13
Jul
07

Program Ceramah Perdana Kemerdekaan 13 Julai 2007

JADUAL LENGKAP CERAMAH PERDANA KEMERDEKAAN PARLIMEN PASIR SALAK
13 JULAI 2007 (JUMAAT)

9.00 malam - Tayangan Video Reformasi

9.10 malam - Bacaan Doa

9.15 malam - Deklamasi Sajak oleh HMS Bakar

9.20 malam - Ucapan Aluan YBhg. Ust. Mustafa Shaari (YDP PAS Pasir Salak)

9.30 malam - Ucapan Aluan & Ceramah YBhg. Sdr. Mustaffa Kamil Ayub
(Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat merangkap Pemangku Ketua
Bahagian keADILan Pasir Salak)

9.45 malam - Ceramah YBhg. Tuan Haji Ismail Yusop (Pengerusi Perhubungan keADILan Negeri Perak)

10.00 malam - Ceramah YBhg. Ust. Ahmad Awang (Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Perak)

10.30 malam - Penyerahan Sijil JDM dan Borang Keahlian ahli baru keADILan serta Pelancaran Gerak Kerja PRU-12 Parlimen Pasir Salak

10.40 malam - Ceramah Perdana Kemerdekaan YABhg. Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Parti Keadilan Rakyat)

12.00 malam - Majlis Bersurai


6 Responses to “Program Ceramah Perdana Kemerdekaan 13 Julai 2007”


  1. 1 cokelat Jul 13th, 2007 at 2:55 pm

    Dato’ Seri yang dikasihi….

    Disini nostalgia Sumpah Keramat Pemuda Keadilan pada tahun 2000 di bawah pimpinan Sdr. Mohamad Ezam Mohd Nor.

    Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

    Menyedari, Negara Terus Dilanda Kezaliman

    Menginsafi, Umat Perlukan Perubahan

    Mengakui, Keadilan Mesti Ditegakkan

    Maka – atas nama kemuliaan dan perjuangan

    Atas nama kesucian agama

    Atas nama kedaulatan negara

    Atas nama kehormatan Rakyat Jelata

    Kami bersumpah – Selagi ada bulan dan matahari

    Selagi hayat dikandung badan

    Keadilan tetap kami pertahankan

    Kebenaran tetap kami tegakkan

    Kezaliman tetap kami benamkan

    Pembohongan dan Sandiwara tetap kami hancurkan

    Jiwa dan nyawa kami taruhkan

    Inilah sumpah kami

    Sumpah Keramat, Pemuda keADILan

    Reformasi! Reformasi! Reformasi!

    (Ya Allah berdasarkan sumpah diatas ku mohon pada mu berilah petunjuk dan hidayah kpd sdr. ku Ezam. AMIN)

    Reply

  2. 2 cokelat Jul 13th, 2007 at 3:21 pm

    Sdr/sdri yang dikasihi….

    Ini tulisan Januari 1, 2006 di MalaysiaToday.

    Saya harap semua AMK menghayatinya semula.

    http://www.malaysia-today.net/Blog-s/2006_01_01_MT_surat_archive.htm

    Reply

  3. 3 akureform Jul 13th, 2007 at 4:00 pm

    kepada mereka (UMNO, PAS, PKR & NGO) yang hebat mengkritik kepimpinan DSAI, disilakan berhadapan dan berhujah dgn beliau pada malam ni. saya nak dengar!!!

    Reply

  4. 4 mohd Jul 13th, 2007 at 4:22 pm

    mudah-mudahan majlis pada malam ini berjalan dengan lancar.

    Reply

  5. 5 akureform Jul 13th, 2007 at 4:24 pm

    diharap sdr saifuddin nasution lebih kerap kehadapan. fakta ucapan sdr tidak ada tandingannya. sebagai contoh debat diTV9, dilihat bong mokhtar jadi tak tentu arah serta hilang perhatian diatas hujah yang sdr lontarkan. saya sekeluarga tergelak melihat sdr bong yang akhirnya seperti pak lawak!!!

    Reply

  6. 6 jaga Jul 13th, 2007 at 4:24 pm

    just so so

    Reply

Leave a Reply