27
Jun
07

Rasuah: Helah Pimpinan Kerajaan Tutup Kebenaran

Saya kini dalam perjalanan pulang melalui Singapura setelah memberikan kenyataan akhbar di Vienna bersama Mary Robinson, bekas Presiden Ireland dan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB serta Penolong Setiausaha Agung PBB. Di sebelah petang saya bersama Vincent Fox bekas Presiden Mexico dan presiden Transperancy International membicarakan mengenai kelunturan keyakinan rakyat terhadap pemerintah kerana merebaknya rasuah serta pentadbiran yang tidak telus.

Mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Agung PBB bahawa lebih satu ratus negara telah menandatangai peristiharan membanteras rasuah, saya menyatakan agar pertubuhan dunia tidak mudah terpedaya dengan pemimpin kerajaan yang rasuah yang pandai berhelah di pentas dunia walhal rasuah merebak dahshat di negara mereka.

Saya menyarankan agar badan dunia menubuh badan pemantau yang berwibawa.

ANWAR IBRAHIM


7 Responses to “Rasuah: Helah Pimpinan Kerajaan Tutup Kebenaran”


  1. 1 wasif Jul 2nd, 2007 at 10:27 am

    salam reformasi…saya telah terbuka laman web berkenaan sejarah pemuda UMNO –

    http://www.geocities.com/pemudapg/sejarah

    …….dan amat pelik dan ajaib laman ini cuba memadamkan sejarah perjuangan DSAI…cuba klik di Bab 4: Kegemilangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ——–lain pula isinya………hahaha

    Reply

  2. 2 niknazmi Jul 2nd, 2007 at 12:00 pm

    Biasalah tu ;)

    Reply

  3. 3 RahimiOsman Jul 2nd, 2007 at 5:30 pm

    haih… :)

    tapi tak perlu cerita pun tak mengapa.. seluruh dunia tahu DSAI memang gemilang!

    Reply

  4. 4 najwan_halimi Jul 2nd, 2007 at 7:37 pm

    Anwar di mata dunia cemerlang, gemilang, terbilang..

    tapi Pak Lah lalang, tembelang, temberang..!

    Reply

    ajih Reply:

    kamu ni bodoh.
    tidak tahu mengenang budi kerajaan..
    kamu dapat sekolah siape yg buat sekolah??
    kamu hidup di atas bumi malaysia ni saper yg bg kesenangan??
    kamu ni memang amat2 bodoh dan tiada akal fikiran…

    Reply

  5. 5 Pondok Tanjong Jul 2nd, 2007 at 8:38 pm

    Saya mahu DS berterus terang berkenaan tindakan Ezam yg keluar parti baru2 ini. kebanyakan pimpinan bawahan percaya ni adalah sebahagian dari ‘secret aggreement’ utk pembebasan DS ketika masih dlm penjara dahulu. ramai percaya perbalahan azmin-ezam sengaja diada-adakan @ lakonan utk mewajarkan tindakan ezam itu. antara yg terkandung dlm agreement pimpinanan tertinggi PKR dan PM Paklah adalah DS hendaklah berkerja di luar negara utk beberapa tahun setelah dibebaskan..serta pimpinan muda PKR seperti Ruslan kasim, ezam dan lain kembali ke pangkuan Umno..cuma ezam yg terakhir akan masuk Umno.
    Ezam dlm akhbar mingguan smlm memberi alasan yg remeh temeh utk keluar parti. cuma bergaduh dgn azmin pun mahu keluar parti.
    saya percaya DS akan menafikan ‘secret agreement’ ini kerana DS pun terikat dgn perjanjian ini..tapi kami juga tahu akan hal ini

    Reply

  6. 6 Pondok Tanjong Jul 2nd, 2007 at 8:45 pm

    sejak tindakan Ezam keluar parti…moral ahli2 ditahap yg begitu rendah. manakan tidak, dulu Ezam begitu bersemangat mengerakkan reformasi..sanggup sumpah keramat menegakkan keadilan..kini apa sudah jadi. Kami kini sukar mempercayai pempinan tertinggi PKR..hari ini begitu semangat, esok sertai Umno. apa sudah jadi?

    Reply

Leave a Reply