11
Jun
07

Pemantauan Pilihanraya dan Demokrasi Tempang Di Malaysia

Saya manfaatkan kesempatan di Washington DC untuk menjelaskan usaha rakyat melalui pakatan pembangkang dan Lembaga Swadaya Masyarakat (NGO) menjana perubahan. Di antara lembaga utama yang harus didukung termasuk badan pengawasan pilihanraya yang diiktiraf rakyat dan masyarakat antarabangsa. Ini akan dapat memperkukuh ikhtiar yang sedia wujud termasuk Mafrel dan kini BERSIH.

Semalam saya diundang menjadi pembicara utama di satu seminar khas mengenai permasalahan demokrasi di Asia Tenggara disamping wakil thailand dan filipina. Saya menekankan bahawa selain kemaraan Indonesia, negara-negara asean lainnya makin meleset dari sudut indeks kebebasan dan rasuah.

Tatkala menjawab soalan mengenai Malaysia, saya mengemukakan data dan fakta yang menyokong hujah saya mengenai penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang kian menular, proses pilihanraya yang tempang dan badan kehakiman yang mencurigakan. Seminar dianjur oleh Yayasan Keamanan Sasakawa, Jepun dengan kerjasama universiti tempatan dan turut dihadiri duta- duta ASEAN, prof. Karl Jackson, Prof. Fred Brown.

Saya alu-alukan juga kehadiran wakil perisikan Kedutaan Malaysia memantau pergerakan saya di sana…

ANWAR IBRAHIM


9 Responses to “Pemantauan Pilihanraya dan Demokrasi Tempang Di Malaysia”


  1. 1 Hang Tuah Jun 12th, 2007 at 3:44 am

    YBhg Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim.

    The Election Commission – SPR pun tempang.. camner nak berpilihanraya..

    Akhirnya parti-parti pembangkang tetap akan jadi ‘tukang cop mohor DEMOKRASI’ kepada BN untuk terus memerintah Malaysia.. (Jgn salahkan sesiapa tetapi diri sendiri..)

    Lancar kempen ‘BOIKOT SPR’ sebelum terlambat..

    Jom kita bersilat.. ayuhh

    Reply

  2. 2 ijat2007 Jun 12th, 2007 at 12:00 pm

    Memang betul pun sistem pilihanraya negara ni penuh tempang. Desakan demi desakan tapi apa perubahan yg dibuat oleh SPR? Tong yg transparent yg dihebohkan!!Tiang gol asyik ditukar sewenang2nya. Pengadil asyik tiup wisel menyalahkan pembangkang tapi kesalahan2 lebih besar BN/UMNO ditutup mata sebelah.Jentera2 kerajaan disalahgunakan. Protes macam mana sekalipun, langsung tak ada kesan.Electoral roll masih dipenuhi dgn pengundi2 yg diragui tapi apa yg boleh kita buta selain melaung tak habis2?In the end, what can we do?The best…boikot election!Masuk bertanding buat kita frust sebab kita tau its very2 dirty, dgn bermacam2 penipuan!

    Reply

  3. 3 rangiku Jun 12th, 2007 at 4:58 pm

    Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim saya ingin bertanya kepada anda..kenapa baru sekarang datuk seri kritik kerajaan di bwh pimpinan BN??.kenapa semasa datuk seri berkuasa datuk seri tidak membangkitkan hal ini..contohnya semasa datuk seri bertanding parlimen permatang pauh, kenapa datuk seri tidak memperkatakan mengenai proses pilihanraya yang tempang??kena setelah disingkirkan baru la datuk seri terkecoh-kecoh ingin memperjuangkan nasib rakyat..semasa datuk seri berkuasa, datuk seri memperjuangankan nasib siapa??nasib rakyat atau nasib datuk???

    Reply

  4. 4 biao kin Jun 13th, 2007 at 1:24 pm

    YB DSAI,
    Saya hairan kenapa baru sekarang baru timbul istilah demokrasi tempang, penipuan pilihanraya dan macam-macam lagi. Semasa Datuk Seri berkuasa dulu perkara ini tak pernah berlaku ke?

    Reply

  1. 1 Amin Iskandar @ black sah agen Amerika bersama Anwar ! « Keris Pusaka Melayu Pingback on Aug 30th, 2008 at 8:05 am
  2. 2 Merdeka Center rupanya ‘kaki’ Anwar juga - patutlah… « Pedang Alif Ba Ta Pingback on Aug 30th, 2008 at 8:07 am
  3. 3 Sila sebarkan artikel ini dengan segera ! Seruan untuk blogger Alif Ba Ta « PeNa BiAsA Pingback on Aug 30th, 2008 at 8:10 am
  4. 4 BAGAIMANA ‘ DAJAL MATA SATU ‘ MENGATUR CALON MEREKA SELURUH DUNIA ! « Ustaz Moden’s Weblog Pingback on Aug 30th, 2008 at 8:24 am
  5. 5 Tokwan disuruh sebarkan artikel ni - cucu baca ye « Tok Wan Pingback on Aug 30th, 2008 at 10:32 am

Leave a Reply




tengkusani: Dibebaskan jadi PENGKHIANAT & politik dendam + fitnah RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's free ... http://tmi.me/YtmA
27 minutes ago
mediarakyatnet: RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
36 minutes ago
tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
40 minutes ago
Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
3 hours ago
ullymohamad: RT @zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

June 2007
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930