Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter Nuri berhampiran Genting Sempah.
Pada masa yang sama saya merakamkan ucapan penghargaan usaha pasukan mencari dan menyelamat yang bertungkus-lumus berusaha mencari helikopter tersebut.
Saya menggesa agar pihak berkuasa menghentikan perkhidmatan helikopter Nuri sehinggalah laporan mengenainya siap sebulan lagi. Punca sebenar nahas tersebut mestilah dikenalpasti, dan pihak berkuasa mestilah menunjukkan keazaman politik untuk mengatasinya dengan sebaik mungkin demi melindungi perajurit-perajurit kita.
ANWAR IBRAHIM









saya musykil betul la apa yg susah sgt kerajaan nak tukar heli lame tu? depa tak tau ke bende tu bahaye..ancam keselamatan orang m’sia.. lagi2 tentera dan pemandu heli yg tugasnya mempertahan negara..
come on kerajaan..jgn buat bodo dan hanya bagi ucapan takziah..we want actions now!
Reply
hentikan sj perkhidmatan heli nuri…dah banyak sangat kes terhempas…dari 30 buah yg malaysia ader sejak tahun 60-an, dah 15 biji musnah…jgn biar anggota tentera udara malaysia mati disebabkan kejadian heli terhempas bukan sebab pegi ke medan tempur…
Reply
MINDEF annual budget goes into billions.
Just could not understand why they took that long to search the heli. We could have safe some life, if we have discovered that heli on-time.
There are some many technologies out there to track and trace – like GPRS, RFID and so on.
Are we saying our military do not have that capability?
Reply
Tukar Nuri wang tak masyukkk…..
dapat ciputt….
Beli Sukhoii dan kapalselam….wang masyukkk….
Reply
Belum ada syarikat yg sangup beri komisyen kot,itu yg nuri belum berganti tu.
Reply
goment kita mana mau kasi duit utk upgrade hal hal mcm ni..sibuk dgn hal lain..kronisme..
Reply
Come on lah Pak Lah, Najib, Razak Baginda… Kapal selam berapa ratus juta pun boleh beli walaupun tak urgent.. yang Nuri ni tak tukar2 lagi.. Sejak aku di sekolah rendah sampai aku dah ada anak, asyik2 berita Nuri terhempas..
Hampeh..
Tapi aku tak heran kalau KRONI2 jugak yang dapat habuan bila Nuri ditukar nanti.. Kalau procurement MINDEF diselubungi rasuah, askar2 kita jugak la yang dalam bahaya.. Sedih siot..
Reply
As much as I would like to call for all Nuri’s to be grounded, shouldn’t we study whether or not this was a malfunction in the mechanics, the design, or perhaps the result of an external factor, being most probable would be our weather.
Sure, we can argue on the basis of our Malaysian maintenance culture (or lack of it) or even our shoddy Malaysian made products where monies go into wrong pockets. However, once again, the call would be to prove such and then determine a solution.
And when I say prove it, I am not encouraging the posting of official investigation documents, or any part of such documents in a website.
Reply
I think it is not just “the Malaysian maintenance culture (or lack of it)” that is being questioned.. I think, even the culture of PROVIDING PROOF is very alien to this government. I’m not surprised if they were to come up with some silly excuse or fabricated “findings” in the media to justify the crash and loss of human lives (despite the proper investigations conducted by dedicated civil servants, of course).
Very pessimistic, ain’t I? What do you expect?? We’re talking about the government!
Reply
Untuk keselamatan negara pihak terbabit perlu bertindak selepas selesai mencari mangsa nahas sebagai bukti “MALAYSIAKU GEMILANG”
Reply
suruh pak lah, jeanne, najib dan rosmah naik nuri sebagai pesawat rasmi? nak tak dia?
Reply
Mamat,Buang masa suruh dorang naik NURI,kalau dorang nak naik NURI.dah tentu NURI tu diubahsuai atau diperbaiki sebaik mungkin.
Teringat satu syarikat Bas yg meragut byk nyawa penumpang sikit masa dahulu.Terus bas itu ditamatkan perkhidmatannya,tapi NURI jalan terbang tinggi..
Reply
kalau tak mahu jadikan pesawat rasmi…
apa kata Kapten2 di TUDM bawa mereka bersiar-siar dengan nuri? Merasai duduk di helikopter perajurit dan merasi tugas-tugas perajurit.. “pak lah dan najib kan cukup berjiawa rakyat!”
Reply
Saya tak setuju Nuri ditamatkan terus, kerana masih lagi banyak negara maju yang masih menggunakannya. Cukup sekadar dihentikan sementara sehingga siasatan selesai.
Presiden Amerika masih lagi menggunakan helikoper varians kepada Nuri sehingga kini. Jadi tak hairan kalau Nuri dijadikan Helikopter VIP.
Reply
jangan nak samakan dengan NURI yg presiden amerika naik tu. Dorang well upgraded compare tu our NURI. Lagi pun teknologi US dlm upgrading system kita xleh nk follow. Dorang yg buat helikoper so dorang yg lebih tau masalahnya bila dimamah usia. NURI msia setakat ganti sparepart je bila cukup 1000H. balik balik masalah kewangan. tu laa alasan kerajaan.
Alhamdulillah….dh approve nk tukar heli baru.
Reply
sedangkan tentera negara tidak dijaga sepenuhnya, inikan pula rakyat jelata… aduh.
Reply
Ministry of Defense hanya tahu beli, beli dan beli lebih banyak peralatan supaya Najib dapat komisyen!
Sudah beli, tak ada peruntukan untuk menjaganya. Sebabnya peruntukan yang lebih lagi diperlukan untuk membeli lebih banyak peralatan. Kerajaan tidak akan membuat sesuatu yang tidak memberi komisyen kepada anjing-anjing jalanan BN!
Reply
Boleh beli Sukhoi dan kapal selam canggih…
Nuri yang uzur tak mampu diganti…jadi keranda terbang…
natijahnya, perajurit negara mati katak
Reply
Betul ke gomen nak tukar nuri kpd yg baru? ntah2 depa dok beli yg 2nd hand, macam jet pejuang Superhawk dulu. Syok la depa. dah dapat kelulusan kabinet. Ada chan fulus masyukkkk!
Reply
tlg beri komen yang tidak terlalu berbau ‘pembangkang’..setiap kali timbul isu mesti kerajaan yang salah..org lain tak salah..pembangkang semua betul..bak kata Tun Musa Hitam “kalo dah tak suka tu, buat baik cmne pun kita takkan nmpk”
Reply
mestilah salahkan kerajaan da tu tugas dia..kita pilih dia untuk terajui negara..kalu tak suka kena kritik..jangan tadbir negara..kasi pembangkang ler..
Reply
takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa.
Janganlah kita bertuding jari pada ketika keluarga mangsa masih bersedih dengan natijah sadis ini.
Jagalah hati mereka. Berdoalah agar roh-roh mereka dicucuri rahmat.
Al-fatihah.
Reply
setiap kali Nuri atau A4 Skyhawk terhempas pasti cuaca menjadi mangsa tudingan jari. Seperti biasa satu “task force” akan dibentuk utk menyiasat mengapa kemalangan terjadi tetapi seperti biasa senyap sahaja selepas itu.
Kenapa kerajaan atau TUDM tidak pernah meletakkan Nuri atau A4 skyhawak satu keutamaan utk digantikan memandangkan ianya adalah pesawat utama dalam pengangkutan dan latihan perajurit2 kita?
Reply
saya amat malu apabila rakan saya menanyakan, bagaimana k’jaan malaysia membenarkan heli nuri yang usang dan bahaya terus digunakan,dan jadi pengangkutan utama tentera darat.sedangkan negara saya INDONESIA TELAH LAMA tidak menggunakanya.APA DAH JADI MALAYSIA!!!!
Reply
MEMANG LA DALAM KES NI KERAJAAN WAJAR DIPERSALAHKAN.
Bila aku menuding kepada kerajaan dalam kes ni, terus ko (anon) nak labelkan statement aku sebagai “berbau pembangkang”? Habis tu, orang yang angguk2 saja la yang ko anggap rasional? Nak kritik kerajaan pun tak boleh? Nak bagi kerajaan naik lemak? Kalau PKR/PAS jadi kerajaan pun aku akan kritik jugak bila diorang naik lemak. Itulah baru fair. Tak berbau apa2 pun.
Lagi satu, kita memang hormat dan bersimpati dgn keluarga arwah2 wira negara. Sebab tu lah terpacul segala komen ni. Pikir ler.
Reply
Exactly Hasbullah Pit. I wonder if everyone here actually knows that the Nuri we use here in Malaysia is the exact copy of the helicopter being used by George Bush in the USA.
However, the fabrication of proof by the government can neither be proven nor otherwise through the abuse of OSA, which is really sad.
At the same time, one must wonder just when can all the issues swept under the rug by the current administration be revealed.
Does anyone know of a Malaysian law detailing that the public has the right to access the official papers of the government, which have been censored beforehand? Kinda like the ones we see in the US?
However,one has to note, is the problem just with the Nuri? Or are our other military apparatus’ also just as poorly maintained?
Reply
NUri, Nuri NUri….
Kerajaan nie tak fikir ker kesedihan yang melanda kepada semua anggota keluarga prajurit kita yang meninggal kerana nuri ni…tak fikir ker hati dan perasaan mereka…. mereka meninggal kerana keranda terbang….
aku rasa biarlah diorang yang tidak bertanggung jawab nie rasa kat batang hidung depa sendiri baru di orang faham….weii kerajaan tukarlah lain ..hentikanlah perkhidmatan nuri tu….kami rakyat malaysia dah tak tahan…banyak perajurit kita yang meninggal….sedarlah kerjaan oooiiiii
Reply
Al-Fatihah…..
Takziah utk semua ahli keluarga NURI. Sedih pada kita sebagai rakyat, tp adakah perasaan yg same ade pade menteri pertahanan dan jeneral2 yg pangkat besar. berape lagi pegawai jurutera2 muda yg hendak dikorbankan oleh NURI.. bkn salah NURI… kalau yg bertanggungjawab perihatan akan keuzuran NURI.. dari tepi high way sungai besi nengok NURI pun da seram. ape lagi kalau diberi peluang naik.. yg heran kapal selam yg banyak B dan M boleh dibeli.. apa masalah nie..
Reply
General Election.
Dato Seri, pilihanraya umum akan dijalankan pada bila-bila masa selepas September dan difahamkan ianya akan dilakukan selepas Sambutan Hari Raya AidilFitri. Berkali-kali dalam Pilihanraya Umum mahupun Kecil, BN berjaya memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan walaupun kita tahu taktik-taktik yang selalu diguna pakai dalam meraih kemenangan ini. Jika ini masih diteruskan, maka kita akan melihat satu lagi penipuan besar-besaran yang bakal dilakukan oleh BN dalam pilihanraya akan datang bagi memenangi pilihanraya 2007.
Rakyat mungkin mengetahui bahawa pentadbiran kerajaan sekarang hanyalah satu lakonan yang sepatutnya memenangi GLOBE AWARD tetapi disebabkan oleh ketiadaan kategori “The Best Acting Goverment”, maka tiada mana-mana award diraih.
Dato Seri, dari dulu hingga sekarang kita tahu bahawa the election financing capabilties of BN is always the best. Disana dan disini wang akan ditabur bagi memikat hati pengundi dengan janji-janji yang tidak pernah dikotakan. It’s time for us to dive into the root of the matter. BN menabur janji yang hanya sesuai dijadikan sebuah buku “My never ended Dreams” tetapi kami rasakan dengan kematangan fikiran rakyat, BA dapat memenangi pilihanraya ini dengan kaedah back to basic of the needs of rakyat. BN telah ketandusan siri of Drama, and we dont let them create on from our mistakes. Insyaallah, kekalahan BN di pilihanraya akan datang akan menjadi satu contoh kepada “backfire” of poor and dramatic administration. We are behind you Dato Seri!
Reply
APA NI BN?
jangan hanya tau nak kritik je..tlg sama2 cari jalan penyelesaian sama..kalo stakat kritik kerajaan tak betul pakcik2 kat kedai kopi pun boleh bagi kritikan bernas tp untuk memberi jalan peyelesaian yang baik hanya mereka2 yang berpemikiran rasional je yang mampu laksanakan..setakat suruh tukar tu mmg senang sbb modal guna air liur..tak payah bayar pun..nak tuduh kroni pun lagi teramat senang sbb guna air liur basi je
Reply
da la tu…benda da jadi…skang kite cume kne muhasabah diri sendiri…sume pihak kene amik iktibar..org yg da pegi x kan kembali…jd kite yg idop ni truskan pejuanagn…
Reply
perajurit nuri penuh semangat, bercita2 tinggi anggotai skuad negara, membawa nuri 1 kebanggan, gembira hati tidak terkata, semangat di dada tambah berkobar, namun akhirnya gugur begitu sahaja… salah siapa? dalam hal ini kerajaan memang dilihat sebagai pihak yg bersalah.. kapal terbang dah uzur masih diguna, x brganti.. peruntukan khas entah kemana, entahkan ada entahkan tidak. tapi dlam masa yang sama pihak pembangkang tidak seharus mengambil peluang menujah kerajaan.. unsur politik juga seharusnya DIELAK SAMA SEKALI!! dendam dan politik kita elakkan untuk bersama2 memikul tanggungjawab.. INI MALAYSIA!
Reply
Benar, perajurit kita perlu penghormatan sewajarnya!
Reply
Biasa ar tu semua sedara2 sekalian. Mende dah jadi baru la nak ganti dan beli baru. pakai selagi boleh. selagi tak rosak, selagi takde yang mati, lagi boleh pakai, pakai! Bila dah ada yg mati, apa yang ada kat sekeliling ni la yang akan jadi mangsa. Mmg betul sgt apa yang sedara2 sekalian ckp. Mereka2 semua tu terkorban tanpa sebab yg kita boleh terima dgn sewajarnya. Mereka adalah perwira, perajurit dan pahlawan. Sepatutnya mereka “pergi” dgn cara yang terhormat mcm mati kat medan perang ke sbb mmprtahankan tanah air kita. Tp, ni tak mati sbb heli rosak, bermasalah dsbnya. Spttnya semua pihak perlu bukak mata dan minda luas2.kesian la kat keluarga2 arwah tu.kita patut fikirkan apa yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara…
Reply
aku memang setuju seratus peratus kalau suruh paklah jaenn rosmah dan najib naik nuri jadikan kenderaan rasmi diaorang. biar diaorang rasa macamana perasaan keterpaksaan dan ketakutan askar askar kita masa naik nuri tu.
Reply
tentera2 malaysia adalah yg terbest kerana berani terbang bersama NURI !! walaupon dan 2 minggu nahas NURI berlalu, br semalam aku nampak NURI berlegar2 dkt KL area.. aku yg tengok plak ngeri semacam…
Reply
betultu Stewards-nuri, tentera2 kita memang terbest lg termachoooo…aku kalau disuruh kendali dan pandu nuri tu skg pun walau aku tak reti aku nak coz aku memang bercita2 nak kendalikannye masa kacik2 dulu tapi x kesampaian,nasiblah kalau tak taktaulah akuni ternahas nuri katna,,,,eh tpkan kalau setakat tentera2 kita je yang macho tp menteri bertanggungjawab tak macho tak guna gak kan…
Reply
WEI KORANG JANGAN NAK KUANG HAJAR…
kalo tak suke dok kat malysia pi berambos……
bersyukur la sket…
kerajaan tau la pe diorg nak wat…
korang ingat korang pandai sgt?
kalo pandai sgt, pesal ko tak jadi perdana menteri…
jgn nak mengata org je lebey…
serahkan je sume pada allah menentukan sape betul and sape salah…jgn nak memandai…mengutuk bangsa sendiri….
Reply
HAHA.. NI BUDAK BARU BALIK BTN TAK PUN PLKN KOT.. BUKAN MAIN GARANG LAGIK.. WEI BUDAK.. KAU SOKONG KERAJAAN SBB APA? JAWAB JGN X JAWAB.. JGN JADIK CAM PENCACAI YG LAIN X BERANI..
Reply
Yg saya dengar dari member2, Nuri ni de masalah maintenance. Barang yg dia guna tak ikut spesifikasi. Contohnya dia punya skru just pakai skru cabuk jek. Something macam tu.
Barang lama pun kalu maintain elok2 boleh guna lama lagi. Unless dia dah hit dia punya product life, then dia mesti dilupuskan atau tukar baru.
Reply
aku syg kerajaan,
raja adil raja disembah
raja zalim raja disanggah
umat nabi muhammad adalah umat terbaik kerana kita mewarisi tugas para rasul. tau x tugas apa tu? amar ma’ruf,nahi mungkar. kalau kita nampak kemungkaran cegah dengan tangan. xmampu dgn lidah. xmampu dgn hati.
kalau kita biar sahaja kerajaan buat apa yg dia suka, maka kita xtunaikan tugas kita sebagai umat islam.lagipun masa pilihanraya dulu kita yang pangkah diorg.tambah lagi pulak yg buat salah tu bangsa kita sendiri.kalau xtukar yg lain malu la kita dekat bangsa lain.koman sangat bangsa melayu ni sampai dipimpin oleh pemimpin yang koman?klau kita patuh kepada sesuatu gerakan semata2 kerana gerakan itu di bawa oleh bangsa kita,semata2 sbb kita nk sokong bangsa kita, maka kita adalah orang yang paling koman sekali dalam dunia ni.secara automatik bangsa melayu menjadi bangsa yang paling koman sekali.
Reply
aku rasa pesawat NURI yang nak digantikan dengan pesawat baru tu ditukar nama kepada N..J..B aku rasa lebih selamat sikit kot..
Reply