03
Jul
07

Perkembangan Terbaru Kes Altantuya

Perkembangan terbaru di dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya Sharibu telah menimbulkan lebih banyak persoalan terhadap keseluruhan perbicaraan tersebut.

Sebaik sahaja pihak pendakwaan membuat permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan Lans Korporal Ronaiza Roslan, hari ini Rohaniza membuat pendedahan mengejutkan bahawa beliau telah diancam untuk ditembak mati sekiranya beliau memberi keterangan dalam perbicaraan Altantuya.

Sebelum ini, salah seorang dari peguambela pihak tertuduh telah mengundur diri dari kes tersebut kerana campurtangan pihak ketiga.

Perkembangan-perkembangan ini telah menghangatkan lagi dakwaan penglibatan tokoh-tokoh penting di dalam kes tersebut, sementara Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah kembali tidak memberi komen mengenai kes tersebut meskipun orang kanannya dan pengawal-pengawal yang ditugaskan melindunginya telah dituduh bertanggungjawab terhadap pembunuhan tersebut disamping dakwaan salah seorang saksi terhadap kewujudan sekeping gambar Altantuya bersama-sama seorang pegawai kerajaan yang berkongsi nama yang sama dengannya.

Saya telah berkali-kali mendesak pihak berkuasa untuk bertindak dengan segera demi memelihara kredibiliti proses perbicaraan kes tersebut memandangkan professionalisme dan kebolehan polis dan Peguam Negara sedang diperhatikan seluruh dunia, namun mereka telah gagal mengambil tindakan yang sewajarnya. Ini merupakan peluang untuk memulihkan maruah negara kita, namun mengapakah setakat ini pihak berkuasa bersungguh-sungguh untuk menggagalkannya?

ANWAR IBRAHIM


6 Responses to “Perkembangan Terbaru Kes Altantuya”


  1. 1 nat Jul 4th, 2007 at 11:24 am

    the growing list of irregularities in this case are truly disturbing :(

    why would the prosecution seek to impeach its own witness?

    if said witness had been impeached, what would happen to the prosecution’s case? are they looking to shoot themselves in the foot?

    so strange! :(

  2. 2 gokumie05 Jul 5th, 2007 at 4:18 am

    Asskm YBDSAI..

    Saya amat terharu dgn apa yg dilanda didalam negara kita sekarang…apakah tindakan yang palaing wajar dan berkesan selain dari pada kita berceloteh sedemikian?

    Rasuan kian menjadi jadi sekarang…rakyat sekarang dihujani dengan hiburan semata mata leka entah kemana…dan kami segolongan yang rakyat yang agak sedar dalam sandiwara politik amat sedih sekali dangan teindakan yang mementingkan periuk nasi masing2….

    Dato Seri..

    Dato adalah harapan dalam pemulihan ini…carilah jalan untuk penyelesaian mungkin apa yang difikir dato kami tak kesampaian…harap2 kita pulih sebelum semakin parah..

    amin..

  3. 3 gokumie05 Jul 5th, 2007 at 4:25 am

    Altantuya vs Malaysia Deputy…

    Dato tiadakah selain media kroni yg dapat menimbulkan nama silahanat ini?

    Kenapa mesti mendiamkan diri sehingga jalan cerita semakin jauh dari apa yg berlaku..seolah2 tiada kesalahan yg dilakukan?

    Saya amat kesal dgn pentadbiran sekarang…tapi apakan daya kami seekor semut bgni…

    SIAPA YG HARUS BERSUARA?

    SIAPA YG BERANI MENENTANG?

    SIAPA YG HARUS MERUBAH SESUATU?

    kami sentiasa menyokong dari belakang dato….tapi mesti ada siapa…

  4. 4 Mani Jul 9th, 2007 at 1:39 pm

    Yesterday during a speech ( TV News 08/Jul) he was so furious over the docotored photograph.

    Why he dont want to say anything on the Imigresen Records was erased !

  5. 5 Petaling Oct 23rd, 2007 at 9:25 am

    Assalamualaikum Datuk Seri,

    Berikut adalah fitnah / dakwaan yang dibuat Najib semasa pilihanraya kecil Ijok, semasa ditemuramah oleh wartawan Kompas Indonesia:

    Para akhir:
    “..Najib berbalik menyerang Anwar. Ia mengaku pernah melihat bahkan menemukan tengkorak di dalam lemari Anwar. “Saya tidak membuka itu karena tidak mau Anwar malu,” ujarnya. (AP/LUK)..” 23 April 2007 [Berita Utama]

    [Ruj. http://www.kompas.com/kompas-cetak/0704/23/utama/3473302.htm ]

    Bagi saya tuduhan ini berat kerana menjangkau liputan diluar negara. Lebih-lebih lagi hubungan baik Datuk Seri dengan pemerintah dan rakyat Indonesia.

  6. 6 Metafora Jun 26th, 2008 at 9:52 am

    Memang dah kerja polis buat kerja macam tu. Nak buat macam mana. Yang pasti ada orang jadi kambing hitam. bukan kes ini je. Takan lupa kes Anwar sendiri pun dari takde barang bukti boleh ada barang bukti. Takda jadi ada lagi susah nak buat berbandig dari ada kepada takde. Saya berani kata kes ini akan tutup begitu saja dan ianya takan melibatkan Najib lansung.

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

July 2007
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031