saya hanya membaca separuh sahaja kandungan buku.

    Kalau nak dikirakan menggunakan ujian kelajuan pembacaan, saya kalah denga Isteri saya.

    Saya tak tahu kenapa, saya terlalu banyak membuat analisis/perbandingan apabila membaca dan seterusnya membuatkan pembacaan buku yang tebal menjadi amat-amat meletihkan.

    Apabila buku itu tebal, maka saya akan berfikir untuk perkara yang sama terlalu lama.

    Reply

  4. 4 akuygtaktahuapa.. Jul 19th, 2007 at 9:26 am

    Saya berharap perjuangan DSAI jgnlah seperti Tengku Razaleigh (katak lompat)..
    Istiqamahlah dgn garis perjuangan dan di tempat yg betul…
    Tuan Guru Abd. Hadi Awang adalah idol saya…

    DSAI mempunyai ilmu yg tinggi didalam hal ehwal semasa/bidang professional

    Tuan Guru mempunyai ilmu yang tinggi didalam hal ehwal keagamaan…

    satu kombinasi/gabungan yg cukup baik…
    Saya berharap sangat kerajaan skarang dpt diberi perubahan satu hari nanti…

    Yang penting…saya nak pergi daftar sebagai pengundi dulu..hehe..(umur 27 tapi tak daftar lagi…hehe..)

    Reply

  5. 5 anak muda Jul 19th, 2007 at 10:24 am

    panglima2 muda sekalian jom kita pegi daftar sebagai pengundi.. bertempik gagah sahaja x cukup klu x mengundi.

    Reply

  6. 6 akureform Jul 19th, 2007 at 4:33 pm

    untuk DSAI,

    ana masih menanti hasil karya dari anta. ada 4 kronologi yang ana nantikan,

    1. perjalanan hidup anta sedari kecil hingga sekarang
    2. siapa disebalik takbir memerdekakan negara
    3. arah acuan yang bagaimana/macamana rakyat harus lakukan
    4. mengapa UMNO/BN bukan modul terbaik untuk disokongi

    selain dari mendengar ceramah, kesinambungan melalui buku adalah satu kazanah yang amat berharga untuk generasi masa hadapan.

    ana merasa bangga kerana keADILan bertanding diGOPENG (tempat kelahiran ana)pada PRU12 nanti. semoga DR.LEE BOON CHYE (boss ana) menang besar kali ini. insyaallah. ana harap anta dapat turun berceramah bagi membantu beliau. rakyat GOPENG memang menanti anta dari DULU,KINI dan SELAMANYA

    Reply

  7. 7 cokelat Jul 19th, 2007 at 5:57 pm

    Dato’ Seri,

    Kasihan Dr Lee Boon Chye dia dah bagus jaga kat kawasan Ipoh Timur…..senang-senang DAP kata tempat itu dia punya.

    Semua orang cukup sayang dgn Dr Lee Boon Chye….dan kalau bertanding…gerenti menang.

    Macam Kajang….Cikgu Lee hampir 7 tahun jaga kawasan itu. Hampir semua orang Kajang kenal dia….

    Sekarang ini DAP pulak kata itu kawasan dia….

    Saya minta dengan DAP ini Dato’ Seri kena pandai bersilat….nanti naik tocang pulak.

    Reply

  8. 8 APA NI BN? Jul 21st, 2007 at 3:07 am

    DALAM KES NI PULAK AKU TUDING JARI KEPADA PEMBANGKANG.

    Tengok tu para penyokong dah sibuk nak kata ini area sape itu area sape.. Kalau gaduh2 bab kawasan macam ni mesti penyokong BN akan exploit dan besar2kan.. (sedangkan diorang pun bergaduh gak tu sesama parti komponen). Aku tak sure dari segi prosedur memohon kat SPR.. tapi kalau kempen dan pengundian nanti Barisan Rakyat cuma gunakan satu lambang, tak boleh ke?

    Pokoknye, kita tau kalau Barisan Rakyat kurangkan majoriti BN, tak kiralah PKR ke PAS ke DAP ke, yang untung adalah rakyat marhaen.. sebab kuasa keterlaluan BN dapat diimbangi.

    Reply

  1. 1 niknazmi.com - » Rindukan Ilmu Pingback on Aug 4th, 2007 at 8:17 pm
  2. 2 Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar « MINDA AIDC Pingback on Mar 16th, 2009 at 10:02 pm

Leave a Reply