Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini untuk mengenepikan saman fitnah terhadap Dr. Mahathir Mohamed tanpa membenarkannya dibawa ke perbicaraan terbuka jelas sekali suatu ketidakadilan yang nyata terhadap diri saya, keluarga saya dan rakan-rakan saya. Keputusan ini juga menggambarkan kedudukan keadilan di Malaysia.
Di dalam mencapai keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Tengku Maimun Tuan Mat telah memilih untuk tidak mengendahkan hujah-hujah perundangan yang saya bentangkan kepada mahkamah untuk memberikan sebab mengapa Dr. Mahathir mesti menjawab saman saya kerana membuat kenyataan liar dan berniat jahat terhadap peribadi saya.
Di atas sebab-sebab itu membuatkan saya terpaksa menyatakan keputusan ini langsung tiada nilai perundangan.
Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk memfailkan rayuan serta-merta.
ANWAR IBRAHIM
















It’s amazing how a PM calling defaming his one time Deputy can be argued as “making a statement for the public’s interest”…as printed in The Star
It’s sickening and uncalled for.
Askm.DSAI
Melihatkan keputusan mahkamah saudara dulu sebagai rujukan; saya langsung tidak berprasangka sesuatu yang positif lahir dari mereka.Gerakkan perlawanan yang lebih menekan, maka kesungguhan boleh di buat penilaian oleh rakyat.
Mengenai Ezam - saya sedikit terguris.Apakah yang ada di dalam benak fikirannya?; fikir saya keseorangan.Menelaah beberapa artikel dalam akhbar termasuk kehadiran beliau bertemu rakan-rakan PAS, saya mulai berkira-kira; kita kini punyai tentangan dari pelbagai sudut sekarang ini.Termasuk PAS sendiri!Mungkin saudara Anwar tak dapat melihat dengan jelas kesan ini(Ezam keluar PKR)sementelah saudara sangat sibuk menguruskan jadual kerja harian, mahu tidak mahu rakyat mulai membuat pertimbangan yang pada fikiran mereka rasional yakni; saudara dan pimpinan di sekeliling saudara mungkin sedang membuat salah perkiraan! “..Yang pergi hati tak senang, yang tinggal hati tak elok..”
Muhasabah diri. Itulah yang berat dan kadang-kadang boleh mengecewakan, tapi ianya makanan hakiki dalam perjuangan.Apapun yang datang dan sesiapa yang berkira-kira mahu melabuhkan semangat berjuang, saya dan rakyat terbanyak tidak sedikit pun rasa tersentak.Mengubah haluan perjuangan dan menginjak diri dari semangat menuntut perubahan bukan minat kami.Setia dan cinta pada perjuangan untuk rakyat adalah nikmat yang melampaui batasan! “Mati itu suatu kebahagian, ia hanya menjadi beban kepada sesiapa yang tidak bersedia untuk merasainya!”
Wary Lanang
Shah Alam
Tun memang tak berani.
Apa2 pun selamat berjuang DSAI.
Inilah hakikatnya perundangan di Malaysia.
Pemerintah menggunakan undang-undang untuk kepentingan mereka. Rakyat biasa buat salah dihukum tapi jika pemerintah dan juak-juaknya buat salah hakim yang majoritinya takut kepada pemerintah akan melepaskan mereka .
Perjuangan masih jauh bagi menyedarkan rakyat agar menukar pemerintah yang korup.
TDM tidak akan berubah & berganjak atas fitnahnya terhadap DSAI. Skrg mahkamah tlh memberi kemenangan luar biasa kpdnya selepas menangnya Eric Chia. Kita perlu ingat bahawa TDM adalah pengasas kpd keruntuhan sistem perundangan & keadilan di negara ini.
Inilah buktinya bahawa Sistem Demokrasi pun bukan baik sangat…. kalau pandai menggunakannya.
Semua orang BN…. so, macam mana nak adil?
Di Malaysia….. Kerajaan tak Demokrasi….
Tengok ahli-ahli BN…. setiap dasar mesti sokong… tak kira baik-buruk kepada rakyat.
tengok MCA dan Gerakan macam lembu ditarik hidung….. semua tak berani buka mulut walupun diri tak sedap hati…. takut hilang jawatan menteri……
Sistem Malaysia lebih kepada Ditaktor dalam Demokrasi….. semua salah rakyat beri lebih 2/3 undi kepada BN…. rakyat yang baig kekayaan kepada BN dan memiskinkan diri sendiri. Ramai rakyat dah sedar…. musuh utama datang dari UMNO…. tapi masih tak berupaya.
Kerana inilah akhirnya…. suatu hari…….. BN akan tumbang semua juga… Sejarah dunia dah buktikan.. tapi kena tunggu… tak tau sampai bila…. Mungkin kita sedang tunggu seorang wira atau angel turun ke Malaysia untuk lawan syaitan.
Malaysia dah merosot… ini hakikatnya…. undang-undang bukan untuk melindungi rakyat lagi…. ia digunakan untuk melindungi BN sendiri..
Rakyat yang susah. Raja dan Sultan yang hilang kuasa.. tak ada orang boleh tolong lagi rakyat…… hanya harap rakyat dah bangun dari tidur….. Gula-gula yang dibagi boleh diambil.. tapi jangan dipergunakan untuk mengkayakan UMNO sahaja.
Cuma kita harap kali ini Tuhan melindungi Keadilan dan DAP serta pembangkan lain……. lawan syaitan yang tidak memenuhi tanggungjawab sebagai kerajaan untuk jaga rakyat, sebaliknya pandai mengubal undang-undang untuk menyusahkan rakyat.
Unfortunately Malaysians are not trained to think. The intelligence of the average Malaysian has deteriorated to a level of a primary school kid. Tun’s arguments is comparable to a school kid’s thought process, and the judge’s ruling is similarly daft. What the heck is wrong with our country?
Just to let you know, Datuk Seri, I had nothing to do with the 22 high level people who quit your Shah Alam branch, and I don’t think Ezam had a hand in it either.
dato seri,
tidakkah dato seri terasa untuk melupakan perkara ini. Dato seri selalu berpesan supaya memandang kerangka agenda besar. agenda besar sekarang adahalah UMNO/BN, Pak Lah, Najib dan sekutu2 mereka. Tun Mahathir bukan lagi lawan kita..
jika dato seri boleh memaafkan Tun, itu satu perkara yang baik dan berbudi pekerti. Sedangkan Nabi maafkan umat.
Anda berdua membawa Malaysia ke zaman kegemilangan ketika berganding bahu dahulu.
wallahuaklam..
Takpelah kalau kalah. Tapi biarlah diberi peluang untuk membentangkan hujah-hujah dan bukti2 kita dulu.Kalau mahkamah terus menolak untuk mendengar kes, tentulah sesiapa pun akan berasa tak puas hati. Macam anak2 yang bergaduh. Abang gaduh dengan adik. Si emak kenalah dengar hujah adik dan abang dulu. Tak eloklah kalau si emak terus buat keputusan menyokong si abang tanpa mendengar hujah si adik. Kalau emak saya bersikap macam hakim dalam kes ni, tentulah saya pun akan terasa hati. Harap2 sikap begini tidak dibawa ke rumah kerana saya khuatir pembesaran anak2nya akan terjejas.
Saya kurang yakin dengan cadagan dato seri menaikan harga minyak secara berperingkat dahulu..sy pikir dato nak kaburkn mata rakyat tp sekarang baru saya sedar harga minyak naik,semua harga barang naik,tapi bila kerajaan harga turunkan harga minyak,harga barang tak nak turun..so xleh bg harga minyak naik suke2.