Archive for June 12th, 2007

12 June 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

paul

Paul Martin, bekas Perdana Menteri Kanada mengundang saya untuk makan malam bersamanya menjelang mesyuarat majlis penasihat mengenai Global Insecurity anjuran Brookings Institute, Universiti Stanford dan Universiti New York.Kami berbual panjang mengenai pengalaman lalu semasa bertugas sebagai Menteri Kewangan. Beliau kemudiannya menyandang jawatan PM Kanada.

Beliau menceritakan bagaimana selaku PM Kanada, beliau membantah penahanan saya dan memohon agar saya segera dibebaskan. Mulannya dibangkitkan isu tersebut kapada Tun Dr Mahathir yang tidak memberikan sebarang jawapan. Dan perkara sama dikemukakan kemudian tatkala Datuk Seri Abdullah menjadi PM. Menurutnya DS Abdullah kelihatan simpati.

Agak melucukan apabila beliau sengaja menulis surat kpd saya dengan menggunakan alamat Penjara Sungai Buloh. Pengarah Penjara terpaksa melapor kepada Menteri Dalam Negeri. Beliau juga mengarah agar wakil Pesuruhjaya Kanada hadir semasa perbicaraan. Malah ada ketika Pesuruhjaya Tinggi Kanada sendiri hadir di mahkamah.

Saya anggap Paul Martin sahabat setia.
Saya kini di pesawat dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur…

ANWAR IBRAHIM

12 June 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Pada hari Jumaat bersamaan 15 Jun 2007 ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan program lawatan kerja ke Pulau Pinang bertujuan untuk bertemu dengan pimpinan akar umbi dan menjayakan beberapa program komuniti di beberapa kawasan tumpuan KeADILan di Pulau Pinang di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Berikut adalah merupakan tentatif program lawatan Dato’ Seri Anwar ke Pulau Pinang:

7.25 petang – Solat Maghrib dan Isyak di Mesjid Sungai Nibong Besar (*Idriss Hassan – 012 4836205)

10.30 malam – Ceramah di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau (*Abd Rahman Ismail – 012 4730650)

Tuan-tuan dan Puan-puan di sekitar Pulau Pinang dijemput untuk sama-sama memeriahkan program tersebut.

* sila berhubungi dengan taman-teman berikut untuk makluman lanjut perjalanan program di sana