Saya tiba di Belanda atas undangan institut parti-parti politik Belanda, Free University Amsterdam. Belanda yang selama ini mengamalkan dasar toleran terhadap masyarakat Islam sekonyong-konyong memberi liputan negatif terhadap Islam. Ini berpunca daripada kes pembunuhan Seniman Van Goh dan hebahan kes wanita Muslim yang bangga meninggalkan Islam dengan menyerang Ulama’ dan Hukum Islam.
Dalam 4 pidato yang disampaikan termasuk pidato tahunan anjuran institut terkemuka, dan di Kementerian Dalam Negeri Belanda, saya menyelar sikap angkuh barat terutamanya Amerika Syarikat seperti mana yang berlaku akibat penaklukan Iraq, kegagalan di Afghanistan, dukungan terhadap Israel yang terus menindas rakyat Palestin serta sikap selingkuh terhadap Iran kerana keupayaan tenaga nuklear sementara melayani karenah Israel dengan tenaga nuklearnya.
Soalan dibangkit berkaitan shariah dan maqasid, demokrasi dan kebebasan, ekonomi dan pembangunan Dunia Islam. Saya juga banyak ditemubual TV dan media Belanda.
Hubungan Belanda dan Indonesia kini lebih akrab dan saya menggalakkan mereka membantu ransangan ekonomi dan pelaburan, membantu lembaga swadaya masyarakat termasuk badan-badan Islam serta mengambil langkah memperkukuh institusi negara seperti badan kehakiman. Kesilapan besar Amerika dan Eropah di antara lain adalah kerana memencil gerakan rakyat dan hanya memilih kelompok kecil yang bersuara mirip lagak Barat.
Saya kemudian menaiki keretapi dari The Hague ke Brussels kerana menyampaikan pidato umum anjuran Lembaga Eropah dan Yayasan Sasakawa. Kali ini banyak persoalan yang dibangkitkan mengenai Malaysia kerana judul ucapan adalah Demokrasi Di Asia tenggara. Bagi saya isu kebebasan agak muram durja lantaran kegawatan politik Filipina, rampasan kuasa Thailand dan kelembapan pentadbiran kerajaan Malaysia.
Baik juga dengan kehadiran 3 perisik dan pegawai Malaysia di sebelah belakang dewan. Pihak penganjur memberitahu bahawa pegawai tersebut enggan mendaftar diri sebagai peserta.
Kalau mahu pun saya tak berhalangan.. :)
ANWAR IBRAHIM
















salam dato seri,
saya amat berharap jika dato seri dapat mengusahakan sebuah autobiografi yang memaparkan pengalaman dan nexus yang benar-benar hidup dalam kehidupan dato seri.
jika dato seri keberatan saya kesudian membentuk satu pasukan untuk biografi dato seri.
saya suka dengan keberanian Dato’ Seri
akum dato seri,
akhirnya kebenaran terbongkar juga…selama ini tanggapan saya terhadap dato seri semuanya benar….akhirnye mahadir sudah insaf…alhamdulillah