Dalam banyak pertemuan dan pertanyaan, ada beberapa isu yang sering dibangkitkan:
- pandangan saya mengenai keputusan rakan-rakan yang meninggalkan parti.
- saya kurang berikan perhatian tentang urusan parti kerana terlalu banyak urusan diluar negara.
- masalah pergeseran tokoh tanpa ikhtiar saya meleraikannya.
Tidak dinafikan bahawa saya punyai kelemahan dan keterbatasan. Ada anggapan bahawa dengan kehadiran saya secara berdepan dalam persada politik tanahair, semua kekusutan dan kemelut dapat dileraikan – samada politik, perniagaan atau kewangan. Sesungguhnya ribuan yang bekorban dan berjasa kepada saya, keluarga dan perjuangan. Semuannya berhak membuat tuntutan dan seringkali ada pula yang berbentuk ugutan. Saya tetap bersyukur kerana puluhan ribu lainnya tidak meraih sesuatu selain kesetiaan kepada perjuangan.
Sejak pertengahan Disember lalu saya telah menumpukan sepenuh masa di Malaysia. Hanya sekitar 5 hari dalam satu bulan saya berada di luar negara menyempurnakan urusan Accountability dan Foundation For The Future.
Beban di luar negara dalam bulan ini sahaja yang menjangkau 10 hari termasuk Hardtalk, sidang mengenai Governance anjuran PBB dan kerajaan Austria di Vienna. InshaAllah acara sepanjang Julai urusan parti dan pilihanraya. Meskipun peribadi saya disinggung manakala isu pergeseran di kalangan sebahagian kecil pimpinan berbangkit, saya tidak bersedia menempelak di depan khalayak.
Malah sepertimana dimaklumi saudara/i, saya tidak menjawab secara terbuka kritikan teman-teman. Memadai untuk ditegaskan bahawa segala ikhtiar yang mungkin telah diusahakan dan sebarang ikhtiar lainnya tanpa mengurbankan prinsip akan terus diusahakan. Namun kita jangan asyik mengelamun. Kerja dan program perlu terus ditingkatkan.
ANWAR IBRAHIM
















