27
Jun
07

Keputusan Kes Eric Chia: Integriti Kehakiman Kian Parah

Pembebasan Tan Sri Eric Chia semalam menjadi satu lagi bukti bagaimana sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri beliau gagal mengotakan janjinya untuk memerangi gejala rasuah.

Kesungguhan mahkamah untuk membuktikan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Eric Chia langsung tidak munasabah memandangkan wujud bukti salahlaku yang jelas di dalam kes ini. Mutu siasatan yang dijalankan terhadap skandal serius ini juga amat mengecewakan.

Sebaliknya, saya telah mengumpulkan fakta yang cukup lengkap sebagai bukti rasuah dan penyelewengan berdasarkan laporan audit Price Waterhouse Coopers. Bahan-bahan ini telah melibatkan Chia di dalam pelbagai kegiatan bertentangan dengan undang-undang daripada melupuskan dana sehinggalah pembayaran yuran yang tinggi dan tanpa sebab kepada firma guaman Datuk VK Lingam.

Dengan rekod sistem kehakiman negara yang telah tercemar, memang tidak mengejutkan bahawa perbicaraan ini akan berakhir dengan pembebasan selepas sandiwara yang begitu berpanjangan. Apabila wujud bukti rasuah yang jelas dan tidak dapat dipertikaikan Peguam Negara telah mengenepikannya, kesalahan di mana beliau dan Ketua BPR sepatutnya meletak jawatan atau disiasat segera.
.
Ketika kita di ambang apa yang dijangkakan pilihan raya wal, rakyat Malaysia sepatutnya memahami niat dan matlamat kerajaan Barisan Nasional dengan jelas. Rasuah masih lagi cara pilihan kita, dan retorik anti-rasuah hanyalah untuk digunakan untuk kempen politik tetapi akan dilupakan apabila melibatkan kepentingan mereka sendiri.

Pada masa yang sama, kita boleh menjangkakan berbilion-bilion ringgit yang diselewengkan daripada Perwaja, Transmile dan lain-lain skandal, wang yang sepatutnya diperuntukkan untuk membasmi kemiskinan, pendidikan dan kesihatan akan terus berada di dalam kocek perasuah dan penjenayah yang terus bermaharajalela di negara kita.

ANWAR IBRAHIM


7 Responses to “Keputusan Kes Eric Chia: Integriti Kehakiman Kian Parah”


  1. 1 syiron Jun 28th, 2007 at 9:22 am

    Datok seri. Saya nak tumpang gelak sikit dalam ni. ahahahaha… mahkamah milik umno. Segala hak kerajaan hak umno. mcm cerita mahkamah p.ramlee saja mahkamah di malaysia ni. :)) akekekeke…

  2. 2 jenglotz Jun 29th, 2007 at 4:45 pm

    Assalam, memandangkan rasuah dan ketelusan badan kerajaan semakin parah, saya mencadangkan agar DSAI dapat memainkan peranan yang besar dengan ketua parti pembangkang yang lain, bertemu dengan DYMMSPBYDPA, selaku ketua negara dan juga majlis raja-raja agar menubuhkan satu suruhanjaya atau badan penyiasat diraja yang bernaung dibawah Yang Dipertuan Agong dan majlis raja-raja. Dengan kuasa yang DYMM baginda dan majlis raja-raja, suruhanjaya berkenaan bebas untuk menyiasat,memanggil dan menyoal pegawai kerajaan yang salahlaku tanpa halangan dan campurtangan dari badan kerajaan. Ini untuk memastikan ketelusan dalam penyiasatan dan laporan dihantar terus keDYMMSP Baginda dan majlis raja-raja untuk tindakan selanjutnya. Sebagai rakyaat yang bernaung dibawah Yang Dipertuan Agong, dan Majlis Raja Raja, kedaulatan undang undang semakin terhakis perlu diperbaiki.Rakyaat semakin menderita dan tertekan dengan keadaan semasa,memerlukan sokongan dari YDP Agong, dan majlis raja-raja untuk memulihkan badan-badan kerajaan yang penting.Inilah masa untuk DSAI dan rakan seperjuangan bertindak kerana rakyaat dah semakin naik darah….. wassalam.

  3. 3 napy8gen Jul 1st, 2007 at 1:56 am

    saya sokong cadangan jenglotz.

    Keputusan Agong juga tidak perlu nasihat PM. Agong tidak perlu nasihat. Majlis Raja-Raja boleh menasihati Agong.

    Bolehkah Raja Berpelembagaan menjadi penyelamat?

  4. 4 Sharil Jul 1st, 2007 at 2:04 pm

    Saya rasa pendekatan yang dicadangkan telahpun dicuba oleh Semangat 46 dahulu, tetapi apa yang berlaku hasil pendekatan tersebut adalah kehakisan hak-hak Raja-Raja Melayu.

    Masih ingatkan lagi gelaran Tengku Mahathir???

  5. 5 Sharil Jul 1st, 2007 at 2:04 pm

    Saya rasa pendekatan yang dicadangkan telahpun dicuba oleh Semangat 46 dahulu, tetapi apa yang berlaku hasil pendekatan tersebut adalah kehakisan hak-hak Raja-Raja Melayu.

    Masih ingatkan lagi gelaran Tengku Mahathir???

  6. 6 syiron Jul 1st, 2007 at 4:36 pm

    Saya pon menyokong sepertimana kata2 jenglotz. Pada masakini PM lagi tinggi martabat dari Agung dan juga raja2 yg berdaulat. Agung tak pernah bersuara satu pon seingat saya dah tukar 2 kali. Yang agung selalu buat keja pon bagi hadiah langkawi tour racing basikal.Agung kali ni tak tau la apa pulak dia nak bantu rakyat jelatanya.
    Sharil:Masih ingatkan lagi gelaran Tengku Mahathir???

    DSAI lagi mengenalinya.

    Minyak naik untung berbilion. Penipu betoi PM dan sekutunya.

    tak lama lagi akan hidup kembali jebat di muka bumi malaysia.

    wasalam

  1. 1 cya Trackback on Jul 6th, 2007 at 12:05 am

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

June 2007
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930