Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter Nuri berhampiran Genting Sempah.
Pada masa yang sama saya merakamkan ucapan penghargaan usaha pasukan mencari dan menyelamat yang bertungkus-lumus berusaha mencari helikopter tersebut.
Saya menggesa agar pihak berkuasa menghentikan perkhidmatan helikopter Nuri sehinggalah laporan mengenainya siap sebulan lagi. Punca sebenar nahas tersebut mestilah dikenalpasti, dan pihak berkuasa mestilah menunjukkan keazaman politik untuk mengatasinya dengan sebaik mungkin demi melindungi perajurit-perajurit kita.
ANWAR IBRAHIM
















