Hari ini, Nathaniel Tan, yang merupakan setiausaha saya sebagai Pengerusi Yayasan Masa Hadapan (Foundation For The Future) telah ditahan oleh tiga orang polis berpakaian preman. Pegawai tersebut tidak memperkenalkan diri mereka dan menunjukkan sebarang pengenalan hanya memaklumkan bahawa mereka daripada Cawangan Khas dan meminta Nathaniel untuk mengikut mereka dan membawa komputer riba beliau bersama.
Saya sangat mengecam penahanan Nathaniel oleh pihak polis Malaysia. Nathaniel, 27, merupakan graduan Universiti Harvard dan menetap di Kuala Lumpur, sebelum ini aktif menyertai beberapa aktiviti sukarela dan kemanusiaan di Acheh, Indonesia dan Sierra Leone, di mana beliau juga aktif berpartisipasi bersama beberapa pertubuhan hak asasi di Malaysia.
(more…)





Minggu lalu saya dihubungi mantan Setiausaha Agung PBB Kofi Annan agar dapat bersarapan pagi di Carcosa Seri Negara, KL sempena lawatannya ke KL. Pertemuan harus tertutup dengan keluarga. Maka pagi tadi saya, Azizah dan Nurul Izzah sempat bersamanya selama lebih satu jam.










