Pagi Ahad tadi saya sempat berbincang panjang dengan sahabat lama, seorang sarjana, aktivis dan pendukung reformasi. Beliau menggariskan kaedah menjana kemenangan serta keprihatinan yang dilahirkan oleh sebahagian pemerhati politik kota.
Dirumuskan secara ringkas pandangan beliau:
Continue reading ‘Pandangan Ikhlas Seorang Sahabat Lama’
Abdul Gani Patail, Peguam Negara segera membersihkan Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan bekas Ketua Pengarah BPR, Zulkifli Mat Noor dari tuduhan rasuah. Ini merupakan rekod baru dunia. Siasatan dan perlepasan segera. Kaedah menyiasat kok persis gaya mee segera.
Sewajarnya siasatan terhadap tuduhan berat seperti ini lebih teliti dan mengambil masa lama. Namun sepertimana yang dijangka, ia lebih merupakan episod menarik persis drama filem hindi yang melibatkan polis, pendakwa, dan hakim. Dan tentunya media millik Umno-BN. Sekalipun ada pendakwaan, ceriteranya akan selari dengan drama kes rasuah perwaja dan pembunuhan altantuya.
Apa lagi yang boleh kita harapkan dengan ’slogan anti-rasuah’ tajaan mereka?
ANWAR IBRAHIM
Saya ke Pantai Bachok, Kelantan pagi tadi menutup kursus anjuran KeADILan negeri Kelantan untuk pekerja pilihanraya. Saya mengulangi penegasan Saidina Ali Abi Talib bahawa perjuangan yang hak mungkin ditumpaskan kelompok bathil seandainya strategi dan jentera lemah.
Maka saya ucapkan tahniah kepada KeADILan Kelantan kerana berjaya mengumpulkan tenaga lama dan baru termasuk anak-anak muda. Sebelum itu saya menghadhiri perjumpaan dengan pimpinan negeri.
Continue reading ‘Gerak Kerja Pilihanraya KeADILan Semakin Progresif’
Penerbangan MAS ke Kuala Terengganu tertangguh lagi! Sistemnya kian bobrok, mengikut istilah Jawa. Jadual awal saya ke Pulau Duyong di mana projek raksasa Patrick memusnahkan kehidupan nelayan terpaksa dibatal. Tetapi setibanya saya di Lapangan Terbang Kuala Terengganu, Sdr Mustaffa Kamil memberitahu penduduk pulau duyong masih menunggu.
Ratusan penduduk berhimpun dan setelah pengerusi membaca dua rangkap pantun saya terus berucap. Pulau Duyong adalah pusat pembangunan oleh Patrick Lim dan keluarga dan kroni Umno. Saya lahirkan rasa kagum kerana manusia kerdil kampung berani bersama berjuang walaupun diugut untuk membatalkan program.
Continue reading ‘Komitmen Akar Umbi Di Terengganu’
Tatkala di Jakarta saya sempat juga berbincang dengan Bekas Presiden Abdurrahman Wahid. Pada sebelah malamnya, saya telah diminta menghimbau permasalahan yang menimpa umat dengan wakil gerakan Islam dan sarjana. Dialog dipengerusikan tokoh islama Adi Sasono dan dihadhiri di antara lain oleh Dr Siddiq (Dewan Daawah Islamiyah), Bekas menteri Sugianto dan lain-lain. Tan Sri Khalid, Azmin Ali, Mustafa Kamil Ayub dan Ketua AMK Shamsul Iskandar turut serta.
Malam tadi saya maghrib berjemaah bersama tok ayah Sheikh Mahmud di pondok Batu 10. Program di Sungai Chuah adalah bersama DAP. Selesai berucap saya menuju ke Dusun Tua, Hulu Langat menghadhiri program bersama PAS. Dato Dr Zainal menekankan isu bahasa dan pendidikan. Dato Dr Hassan Ali menganggap perhimpunan tersebut yang terbesar di Hulu Langat. Beliau banyak membicaran kelemahan dasar dan pentadbiran di Selangor.
Continue reading ‘Junjung Semangat Merdeka,Rakyat Perlu Lebih Berani’
Saya mengecam tekanan terbaru dari pihak kerajaan dan polis terhadap pengendali laman Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.
Tindakan ke atas Raja Petra ini bermula dengan laporan polis dan disusuli oleh ucapan-ucapan mengkritik pengendali blog oleh beberapa pimpinan UMNO termasuk Dato’ Seri Najib Tun Razak. Ini merupakan siri terbaru tekanan terhadap pengendali laman web dan blog selepas penahanan setiausaha saya Nathaniel Tan baru-baru ini.
Continue reading ‘Umno-BN Kian Celaru Hadapi Pengaruh Blog & Internet’
Daripada Najwan Halimi:
Datuk Seri,
1)Apa komen tuan tentang kemenangan Parti AKP pimpinan Recep T. Erdogan?
2)(Soalan ini mungkin bunyinya agak bodoh): Sejauh mana boleh dibuat perbandingan sistem demokrasi antara sebuah negara “ISLAM†seperti Malaysia (saya merujuk definisi Najib Razak) dengan sebuah negara sekular seperti Turki?
Continue reading ‘Kemenangan PM Erdogan & AKP Membanggakan’
Saya baru kembali setelah dua malam di Jakarta menyertai panel bersama Sdr Amien Rais mengenai pemuda dan peradaban. Amien mengulangi seruan menghayati agenda reformasi indonesia dengan menolak rasuah (korupsi), monopoli dan penjualan aset strategik negara kepada pedagang asing. Sdr Fuad Bawazier, bekas Menteri Kewangan menggariskan prinsip pokok dalam menjayakan globalisasi tanpa mengorbankan kepentingan nasional.
Continue reading ‘Menggembleng Idealisme Generasi Muda’
An interview with DS Anwar Ibrahim is featured in the current issue of CFO Europe.
Anwar Ibrahim
by Janet Kesnar
Throughout much of the 1990s, Anwar Ibrahim was best known among Asia watchers as Malaysia’s heir-apparent to Mahathir Mohamad, the country’s long-standing prime minister who retired in 2003.
Anwar, however, fell from grace in 1998, five years after being appointed deputy prime minister, amid—what many believe—were trumped-up charges of corruption and sodomy. After serving six years in prison, he was freed in 2004. The sodomy charges were dropped, but the corruption charges remain, thereby preventing him from active politics until April 2008. During this period, Anwar, who turns 60 in August, continues to be a formidable presence on his country’s political scene as an adviser to the opposition People’s Justice Party, while dipping into academia and lecturing abroad at Oxford, Johns Hopkins and other universities as a voice of moderate Islam.
Continue reading ‘Interview with Anwar Ibrahim in CFO Europe’
Ada yang masyghul kerana sukar menghadham bacaan dan gagal menghabiskan buku. Andainya begitu mulai dengan buku nipis dan ceritera yang menarik minat. Jadikan membaca dan iqra’ sebagai budaya.
Adakalanya saya membaca beberapa judul silih berganti. Kadangkala mengambil masa lama. Ada juga judul yang terbantut sekerat jalan kerana membosankan. Umpamanya karya Umberto Eco, The Name of The Rose memukau sekali. Tetapi karya berikut dari pengarang yang sama, seorang Profesor Semiotics dari Universiti Bologna berjudul Faucaults Pendulum amat membosankan.
Continue reading ‘Menyemai Budaya Iqra’’
Perjalanan dari Tawau ke Sempoerna dengan landrover mengambil masa lebih dari satu jam. Hj Wahab Ketua Bahagian dan lebih satu ribu penduduk sedang menunggu. Azizah mulakan ucapan dan segera berlepas ke Kunak. Saya menyentuh isu rampasan tanah oleh kerajaan negeri di beberapa kawasan di Sempoerna, masalah rompakan balak, kenaikan harga dan kurang projek pembangunan.
Selesai solat Asar serta minum ringan termasuk hidangan kuih wajid kegemaran saya, saya berlepas ke Kunak mendengar taklimat gerakan pilihanraya
di pejabat KeADILan Kunak. Saya ucapkan selamat berjuang dan menaiki landrover bersama Dr Jeffrey dan Ansari Abdullah. Azizah berlepas bersama
Christina Liew dan Tamrin lebih awal menuju pekan Lahad Datu.
Continue reading ‘Sehari Di Sabah - KeADILan Wadah Terbaik Buat Rakyat Sabah’
Saya sempat meneliti beberapa komen mengenai kononnya aktiviti di Kedah baru-baru ini mendapat sambutan hambar daripada penduduk tempatan, sekaligus menyaksikan kononnya rakyat tidak lagi memberi tumpuan kepada KeADILan.
Mengenai lawatan ke daerah, saya ingin mengulas:
Pertama, sambutan di Pasir Salak hebat sekali, membanjiri padang. Ada yang bertanya bila akan ke Perak. Minggu lalu dong dan inshaAllah minggu
depan di Padang Rengas. Ahli Umno yang curiga jumlah boleh ambil video!
Kedua, sambutan di Merbok hebat. Ya,tidak membanjiri padang kerana di tengah padang dipenuhi air. Tetapi di sebelah hadapan, kanan, dan belakang
petang jumlahnya ribuan. Laporan berita yang memuatkan situasi di Kedah boleh dibaca di Laman Web Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
Hah, mata kaki Umno agak rabun. Nasib baik isteri saya pakar mata! Haha!
ANWAR IBRAHIM
Komen Terkini