AnakMuda memberi komen:
Dato’ Seri,
PAS telahpun mengemukakan kabinet penuh PAS Pusat siap dengan Biro-Biro mereka.Saya perhatikan PKR telah umum kabinet,tetapi belum ada pengerusi perhubungan negeri dan juga Biro-Biro dlm PKR.Baik disegerakan,setidaknya beri sedikit gambaran bahawa PKR ada inisiatif
serius utk masuk PRU.
(2) saya cadangkan supaya PKR giat mengadakan Dialog Manifesto Rakyat bersama dengan masyarakat di semua peringkat.Dapatkan maklum balas daripada rakyat untuk bentuk manifesto.Ayat bombastik pun tak guna kalau tak sentuh keperluan rakyat secara keseluruhan.saya kira penting supaya manifesto PKR nanti menepati apa yang rakyat
mahukan,dan rakyat akan nampak ada kesungguhan PKR utk gantikan BN untuk sistem kerajaan yang lebih baik.
(3) PKR & PAS target PRU bulan 8,bukankah elok wujud kabinet bayangan agar rakyat nampak
keyakinan PAS-PKR utk masuk pilihanraya.
Saya harap agar ada usaha serius daripada pakatan pembangkang dan PKR khususnya untuk menghadapi pilihanraya.buktikan yang kita tak sama macam PM Pak Lah yang bertindak mengikut ‘ilham’ dan ‘mimpi’..
Anak muda,
(i) Perlembagaan KeADILan menuntut diadakan perbincangan dengan Ketua dan wakil-wakil bahagian sebelum diumumkan nama Pengerusi Perhubungan. Hari ini saja saya mengadakan perbincangan dengan wakil Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sementara Tan Sri Khalid di Johor. Esok inshaAllah saya akan berbincang dengan wakil Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan sementara Azizah pula dengan wakil bahagian di Melaka.
Keputusan akan diumumkan untuk mendapatkan pengesahan MPT pada hari ahad, 17 Jun. Keputusan Sabah dan Sarawak akan dibuat minggu depan.
(ii) Deraf manifesto rakyat yang dikemukakan untuk kajian MPT menarik sekali. Isinya padat,lenggok bahasa pula amat menarik.
(iii) Merujuk kabinet bayangan, masih terlalu awal kerana kita perlu membincangkannya dengan teman-teman PAS dan DAP


















