12
Jul
07

Jangan Bingung Melayan Propaganda Picisan Umno

Khabar angin bertiup kencang. Media milik Umno-BN meratap dengan mantra sama, mengangkat darjat perasuah dan bernafsu menghumban pembangkang.

Poster dan kain rentang simbol dacing yang dicetak di negara China dan Indonesia yang menelan belanja ratusan juta ringgit sudah pun muncul di Perlabuhan Kelang, Pulau Pinang dan Kuching,Sarawak.

Ada teman yang turut bingung. Maklumlah pukulan bertalu-talu. Semua saluran tv dan media, selain media rasmi, disebut Media Prima – syarikat milik Umno dan kroni.

Kinilah masanya untuk masing-masing menunjuk taring, hentam sekuatnya. Ada yang membantai kasar, melambangkan kedangkalan ilmu diri. Ada yang berlagak gaya sarjana, mengulas isu yang dikira canggih, termasuk Dasar Ekonomi Baru.

Namun sukar disangkal kesediaan mereka menjadi perkakas. Gagah perkasa menyerang pembangkang tetapi kecut bagaikan tikus tatkala dipersoal mengenai kes pembunuhan Altantuya, rompakan khazanah negara, termasuk atas nama dasar bumiputra, runtuhnya akhlak masyarakat dan hilangnya daya saing negara.

Aneh sekali, jelas saya. Mengapa harus bingung? Singkap dan belek lembaran sejarah. Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar meninggalkan parti dan menubuhkan IMP dan Parti Negara. Dua presiden (Yang Dipertua) Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien Onn berpaling daripada Umno. Tunku Abdul Rahman berkempen menentang Umno dan BN yang dianggapnya mengkhianati perjuangan asal.

Gejala tersebut turut dialami Pas dengan keputusan Haji Ahmad Fuad, YDP pertama PAS menyertai Umno dan Dato’ Asri Hj Muda meninggalkan PAS dengan percubaan menghidupkan Hizbul Muslimin.

Justeru sepanjang satu tahun lalu saya menjadikan tema – memahami kerangka perjuangan, asas reformasi dan Peristiharan Permatang Pauh. Seandainya ini difahami, masalah dapat dileraikan, serangan media dapat ditepis, fitnah ditangkis.

Kembali kapada persoalan teman saya tadi. Apa yang harus kita lakukan? Ayuh, mari melangkah dan jangan sekadar merenung dan terus mengelamun. Jika kita asyik melayan andaian, nanti tanpa noktah dan kesudahan.

Teman saya kemudiannya lebih bermaya, nadanya meningkat. giliran beliau memberi saranan, bunyinya mirip arahan.

“Saudara Anwar perlu secara terang dan tegas mengajak kalangan yang sedar dalam masyarakat yang kini banyak mengeluh dan membebel supaya tampil ke gelanggang. Saat ini kritikal dan mencabar. Lebih ramai yang harus mara menzahirkan pendirian dan berjuang.”

Saya sahut gesaan tersebut, mudah-mudahan dipermudahkan, InshaAllah.

ANWAR IBRAHIM


26 Responses to “Jangan Bingung Melayan Propaganda Picisan Umno”


  1. 1 umnoputra Jul 4th, 2007 at 2:12 pm

    Semalam saya menonton rancangan debat perdana di TV1. Panelis terdiri dari Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir, wakil Parlimen Muar YB Dato Razali Ibrahim dan Pengerusi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad.

    Sebagai bumiputra yang banyak mendapat habuan daripada kerajaan, saya agak kecewa dengan cubaan dan sikap setengah-setengah pihak yang menyentuh dan memburukkan DEB.

    Walaubagaimanapun, setelah melihat program semalam dan memikirkan kembali pengalaman saya dalam mendapatkan projek-projek bumiputra, timbul juga perasaan bahawa DEB ini di salahgunakan oleh pihak berkuasa. Bukan sekadar sedikit tetapi duit yang diterima digunakan untuk menyara hidup mereka tanpa segan silu, dan diberikan kepada golongan yang bergelar umno sahaja. Bahkan bukan umno sebarangan tetapi umno elit. Kontraktor kecil termangu-mangu mendapatkan kais yang dikaut oleh kompeni gergasi. Kalau dah gergasi tu biarlah yang kecil pula diberi peluang!

    Orang melayu enggan berdepan dengan realiti masa sekarang!

    Reply

  2. 2 brain Jul 4th, 2007 at 2:28 pm

    I thought Dr Dzul did well in the show, seeing that he was up against two UMNO reps and the chairman (Dato Johan Jaafar) himself. Clearly the chairman was bias, interrupting and putting Dr Dzul in a tight situation. But kudos to him, especially regarding the point on the Gini coefficient. Intra ethnic division between rich and poor malays is worse now, but seems to be a little known fact until Dr Dzul brought it up. Good thing that DEB being discussed openly now, DSAI’s view on DEB is taken very seriously by UMNO.

    Reply

  3. 3 bernama Jul 4th, 2007 at 2:37 pm

    Saya harap DSAI diberi peluang untuk berdebat secara matang di TV. Mudah untuk rakyat menilai yang hak dan yang batil. Tak tahulah kalau Zam berani atau tidak…rasanya tak berani.

    Reply

  4. 4 salut78 Jul 4th, 2007 at 2:56 pm

    Sedarkah kita bahawa mentaliti orang melayu amat lemah? Perasankah kita bahawa orang melayu tiada daya saing? Tidak dapat berdiri tanpa umno?

    Kurang membaca, kurang motivasi dan feudalistik?

    Kurang membaca? kenapa umno tidak melaksanakan projek yang menguntungkan dan memperkasakan daya fikir rakyat? dimanakah perginya perpustakaan di setiap daerah?

    feudelistik? kenapa umno membiarkan orang melayu bersikap tunduk kepada kuasa, tidak berani berkata yang benar, adakah umno itu lebih mulia dan lebih agung dari prinsip aqidah Islam sendiri?

    Reply

  5. 5 niknazmi Jul 4th, 2007 at 3:37 pm

    Kita hormati pengorbanan tokoh-tokoh sebelum ini, tetapi yang lebih besar ialah prinsip perjuangan.

    Kalau kita semua mainkan peranan, perjuangan ini pasti akan terasa lebih mudah untuk dipikul bersama.

    Reply

  6. 6 kz ahmad Jul 4th, 2007 at 4:03 pm

    Saya tidak menonton rancangan debat itu, tetapi siapa bijak bukanlah perkara pokok untuk diambil.

    Perkara pokok adalah Melayu sendiri mesti merubah menjadi bangsa yang berbicara tentang hak mereka.

    Melayu mesti dididik menjadi bangsa yang bertanya kepada pemimpin mereka.

    Melayu mesti bangkit dan bersuara mewakili kelompok mereka sendiri dan bukan menyerahkan bulat-bulat suara mereka kepada pemimpin.

    Pada hari ini, DEB memang jelas mengenyangkan pemimpin UMNO dan Bumiputera UMNO bermula diperingkat Bahagian. Keluhan ini memang datang sendiri dari ahli-ahli UMNO yang sentiasa berusaha menjalankan perniagaan secara terhormat dan berdikari.

    Tetapi apakah kita hendak menghapuskan DEB disebabkan isu ini?

    Untuk mengubah dan memberikan tekanan kepada senario sekarang, ahli/masyarakat, kumpulan kumpulan kecil peniaga harus bersuara mewakili diri mereka sendiri. Tidak boleh lagi menyerahkan semua suara mereka kepada pemimpin kerana sudah pasti pemimpin mereka akan menutup suara itu.

    Bersuara untuk kebaikan umat..Apakah itu salah?

    Sekian

    Reply

  7. 7 Utopia Jul 4th, 2007 at 8:51 pm

    DEB memang satu dasar yang ketinggalan zaman.

    DEB merupakan satu polisi yang menghapuskan segala persaingan secara adil antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumiputera. Malah kaum bumiputera sendiri juga tidak mampu bersaing dengan kaum UMNOputra kerana dasar DEB. Jika tidak wujudnya persaingan, manusia tidak akan berusaha untuk memajukan diri sendiri, ia adalah sifat manusia yang tidak boleh dipertikaikan. Lama-kelamaan kita akan ketinggalan. Sebagaimana yang DS Mahatir dan DS Badawi pernah berkata, “Jika setiap hari kita menggunakan tongkat untuk berjalan, lama-kelamaan, kita tidak boleh berjalan tanpa mengunnakan tongkat.” Tetapi apa perubahan yang telah mereka lakukan untuk memperbaiki situasi ini?

    Dalam ekonomi antarabangsa, DEB tidak wujud. Tidak wujudnya pengagihan ekonomi kepada Malaysia berdasarkan kuota ataupun peratusan tertentu. Jika kita tidak mampu bersaing dalam arena antarabangsa, kita hanya akan tenggelam. Jika ekonomi negara merosot, tidak kira apa kaum jua yang menguasai peratusan ekonomi yang lebih tinggi, kita semua akan merasai kesusahan yang bakal menimpa.

    Dasar DEB tidak adil, tidak berkesan dan bersifat menindas kaum minoriti. Contohnya, seorang jutawan bumiputra yang memiliki 20 buah rumah boleh menikmati harga potongan apabila dia membeli rumah ke-21nya. Seorang penoreh getah India tidak menikmati sebarang bantuan untuk membeli rumah kos rendah pertamanya. Adakah dasar sebegini mencontohi ajaran Islam?

    Golongan kaya sahaja yang diperkayakan lagi (lebih tepat lagi, golongan UMNOputra), golongan miskin tidak berpeluang untuk menikmati manfaatnya. Yang lebih merisaukan ialah DEB menindas golongan miskin yang bukan bumiputera.

    Kerajaan kita (BN), tidak mempunyai minat langsung untuk membasmi kemiskinan di negara kita. Ini jelas kelihatan apabila kerajaan menolak permintaan gaji minima yang dicadangkan baru-baru ini apabila jelas kelihatan jurang kekayaan antara masyarakat di Malaysia semakin besar. Bukankah sebahagian besar daripada mereka yang berpendapatan rendah adalah kaum bumiputera?

    Tidak kira Melayu, Cina, India ataupun Orang Asli, kita semua lahir di Malaysia dan akan mati di Malaysia juga. Kita semua memegang kad pengenalan Malaysia. Kita semuanya rakyat Malaysia. Mengapa harus wujudnya dasar yang membahagikan rakyat Malaysia mengikut kaum-kaum tertentu? Itukah cara untuk memupuk perpaduan dan memajukan Malaysia? Lebih-lebih lagi dasar sebegini hanya diperalatkan oleh mereka yang berkuasa demi manfaat sendiri…

    Reply

  8. 8 zam Jul 9th, 2007 at 4:29 pm

    Asalamualaikum Dato Seri, mungkin Dato tak ingat tetapi saya pernah bertugas dibawah Dato ketika era Dato memegang Bahagian Bagan dahulu. Cuma saya nak katakan disini… dengan PKR Dato tak mampu buat perubahan dalam Malaysia…kecuali Dato mengubah Malaysia melalui UMNO sahaja… sekian TQ

    Reply

  9. 9 cokelat Jul 9th, 2007 at 7:30 pm

    Sdr. Zam yang dihormati..

    Betullah itu en. Zam oiii… Anwar sorang mana boleh nak ubah Malaysia.

    Nak ubah Malaysia ni seluruh rakyat Malaysia termasuk En. Zam yang boleh ubah.

    Tapi kalau mentaliti macam en.Zam ini hanya UMNO segala-galanya…..saya rasa dunia dah nak kiamat.

    Usaha, azam dan ikhtiar mesti ada. Urusan perubahan manusia itu urusan Allah.

    Nabi berdakwah pun ambil masa 23 tahun.

    Reply

  10. 10 ADIhamka Jul 9th, 2007 at 9:51 pm

    Sdr Zam,
    50 tahun ruang diberi pada Umno,kenapa masih bangga dengan kegagalan DEB yang diwar-warkan mereka?
    pendekatan PKR lebih inklusif, yang susah ditolong, yang senang menolong.

    Reply

  11. 11 UMnoMore Jul 12th, 2007 at 10:41 am

    Zam, takkan nak suruh sejarah berulang? apa punya pemikiran la..

    Reply

  12. 12 RahimiOsman Jul 12th, 2007 at 10:48 am

    Zam,
    PAS berjaya mengubah sedikit sebanyak kaum Melayu khususnya bumiputera di Malaysia, walaupun PAS tidak pernah membentuk sebuah kerajaan persekutuan.

    Masa untuk perubahan, dan perubahan tidak datang sekelip mata. Walaupun kesannya hanya dapat dilihat dalam 1-2 dekad lagi, ianya tetap perubahan.

    Kalau nak ubah Malaysia melalui UMNO, rasanya kita semua tahu betapa UMNO tu dah diibratkan parti perompak duit rakyat. Boleh kot ubah Malaysia melalui UMNO, ubah jadi lebih teruk… mungkin boleh jadi Bosnia? :)

    Reply

  13. 13 akuygtaktahuapa.. Jul 12th, 2007 at 10:51 am

    En. Zam…
    Umno dulu ok…mcm kereta baru..
    skang dah rosak, kene repair…
    repair pon tak boleh, kene overhaul…
    overhaul pon tak bleh jugak…dah rosak teruk..

    itu pasal DSAI tukar kereta baru…..
    kalau tak percaya, tanya DSAI sendiri..dia pon ajak
    kawan2 umnonya tukar kereta skali…
    Yang penting, menuju ke depan..

    Reply

  14. 14 MJ Jul 12th, 2007 at 10:57 am

    Go ANWAR GO! YOU HAVE THE SUPPORT.

    Reply

  15. 15 akuygtaktahuapa.. Jul 12th, 2007 at 11:00 am

    aku ni bukan tau apa psl politik sgt pon… bab agama pon sama jugak….

    cuma KEBOSANAN aku kat goverment skang (setelah 50 tahun perintah) dah di tahap yg tepu…
    malas nak komplen itu ini psl gomen dan jugak psl politik…

    DSAI kata dia boleh bawak perubahan? BAIK! aku bagi peluang utk next election, aku undi parti PAS/PKR..
    then kita tgk apa perubahan yg di bawa..
    tak payah la kita nak kutuk itu ini… tapi pendedahan harus ada….
    Yang penting bijak ketika menjadi hakim (mengundi)

    Diriku tak semurah jalan yg di tar setiap kali pilihanraya (ampang/keramat dah sibuk tar jalan weh..)

    Tak semurah kain batik/pelikat yg diberi (kat Trganu slalu dpt nih..)

    Tak semurah duit dan baju yg diberi ketika pilihanraya…

    Orang bagi..aku ambikkk…time mngundi…aku pangkahhhh…pangkah sapa?

    Aku tetap bersama kempimpinan Ulama’

    Reply

  16. 16 DeathScythe Jul 12th, 2007 at 11:21 am

    hanya org bodoh yang melihat kezaliman oleh pemerintah tanpa buat aper2… janji mereka dapat hidup senang… mereka tahu tentang kezaliman pemerintah, tapi duduk buat bodoh aje? ahahaha! kesian… rakyat takde tempat bersuara… hanya jalanan dan akhbar pembangkang yang jadi medium untuk bersuara… bila KJ buat demontrasi boleh pulak… takdenye FRU nak sepak terajang diorg… kenapa yeh? ahahhaha! marilah kita ketawa untuk realiti yang tak dipandang ini…

    Reply

  17. 17 muaz Jul 12th, 2007 at 11:23 am

    nape rakyat kita bodo sangat nie.Dpt dut ckit…dah kata bersyukur apa yang ada..tak nampak parkara sonsang dalam kerajaan kita….buka mata ..buka minda…dengar pendapat dari kedua2 belah pihak dan buat keputusan yang terbaik dalam pru nanti…

    Reply

  18. 18 Adi Putra Jul 12th, 2007 at 11:25 am

    Anwar Ibrahim is the best hope for Malaysia’s future as Prime Minister.A brave and dynamic leader.

    Reply

  19. 19 emilia toi Jul 12th, 2007 at 11:28 am

    Anwar Ibrahim is one leader fit to be Prime Minister of Malaysia to replace the corrupt,scandalous & greedy BN Government

    Reply

  20. 20 Dekwan Jul 12th, 2007 at 11:29 am

    anwar ibrahim pembela nasib rakyat!!!
    teruskan perjuanganmu wahai wira bangsa

    Reply

  21. 21 razorblade Jul 12th, 2007 at 1:18 pm

    my favourite quote of all-time.

    “UMNO is rotten to the core.” – By Dato’ Seri.

    Jatuhkan para-para lahanat pengkhianat bangsa dan agama tuh.

    Reply

  22. 22 burunghantu Jul 12th, 2007 at 1:48 pm

    Takkan berani Zam Maidin menjemput DSAI, percayalah… jika ada pembangkang dijemput peluang untuk berkata pasti akan dicelah dan dipotong…

    Reply

  23. 23 Cucu Hashim Gera Jul 13th, 2007 at 11:34 am

    Terbaca surat Penyokong BN
    Tak kuasa melayan ejen gomen
    Tertawa kita berdekah-dekah
    Pantun seloka jadi sedekah

    Menara Berkembar, Putrajaya
    Kebanggaan BN, Petronas yang biaya
    Harta amanah jadi inaia
    Ikutkan nafsu bekas memanda

    Pujian boleh dijadikan sajian?
    Tangki kereta boleh isikan?
    Ibarat kadok naik junjung
    Macam baru keluar tempurung

    Samy Vellu jadi pujaan
    Jambatan retak cerita rekaan?
    Rafidah memanglah bawa pelaburan
    Untuk rakyatkah, untuk kawan?

    Kalau Pak Lah ulama pintar
    Sampai boleh ajar Al-Azhar?
    Apa hukumnya pembaziran?
    Apa balanya penipuan?

    Bila ditegur, dituduhnya pembangkang
    Suka dipuji hidungnya kembang
    Susukan kera, anak tersadai
    Ayam menang kampung tergadai

    Reply

  24. 24 cokelat Jul 18th, 2007 at 5:50 pm
  25. 25 mj junior Aug 25th, 2007 at 11:39 am

    SELAMAT HARI MERDEKA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA…BSAMA2 KITA MENGEKALKAN KEMERDEKAAN INI. NAMUN JGN KITA LUPA, KEMERDEKAAN HARI INI BUKAN UNTUK SELAMANYA…ENTAH BILA KITA AKAN DIJEMPUT MENGADAPNYA…ALLAHUAKBAR!

    Reply

  1. 1 Talqin Buat PKR: Belum Sampai Masanya « Dengan Izin… Pingback on Jul 22nd, 2007 at 11:59 pm

Leave a Reply