Perbincangan dengan pemimpin KeADILan Bahagian di Negeri Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang pada hari Jumaat; dan WP Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan semalam rancak sekali.
Ada Ketua-ketua Bahagian yang mengemukakan pandangan dengan tegas, mendesak agar Pengerusi Perhubungan yang bakal dilantik perlu lebih berwibawa.
Saya gembira dengan konsensus untuk mengangkat Sdr Nasaruddin di Perlis untuk menggantikan Cikgu Bidin, dan saya bangga dengan kesediaan Cikgu Bidin membantu sahabatnya mengelola KeADILan Negeri Perlis.
Mengenai Negeri Kedah, saya memohon pengertian rakan-rakan untuk melepaskan Sdr Johari Abdul untuk membolehkan beliau memberi tumpuan kepada Jawatankuasa Pilihanraya Pusat. Dan peguam kanan Farid Zakaria akan menerajui KeADILan Negeri Kedah.
Rakan-rakan di Selangor umumnya mendesak supaya Tan Sri Khalid terus memimpin Selangor. Tetapi beliau kini adalah Setiausaha Agung dengan beban kerja yang menimbun. Maka saya mengusulkan nama bekas Timbalan Menteri Besar Selangor dan Profesor di Universiti Malaya, Dato’ Dr Zainal Abidin Ahmad
Negeri Sembilan akan diterajui bekas Setiausaha Agung, Dato’ Kamarul Bahrin Abbas. Saya bergurau mengenai syarat tambahan buat sahabat karib saya ini, iaitu lebih senyum dan sabar mendengar hingar bingar suara bantahan.
Perkembangan di Melaka lebih rumit untuk mendapatkan konsensus. Saya usulkan agar mereka terus menerima Puan Zainon Jaafar. Ramai pimpinan KeADILan Pusat berasal dari Melaka termasuk Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar, Ketua Penerangan Tian Chua, Ahli MPT Khalid Jaafar dan panglima Omar Jaafar akan menjana kekuatan baru Melaka, InshaAllah.
Negeri johor memohon bantuan tokoh rakyat, Abdul Razak Ahmad setelah Dr. Zaliha Mustaffa memutuskan untuk lebih aktif di Pergerakan Wanita.
Wilayah Persekutuan KL menerima pengunduran pejuang gigih, Dr Sanusi Osman kerana keuzurannya. Tokoh baru telah dikenalpasti, tetapi buat sementara ini dipangku oleh Ketua KeADILan Bahagian Bandar Tun Razak, Sdr Azman Zainal Abidin. Hal yang sama berlaku di Terengganu dan jawatan Pengerusi dipangku oleh Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub.
Kelantan terus dipimpin oleh Sdr Nik Mahmood dan Pahang oleh Sdr Zakaria Abdul Hamid.
Umumnya saf kepimpinan kali ini lebih mantap dengan perwakilan tokoh-tokoh lama dan baru, aktivis dan profesional, wanita dan pemuda dari semua wilayah dan kaum.
Kini waktu untuk bekerja!
ANWAR IBRAHIM
—————————————————————————————-
Berikut adalah senarai Pengerusi Perhubungan KeADILan yang telah dilantik di dalam Mesyuarat MPT semalam:
Perlis: Sdr Nasaruddin Hj Sidek
Kedah: Sdr Farid Zakaria
Pulau Pinang: Dato’ Zaharin Mohamed Hashim
Perak: Haji Ismail Yusof
Selangor: Dato’ Dr. Zainal Abidin Ahmad
Wilayah Persekutuan: Sdr Azman Zainal Abidin (pemangku)
Negeri Sembilan: Dato’ Kamarul Bahrin Abbas
Melaka: Hajjah Zainon Jaafar
Johor: Sdr Abdul Razak Ahmad
Pahang: Sdr Zakarian Abdul Hamid
Kelantan: Sdr Nik Mahmood Nik Hassan
Terengganu: Sdr Mustaffa Kamil Ayub (pemangku)
















salam dato’ seri,
kalau tak silap, jawatn mpt lantikan ada satu lagi kan? saya cadangkan dato’ seri lantik en ezam, he’s better for that post. skrg ramai AMK salah faham dgn Dato seri, nak nasihat sket diorang ingat campur tangan.. ada en ezam, Insyaallah settel bende tu. pasal saya ingat Dato’ seri better tumpu pada bende lain seperti kerjasama dalam pembahagian kerusi, yang hal AMK tu pun penting, tapi saya rasa kalau en Ezam terangkan hal sebenar bagi pihak Dato’ seri, diorng mesti ok punyer. sbb saya nmpk diorg tak puas hati dgn Shamsul, so bile Dato seri cakap pasal AMK, diorg ingt Dato Seri campur tgn n sokong terbuka Shamsul.. Kan dah salah faham tu, padahal Dato Seri cuma beri nasihat je.. En Ezam tu dah macam DSAi masa muda2 plak saya tgk.. bgs orgnya.. skrg saifuddin dah ada, azmin dah ada, kene amek ezam.. saya rasa, insyaallah perselisihan dia dgn azmin (kalau betul la, saya tak tau, cuma baca internet) akan setel kalau diorg bekerja sama2.. Amacam Dato’ Seri? Ok tak?
Saya rasa jentera pilihanraya PKR agak lemah jika dibandingkan dgn PAS. Kalau nak bandingkan dgn UMNO/BN, no match at all. UMNO/BN banyak duit, boleh tabur merata manakala penyokong2 PAS very committed. Kebanyakan penyokong PKR ialah bekas ahli2 UMNO yg pernah didedahkan dengan wang ringgit! Kerja2 yg dijalankan oleh ahli2 PKR rata2, voluntary in nature. Ada yg kena keluar duit poket sendiri. Berapa lama ahli2 PKR nak bertahan jika syoru pun susah?? Oleh kerana DS ada connection dgn Pak Arab2, recommend la sikit bisnes2 diberi kpd para korporat2 yg simpati dgn perjuangan PKR. Ada duit, boleh buat kerja sikit.Boleh jalankan jentera parti….ni kena keluar duit sendiri, lama mana boleh bertahan?? Perjuangan memerlukan sacrifice tapi kalau syoru untuk anak pinak pun susah, macam mana?
Kepada Ijat2007
Jentera PKR memang lemah jika dilihat dalam pilihan raya N11 (Ijok) yang lepas. Saya sebagai warga di situ agak kesal kerana semua perancangan yang dibuat adalah secara tergesa-gesa. Satu lagi kempen yang tidak sesuai pada masa itu adalah kempen yang menyentuh isu peribadi pemimpin BN. Ia adalah tidak sesuai kerana di kawasan tersebut adalah kubu kuat PAS yang tidak berminat dengan kutukan. Slogan ALTHANTUYA dan NORITA adalah antara kelemahan yang paling ketara. Ia amat mengecewakan golongan yang berada dalam saluran 1 dan 2.
PKR juga kurang mengenali orang-orang yang amat arif dengan kawasan tersebut. Walhal terdapat orang yang paling kenal dengan orang kampung untuk meraih undi (contohnya posmen). Perayu undi juga selalu menyebarkan fahaman dari kalangan ahli sendiri. Apalah salahnya jika kita tarik orang-orang yang belum tentu mengundi PKR. Kita tunjuk teladan yang baik untuk menarik pengundi. Bukan dengan cara mencaci dan mengutuk.
Saya amat berharap supaya jentera pembangkang dikemaskan untuk pilihanraya akan datang.
SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN PRU 12, BIARPUN BELUM MAMPU TAWAN 1 MALAYSIA TAPI JALANNYA MASIH ADA DAN PERLU DIPERKUAT….KEPADA DATO SERI…JANGAN MUNDUR, CITA-CITA TERUS KEKAL IAITU DATO SERI MESTI SUATU MASA WAJIB JADI PERDANA MENTERI BARU MALAYSIA.
TRUSKAN