06
Jul
07

Pemberian Kontrak Cetak Matawang RM600 Juta: Pak Lah Digesa Jawab

Saya menerima maklumat mengenai kontrak percetakan matawang menimbulkan satu lagi tandatanya yang besar terhadap komitmen YAB Perdana Menteri untuk membanteras rasuah di negara kita.

Sebuah syarikat baru, Focus menerima kontrak mencetak matawang negara kita melalui pinjaman sebanyak RM600 juta daripada Bank Pembangunan.

Perkembangan ini membangkitkan beberapa persoalan: adakah keputusan ini dipersetujui Bank Negara Malaysia? Adakah syarikat baru ini dapat menjamin keselamatan matawang kita di dalam negara dan pasaran antarabangsa?

Saya prihatin kerana pertama, kontrak sebegini sewajarnya dikendalikan Bank Negara Malaysia yang mempunyai rekod yang baik dalam mengurus percetakan matawang mengikut prosedur sedia ada. Kedua, kita khuatir tindakan kerajaan menetapkan syarikat tempatan yang belum teruji dicurigai akan menjejaskan keyakinan ramai dan membuka ruang akan kemungkinan wujudnya penipuan. Kontrak sepenting ini seharusnya diberikan secara telus mengikut prosedur-prosedur sedia ada demi menjaga keselamatan dan integriti kewangan negara.

ANWAR IBRAHIM


9 Responses to “Pemberian Kontrak Cetak Matawang RM600 Juta: Pak Lah Digesa Jawab”


  1. 1 TarakNama Jul 7th, 2007 at 12:26 am

    Alhamdulillah…
    lama jugak rasanya dok tunggu peluru
    menghala ke PAK LAH nie….

    biaq semua kena tembak kalau boleh
    biaq banyak bijik peluru sikit….

  2. 2 umnoputra Jul 7th, 2007 at 1:58 pm

    Ye lah, mestilah bagi kat kaum kerabat umno, itukan hak barisan. Sebagai kerajaan, umno mempunyai hak untuk mencetak duit untuk parti. Kita perlu sedar bahawa hak umno itu melebihi kuasa Bank Negara, undang-undang negara dan kepentingan rakyat marhain. Tak perlu kita bicara tentang prosedur ke, keselamatan negara ke, yang penting umno dan sekutunya dapat 600 juta untuk kestabilan dan kemakmuran parti. Tetapi, yang nak saya tanya ialah bagi sedikit kat kami ni yang bukan golongan umno elit, kenapa nak sapu semua sekali?

  3. 3 salut78 Jul 7th, 2007 at 11:49 pm

    Baguslah orang umno, gadaikan saje maruah anda. Oops silap…orang umno mana ada maruah pun.

    Kalau duit punye fasal mak bapak pun bakal dijual.

  4. 4 umnoputra Jul 7th, 2007 at 11:57 pm

    Eh Salut78…takkan aku nak jual mak bapak aku. Aku tunggu diorang gol lah, dapat jugak duit. Sementara diorang belum gol, aku kena cari makan untuk hidup, umno tempat ku mengadu.

  5. 5 gokumie05 Jul 8th, 2007 at 2:16 am

    Asskm…

    Wahai saudari putra…di sini kami sepakat masih lagi dalam menuntut keadilan yg sekian pudar di negara kita…manusia yg semacam saudari nie harus memikirkan masa yang akan berlalu dan peralih tangan pada cucu dan cicit saudari…jadi jadi lah manusia yang berguna demi kesejahteraan cucu cicit kita akan datang….tapi jangan saudari lupa akan keazaman kami dibawah pimpinan DSAI yang mahukan kesejahteraan didalm negara kita…dan juga harus saudari ingat bahawa negara ini juga adalah milik kita/rakyat bersama….bukan nya hak sepenuhnya utuk umno…

    P/S:Kita semakin undur jauh kebelakang dan saudari adalah org yg semakin mundur sekarang…mari lah kita sama2 kaum dalam membanteras kegiatan haram yg berlaku di negara kita dibawah kepimpinan yg tidak jujur ini..

    Insayaalah…saya percaya TUHAN sentiasa bersama di pihak yang benar…AmIN

  6. 6 bernama Jul 8th, 2007 at 11:22 am

    Orang melayu umno ini tidak ada perasaan bencikan kemungkaran.

    Setakat cintakan duit. Tidak ubah seperti orang yahudi.

  7. 7 Alias Dasuki Jul 9th, 2007 at 12:34 pm

    “Focus” yang mana ni ? Jangan kerabat “Focus” yang banyak buat taik di Bank Bumi dulu tu sudahlah !!! Kalau yang itu, hanya Danaharta yang dapat tutup baunya. Walau pun begitu, tentu masih ada baki bau tu kalau dikorek. Lebih-lebih lagi kalau rekod lama Bank Bumi yang dikorek !!!

  8. 8 Alias Dasuki Jul 9th, 2007 at 7:03 pm

    Tolong perbetulkan ayat ke2 seterusnya dengan “Jangan ‘Focus’ yang kerabatnya banyak buat taik di Bank Bumi dulu tu sudahlah !!! Kalau yang itu elok dibacakan saja talqin awal-awal terhadap pinjaman RM600juta tu.” TK

  1. 1 Buat Sahabatku, Farrel… « Dengan Izin… Pingback on Jul 17th, 2007 at 11:39 am

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

July 2007
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031