AnakMuda memberi komen:
Dato’ Seri,
PAS telahpun mengemukakan kabinet penuh PAS Pusat siap dengan Biro-Biro mereka.Saya perhatikan PKR telah umum kabinet,tetapi belum ada pengerusi perhubungan negeri dan juga Biro-Biro dlm PKR.Baik disegerakan,setidaknya beri sedikit gambaran bahawa PKR ada inisiatif
serius utk masuk PRU.
(2) saya cadangkan supaya PKR giat mengadakan Dialog Manifesto Rakyat bersama dengan masyarakat di semua peringkat.Dapatkan maklum balas daripada rakyat untuk bentuk manifesto.Ayat bombastik pun tak guna kalau tak sentuh keperluan rakyat secara keseluruhan.saya kira penting supaya manifesto PKR nanti menepati apa yang rakyat
mahukan,dan rakyat akan nampak ada kesungguhan PKR utk gantikan BN untuk sistem kerajaan yang lebih baik.
(3) PKR & PAS target PRU bulan 8,bukankah elok wujud kabinet bayangan agar rakyat nampak
keyakinan PAS-PKR utk masuk pilihanraya.
Saya harap agar ada usaha serius daripada pakatan pembangkang dan PKR khususnya untuk menghadapi pilihanraya.buktikan yang kita tak sama macam PM Pak Lah yang bertindak mengikut ‘ilham’ dan ‘mimpi’..
Anak muda,
(i) Perlembagaan KeADILan menuntut diadakan perbincangan dengan Ketua dan wakil-wakil bahagian sebelum diumumkan nama Pengerusi Perhubungan. Hari ini saja saya mengadakan perbincangan dengan wakil Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sementara Tan Sri Khalid di Johor. Esok inshaAllah saya akan berbincang dengan wakil Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan sementara Azizah pula dengan wakil bahagian di Melaka.
Keputusan akan diumumkan untuk mendapatkan pengesahan MPT pada hari ahad, 17 Jun. Keputusan Sabah dan Sarawak akan dibuat minggu depan.
(ii) Deraf manifesto rakyat yang dikemukakan untuk kajian MPT menarik sekali. Isinya padat,lenggok bahasa pula amat menarik.
(iii) Merujuk kabinet bayangan, masih terlalu awal kerana kita perlu membincangkannya dengan teman-teman PAS dan DAP
















Datuk Seri,
Pak Ungku Aziz sudah mulai garang mengulas isu ura-ura Universiti Malaya yang ingin dipindahkan lantaran memberi ruang projek pembangunan.
Apa respon Datuk Seri selaku salah seorang alumni dan legenda perjuangan siswa di sana suatu ketika dahulu.
Apa celakanya nasib gedung ilmu di Malaysia ini?
Apakah puak-puak ini (siapa lagi kalau bukan pemimpin-pemimpin korup dan bangkrut moral itu!)begitu rakus sehinggakan khazanah warisan ilmu seperti Universiti Malaya sendiri pun boleh terfikir untuk digadaikan?
Pak Ungku bagi saya mungkin satu-satunya Melayu yang punya maruah dan keberanian dalam membela nasib UM sehingga setakat ini.
Mana dia pendekar PENGHUNUS KERIS hak keistimewaan Melayu itu?
Mana dia kutu berahak ketua mat rempit yang kini mahu jadi hero penerus legasi Tun Razak itu?
Saudara Anwar,
Kes saman Saudara terhadap Dr M akan bermula. Jika tidak keberatan, bolehkah saudara atau pengendali blog ini menumumkan tarikh, masa dan tempat perbicaraan. Boleh juga kami datang memberi sokongan, walaupon tidak dapat masuk ke bilik bicaraan. Mungkin juga ada update disini mengenai perkembangan berbicaraan berkenaan.
Saudara Anwar,
Kes saman Saudara terhadap Dr M akan bermula. Jika tidak keberatan, bolehkah saudara atau pengendali blog ini menumumkan tarikh, masa dan tempat perbicaraan. Boleh juga kami datang memberi sokongan, walaupon tidak dapat masuk ke bilik bicaraan. Mungkin juga ada update disini mengenai perkembangan berbicaraan berkenaan. Saya sentiasa mendoakan kejayaan Saudara.
Assalammualaikum Abang Anwar, saya ingin bertanya kepada abang Anwar di dalam isu-isu PKR Sabah. Mengapa abang Anwar selaku pemimpin berkarisma PKR bersekongkol dengan manusia yang cukup keji seperti Dr Jefferey Kitingan? Apakah sejarah politik Sabah tidak cukup mengajar kita untuk mengenali siapa individu tersebut? Walaupun saya menyokong UMNO tetapi sokongan saya kepada UMNO bermula di sebabkan saya kagum dengan karisma pimpinan Abang Anwar semasa abang Anwar masih di dalam kabinet UMNO lagi. Saya merasakan perjuangan PKR adalah lebih baik dengan barisan pemimpin yang lebih telus berbanding UMNO tetapi jika hendak memenangi pilihanraya, adalah agak sukar memandangkan x-faktor yang tidak terdapat pada PKR. Satu sahaja nasihat saya abang Anwar, jika mahu bertapak dan menakluki Sabah perlu dari asas yang paling utama iaitu Agama. Lihat sahaja sokongan yang diperolehi oleh PAS Sabah semasa pilihanraya lepas. Untuk melakukannya, PKR dan abang Anwar perlu pemimpin tempatan yang “BERSIH” dan berkewibawaan serta berpewatakan kuat dalam pegangan agama masing-masing. Jangan lakukan kesilapan dengan memilih pemimpin yang tak punya pegangan yang utuh, gilakan kemewahan dan pengaruh. Terima kasih.
PemudaSabah
Kau katakan Yang Berbahagia Datuk Dr Jeffrey Kitingan itu pemimpin keji. Kau juga dalam masa yang sama mengatakan yang kau menjadi ahli UMNO. Jadi apahalnya kau campur tangan dalam hal ehwal dalaman PKR? Kalau benar kau katakan Yang Berbahagia Datuk Dr Jeffrey itu seorang yang tidak ada pengaruh, bukan kah itu satu benefit kepada kau dan UMNO? Jadi, saya anggap kau dan UMNO takut dengan bayang banyang sendiri.
Bila membaca artikel PemudaSabah, saya dapat mengukur bahawa kamu dalam UMNO menggelabah takut dengan pengaruh Yang Berbahagia Datuk Dr Jeffrey boleh menggugat ahli-ahli BN untuk mengundi PKR Sabah.Maka sebab itu kamu talibarut UMNO menulis atau memfitnah Yang Berbahagia Datuk Dr Jeffrey dalam blog ini.
Banyak lagi orang-orang kotor yang menjadi pemimpin UMNO kamu tidak tegur kalau kamu benar benar ikhlas.
Syabas Datuk Halik Zaman…..
Jangan main-main dengan orang lama….ibarat kelapa tua….lagi tua lagi banyak santannya…
Datuk Halik Zaman, kalaulah anda bijak laksana cubalah lawati laman blog saya di http://pemudasabah.blogspot.com. Apabila anda selesai membaca, silalah bagi komen seterusnya dan jangan main hentam tan tentu pakcik.
Kalaulah Demokrasi yang dilaungkan, maka tentu sahaja kita bebas menyuarakan apa yang terbuku di hati. Maka, kalaulah menulis di ruangan ini dikata oleh si Datuk Malik Zaman sebagai campur tangan dalaman soal politik wah wah wah, amat sempit pemikiran si pakcik ini.
Dan satu hal lagi pakcik, bagi orang luaran seperti pakcik ini yang mungkin tidak tahu menahu siapa Dr Jefferey ini maka eloklah dibuat semacam bentuk analisa terperinci yerrrrrr. Kami kaum kerabat si Dr. ini tentu lebih arif malah tak nak pun mahu menjahanamkan beliau tetapi sekadar ingin melihat ketelusan dalam pimpinan Sabah akan datang.
Pakcik meminta saya menegur pemimpin UMNO, nah kan saya kerapkali lakukan dalam blog saya. Baca bah, itupun kalau pakcik tahu membaca.
Kadang-kadang Veteran tak bermakna lebih berpengetahuan malah mungkin lebih nyanyuk. Tetapi kita orang muda tetap menghormati yang lebih tua.
HARAP DSAI TUKAR BALIK PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DARI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH HINGGA PERINGKAT IPT DALAM BAHASA INGGERIS KE DALAM BAHASA MELAYU SEMULA SEKIRANYA BERJAYA PERINTAH MALAYSIA TERMASUK SEMUA BIDANG DI IPT SEPERTI KEJURUTERAAN, PERUBATAN DLL KECUALI BIDANG/SUBJEK BAHASA ASING.