16
Jul
07

Mahasiswa Perlu Kembali Menggugat!

Dua hari lalu seramai 13 pemimpin mahasiswa berkunjung ke rumah.(Nama dan pertubuhan tidak akan dicatat atas sebab yang sdr sdr sedia maklum).

Saya diminta menjelaskan gerakan mahasiswa menggugat di akhir dekad 60an dan 70an berbanding kelesuan kini. Saya jelaskan meskipun terdapat tekanan dulu, namun ruang masih diberikan untuk mahasiswa meluahkan pandangan. Keduanya pimpinan mahasiswa ketika itu prihatin dengan isu kemiskinan desa, rasuah, isu bahasa dan pendidikan serta persoalan akhlak dan etika yang diungkap oleh pimpinan mahasiswa terutama PBMUM, PMIUM dan PKPIM.

Beberapa Prof kanan saperti Profesor Zainal Abidin Wahid, Prof A Bakar Hamid, Prof Syed Husin Ali, Prof Khoo Kay Khim, dan Prof Tengku Shamsul juga memberikan dorongan agar mahasiswa berindak menegakkan kebenaran dan keadilan.

Kini tekanan lebih mencengkam, pimpinan universiti kebanyakannya diarah mengawal mahasiswa saperti anak-anak sekolah menengah, malah beberapa prof (!) rela menjadi perkakas BTN dan Umno mempertahankan kezaliman dan rasuah yang berleluasa.

Saya gesa mereka supaya kembali kepada persoalan pokok, apa yang kita ungkapkan sebagai paksi tawhid yang harus mencernakan akhlak baik dan prinsip perjuangan luhur. Generasi muda tidak ditandai daripada umur semata, malah keresahan dengan kepincangan yang berlaku serta idealisme memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

Alasan tekanan AUKU ada kebenarannya tetapi ia tidak harus menjadikan kita lemah, kaku sehingga sanggup diperalatkan untuk mempertahankan kerakusan mereka.

Mahasiswa seharusnya menjadi “conscience of the majority” berlandaskan prinsip murni. Maka kita harus menimba ilmu dan mampu menyanggah propaganda picisan yang dihembur media Umno-BN, melalui perbincangan kelompok kecilan, blog, pengedaran rencana. Kita harus punyai keberanian dan
kebijaksanaan, tidak meluru menghentuk tembok dan tidak menyorok gaya si bacul.

ANWAR IBRAHIM


29 Responses to “Mahasiswa Perlu Kembali Menggugat!”


  1. 1 Spotlight Jul 16th, 2007 at 12:57 pm

    Apa yg sungguh menghairankan isu² panas yg dibongkarkan tidak memberi kesukaran @ ancaman kpd pemimpin BN yg bermasalah. Bagi mrk selagi rakyat bersifat pendiam & tidak bertindak, selagi itulah mrk tidak hairan apa jua jenayah yg didedah & disabitkan kpd mereka. Perubahan secara aman agak sukar dilakukan di Malaysia krn seluruh jentera di bawah kawalan PM.

    Andaikata BA diistihar menang pada PRU akan dtg, mereka boleh mendesak Peguam Negara batalkan kemenangan tersebut.

  2. 2 ed_ahmad Jul 16th, 2007 at 1:19 pm

    bukan sahaja mahasiswa tempatan mereka robek hak dan bachulkan moral, tetapi mereka juga taksub ingin mencengkam dan menguasai mentaliti pelajar2 malaysia di luar negara, keghairahan pelajar2 cetek dan goyah pegangan terlalu senang diperangkap menjadi ahli2 kelab tajaan kerajaan dek kerana ingin dikenali dan mendapat nama walaupun dikalangan kelompok yang sangatlah kecil.

    pelajar tajaan kerajaan dianggap sebagai robot2 mereka yang diugut untuk taat segala dakyah kotor mereka tanpa mampu mempersoalkan isu yang hak, walhal hakikatnya, wang tajaan adalah dr seluruh ummat Malaysia, bukanlah dari kelompok2 tertentu sahaja

    akhirnya, kami diperkotak katikkan, malah akhirnya akan melahirkan golongan pemimpin masa depan yg tempang!

  3. 3 junior Jul 16th, 2007 at 1:33 pm

    Tahniah Dato Seri Anwar!!

    Ini seruan yang dinanti-nantikan, bangkit mahasiswa! kembalikan zaman kegemilangan mu!

  4. 4 Malik El-Shabaaz a/k/a Malcolm X Jul 16th, 2007 at 2:26 pm

    syarat pertama Mahasiswa untuk bangkit dan bersuara lantang..jauhkan diri daripada dilabel sebagai kumpulan mahasiswa parti pembangkang.

    syarat kedua..harus bergerak berlainan daripada parti politik yang sedia ada.

    syarat ketiga…berani la apa lagi…kalau sudara Jonah (khairul anuar), Rafzan (Ejan) ISA 7, dan lain-lain boleh gah pada zaman reformasi kerna mereka bergerak berlainan daripada parti politik..

    ya boleh sama laungannya tapi harus bergerak berlainan daripada parti politik..

    DSAI, Almarhum Fadzil Noor, Hishamuddin Rais mereka tidak pernah meminta bantuan daripada parti-parti politik masa tahun 70an..

    saya yakin dan optimis mahasiswa akan kembali dan turun kejalan raya sambil melaungkan

    STUDENT POWER
    STUDENT POWER
    HIDUP MAHASISWA..

    saya rindui slogan ini..

  5. 5 anak muda Jul 16th, 2007 at 3:18 pm

    mahasiswa/i bangkitlah mendepani rakyat bawahan. anda golongan berilmu bantulah perjuangan rakyat. lakukanlah sesuatu jgn anda juga penakut dan bachul seperti kami yg tdk berilmu. BANGUN!!

  6. 6 akureform Jul 16th, 2007 at 3:25 pm

    saya tertarik dengan slogan ‘MASA UNTUK PERUBAHAN’ bukan lagi dengan omong slogan kosong ‘KITA MESTI PERTAHANKAN KETUANAN MELAYU’. saya bukan golongan mahasiswa elit tapi idealisma saya mungkin lebih mantap dari yang ada. ayuh!! marilah bersama2 ‘BERUBAH’ semoga ‘MELAYU TAK HILANG DIDUNIA’

  7. 7 cokelat Jul 16th, 2007 at 3:35 pm

    Para Mahasiswa/mahasisiwi yang budiman…

    Bangkitlah dari tidurmu…..

    Ayuh!!!…. Mari berjuang……..

    Jangan kamu takut pada manusia….

    Takutlah pada tuhan yang maha ESA….

    Dunia ini hanya sementara….

    Yang kekal…amalan baik kita…

    Mahasiswa dan Mahasiswi yang dikasihi….

    Gunakanlah akal dan tanganmu….

    Kalau tak mampu..hatimu….

    Kerana perjuangan mu kekal dikalbu…

    Menjadi kebanggaan ayah dan ibu.

  8. 8 Utopia Jul 16th, 2007 at 5:54 pm

    Kanina = Anjing BN

  9. 9 Rahimi Osman Jul 16th, 2007 at 6:28 pm

    Selamat petang,
    saya minta anda semua untuk tidak menggunakan perkatan-perkataan kesat. Berbincanglah secara profesional dan bertamadun.

    Utopia, tidak perlu layan pencacai UMNO/BN ini… :)

  10. 10 mamat Jul 16th, 2007 at 6:30 pm

    Setuju dengan malcolm x,
    Mahasiswa tidak semestinya bergerak atas landasan parti poltiik saja.

  11. 11 yahyasahri Jul 16th, 2007 at 8:06 pm

    Soal rasuah kurang memberi kesan kepada corak berfikir rakyat Malaysia. Isu yang mudah mengubah corak fikiran adalh soal harga minayak naik, barang naik, belanja naik, yuran belajar naik, tol naik. Saya rasa kena terangkan bagaimana keadilan boleh menurunkan harga minyak dengan keuntungan hasil minyak petronas.

  12. 12 blogdiaorg Jul 16th, 2007 at 8:25 pm

    Assakm..

    Saya harap usaha seterusnya akan membuahkan hasil yang baik buat rakyat malaysia kini…mahasiswa/siswi seharusnya tahu apa yang sedang berlaku didalam negara kita sekarang..jangan terpedaya dengan kelakuan manusia yang kian busuk bersama BN sekarang.

    Mereka sudah berhati hitam dan JANGAN SEKALI KALI BIARKAN GENERASI KITA AKAN BERSIFAT SEPERTI ISRAEL YANG KEJAM INI..MASYAALAH.

    INSAFLAH KITA.
    KEMBALI KELANDASAN YANG BETUL.
    PARTI TIDAK BERSALAH.

    yang bersalah adalah orang2 yang memerintah sekalian kini.Ada jalan yang lebih bijak harus dilaksanakan.

    Fikirlah sejenak apa yang berlaku..insyaalah ada keinsafan dan keinginan utuk perubahan.

    SAYA SERU SEKALIAN SEMUA.MARILAH KITA BERSAMA SAMA BERJUANG DEMI BANGSA DAN AGAMA.

  13. 13 tuah Jul 16th, 2007 at 9:14 pm

    Mahasiswa mahasiswa kita sekarang lembik lembik belaka! Bacul! Langsung tak bermaya jika dibandingkan dengan kegiatan mahasiswa mahasiswa di negara negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan juga Korea Selatan. Sepatutnya, mahasiswa mahasiswa kita menjadi watch dog dan juga pembela rakyat rakyat tertindas dan miskin. Sebagai pemangkin perubahan seperti gerakan mahasiswa kita pada akhir 60an dan awal 70an. Ketika itu, mahasiswa mahasiswa akan bangkit jika ada isu isu yang membabitkan rakyat jelata. Aktivis aktivis pelajar ketika itu, setelah keluar ada yang memegang jawatan tinggi di dalam kerajaan. Tak ada masalah pun! Sekarang, dengan bermacam2 akta yang ada, mahasiswa mahasiswa kita jadi lembik, tak bermaya.Kalau UMNO, baik Puteri atau Pemudanya, tiada masalah nak masuk kampus. Tambah tambah lagi, universiti universiti diterajui oleh kaki kaki pengampu.Contohnya, naib canselor UUM bukan lah mempunyai rekod akademik yang cemerlang-gred 3 dalam MCE/OSC! Begitu juga naib canselor UiTM dan UPM, juga gred 3 tapi disebabkan dasar ekonomi baru, diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dulu. Dah diberi peluang, tak juga cemerlang di dalam pelajaran-lulus tapi setakat cukup makan!Orang orang macam ini lah, bila diberi jawatan tinggi, akan sampai bila berterima kasih kepada UMNO!Bukan nak mentadbir universiti supaya cemerlang dalam akademik dan penyelidekan tapi sebagai telinga,mulut dan mata untuk UMNO dan kerajaan.Kegiatan mahasiswa dipantau habis. Mana yang nampak berhaluan kiri, diugut dan ditekan. Campus life sekarang dah tak macam dulu. Mahasiswa mahasiswa kita dah jadi macam robot tapi bila habis belajar, amat pelik sekali, masih perlu ‘retraining’!

  14. 14 hanaz Jul 16th, 2007 at 11:22 pm

    Assalamualaikum..

    Tuah,untuk apa mengungkit kisah silam sedang kita berdepan dengan masa depan yang belum pasti?Ya!Mungkin benar naib2 canselor itu tak secemerlang kamu,tapi mereka juga punya intelek yang mampu membantu perjuangan..

    Biarlah mereka bersama kerajaan..Untuk apa bersama pembangkang jika pembangkang itu sendiri tidak berusaha mengubah sesuatu dan hanya tahu mempersendakan mereka..

    Mereka harus dimengertikan kembali tentang maruah dan harga diri..Prinsipnya mudah..Kamu bersama mereka untuk berubah atau mereka meninggalkan kamu dengan pelbagai helah..

    Seorang pejuang harus punya fikiran yang positif sebelum kamu cuba mempositifkan orang lain..

    Maaf Tuah..Saya tidak rela melihat perjuangan ini terus diselubungi caci maki dan penghinaan terhadap peribadi..Ya!Walaupun jika mereka itu bernama kerajaan!

  15. 15 mamat Jul 17th, 2007 at 2:51 am

    pencacai umno sudah masuk di ruang IT,
    mari kita gempur mereka habis-habisan!

  16. 16 dell Jul 17th, 2007 at 2:54 am

    Kalau mahsiswa takut untuk berkorban demi masa hadapan negara dan bangsa, mahasiswa bacul!

  17. 17 mafia Jul 17th, 2007 at 3:06 am

    setuju dengan dell & tuah!

    jika mahasiswa mampu bangkit kembali untuk menegakkan kebenaran di bumi tumpah darah sendiri, barulah mereka layak di gelar ANAK MUDA!

  18. 18 perantau Jul 17th, 2007 at 3:17 am

    golongan mahasiswa bukan sahaja patut bangkit sebagai sebuah gelombang di alam nyata. Malah mengempur di alam maya!

    seru semua mahasiswa jangan takut dan tanamkan rasa tanggungjawab untuk berjuang didalam diri.

  19. 19 mamat Jul 17th, 2007 at 3:22 am

    Dekan, Cancelor, Penysarah pun sama penakut dan khianat kepada tanggungjawab!!

    Golongan ‘bijak pandai’ ini seharusnya sedar tanggungjawab mereka bukan sahaja mendidik mahasiswa dalam bidang akademik, malah memimpin mereka untuk menjadi insan yang berani bangkit menegakkan kebenaran.

    Bukan hanya fikir periuk nasi sahaja!

  20. 20 Budak Lain Jul 17th, 2007 at 3:53 am

    Hah..

    Mengajak mahasiswa berjuang tu memang patut, Datuk Seri.. tapi seperti Datuk Seri katakan, keadaan dulu dan kini manalah sama..

    Saya ada satu cerita untuk Datuk Seri.. tentang seorang budak yang saya kenal. Budak ni pernah jadi student leader, tapi cerita pasal budak ni lah yang menyebabkan saya tak percaya kepada mana2 parti atau ahli politik. Termasuklah Datuk Seri sendiri..

    Tapi mungkin Datuk Seri enggan ambil tahu pasal cerita budak ni. Siapalah sangat.

  21. 21 Rahimi Osman Jul 17th, 2007 at 4:07 am

    budak lain,

    Perjuangan tidak seharusnya disebabkan oleh parti politik atau ahli politik. Golongan muda harus berjuang atas prinsip kebenaran dan keadilan.

    Jangan disebabkan cerita budak itu, kita semua berhenti berjuang untuk kebenaran dan keadilan. Berjuang untuk rakyat dan negara!

  22. 22 farid Jul 17th, 2007 at 7:15 am

    video di dalam blog ni pakai player apa yer? sy x boleh tgklah..

  23. 23 Ahmad Zaki Yamani Jul 17th, 2007 at 8:31 am

    Mahasiswa oh mahasiswa. Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan. Kenapa dipersalahkan pihak lain sedangkan hati budi dan rasa hati telah mati?

  24. 24 Ahmad Zaki Yamani Jul 17th, 2007 at 8:40 am
  25. 25 Adie Keadilan Segambut Jul 17th, 2007 at 5:49 pm

    ‘UMNO kan parti politik yang paling kuat di dalam dunia.. mampukah kita nak memenangi pilihanraya?”

    nak menang sukar…cuma boleh bertahan, bertahan sehingga tibanya Imam Mahdi, Dajal, Yakjuj Makjuj dan kiamat.

    kemudian kita akan dihitung…buat mereka yang istiqamah dlm perjuangannya mengangkat agama Islam, nescaya Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang

    Allah SWT takkan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri tapi kalau kita istiqamah…. pasti kita telah berbuat Islah sedaya upaya kita… Wallahualam

    bertahanlah saudara2 ku

    Jazzakallah Khairan Kathiran

  26. 26 tuah Jul 17th, 2007 at 6:10 pm

    Saya setuju mahasiswa kita kena bangkit tapi macam mana nak bangkit kalau mereka dikongkong dgn akta2 yang ‘memenjarakan’ minda mereka. Gerak geri mereka di kampus diawasi selalu. Lihat saja bila ada pilihanraya kecil baru baru ni, habis dihantar pensyarah2 untuk pantau. Apa yang ditakut sangat sehingga sanggup dihabiskan wang dan masa menghantar pensyarah2 buat kerja tak senonoh ni? They have the money, they control the media and yet mahasiswa pun nak dikontrolnya. Di universiti la masa untuk mahasiswa kita menyuarakan idealisme mereka. Di universiti la tempat melatihkan minda mereka untuk berfikiran kritikal tapi kerana takut hilang kuasa, UMNO/BN sanggup lakukan apa saja just to make sure mahasiswa mahasiswa kita ‘to toe the line’.

  27. 27 tuah Jul 17th, 2007 at 6:10 pm

    Saya setuju mahasiswa kita kena bangkit tapi macam mana nak bangkit kalau mereka dikongkong dgn akta2 yang ‘memenjarakan’ minda mereka. Gerak geri mereka di kampus diawasi selalu. Lihat saja bila ada pilihanraya kecil baru baru ni, habis dihantar pensyarah2 untuk pantau. Apa yang ditakut sangat sehingga sanggup dihabiskan wang dan masa menghantar pensyarah2 buat kerja tak senonoh ni? They have the money, they control the media and yet mahasiswa pun nak dikontrolnya. Di universiti la masa untuk mahasiswa kita menyuarakan idealisme mereka. Di universiti la tempat melatihkan minda mereka untuk berfikiran kritikal tapi kerana takut hilang kuasa, UMNO/BN sanggup lakukan apa saja just to make sure mahasiswa mahasiswa kita ‘to toe the line’.

  28. 28 Utopia Jul 17th, 2007 at 6:20 pm

    The young do not know enough to be prudent, and therefore they attempt the impossible, and achieve it, generation after generation! -Pearl Sydenstricker Buck (Seorang pemenang wanita Hadiah Nobel)

  29. 29 akob Jul 25th, 2007 at 1:56 pm

    Saya adalah x-mahasiswa, pernah menjadi wakil calon MPP. Semasa proses pengiraan undi di dewan, kebetulan TNC HEP Dato’ Dr. Fawzi Basri (Allahyarham) lalu dibelakang saya dan berhenti mungkin melihat saya mengira kertas-kertas undi (dia tak tahu saya pembangkang), kemudian dengan nada yang tinggi dia menyebut “Teruk! teruk! macam mana boleh jadi macam ni!!”,

    Saya menoleh ke belakang kerana ingatkan dia menegur saya, rupa-rupanya dia cuma berseloroh sorang-sorong sambil menggaru kepala. Pada election semester tu, parti dia kalah teruk. Saya dapat bayangkan betapa banyak duit yang telah HEP habis untuk geng aspirasi kerajaan ni.

    Lepas kalah teruk tu, tak nampak lagi budak-budak aspirasi dok bertenggek di pejabat HEP. Kalau tidak sebelum pilihanraya, pejabat HEP penuh dengan muka aspirasi saja, macam la kakitangan2 dalam tu saudara mara depa.

    Untuk mahasiswa, teruskan perjuangan dan hadirkan diri dalam usrah kerana usrahlah pemangkin pilihanraya bukannya pilihanraya pemangkin usrah.

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

July 2007
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031