Saudara/i,
Saya sempat merenung panjang usul saudara/imengenai kedudukan parti tatkala didera dengan cuaca musim panas padang pasir.Secara keseluruhannya parti masih utuh namun belum cukup bergema.
Cuaca panas padang pasir di sekitar kota Manama, Bahrain. Kita bersyukur kerana secara keseluruhan parti terus utuh dan mantap walaupun kurang bergema. Berita positif dari segi penambahan ahli, penyertaan tokoh profesional dan korporat, penyeberangan ribuan ahli Umno dan MCA ke KeADILan tidak dihebah termasuk dalam media alternatif.
Dan yang banyak dihidang terutama dari media utama milik Umno-BN adalah fitnah dan serangan terhadap pemimpin dan parti. Cuitan kini banyak berpunca daripada media alternatif yang memihak tetapi banyak menyentuh individu yang sudah lama tidak muncul dalam wadah parti.
Saya masih yakin dengan gagasan dan wadah yang telah kita ikrarkan sebagai sumpah keramat bersama. Malah sungutan yang banyak diluahkan tidak menjurus kapada persoalan pokok perjuangan. Seringkali ada yang kurang arif dengan hakikat bahawa disiplin berjamaah menuntut saf pimpinan di pelbagai peringkat yang berlapang dada, bersedia meningkat muafakat dan tidak pantas menghukum, bebal dan mudah menyisihkan kelompok yang dikira
tidak sehaluan.
Dan yang lebih mengkhuatirkan ialah apabila perbedaan yang diwarwarkan sebagai prinsip tidak lebih dari cemburu, saingan peribadi atau asabiyah kelompok. Maka kita berserabut dengan kerenah peribadi, singgung menyinggung serta tafsiran masing-masing. Maka kongres yang sewajarnya dimanfaatkan menjana semangat baru menjadi sedikit hambar. Pun begitu,semangat akar umbi kian terlihat dengan jelas,menggambarkan bahawa nafas perubahan kian hidup.
Justeru itu saya ingin mengajak saudara/i, di saat genting ini untuk kembali menggilap semangat perjuangan yang kita taja bersama. Baca, telaah dan hadham semula Perisytiharan Permatang Pauh dan Agenda Pembaharuan sebagaimana yang termaktub di dalam Manifesto tahun 1999. Ini termasuk isu agama, pendidikan dan juga DEB.
Justeru saya berulangkali menegaskan bahawa parti tidak mampu dan tidak akan mengizinkan mana jua tokoh atau kelompok yang dilihat sebagai juara kaum atau ketua kabilah dengan sosok keras tanpa mempedulikan kenyataan politik bahawa pengalaman mengharungi rintangan 8 tahun menuntut kita memilih strategi yang lebih hikmah.
Saya telah mengajak rakan-rakan melihat semula kerangka besar perjuangan reformasi dan menjana perubahan; lebih tawaddu’ menerima kelemahan dan keterbatasan, menerima kenyataan bahawa rakyat dan umat melayu khususnya menginginkan pendekatan yang lebih sederhana dan yang dikira amat kritikal ialah memelihara adab berjemaah.
Jangan kita sentiasa lupa bahawa menjelang pilihanraya fitnah terhadap parti dan perpecahan akan bersepah dan kemungkinan ganjaran serta ugutan bertambah untuk menarik keluar sebahagian aktivis.
Seperti yang giat saya lakukan, Sdr juga perlu mengadakan pertemuan informal dgn pelbagai kelompok tanpa mengira sosok tetapi yang mewakili majoriti, agar pendekatan kita tidak sekadar memenuhi selera kelompok kecil sahaja. Kadangkala saya dapat merasakan, hanya kerana mereka telah bekorban dan setia sekian lama, maka saya mesti terus tunduk kepada tekanan mereka.
Ini termasuk Ketua-Ketua Bahagian yang kekal memimpin tetapi hanya kekal dengan 30 – 40 ahli tatkala perjuangan melangkaui usia 8 tahun. Mustahil saya lupakan pengorbanan mereka, tetapi perjuangan perlu lebih mantap,lebih menampakkan hasil yang positif. Seandainya mereka benar jujur dan setia kepada perjuangan, mereka akan bersedia memberi laluan, menarik tokoh baru termasuk di kalangan wanita dan pemuda. Sepertimana yang saya saksikan di kalangan ramai tokoh bahagian, mereka kekal gagah kerana terus bekerja kuat di belakang tokoh baru.
Mereka jelas setia kdpada perjuangan dan bukan pada diri sendiri…
Yang perlu dihebahkan adalah dasar, memperkenalkan barisan kepimpinan mantap, menghebahkan kegiatan, strategi dan program latihan parti.
Saya ulangi: kerja harus dalam saf jamaah, lebarkan jaringan dan tembusi kelompok baru dan jangan sekali-kali angkuh merasakan kita sudah cukup hebat dengan kabilah yang sama
Fokus harus ditumpukan kepada memperkasa gerakan berasaskan kepada mauduk utama perjuangan, tanpa mengira sentimen peribadi, kaum mahupun kabilah tertentu. Kita kian menggendong harapan rakyat yang semakin hari kian tertindas.
Saya secara peribadi bersedia menerima teguran dan berganjak strategi sekiranya wajar. InshaAllah kita mampu membawa perubahan
ANWAR IBRAHIM









Sudah hampir 10 tahun api reformasi dinyalakan tapi keadaan makin hari makin pudar. Api reformasi makin malap!Tambah2 lagi selepas DSAI dibebaskan. No more issue! Kalau ada pun isu, yg biasa kedengaran ialah, what can we do? Setakat menjadi perbualan hangat di warung kopi tapi still no change. In fact, it gets worse!Tengok saja pilihanraya2 kecil, bermacam2 salahguna and yet, what can we do? Menyalak pun tak ada kesan. Even the previous general election..di Selangor khususnya di mana waktu mengundi dilanjutkan and yet, they got away with it walaupun it was illegal to do so!What can we do? Rakyat dah letih, dah fed up kerana it appears there is nothing that can be done to change the system. Letih dibuatnya…masa, tenaga, wang ringgit…berapa lama nak bertahan??..and now kita dengar dan baca pula macam2 yg tak kena dlm parti Keadilan sendiri. Macam mana nak go to war jika dalam parti sendiri ada masalah???
Reply
Buat Dato Seri,
saya sbg seorang yang yakin dgn PKR ingin memberi sedikit pandangan dan nasihat yang mungkin boleh diikuti jika difikirkan sesuai oleh DSAI.. Sbg pemimpin, anggaplah ni mungkin sbg kritikan kerana ingin melihat DSAI yang terbaik dapat dilahirkan semula.
1) KEMBALI KE DALAM NEGARA
pada pengamatan saya, selepas ini merupakan masa yang sangat sesuai utk DSAI kembali ke dalam negara sepenuh masa. sehingga at least pilihanraya akan dtg, DSAI perlu melupakan komitmen di luar negara. Malaysian needs you more now, sir.. DSAI perlu hapuskan komen negatf tentang eadilan dgn menerajui PKR pada masa skrg. DSAI perlu lebih aktif, saya tidak nampak kenapa DSAI tak boleh buat roadshow spt 1998. kerana roadshow itulah yang membantu DSAI sampai kini. Jika DSAI pegi oversea selalu, bagaimana dgn anak2 buah di sini. ya, saya tau mereka boleh membuat kerja, tetapi DSAI perlu mengetahui bahawa sudah erdapat kritikan terhadap DSAI yang masih lagi mahu ke luar negara sedangkan PKR lebih memerlukan DSAi ketika ini. Tambahan pula, kita tau pilihanraya pun dah dekat. maka DSAI, kurangkan aktiviti di luar negara sekarang. Dan saya amat bersetuju jika DSAI mula melakukan roadshow mega kembali dan saya amat yakin langkah ini juga akan mengembalikan semangat berkobar2 ahli pkr kita..
2) Lawan berita memburukkan parti
Pada pandangan saya, PKR harus meneliti keadaan Kedah sekarang. Ya, mmg ahli yang keluAr masuk PAS, rakan sejati kita. tetapi apakah komplikasinya di sini? media BN akan membesar2kan cerita bahawa PKR sudah tidak diyakini. Kita mg tau ramai ahli Umno dan MCA masuk PKR, tetapi berita2 sebegini sdikit sebanyak boleh memudaratkan PKR, automatically memudaratkan DSAI sendiri. sbbnya, ada ramai lagi yang atas pagar yang hanya mengkuti berita dalam TV dan suratkhabar sahaja.
3) Ambil tokoh2 besar PKR ke dalam tugas2 penting
Saya mrasakan DSAI semacam ada halangan plak untuk mengambil Ezam kembali.. Apa masalahnya ni? Sbb Azmin Ali ke? Ahli2 kita ada menyuarakan hal ni, seolah2 membenarkan berita bahawa mmg berlaku pergolakan antara Azmin dan Ezam. Saya merasakan DSAI sepatutnya proaktif mendamaikan mereka. saya pun tak faham apa la masalah diorang ni. Nak tau langkah terbaik untuk menunjukkan mereka boleh berbaik? Roadshow DSAI perlu ada dua2 bekas S/U Dsai ni. Pengambilan Saifuddin amtlah saya alu-alukan. Mmg tepat pilihan DSAI. Sekarang, tumpuan harus diberikan pada Ezam, tarik beliau kembali. No choice and no consideraton. This is the best way to make your wor easy. Ada Ezam, DSAI boleh lah beranggapan AMK akan pulih, maksudnya, AMK yang salah faham tu akan kembali aktif. Lagipun, Ezam adalah atara org penting membela DSAI dulu, at least kenangla beliau, tambahan pula sebenarnya bagi saya, Ezam is like your son in politics. (same like you and Dr apanama tu). Saya yakin, dapat Ezam, dapatlah yang lain tu. Pasal Azmin, jumpakan mereka dalam meeting, DSAI di tgh2, mereka berdua di tepi. Dgr apa masalahnya, setelkan. Cara yang mudah, tak susah (klu susah pun, dgr aduan dari dua2 org kanan DSAI tu, tu je.)
Saya syg DSAI sbg pemimpin saya. ni cuma pandangan saya sbg peringkat akar umbi PKR sahaja. mmg sokongan kita makin baik, tetpi beberapa perkara yang tidak enak ni, bleh menggugat kita sedikit sebanyak. Harapnya DSAI bolehlah pertimbangkan pandangan saya ini. Salam
Reply
Assalamualaikum,
Dengan penuh perasaan tanggungjawap terhadap allah s.w.t dan perasaan mengsyukuri diatas segala nikmatnya.Saya terpanggil untuk mencoretkan komen ini agar kita bersama-sama tawadud didalam perjuangan ini.
Dato Seri,saya mengikuti setiap kerangka perkembangan parti dan menilai langkah2 yang disusun rapi utk menjana
kekuatan meraih sokongan rakyat.Ia kelihatan amat tersusun rapi namun persoalannya,adakah perancangan itu hanya kepalsuan mengaburi mata rakyat atau pada hakikatnya ia benar2 akan memberi impak dan kesan jangka panjang yang sempurna.
Dato Seri,kenapa saya berkata demikian,dewasa ini saya melihat begitu ramai teman2 seperjuangan yang telah berkorban didalam perjuangan kini pergi meninggalkan parti.Seperti sahabat Dato Seri, Sdr,Anuar Tahir,Sdr,Rahman Othman dan terkini seorang anak muda yang mempunyai wadah perjuangan menandingi ketokohan Dato Seri ketika dizaman pemuda umno dahulu beliua juga secara terbuka mengumumkan keluar dari parti keadilan,beliau adalah sdr,Ezam Mat Noor.
Pada hemat saya yang menjadi persoalannya sekarang mereka ini semuanya keluar dari parti ketika Dato Seri berada diluar penjara,saya tak merasa hairan berlaku penghijrahan teman2 dahulu yang keluar parti dan menyertai umno semula.Pada masa itu ya….terlalu ramai
yang kembali kepada umno.”Loh..kenapa..sih..bisa jadi begini,gawat keadaan nii pak”.
Anuar Tahir ikut pas,Syaifuddin ikut pas,Rahman Othman minta masuk pas dan ezam teruskan agenda perjuangan melalui ngo iaitu GERAK,kebingungan saya adalah meraka ini bukan masuk umno tetapi berjuang terus menentang kerakusan pemerintah.Dimana…. silapya dihujungnya kah….atau dipangkalnya kah………….,saya bukan ahlil nujum pak belalang manum saya dapat merasakan sesuatu yang tak kena didalam kepimpinan parti pada ketika ini,saya berhak bekata demikian kerna saya jua terpenjara demi menentang kezaliman.
Dato Seri,Ibnu Khaldun pernah berkata negara ini akan hancur apabila pemimpin sering menpersalahkan rakyatnya apabila berlaku sesuatu perkara,justeru itu mari kita muhasabah diri dan kembalikan hak manusia kepada manusia dan hak allah kepada allah.Dari mana hendak kemana,singgah didunia jangan buat bencana………
Sekian Wassalam.
Reply
Dato seri,
Sesiapa nak keluar parti itu sebenarnya mereka dah fikir semasak-masaknya. Usahlah nak dipujuk. Kalau tanya Roslan Kasim tentu tersenyum dan begitu juga Zahid Md Arip.
Sebenarnya semangat untuk perubahan mesti diteruskan dan muhasabah diri perlu ditingkatkan.
Sdr. Ezam sudah matang dan pengalaman politik pun boleh tahan.
keADILan bukan milik seseorang hatta sekalipun Anwar Ibrahim. keADILan adalah untuk insan yang inginkan perubahan.
Mengenai Anuar Tahir dan Wan Kharizal, mereka tidak keluar daripada keADILan tetapi dipelawa mengisi borang keahlian PAS atas dasar semangat setiakawan dan persahabatan dgn Ust Hashim Jasin ketika itu.
Akhirnya mereka sedia membantu dan bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya 2004. Dan sehinggalah akhir ini mereka cekal untuk sentiasa melakukan perubahan dan tidak pernah mengiklankan diri dalam media mereka keluar drp keADILan.
MASA UNTUK PERUBAHAN.
Reply
Saya suka sekiranya DSAI menyertai PAS. Saya tak nampak halangan DSAI untuk menyertai PAS. Bagi saya hanya PAS sahaja yang paling hampir untuk menggugat UMNO. Kita laungkan keADILan dari sudut Islam. Jentera PKR makin lemah…
Reply